-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20170331

Panglima Muda Lok dan Panglima Muda Jempol

Nama sebenar Panglima Muda Lok
ialah
Shamsu bin Panglima Mansur.

Gelaran di adalah Panglima Muda Jempol..

Adik Beradik PML Shamsu ialah
Saemah,
Hussain,
Rantau dan
Halimah

anak kepada Isteri
Panglima Mansur
bin Tok Jidin
Bin Raja Ali

bernama Yang
(lahir di Jengka)
bin Maarof
bin Tok Kota.

by Mohd Ali Harun

Salasilah Panglima Muda Lok (5 Bersaudara) Pahang

Salasilah Panglima Muda Lok
(5 Bersaudara) Pahang

Panglima Muda Lok (Pahang) berkahwin di Pahang bermastautin di Jelebu. Salasilah yang diketahui setakat ini adalah seperti dibawah :-

1) Ajar
2) Dayang (mempunyai 5 orang anak)
a) Md Zin
- Tod
- Hj Ahmad
- Temah
- Pudin
- Suhor
- Zainal
- Busu

b) Jaapar
- Awang Long
- Md Jani
- Jalil
- Abbas
- Kamariah
- Betiah
- Lamah
- Sumun

c) Tiada
- Hj Dollah
- Tiarum
- Md. Aris
- Majid
- Bakir
- Bijak
- Tiawan
- Puan
- Sidek
- Rahmat
- Jaya


d) Md. Shah
i) Munah
- Md. Yusof
- Md. Nasir
- Dermah
- Noriah
- Kalsom
- Senyum

ii) Supiah
- Md. Rasul
- Rajemah
- Shahari
- Hashim
- Kamsiah

iii) Itam
- Md. Bidin
- Derma
- Lemah
- Salehudin
- Nordin
- Daharun
- Tamrun
- Baharom
- Ramli

iv) Uteh
- Alias
- Kamariah
- Ibrahim
- Yahya
- Zainab
- Zainon

v) Tijah
- Mat Ludin
- Maharum
- Jamaludin
- Maharus


e) Halijah
i) Nong
- Juhara
- Asmah

ii) Bakar
- Harun
- Semali
- Hamidah

iii) Md. Som
- Baharudin
- Simai

iv) Jaelah
- Samah
- Saemah
- Jemah
- Zainon

v) Abd Hamid
- Hj Aziz
- Siti Nuri
- Rohana
- Suriah

3) Minah
4) Andak
5) Panglima Besar Ahmad

Kalau ada salah dah silap tolong diperbetulkan. Terima kasih.

By suriana syuhada

Penghulu Mukim Simpang Pelangai ABDUL KUDUS BIN AWANG

Assalamualaikum, 
Saya Puan Rus,
ingin mengetahui 
susur galur salasilah keluarga 
arwah ayahanda 
ABDUL KUDUS BIN AWANG 
(mantan Penghulu Mukim Simpang Pelangai , Bentung Pahang ) 
sebelah arwah nenda 
AWANG BIN UJANG 
(bertugas sebagai anggota polis di Balai Polis Manchis Bentung Pahang.
 
Sekian terima kasih. 
 
on 8/25/16
By Anonymous 

20170329

Pantun: Bintang Tujuh Tinggal Enam

Bintang tujuh tinggal enam,
Jatuh sebiji di Majapahit,
Hilang sepuh tinggal senam,
Baru kutahu emas tak baik
[mykedah2]

Tujuh bintang tinggal enam
Satu Jatuh di Majapahit
Tubuh saya terasa demam
Sirih saya makan pahit

Kalau bertemu dia barulah kembali baik
[academia.edu]

Bintang tujuh tinggal enam
Jatuh sebiji di Majapahit
Anak kutuk anak jahanam
Keling disangka Tuan Said
[kompasiana]

Bintang tujuh tinggal enam
Jatuh sebiji di Majapahit
Hilang sepuh tinggal senam
Baharu kutahu emas tak baik
[malaycivilization.ukm.my]

Bintang tujuh tinggal enam
Jatuh sebiji di Majapahit
Hilang sepuh nampak senam
Baharu tahu tak baik
[cafedaum]

20170328

Saya nak kurus tetapi selalu hilang fokus

Bila kita sudah berani mengungkapkan "Saya Nak Kurus" tiba-tiba kita berhadapan dengan masalah tidak fokus. Malah pada hari pertama perjuangan kita nak kurus kita sudah kalah. Kita kalah bukan kerana orang lain paksa kita makan tetapi kita merasakan "Saya Nak Kurus" boleh ditangguhkan kepada hari esoknya.

Maka perkara ini berulang dan berulang dan akhirnya kita lupa ungkapan "Saya Nak Kurus".

Kita selalu hilang fokus.

Kalau kita nak teruskan perjuangan "Saya Nak Kurus" kita pelu pastikan kita tidak hilang fokus. Perkara ini terjadi kerana kita belum membuat keputusan:

Kenapa "Saya Nak Kurus"
Sebab apa "Saya Nak Kurus"
Mengapa "Saya Nak Kurus"
BUKAN Bila "Saya Nak Kurus"
BUKAN Bagaimana "Saya Nak Kurus"


Untuk mengelakkan hilangnya fokus "Saya Nak Kurus" kita perlu mempunyai alasan yang benar-benar kukuh, logik dan boleh dicapai. Alasan ini akan menjadi 'renjetan letrik' apabila kita hilang fokus. Berapakah kadar renjetan letrik tersebut bergantung kepada berapa mendalam alasan yang kita pilih.

20170327

Tok Yek membuka Kampung Ulu Sembah, Bentong.

as salam tuan..
sy ingin bertanya
kepada pihak tuan
tentang sejarah kampung ulu sembah..

kampung ulu sembah ini
terletak di kawasan bentong..
semasa bah tahun 1926
penduduk kampung ini telah berpindah
ke janda baik,
kampung lebu,
sedikit ke kerdau
dan lain lain tempat.

mengikut sejarah
yang membuka kampung ulu sembah ini
bernama tok yek..
siapa kah tok yek,
berasal dari mana
dan siapakah keturunan
sebelum dan selepas beliau ..
 yerima kasih

on Versi Susunan Waris Pahang
on 3/23/17
by Aku Aki

Mimpi harimau putih dan orang tua serba putih.

Assalamualaikum..
sy wan shahmann dr kota bharu.
nenda blah mak sy
ade ktrunan pagar ruyong.
pernah gak mimpi
harimau putih n
seorang org tua serba putih.

ape maksudnya.
sy mmg xtau
ape maksud
di sebalik mimpi tu.
minta pencerahan
dr hamba yg daif ini.

on Salasilah Keturunan Raja Alam Pagaruyung
on 3/26/17

by wan mohd sufyan Ismail

20170322

Dua Naga Berperang Menjadi Asal Kejadian Pulau Tioman

pada zaman dahulu[pinjam jap ayat]:ini kisah dua naga yang berperang di laut bagi pihak dua kerajaan satu dari timur dan satu lagi dari tanah ini.

naga keduanya ini bukan berperang disebabkan mereka itu bermusuh,sebaliknya diarahkan berjuang dengan arahan perintah raja masing-masing[lebih kurang di pertandingkan lah],orang dulu-dulu tak main serbu-serbu aje,sebaliknya dihantarkan wakil ketengah gelanggang,bagi diadukan kekuatan. jadi dengan maksud itu maka tahulah diantara kedua kerajaan atau raja itu akan kekuatan masing-masing dan adakah hendak dijadikan perang atau berdamai atau mengadakan perjanjian.

maka dalam pertempuran kedua naga itu,naga dari timur telah kalah dan naga dari tanah ini walaupun menang,sebaliknya dia harus kembali mengadap rajanya sebelum terbit matahari pada hari yang berikutnya,kalau tidak dia akan mati,sebab itu adalah sumpah dan perjanjian yang diperjanjikan.naga itu mesti masuk ke kuala sebelum matahari terbit dan mengadap raja.[dengan maksud memberitahu yang dia telah menang dalam pertempuran itu].

maka dalam keletihan selepas berjuang beradu kekuatan,naga itu berusaha juga berenang dengan sederas mungkin untuk sampai kedalam kawasan kuala,sebaliknya sebelum sempat dia memasuki kuala sungai itu,matahari telah terbit dahulu,maka matilah naga itu diluar kuala di laut.dan jasad naga itu mengelapung ,ada yang tenggelam dan ada yang timbul,akhirnya; disebabkan sudah sekian lamanya berzaman-zaman jasad naga yang timbul itu menjadi pulau-pulau sehinggalah ke hari ini.

itu adalah salah satu mitos[satu dari versi] keujudan atau kejadian pulau tioman yang diperbentangkan.

inshaallah.

20170321

Saya nak kurus tapi susah nak sekat makan

Bukan senang untuk semua orang untuk ucapkan perkataan ini "Saya Nak Kurus".

Ramai rakyat Malaysia dan Rakyat Pahang dibesarkan dengan Jalan-jalan Cari Makan. Apabila keluar sahaja makanan baru, ramai orang akan tergila-gilakan makanan tersebut. Orang sanggup beratur panjang untuk membeli dan menikmati sesuatu makanan yang hebat. Orang akan memilih kedai yang ramai dan padat dengan pelanggan. Orang akan memilih kedai yang menjual pelbagai hidangan. Orang akan bertanding masakan semasa majlis perkahwinan.

Sebab itulah bukan senang nak ucap perkataan "Saya Nak Kurus".

Jika anda sudah berana kata "Saya Nak Kurus" maka itu hanyalah langkah kecil. Cabaran paling besar adalah memberikan tafsiran sebenar kepada ungkapan "Saya Nak Kurus" ini. Ramai yang tidak berani menyebut perkataan ini kerana mereka membuat tafsiran kalau "Saya Nak Kurus" saya perlu SEKAT nafsu makan saya.

Inilah kesilapan yang menyebabkan uaha "Saya Nak Kurus" ini gagal.

Ramai antara kita telah memberi tafsiran yang salah kepada ungkapan "Saya Nak Kurus".

Perkataan yang lebih tepat adalah apabila "Saya Nak Kurus" saya perlu KAWAL nafsu makan saya BUKAN SEKAT.


Sekat bermaksud kalau kita selalu makan Chicken Chop RM5 di Teluk Cempedak Kuantan setiap minggu maka untuk "Saya Nak Kurus" kita jangan lagi makan Chicken Chop RM5.

Kawal pula bermaksud  kalau kita selalu makan Chicken Chop RM5 di Teluk Cempedak Kuantan setiap minggu maka untuk "Saya Nak Kurus" kita kawal jadi setiap bulan. Dari empat kali sebulan jadi satu kali sebulan.

Duit yang tiga kali lagi tu, kita boleh senyap-senyap buat sedekah.
Maka bersambunglah cerita Jom Kurus Moh Kurus kepada Jom Berjumat Moh Bersedekah.

20170316

Kubur Tok Pandak bersama 200 tenteranya di Teluk Sentang Temerloh.

Di Kampung Teluk Sentang Temerloh Pahang terdapat kesan kubur-kubur lama. Kubur ini dikatakan Kubur Tok Pandak @ Panglima Pandok Pulau Tawar, Jerantut. Ada berhampiran kubut Tok Pandak adalah kubur
200 tenteranya yang terkorban semasa Perang Pahang.

Tetapi kita masih perlu melihat dari sudut adanya dua tokoh yang berbeza iaitu Tok Pandak Lebak dan Tok Pandak Pulau Tawar.
01. Dari sumber lisan bekas Tok Empat Teluk Sentang yang mendengar ayah beliau bercerita bahawa ini adalah kubur Tok Pandak Pulau Tawar.
02. Diceritakan bahawa Tok Pandak Pulau Tawar ini adalah Orang Kaya Indera Shahbandar atau anak Orang Kaya Shahbandar.
03. Jika demikian ianya mungkin mempunyai kaitan dengan Tun Razak.
04. Tetapi dalam salasilah Tun Razak tak ada moyangnya yang bernama Pandak tetapi ada yang bernama Andak iaitu Haji Andak bin Hussain.
05. Mungkinkah ada kemungkinan bahawa Tok Pandak Pulau Tawar ini adalah Tuan Haji Andak b Hussain. Tetapi jika dikatakan Tok Pandak ini adalah Orang Kaya Shahbandar mungkin ada ketepatan ceritanya.
06. Jika tuan puan dapat mengesan maklumat yang mengatakan bahawa Tok Pandak Pulau Tawar ini adalah orang yang sama dengan Tuan Haji Andak b Hussain maka disinilah kemungkinan kubur moyang Tun Razak.
07. Turut dikuburkan disini adalah 200 orang tentera Tok Pandak ini.
08. Menurut bekas Ketua Kampung Telok Sentang Temerloh, dahulu terdapat banyak batu nisan yang menandakan banyaknya kubur-kubur lama disini.
09. Kubur yang dikatakan kubur Tok Pandak ini terletak jauh sedikit dari kubur 200 orang.
 Mungkinkah ada pihak yang ingin meneruskan kajian ini.

Berikut disertakan salasilah Tun Razak bagi dijadikan panduan oleh kawan-kawan yang berminat untuk mengkaji perkara ini (sumber pancapersada.blogspot).:
1. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-11, YAB Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10 Tun Haji Abdul Razak
2. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10, YDH Tun Haji Abdul Razak bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-9, Dato' Hussein
3. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-9, YDH Dato' Hussein bin Awang Muhammad Taib
4. Awang Muhammad Taib bin Tuan Hakim Haji Andak
5. Tuan Hakim Haji Andak bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-6, Hussain
6. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-6 YDH Hussain bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-5, Jahidin @ Chalidin
7. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-5 YDH Jahidin @ Chalidin bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-3, Bediman
8. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-3 YDH Bediman bin Orang Kaya Indera Shahbandar 1, Tondek @ Tunduk
* Gelaran turun-temurun keturunan Dato' Sri Haji Mohd. Najib ini pernah terputus kerana jatuh ke tangan Che Osman, yang merupakan anak kepada Imam Perang Indera Mahkota Gendut. Namun gelar tersebut dikembalikan semula pada tahun 1930 kepada jalur keturunan Dato' Sri Haji Mohd. Najib

Links:

20170314

MOH SIHAT MOH KURUS, JOM SIHAT JOM KURUS dan NAK SIHAT NAK KURUS kita

MOH SIHAT MOH KURUS, JOM SIHAT JOM KURUS dan NAK SIHAT NAK KURUS kita

Bila Pahang semakin maju. Orang Pahang makin ramai sakit kerana penyakit sudah makin bijak menyerang mangsanya. Kerajaan menyediakan pelbagai keadah untuk mendapatkan rawatan. Ada pusat penyelidikan. Ada hospital kerajaan, Ada poliklinik. Ada Klinik Desa Ada Klinik Bergerak dan ada Klinik 1Malaysia. Ekonomi semakin maju dan pendapat makin meningkat. Makin ramai merasakan layak mendapat perubatan yang lebih baik, lebih cepat, lebih kepakaran dan lebih maju teknologi. Kos perubatan makin meningkat.klinik dan hospital swasta makin banyak. Malah pusat latihan perubatan swasta juga makin mendapat sambutan.

Kurus dan gemuk telah menjadi satu perkataan yang amat sensitif pada masa-masa sebelum ini, ia boleh buat orang suka atau marah. Tetapi bukan semua orang ambil peduli samada dia kurus atau gemuk, dia sihat atau sakit.

Dulu orang selalu sebut orang gemuk orang sihat dan orang kurus orang sakit. Tetapi sebenarnya tak ada beza. Penyakit akan menyerang mangsanya tanpa si mangsa sedar. Tanpa mengira sang kurus atau sang gemuk. Kadang-kadang penyakit tersebut telah dihidapi telah bertahun-tahun. Sang penyakit sanggup duduk diam-diam dalam badan sang gemuk atau sang kurus sebelum menumbangkan si mangsa.

Akhirnya timbullah kesedaran untuk JOM SIHAT untuk orang kurus dan JOM KURUS untuk orang gemuk. Malah ada pelbagai usahawan mendapat peluang perniagaan dari harsat masyarakat yang terdesak NAK SIHAT NAK KURUS. Keluar juga bermacam-macam tip dan petua untuk kurus dan sihat dengan cepat. Keluar macam-macam cogankata.

Keinginan ini jadi wabak macam skim cepat kaya. Ramai orang tahu bahawa mereka boleh tertipu melalui skim cepat kaya. Tetapi masih ramai yang ingin mempertaruhkan duit simpanan malah membuat pinjaman. Begitulah juga cengan wabak nak sihat nak kurus.

Bagi memulakan misi MOH SIHAT MOH KURUS ianya perlu bermula dengan mencari maklumat tentang:
Kenapa perlu SIHAT DAN KURUS.
Siapa yang boleh membantu untuk SIHAT DAN KURUS
Bagaimanakan caranya untuk SIHAT DAN KURUS
Bila perlu dibuat untuk SIHAT DAN KURUS.
Apa yang perlu dibuat untuk SIHAT DAN KURUS

Amat perlu untuk kita mendapatkan maklumat asas mengenai SIHAT DAN KURUS supaya kita tidak terjebak dalam ajaran sesat nak sihat nak kurus ini. Apakah istilah-istilah penting yang kita perlu tahu. Kenapa istilah yang sama boleh digunakan untuk perkara yang berbeza atau istilah yang berbeza digunakan pada perkara yang sama.

Satu perkara yang kita tidak disedarkan adalah JOM KURUS JOM SIHAT adalah kesinambungan dari JOM NGAJI JOM PUASA.
JOM NGAJI maksudnya telah dinyatakan dalam Al-Quran tujuan kita hidup. Tetapi masih ada yang memilih cogankata Hidup Kerana Makan. Bukan Hidup Kerana Allah.

JOM PUASA pula bermaksud tiap tiap tahun selama sebulan kita akan diajar (dipaksa atau diwajibkan) untuk tidak makan disiang harinya dan menambah ibadat dimalam harinya. Tetapi masih ramai yang puasa kerana orang lain puasa dan masa berbuka adalah masa makan sepuas-puasnya.

Kepada sesiapa:
Yang TELAH memulakan JOM KURUS JOM SIHAT
Yang SEDANG menjalankan JOM KURUS JOM SIHAT
Yang SUDAH siap JOM KURUS JOM SIHAT atau
Yang KECIWA dengan JOM KURUS JOM SIHAT.
Kita mulakan dengan mencari maklumat. Kita cari sendiri. Jangan minta-minta. Jangan malas-malas. Dengan harapan supaya Allah berikan hidayah supaya kita jumpa jawapannya.

MOH SIHAT MOH KURUS,
JOM SIHAT JOM KURUS dan
NAK SIHAT NAK KURUS kita

20170313

Aliran hitam itu mencari dan menganggu keluarga kami.

Salam.
Saya dikatakan
keturunan sultan dr pagar ruyung.

moyang hendak ditabalkan
menjadi sultan,
namun dilihat jawatan itu
telah diambil orang.

Maka,
beliau teruskan dengan agenda pertama,
iaitu menyebarkan dakwah.

Moyang saya
buka kawasan lain,
dan menghapuskan semua gelarannya.

Bilamana saya
ke istana menanti baru ini,
saudara saya
mimpi waris sana
sedang dalam keadaan kacau bilau
dan bimbang kenapa saya ke sana.

Waemah saudara saya
ke istana itupun sesat.

Moyang saya
hapuskan identiti
dan tak ambil takhta
kerana dengki org.

Sehingga kini
aliran hitam itu mencari
dan menganggu keluarga kami.

