-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20170217

Masjid Fatimah Az-Zahra Indera Sempurna, Kuantan. Pahang

17.02.2017 Jumaat
Hari Jumaat ini akan dikongsikan tentang khutbah di Masjid Fatimah Az-Zahra Indera Sempurna. Imam Masjid Fatimah Az-Zahra Indera memilih tajuk Perang Mu'tah. Imam menyebut sejarah dan latar belakang perang ini. Disebut juga perang ini melibatkan 300 orang tentera Islam berperang dengan 100,000 tentara Rom.Tentera Islam berjuang dengan sungguh berani. Inilah semangat yang mahu diterapkan dikalangan umat Islam masa kini. Kekuatan umat Islam masa kini boleh menjadi sekuat panglima-panglima perang Mu'tah. Maka imam menyeru supaya semua yang mendengar khutbah Jumaat hari ini supaya menyokong Rang undang-undang 355. Makmun semua diseru supaya menyertai perhimpunan menyokong Rang Undang-undang 355 yang akan diadakan esok hari. Pergilah semua biarlah solat subuh esok tinggal imam sahaja yang bersolat subuh di masjid ini.

Seterusnya solat Jumaat diteruskan dengan dua surah:
Al Duha dan Al Tin

1 comment:

Anonymous said...

salam, tuan puan.


dalam hidup manusia ini terutamanya manusia islam; ada dua tugas yang perlu di jalankan: 1]tugas hakiki,dan 2]tugas sara hidup.

kedua-duanya adalah penting,sebaliknya tugas hakiki adalah terlebih penting lagi dari tugas sara hidup.

tugas sara hidup;1]untuk diri,dan 2]untuk masyarakat[termasuklah anak bini serta keluarga].

tugas hakiki;1]menyempurnakan diri bagi bertemu allah,dan 2]beribadah seperti yang wajib dalam islam.

diantara kedua, menyempurnakan diri dengan beribadah itu pula,menyempurnakan diri adalah terlebih wajib ditunaikan oleh empunya diri. maka itulah yang dikatakan mengenal diri dan mengenal tuhan.[yang dapat membantu diri dan orang yang ramai]

cari keyakinan dan yakinkan diri semasa hayat hidup ini dan sempurnakan tugasan[amanah] yang termaktub dalam perjanjian antara manusia dengan allah.

sebaliknya,kebanyakan dari kita hanya yakin apabila ajal atau nyawa sampai pada halkum.[semasa jasad dan nyawa akan di pisahkan].

jangan sampai dikatakan seperti pepatah: sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.
yang dikendong keciciran,yang dikejar tak dapat.
dah terantuk baru tergadah.
sudah jatuh ditimpa tangga.

inshaallah.