INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[CETAK dan SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI]

20170314

MOH SIHAT MOH KURUS, JOM SIHAT JOM KURUS dan NAK SIHAT NAK KURUS kita

MOH SIHAT MOH KURUS, JOM SIHAT JOM KURUS dan NAK SIHAT NAK KURUS kita

Bila Pahang semakin maju. Orang Pahang makin ramai sakit kerana penyakit sudah makin bijak menyerang mangsanya. Kerajaan menyediakan pelbagai keadah untuk mendapatkan rawatan. Ada pusat penyelidikan. Ada hospital kerajaan, Ada poliklinik. Ada Klinik Desa Ada Klinik Bergerak dan ada Klinik 1Malaysia. Ekonomi semakin maju dan pendapat makin meningkat. Makin ramai merasakan layak mendapat perubatan yang lebih baik, lebih cepat, lebih kepakaran dan lebih maju teknologi. Kos perubatan makin meningkat.klinik dan hospital swasta makin banyak. Malah pusat latihan perubatan swasta juga makin mendapat sambutan.

Kurus dan gemuk telah menjadi satu perkataan yang amat sensitif pada masa-masa sebelum ini, ia boleh buat orang suka atau marah. Tetapi bukan semua orang ambil peduli samada dia kurus atau gemuk, dia sihat atau sakit.

Dulu orang selalu sebut orang gemuk orang sihat dan orang kurus orang sakit. Tetapi sebenarnya tak ada beza. Penyakit akan menyerang mangsanya tanpa si mangsa sedar. Tanpa mengira sang kurus atau sang gemuk. Kadang-kadang penyakit tersebut telah dihidapi telah bertahun-tahun. Sang penyakit sanggup duduk diam-diam dalam badan sang gemuk atau sang kurus sebelum menumbangkan si mangsa.

Akhirnya timbullah kesedaran untuk JOM SIHAT untuk orang kurus dan JOM KURUS untuk orang gemuk. Malah ada pelbagai usahawan mendapat peluang perniagaan dari harsat masyarakat yang terdesak NAK SIHAT NAK KURUS. Keluar juga bermacam-macam tip dan petua untuk kurus dan sihat dengan cepat. Keluar macam-macam cogankata.

Keinginan ini jadi wabak macam skim cepat kaya. Ramai orang tahu bahawa mereka boleh tertipu melalui skim cepat kaya. Tetapi masih ramai yang ingin mempertaruhkan duit simpanan malah membuat pinjaman. Begitulah juga cengan wabak nak sihat nak kurus.

Bagi memulakan misi MOH SIHAT MOH KURUS ianya perlu bermula dengan mencari maklumat tentang:
Kenapa perlu SIHAT DAN KURUS.
Siapa yang boleh membantu untuk SIHAT DAN KURUS
Bagaimanakan caranya untuk SIHAT DAN KURUS
Bila perlu dibuat untuk SIHAT DAN KURUS.
Apa yang perlu dibuat untuk SIHAT DAN KURUS

Amat perlu untuk kita mendapatkan maklumat asas mengenai SIHAT DAN KURUS supaya kita tidak terjebak dalam ajaran sesat nak sihat nak kurus ini. Apakah istilah-istilah penting yang kita perlu tahu. Kenapa istilah yang sama boleh digunakan untuk perkara yang berbeza atau istilah yang berbeza digunakan pada perkara yang sama.

Satu perkara yang kita tidak disedarkan adalah JOM KURUS JOM SIHAT adalah kesinambungan dari JOM NGAJI JOM PUASA.
JOM NGAJI maksudnya telah dinyatakan dalam Al-Quran tujuan kita hidup. Tetapi masih ada yang memilih cogankata Hidup Kerana Makan. Bukan Hidup Kerana Allah.

JOM PUASA pula bermaksud tiap tiap tahun selama sebulan kita akan diajar (dipaksa atau diwajibkan) untuk tidak makan disiang harinya dan menambah ibadat dimalam harinya. Tetapi masih ramai yang puasa kerana orang lain puasa dan masa berbuka adalah masa makan sepuas-puasnya.

Kepada sesiapa:
Yang TELAH memulakan JOM KURUS JOM SIHAT
Yang SEDANG menjalankan JOM KURUS JOM SIHAT
Yang SUDAH siap JOM KURUS JOM SIHAT atau
Yang KECIWA dengan JOM KURUS JOM SIHAT.
Kita mulakan dengan mencari maklumat. Kita cari sendiri. Jangan minta-minta. Jangan malas-malas. Dengan harapan supaya Allah berikan hidayah supaya kita jumpa jawapannya.

MOH SIHAT MOH KURUS,
JOM SIHAT JOM KURUS dan
NAK SIHAT NAK KURUS kita

No comments: