INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[CETAK dan SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI]

20170316

Kubur Tok Pandak bersama 200 tenteranya di Teluk Sentang Temerloh.

Di Kampung Teluk Sentang Temerloh Pahang terdapat kesan kubur-kubur lama. Kubur ini dikatakan Kubur Tok Pandak @ Panglima Pandok Pulau Tawar, Jerantut. Ada berhampiran kubut Tok Pandak adalah kubur
200 tenteranya yang terkorban semasa Perang Pahang.

Tetapi kita masih perlu melihat dari sudut adanya dua tokoh yang berbeza iaitu Tok Pandak Lebak dan Tok Pandak Pulau Tawar.
01. Dari sumber lisan bekas Tok Empat Teluk Sentang yang mendengar ayah beliau bercerita bahawa ini adalah kubur Tok Pandak Pulau Tawar.
02. Diceritakan bahawa Tok Pandak Pulau Tawar ini adalah Orang Kaya Indera Shahbandar atau anak Orang Kaya Shahbandar.
03. Jika demikian ianya mungkin mempunyai kaitan dengan Tun Razak.
04. Tetapi dalam salasilah Tun Razak tak ada moyangnya yang bernama Pandak tetapi ada yang bernama Andak iaitu Haji Andak bin Hussain.
05. Mungkinkah ada kemungkinan bahawa Tok Pandak Pulau Tawar ini adalah Tuan Haji Andak b Hussain. Tetapi jika dikatakan Tok Pandak ini adalah Orang Kaya Shahbandar mungkin ada ketepatan ceritanya.
06. Jika tuan puan dapat mengesan maklumat yang mengatakan bahawa Tok Pandak Pulau Tawar ini adalah orang yang sama dengan Tuan Haji Andak b Hussain maka disinilah kemungkinan kubur moyang Tun Razak.
07. Turut dikuburkan disini adalah 200 orang tentera Tok Pandak ini.
08. Menurut bekas Ketua Kampung Telok Sentang Temerloh, dahulu terdapat banyak batu nisan yang menandakan banyaknya kubur-kubur lama disini.
09. Kubur yang dikatakan kubur Tok Pandak ini terletak jauh sedikit dari kubur 200 orang.
 Mungkinkah ada pihak yang ingin meneruskan kajian ini.

Berikut disertakan salasilah Tun Razak bagi dijadikan panduan oleh kawan-kawan yang berminat untuk mengkaji perkara ini (sumber pancapersada.blogspot).:
1. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-11, YAB Dato' Sri Haji Mohd. Najib bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10 Tun Haji Abdul Razak
2. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-10, YDH Tun Haji Abdul Razak bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-9, Dato' Hussein
3. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-9, YDH Dato' Hussein bin Awang Muhammad Taib
4. Awang Muhammad Taib bin Tuan Hakim Haji Andak
5. Tuan Hakim Haji Andak bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-6, Hussain
6. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-6 YDH Hussain bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-5, Jahidin @ Chalidin
7. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-5 YDH Jahidin @ Chalidin bin Orang Kaya Indera Shahbandar ke-3, Bediman
8. Orang Kaya Indera Shahbandar ke-3 YDH Bediman bin Orang Kaya Indera Shahbandar 1, Tondek @ Tunduk
* Gelaran turun-temurun keturunan Dato' Sri Haji Mohd. Najib ini pernah terputus kerana jatuh ke tangan Che Osman, yang merupakan anak kepada Imam Perang Indera Mahkota Gendut. Namun gelar tersebut dikembalikan semula pada tahun 1930 kepada jalur keturunan Dato' Sri Haji Mohd. Najib

Links:

1 comment:

Anonymous said...

salam,

tok pandak pulau tawau tu ikut pangkat;
pangkat ayah kepada wan ahmad,
dan tok pandak lebak pulak ikut pangkat;
pangkat cucu kepada wan ahmad.

satu orang hidup dah jadi dato shah bandar semasa bendehara tun ali pahang,dan lagi satu hidup dan berhikmat kepada sultan abdullah pahang.

mana ada perlu ingat-ingat.[tak sama pun][nama mereka pun tak sama dan bin pun tak sama]
satu tua dan satu baru hidup[walaupun keduanya terlibat dalam perang saudara pahang.

yang pulau tawar itu mati semasa wan ahmad kalah perang kali pertama atau kali kedua.
dan satu lagi masuk perang pada perang kali ketiga yang wan ahmad menang.
perang saudara pahang ada berapa kali, dan krisis pahang ada berapa kali.


maka jangan buat acah-acah perbandingan jika tak......pastikan dulu baru bentangkan. dan jangan pakai anggapan semata.besok jadi khabar angin,pas tu merebak jadi fitnah.banyak susah lah nanti.

inshaallah.