INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[CETAK dan SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI]

20170226

Lagu Rejimen Ke-10 Nanyian Pak Awang Hatta

Lagu Rejimen Ke-10 Nanyian Pak Awang Hatta

Tak ada gunung
terlalu tinggi
buat kami
daki tengah panas

Tak ada lurah
terlalu dalam
buat kami turun
malam gelap

Hutan rimba
padang lalang,
padang lalang

Dusun sunyi
jalan yang jauh
panas terik
hujan berangin

Jalan terus,
maju terus,
maju terus

Haram patah
hati kami,
hati kami

Kerana telitinya
barisan gerila Malaya
hancurkan musuh semua.

Haram patah
hati kami,
hati kami

Kerana telitinya
barisan gerila Malaya
hancurkan musuh semua.

Lagu ini telah dinyanyikan oleh Pak Awang yang juga dikenali dengan nama Hatta. Perjuangan Rejiment 10 telah mencatatkan sejarah perjuangan Hatta dalam mengangkat senjata berperang untuk menghalau penjajah. Perjuangan Hatta bersama rakan-rakan semata-semata untuk memerdekan Tanah Melayu.

Pak Awang Pak Hatta telah berkesempatan pulang ke Temerloh dari Kampung Perdamaian Sukhirin, Thailand. Tujuan pulang ke bumi Temerloh hanyalah untuk menziarah adiknya yang meninggal dunia.

Penduduk Temerloh Pahang amat bertuan kerana berkesempatan untuk mendengar dendangan lagu Lagu Rejimen Ke-10 oleh Pak Awang Pak Hatta. Lagu didendangkan dengan penuh syahdu. Setiap perkatan mempunyai maksud yang amat mendalam dan hanya boleh difahami oleh mereka yang benar-benar sayangkan Tanah Melayu.

Lagu Rejimen Ke-10 telah dinyanyikan oleh Pak Awang Pak Hatta di Esplanede Temerloh Pahang Malaysia.

Sama-sama kita cuba memahat perasaan Pak Awang Pak Hatta ketika menyanyikan lagu Rejimen Ke-10 Rejimen Melayu PKM. Masih banyak yang kita tidak faham tentang perjuangan Hatta dan rakan-rakannya. Inilah nasib mereka.

Negara Merdeka Mereka Tersangkar Di Negara Lain

untuk dengan [KLIK]

No comments: