INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[CETAK dan SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI]

20170224

Surau Al-Mukmin, Desa Pasifik Ampang (Surau Jumaat)

25.2.2017 Jumaat
Surau Al-Mukmin, Desa Pasifik Ampang (Surau Jumaat). Kuala Lumpur.

Tajuk Mencorak Ketamadunan Islam Baru
Ganerasi Qurani sekarang adalah pemegang amanah dan pewaris dalam meneruskan proses pengembangan tamadun ummah masa kini. Masyarakat bertamadun adalah masyarakat yang menguasi aspek rohani dan jasmani diri masing.

Apa perlu dilakukan oleh kita adalah:
-Melakukan perubahan yang menyeluruh
-Menjaga kesucian akidah
-Mempunyai sikap perikemanusiaan

Seterusnya makmum dibawa menghayati surah Al-Baqarah 2:143

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus),

Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil,

supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah)

dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.

(Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad),

melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya

dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya)

dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah

dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu.

Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan

dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).

Rujukan
En Zainal Abidin

RISDA Ampang.

1 comment:

Anonymous said...

salam,

kemana tumpahnya kuah kalau tidak kenasi;kiasnya kepada:


ada tiga perkara atau urusan dalam pepatah itu;

1]urusan kuah;
2]urusan nasi;
3]urusan alas atau bekas kepada nasi dan kuah.[perkara yang tidak di persebutkan atau ghaib]

urusan kuah;[tak kan main sebut kuah aje;sedap ke,macammana buatannya ke,ramuannya ke],???

urusan nasi;[asalnya,cara tanamnya, cara memasaknya],???

urusan alas;[tidak pernah diperbincangkan oleh mereka yang ramai dan orang yang ramai,kenapa?,lepas pandang ke?,.tak kan kuah dengan nasi tu letak atas lantai kot?,nak makan macammana?