INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[CETAK dan SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI]

20170418

Saya nak kurus tetapi siapa nak tolong

Ini adalah persoalan sebenar kepada semua cerita moh kurus moh sihat. Kita perlu ada orang yang boleh tolong kita. Kita perlu ada guru. Kita perlu ada jurulatih.

Masalahnya bagaimanan nak cari orang yang benar-benar sesuai dan ikhlas. Orang yang ada ilmu dan ada pengalaman. Orang yang pernah membantu diri sendiri dan pernah membantu orang lain.

Caranya hanyalah satu iaitu mohon pada Allah SWT.

Kerana Jom Kurus Jom Sihat ini adalah kesenimbungan kepada Jom Puasa Jom Sihat.

36 comments:

Anonymous said...

salam,
tuan puan..

pernahkah tuan puan meneliti dalam filem lakunan p ramlee yang bertajuk musang berjanggut,dalam babak peti yang berisi musang berjanggut diangkat mengadap raja,lalu raja bertanya kepada menteri-menterinya berkenaan rupa sebenar musang berjanggut untuk disahkan.

tanya oleh raja; benarkah yang didalam peti itu musang berjanggut?,wahai dato-dato menteri sekalian.

maka jawab oleh menteri-menterinya;

patik belajar ilmu haiwan tetapi tidak belajar haiwan yang seperti dalam peti itu.

patik khatam ilmu haiwan,tetapi guru patik tidak pernah beritahu rupa musang berjanggut.

patik ada belajar ilmu haiwan,tetapi guru patik mati sebelum patik khatam.

lebih kurang bergitulah maksud ayat-ayat mereka.


maka keadaannya samalah lebih kurangnya yang terjadi kepada orang yang ramai dan kepada mereka-mereka itu pada zaman ini sekarang.

dan telah menjadi selesa duduk dalam keadaan was-was atau tergantung-gantung,hujung tiada dan pangkal tiada[ langit tak sampai,bumi tak sampai].

Anonymous said...

salam,
tuan puan.


mari kita lihat pula dalam cerita tiga abdul [juga lakunan p ramlee].
bagaimana ilmu hal fekah,adat dan adab diadunkan menjadi satu cerita filem.

dalamnya ada cerita berkenaan,,siratulrahim dan pemutusan siratulrahim,,hal pusaka,,hal amanah,,hal taat,,hal kianat,,hal tauladan dan pengajaran,,hal kifarah,,hal wakaf,,hal perjanjian,,hal tamak,,hal ghaib dan hal hukuman dan beberapa hal yang lain yang digambarkan dalam filem itu. maka lihat dan teliti akan cerita itu,moga-moga ada sesuatu ilmu yang akan diperolehi oleh tuan puan dan mereka-mereka itu.

dan kalau tak faham-faham juga,tutup buku ajelah dan tidur.

inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuan puan.

fikirkan sendiri,

parkara ghaib dalam rukun iman tak yakin dan tak berapa percaya,sebaliknya cerita hantu yang mengarut dan tak tahu hujung pangkal itu yang dipercayakan. sampai dijadikan cerita filem,kononnya untuk dijadikan pengajaran.ada akai ke?

Anonymous said...

salam,
tuan puan.


ibarat kalau orang mendaki gunung,maka akan hampir sampailah dia kepada puncaknya gunung yang didakinya itu. jadi kebanggaanlah kepadanya kerana kalau dapat menawan puncak gunung yang tersebut.

maka sebaliknya ego dan tamaknya mereka-mereka itu terlebih awal hampir sampainya kekemuncak gunung berbanding diri mereka-mereka itu.

dan untuk memudahkan perjalanan mereka mendaki gunung itu,mereka menggunakan ego dan tamak mereka menebas habis apa-apa yang dihadapan mereka. maka perjalan pendakian itu telah hampir tiga per empat pendakkian,hanya tinggal satu per empat sahaja lagi akan sampai ke puncak gunung.

kemusnahan dan kerosakan sekeliling pada gunung itu menyebabkan mereka yang dibawah lagi ramai tidak boleh bercucuk tanam kerana mereka yang mendaki mengagap itu semua satu mainan rekiasi.

maka mereka yang ramai dibawah itu turut mengikut punggung-punggung pendaki untuk bersama mernikmati mainan rekiasi,walau macam mana cara dan kaedah sekalipun. maka mereka berkata pada diri mereka dan orang yang ramai;air dan minyak tak bercampur.


inshaallah.





Anonymous said...

salam,
tuan puan.



makhluk manusia ini ada beberapa ketogeri;

1] tak yakin
2] tak percaya
3] tak tahu
4] tak ambik tahu
5] dan yang paling ramai sekali adalah kumpulan 50-50,[tak berapa yakin,tak berapa percaya,tak berapa tahu,tak berapa ambik tahu].

yang sebenarnya kelima-lima kumpulan itu sama aje kedudukan mereka.mereka-mereka itu ibarat buih di laut,ada yang hanyut,ada yang terhempas di pantai.mereka mengikut arus dan gelombang ombak air laut.

sebagai seorang islam,kita tidak boleh duduk atau bersandar kepada kelima-lima kumpulan yang tersebut,ia akan hanya menyebabkan diri tidak sempurna akan iman dan islam. semua perkara dan urusan mestilah sah lengkap dan sempurna tahu serta faham kedudukannya dalam diri dan hati.

maka tidak ada alasan bagi diri masing-masing untuk mengelak dengan alasan-alasan bodoh,kerana al quraan dan al sunnah telah sampai kepada kita sudah terlalu lama.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuan puan.

orang tua,kanak-kanak,perempuan,muaalaf.[senarai yang diberikan keutamaan]
dan selepas dari mereka barulah disenaraikan musafir,fisabilillah.

apabila mereka-mereka ini disisihkan dari menerima dan diabaikan dari urusan fekah dan adat maka mereka-mereka yang menyisiskannya akan tahulah akibatnya kerana mereka itu tersenarai dalam asnaf zakat dan asnaf baitulmaal.

dan adakah mereka-mereka itu telah terlepas pandang dari melihat dan mengetahui senarai asnaf zakat dan asnaf baitulmaal atau tidak sampai pengetahuan kepada mereka yang diamanahkan.

perlu ingat mereka yang diamanahkan itu juga tersenarai dalam salah satu dari asnaf zakat dan asnaf baitulmaal yang diberi upah atau gaji yang mana upah atau gaji mereka itu juga di ambik@dikeluarkan dari harta zakat dan baitulmaal.

pembahagian harta zakat dan harta baitulmaal mestilah adil dan saksama mengikut pembahagian yang ditetapkan oleh allah.

bagaimana pula yang dikatakan adilnya ,ada kalangan mereka yang dapat lebih dari dan yang lain dapat kurang dari. dan ada yang dapat pada setiap bulan dan ada yang hanya dapat setahun sekali sahaja. dan ada yang apabila mereka merayu meminta-minta baru diberikan hak mereka dengan payah.

ada kalangan mereka asnaf itu yang sentiasa bersedawa pada setiap hari,dan yang lainnya dari asnaf itu yang mengikat batu pada perut mereka.

setahu kami tiada keuntungan yang boleh dibuat atau diambik dari harta zakat dan harta baitulmaal itu. kerana zakat dan baitulmaal itu adalah tanggungjawab bagi memakmurkan hati dan diri orang masyarakat islam dari memberontak kepada diri nya sendiri,kepada allah dan kepada masyarakatnya.

maka rujuk semula sirah sejarah zaman nabi muhammad saw yang aman itu.


inshaallah.


Anonymous said...

salam,
tuan puan.


buka dan bacakan dari dalam al quraan akan surah;

surah ibrahim[14],ayat 2.
surah ar rahman[55],ayat 13/16.
surah at taubah[9],ayat 118.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuan puan.

cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar; maka apabila hendak bercakap,pandanglah dan dengarlah apa yang di bawa oleh angin dan siasatlah dengan teliti,dan adakah ianya berita fitnah yang hendak melagakan danmenjatuhkan,adakah berita kesusahan masyarakat yang diselindungkan,adakah berita angan-angan orang yang hendak kaya,adakah berita nasihat yang hendak membangunkan dan berita-berita itu tetap ada kegunaannya kepada orang yang dipertanggungjawabkan.

dan apabila rintihan di ketepikan dan angan-angan dijadikan sumber bermesyuarah,maka hampir-hampir mereka akan masuk kejurang yang memusnahkan diri mereka dan masyarakatnya.

maka sejarah-sejarah yang lama dari zaman khalifah-khalifah islam ditanah arab, telah menunjukkan tauladan,sebaliknya mereka kurang sekali melihat tauladan itu. dan pada zaman kesultanan melayu sendiri pun banyak tauladan yang mengangkat dan menjunamkan kerajaan pada zaman itu.

sebaliknya mereka masih juga duduk diawang-awangan dan menyalahkan serta sangsi,maka serupa lama juga lah perangai mereka-mereka itu.tak berubah.



inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuan puan.

dan adakah mata mereka dimasuki habuk,dan telinga mereka dimasuki air. sehingga mereka-mereka itu membuat dua kerja dalam masa yang sama; hati berdoa untuk rahmat dan ehsan allah,dan tubuh melakukan kerja@perbuatan yang mencabar allah.

ehsan dan ingkar bila di buat serentak,tidak mendatangkan faedah kepada tuan tubuh,dan ingkar manusia tidak mendatangkan mudarat kepada allah,sebaliknya mudarat itu hanya kembali kepada manusia yang melakukan ingkar itu sendiri dan kepada yang bersubahat dengannya.

dan dizaman sekarang ini, memanglah balasan kepada mereka-mereka yang ingkar tidak diperlihatkan dengan nyata kepada manusia yang lain,kerana mereka di hukum tanpa mereka sedar atau tanpa mereka ketahui yang mereka di hukum,dan ataupun mereka ditangguh hukumannya.maka orang yang lain juga tidak akan sedar atau diberitakan hukuman orang lain.

maka jangan permainkan ilmu allah,perkara mempermainkan ilmu allah itu boleh mengundang bala kepada manusia yang bermain-main itu,kerana mereka cuba mencabar atau mempertikaikan allah seperti yang terjadi kepada makhluk yang diberi gelaran iblis oleh allah itu. atau kepada namrud itu,atau kepada firaun itu,atau kepada kaum yahudi itu,atau kepada kaum yajuj majuj itu,atau kepada haman itu,dan atau kepada qorun itu.dan juga kepada adam serta hawa itu.mereka semuanya diberi amaran sebelum dihukum.[kesemua mereka adalah makhluk yang diberi ilmu yang tinggi][maka kita manusia pada zaman ini ,tinggi sangat ke ilmunya berbanding mereka-mereka itu].

sebagai ibarat pembentangan,dengan izin dan kebenaran allah.

inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuan puan.

kata orang tua-tua kias kepadanya: sayang anak tangan-tangankan,sayang isteri tinggal-tinggalkan.


orang yang bodo atau yang tidak cukup akalnya,mereka tak reti baca al quraan,lagilah nak putar belitkannya,mereka luruskan aje ikut apa yang guru mereka ajarkan.

dan sebaliknya orang yang cerdik atau mengaku cukup akalnya,tergamak menyalah gunakan ayat dari al quraan menjadi seperti sihir bagi memuaskan diri,berakal ke tidak mereka-mereka itu.dahlah dia rosakkan diri sendiri, habis orang lain dirosakkannya juga.

kebanyakan dari mereka gunakan ayat ;'kalau aku tak dapat,orang lain juga aku tak benarkan dapat'. maka samalah ayat yang disebutkan oleh iblis kepada allah semasa dia di halau dahulu itu;' sebab engkau telah menghukum aku sesat, berilah aku tempoh,aku akan sesatkan mereka semua kecuali sedikit dari hamba-hamba mu'.

maka tiada bezanya mereka yang menyalahgunakan al quraan sekarang ini dengan hamba allah yang digelar iblis itu. kedua-duanya berperangai ingkar dan ego kepada allah.

ingat-ingat sikit;kita,tuan puan dan mereka-mereka itu duduk bawah lingkungan arasy allah. tiada lubang yang boleh keluar dari lingkungan itu untuk melarikan diri. [kiasan dengan izin dan kebenaran allah].


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuan puan.


hari-hari manusia terlepas pandang atau manusia melepaskan pandangan mereka dari melihat dan memerhatikan berita sebenar dari dalam al quraan yang difirmankan allah kepada manusia.

kalau terlepas pandang,maka tolehlah kebelakang,dan lihat apa yang tertinggal dan tercicir dari apa-apa yang dibawa dan di kendong.maka disitu ada rahmat dan keampunan dari nya..

sebaliknya kalau melepaskan pandangan,maka ada hukuman yang menanti kerana dengan sengaja ditinggalkan dan dicicirkan dari apa-apa yang dibawa dan di kendong.maka taubat dengan mohon ampunan dan eshan dari nya.

kedua-duanya bagi manusia yang berakal dan berfikir.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuan puan.

betulkan tanggapan-tanggapan yang terkeliru dan mengelirukan diri yang menyebabkan tidak berkeyakinannya hati dan tidak berkepercayaannya hati dengan sepenuhnya dan masih berbelah bagi kepada rukun islam dan rukun iman.

kalau tak boleh berlari, berjalan aje,kalau tak boleh berjalan,merangkak aje,kalau tak boleh merangkak,mengesut aje,kalau tak boleh mengesut,mintalah tolong dengan .....,agar diberikan hati keyakinan dan kepercayaan yang teguh dan kukuh kepada allah dan islam.

pasanglah mata dan telinga mengikut syarat dan lunas yang dibenar syariat bagi memakmurkan hati agar tenang sebelum kembali.

pada kias adat ini ada beberapa patah perkataan untuk dirungkapkan oleh diri;

'gapura yatimpiatu timurbarat utaraselatan guai'.maka lengkap lima puluh kota adat minangkabau menjadikannya lima puluh enam kesemuanya.

maka terserahlah kepada hati empunya diri masing-masing manusia itu;tepuk dada tanya selera.

w/salam,
inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuan puan.
sebagai renungan;betulkan tanggapan yang keliru.


insan;kalau dibawa maksud kepada bahasa adalah bermakna; 'lupa atau pelupa'.

makanya apabila menyebut ayat sepertinya;

wahai insan;ia membawa maksud; wahai yang pelupa: dengan kata lain ayatnya adalah[wahai manusia yang pelupa atau wahai orang yang pelupa].

dan maksud manusia adalah;[akan dibentangkan kemudian],jika ada izin allah.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuan puan.
sebagai renungan,betulkan tanggapan yang keliru.


pada setiap tabungan masjid dan surau atau madrasah itu adalah dikira sebagai baitulmaal.maka jawatankuasa dan pegawainya adalah pemegang amanah kepada harta baitulmaal atau wakaf baitulmaalnya bagi kawasan mukimnya kampung,kejiranannya.

maka dalam senarai asnafnya baitulmaal itu adalah dibawah kewajipan pemegang amanah atau jawatankuasa atau pegawainya masjid dan surau dan madrasah itu.

pembahagian keatas harta dan wakaf baitulmaal perlu di laksanakan mengikut syariat.

asnaf kepada pembahagian baitulmaal itu lima kumpulan dan setiap kumpulan mendapat satu perlima bahagian dari harta atau wakaf atau sedekahnya;

1]orang tua dan anak yatim[5/10 bahg; pada setiap kumpulan orang tua dan kumpulan anak yatim,yang miskin dan uzur atau daif]
2]sabil satu;[5/10 bahg; pada tiap kumpulan tentera yang mempertahankan agama dan tentera yang mempertahankan tanah air][jika ia tidak diberi gaji atau daif]
3]sabil dua;musafir yang mengajar agama[1/5 bahg,jika ia tidak diberi gaji atau daif]
4]ahli bait[1/5 bahg, dari waris nabi;kalau mereka itu dikenali dengan sah dan mereka dalam golongan daif]
5]pertugas[1/5 bahg, dari penjaga kepada urusan agama;kalau mereka tidak diberi gaji atau daif]

dan jika tidak mampu atau berat untuk ditanggung oleh baitulmaal kampung,surau,madrasah,maka barulah ianya ditanggung oleh baitulmaal negeri.