Aturan moyang saya cantik.
Nama kawasan dibuka,
namanya berkaitan dengan raja,
sebwlum kawasan tu,
akan melalui kawasan bernama
nakhoda, laksamana dan sebagainya..

sesiapa dapat membantu.
0129067986

on Siapakah nama adik perempuan Raja Melewar yang berkahwin dengan orang biasa?
on 3/10/17
by arief othman
executive at Perodua
Lives in Malaysia

20170310

Masjid Kampung Ketam, Temerloh. Pahang. Malaysia 10hb Mac 2017 (Jumaat)

Masjid Kampung Ketam, Temerloh. 10hb Mac 2017 (Jumaat)

Imam tua telah membacakan khutban berikut:

"Berbaiklah dengan agama Allah sebagai mana Allah berbuat baik kepada engkau. Allah tidak sukakan orang yang merosakkan.

Umat Islam adalah bersaudara.Islam ibarat sebuah bangunan yang kukuh. Saling tolong menolong.

Islam mengalakkan zakat dan sedekah.

Islam tidak meghalang mencari kekayaan asalkan dia mengambil kira dengan menjaga agama.
Islam meletakkan asas yang kukuh.

Mencari kekayaan adalah syariaat dalam Islam.

Dalam Islam kadang kala mencari kekayaan menjadi wajib jika usaha yang dilakukan untuk keperluan diri serta keluarga dan mengelakkan diri dari meminta-meninta. Menjadi sunah jika usahan itu untuk nafkah keluarga atau dengan tujuan membantu golongan fakir miskin dan menyambung silaturahim.

Mencari kekayaan dengan niat seperti ini lebih utama dari beribadah, mencari kekayaan adalah harus, jika untuk memberikan tambahan dalam keperluan ia menjadi makruh jika untuk tujuan berbangga walaupun harta yang dicari dengan cara yang halal. Apatah lagi jika mengunakan cara yang haram seperti riba, rasuah, menipu dan seumpamanya.

Islam telah mengariskan beberapa panduan yang perlu diikuti agar segala kemajuan dan limpahan rezeki yang diperolehi sentiasa dilindungi oleh Allah. Antaranya adalah niat yang ikhlas dalam mencari rezeki yang halah dan berbelanja dijalan yang baik. Janganlah menjadi hamba kepada harta. Janganlah lalai dari mengingati Allah.

Umat Islam mesti membantu satu sama lain dan meningkatkan ekonomi umat. Kita mesti mengutamakan produk umat Islam berbanding dengan produk yang lain. Produk umat Islam perlu didahulukan dari produk lain, walaupun terdapat sedikit perbezaan harga.

Maka ramailah umat Islam yang kaya raya. Akhirnya kekayaan ini menjadikan kutipan zakat akan bertambah seterusnya kesemuanya akan mengurangkan kemiskinan.

Dan hendaklan kamu bertolongan untuk berbuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolongan membuat dosa."

Seterusnya imam mengingatkan makmum supaya selalu berjemaah. Kerana amat besar pahala bagi mereka yang solat berjemaah.

--------------------------------------
Masjid Kampung Ketam ini telah mula dibina pada 12 Julai 2012 dan siap sepenuhnya pada 26 Februari 2017 dengan kos RM4,383,000.00.

Ianya sebuah masjid dua tingkat dan banyak laluan bertangga.

Rujukan:
1. phg.icu.gov.my
2. jkr.pahang.gov.my

20170308

Masjid Al Fattah Batu 3 Kuantan, Pahang. Malaysia. 3hb Mac 2017 (Jumaat)

Berikut adalah khutbah yang disampaikan oleh Imam Masjid Al Fattah Batu 3 Kuantan.

Allah berpesan janganlah sekali-kali kita menghiraukan segala bentuk bentuk  arahan atau ugutan-ugutan dari pihak musuh dan perangilah mereka dari golongan-golongan yang memerangi agama Allah swt.

Bukan sahaja kita diperintahkan supaya  jangan tunduk kepada golongan-golongan yang lalai hatinya daripada mengingati Allah, jangan tunduk kepada golongan-golongan yang mengajak kita kepada dunia dan meninggalkan akhirat memengingatkan dunia jangan tunduk kepada musuh-musuh yang sentiasa memberikan ugutan. Allah juga memerintahkan juga supaya menyediakan segala kekuatan dan kelengkapan untuk memeringi musuh-musuh Allah SWT. Supaya dengan kekuatan itu ia akan mengerunkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kita.

Allah SWT tetap akan sempurnakan janjinya untuk tidak mensiakan-siakan terhadap apa yang kita korban kepada Allah swt. maka disana kita melihat bagaimana kewajipan untuk kita mengabungkan diri mereka dalam saf perjuangan Islam bagi tujuan untuk memberikan kekuatan kepada jemaah Islam.

Allah sangat mengasahi akan hambanya yang berjuang dalam satu saf atau jemaah atau organisasi seperti sebuah bangunan yang terbina dengan berberapa anasir.

Begitulan juga setiap kalangan individu muslim menpunyai kekuatan-kekuatan yang Allah swt berikan kepada kita. Setiap individu muslim mempunyai kelebihan-kelebihan yang dikurnikan oleh Allah swt.Maka hendaklah kita gunakan kelebihan-kelebihan tersebut dalam apa juga sudut dan apa juga bidang bagi tujuan untuk kita menambahkan kekuatan perjuangan dengan tujuan memberikan kegerunan kepada musuh dan akhirnya dapat mengalahkan musuh Allah swt.

Sebagaimana dengan kehadiran himpunan RUU355 pada baru-baru, daripada ratusan ribu umat Islam yang hadir ini adalah menunjukkan komitment umat Islam bahawa umat Islam di Malaysia mahukan pada satu perubahan mahukan undang-undang jenayah syariah dilaksanakan. Bagaimana himpunan ini sangat  mengerunkan musuh-musuh Allah swt.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga diatas kesungguhan kehadiran muslimin dan muslimat yang dibawa bersama bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa inilah menunjukkan kepada parti-parti politik yang lain bahawa inilah kehendak rakyat Malaysia yang insy allah kita yakin akhirnya undang-undang syariah dapat dilaksanak dalam negara kita oleh kerana itu dengan firman-firman Allah swt yang dibaca tadi marilah kita terus istiqamah untuk menambah kekuatan bagi membina perjuangan musuh-musuh Allah swt yang akhirnya memaksa mereka laksanakan undang-undang syariat dalam negara kita yang menjadi matlamat kepada perjuangan Islam.

Demikianlah khutbahnya.

Sama-samalah kita ambil manafaatnya supaya kita tidak bermusuhan sesama Islam.

Masjid Al Fattah Batu 3 Kuantan berhampiran dengan Perumahan Tanah Putih, SK Batu Tiga dan Nirwana Batu Tiga.

Padang Saujana Pahang dan Pengembaraan Iskandar Zulkarnai,

salam, teremba dan mitos. lengenda[mitos]

padang saujana dan iskandar zulkarnai,
yang tiada dalam lipatan sejarah kitab bertulis oleh manusia.
[kilafnya hanya dalam al quraan]
dikisahkan sedikit sahaja disini.

yang di ambik dari pemegang amanahnya kisah ini.

asalnya padang saujana itu satu sahaja,
ianya terletak dipahang sahaja.
itu sebelum zaman iskandar zulkarnai.
pada zaman nya iskandar zulkarnai
sampai ke padang saujana,
negara itu telah pun menjadi kucar kacir;

satu dibawah kuasa yang baik
dan satu lagi dibawah kuasa
yang akan bermulanya kuasa jahat,

maka perebutan akan negara tersebut
telah berlarutan lama
sehinggalah sampainya iskandar zulkarnai
ke negara itu
dalam pengembaraan dia
dan bala tenteranya
dalam menegakkan islam
atas perintah allah.

maka sesampainya dia
dan bala tenteranya
ke negara itu,
telah dipinta oleh pihak
yang bertelagah dinegara itu
untuk diselesaikan.

maka petemuan dan rundingan dibuat
dan diterangkanakan bab serta urusan islam.
kedua pihak yang bertelagah

20170303

Senarai Nama Tok Mukim Ikut Susunan Abjad

Tok Mukim Adam
Tok Mukim Ahmad
Tok Mukim Antah
Tok Mukim Bidin
Tok Mukim Daud
Tok Mukim Ibrahim
Tok Mukim Kassim
Tok Mukim Kechk
Tok Mukim Keria
Tok Mukim Lela
Tok Mukim Mat Ali Budu
Tok Mukim Mat Piah
Tok Mukim Osman
Tok Mukim Salleh
Tok Mukim Sam
Tok Mukim Sulaiman
Tok Mukim Tod
Tok Mukim Yahya
Tok Mukim Yusof

[Rujuk Senarai Tok Mukim]

Senarai Tok Mukim

Tok Mukim adalah tukang hebah berita di masjid. Tok Mukim ini  menjadi rujukan segala aktiviti di kampung. Tok Mukim selalunya akan hebahkan segala aktiviti di kampung itu sebelum bersembahyang Jumaat.

1. Tok Mukim Tod
Mukim Tod anak Tok Teh binti Tok Sebudin diangkat menjadi tukang hebah berita Masjid Kuala Atok.  Maka kerja ini digelar orang Tok Mukim.
Rujuk: piathangtuah

2. Tok Mukim Ahmad
Sesudah meninggal Mukim Tut, diangkat pula anak saudaranya bernama Ahmad bin Li anak Tok Teh binti Tok Sebudin menjawat jawatan Tok Mukim Masjid Kuala Atok.  Akan segala urusan anak buah yang ada di kampung itu,    Anak Ahmad ini bernama Yusof pada sekitar 1980-an diangkat menjadi Ketua Kampung Kuala Atok ke-5.
Rujuk: piathangtuah

3. Tok Mukim Daud

Ayah
Tok Satar, Tok kaya lipis 11 -father

Anak
Mat Saat (Jerangsang)
Mat Lia
Pandak (Kuantan)
Samah (Tukang Sarong)
Malik (Tukang Sarong)

Adik beradik
Tok Teh @ wan teh Tok satar
Tok Ali
Tok Endut
Tok Kepit
Rujuk: geni

4. Tok Mukim Salleh
Kampong Mesjid Lipat Kajang.
Rujuk: lipatkajang-temerloh

5. Tok Mukim Sam
Nama penuh adalah Sam bin Endor bin Dollah.
Kampung Rengai, lipis Pahang.
Rujuk: akuanakpahang

6. Tok Mukim Bidin
Kampung Seberang Jelai
Rujuk: warisansritelang

7. Tok Mukim Mat Piah
Kampung Seberang Jelai
Rujuk: warisansritelang

8. Tok Mukim Antah
Nama sebenar Muhamad Taha bin Santan berasal dari Kampung Kemahang Kuala Lipis. Isterinya bernama Mas binti Mat Saman.
Rujuk: kgbudu

9. Tok Mukim Keria
Rujuk: felcrasrimakmur

SENARAI NAMA TOK MUKIM IKUT SUSUNAN ABJAD


10. Tok Mukim Lela
Rujuk: warisansrikota

11. Tok Mukim Kassim
Rujuk: warisansrikota

12. Tok Mukim Adam
Rujuk: warisansrikota

13. Tok Mukim Yusof
Rujuk: warisansrikota

14. Tok Mukim Sulaiman
Rujuk: sejarah-pendidikan

15. Tok Mukim Kechk
Rujuk: spu-bloggers

16. Tok Mukim Mat Ali Budu
Rujuk: mforum

17. Tok Mukim Osman
Kampung Sanggang

18.  Tok Mukim Ibrahim
Kg Gintong Jerantut
Rujuk: lamanpahang

20 Tok Mukim Yahya
rujuk: lamanpahang

SENARAI NAMA TOK MUKIM IKUT SUSUNAN ABJAD

 21. Tok Mukim Latif
Latif bin Ali
Rujuk: temukut



 

20170301

Susunan Tok Demu Raub

teremba dan mitos.

waris dan semenda kepada
tok demu@temu.[raub]
susunan kepadanya.

tok kaya ibrahim
^
tok hitam mas pahang bersuamikan tok koris[kelantan]
^
tok cempedak dan tok dera.[dua beradik]


inshaallah.