dan adakah pembahagian harta amanah baitulmaal ini telah dijalankan dengan adil dan saksama oleh mereka-mereka dan tuan puan dan kita yang menjawat jawatankuasanya atau pegawainya masjid,suaru atau madrasah.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuan puan.
sebagai renungan,betulkan tanggapan yang keliru.


kematian adalah satu rahmat kepada orang yang sakit,tak kiralah baik atau jahatnya diri seseorang manusia atau makhluk itu. ia melepaskan satu beban pada jasad yang telah uzur.

dan sembuh yang diberikan kepada seseorang dari sakitnya adalah eshan allah. allah memberi ruang dan peluang lagi kepada seseorang manusia itu agar sedar dari kesilapan atau salahlaku diri,lalu kembali ke jalan yang lurus dan redha,maka bersyukur lah kepada allah.

ingatan dan dugaan tetap akan diberi oleh allah kepada seseorang manusia itu selagi hayatnya ada [jasad dan nyawa masih bersama dan tidak terpisah]. maka diri seseorang manusia itu tidak akan tahu bila dugaan yang sebenar-benar dugaan yang akan mereka terima.[dugaan kepada iman*yakin@percaya*].
maka sentiasa lah bersiap sedia.

percaya dan yakin pada diri dan hati kepada iman islam terlebih utama dari pahala yang menggunung yang dikumpulkan itu. pada setiap hari dan saat diri manusia menggunakan pahala sebagai rahmat dari allah dalam bentuk yang manusia tidak pernah perasan dan tidak pernah terlintas dalam akal fikiran mereka. dan pada setiap hari diri manusia itu menggunakan pahala mereka,maka adakah mereka gunakan dengan baik serta berhekmah atau menggunakan pahala itu pada jalan keburukan atau disebut jalan dosa.

pahala mata digunakan untuk melihat apa?
pahala telinga untuk mendengar apa?
pahala tangan untuk menbuat kebaikan atau membuat kejahatan?
pahala kaki untuk berjalan kearah kebaikan atau kearah kejahatan?
pahala makan datangnya dari hasil iktiar yang halal atau hasil iktiar yang makruh atau haram.
yang paling utama adalah pahala percaya serta yakin dalam hati diri manusia itu,dan adakah diri manusia itu percaya serta yakin sepenuh-penuhnya atau sebahagian sahaja[50-50 sahaja] atau masih keliru dan was-was atau tidak percaya serta tidak yakin[maka disebut ingkar,kufur,syirik].

membetulkan diri serta hati adalah oleh diri dan hati sendiri,dan orang lain sekeliling hanya dapat membantu seperti seorang fasalititor sahaja[betulke ejaan fasalititor tu].

maka ia akan kembali kepada sifat 20 semula. pahala atau rahmat yang allah pinjamkan bayangan sifat 20 nya kepada diri manusia itu. sebagai satu kemudahan anugerah yang istimewa.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuan puan.
sebagai renungan,betulkan tanggapan yang keliru.


misalannya kita manusia ini ibarat seperti beras;asalnya dari sebiji benih yang menjadi satu pokok yang dipanggil padi[ itu baru cerita bab kepada selepas menanamnya padi],di pukul dan dianginkan bagi mengasingkan padinya dengan tangkai batangnya dan dari padi yang berisi dan padi yang lompang.maka barulah di panggil padi,dan ada yang disimpan untuk dijadikan benih,yang lainnya dijadikan makanan yang akan disebut nasi.

maka padi ini di tumbuk dan diayak ditampi dianginkan bagi mengasingkan beras dan sekamnya.maka ada yang diproses dengan cara lain seperti di diapikan goreng menjadi seperti bertih ditumbuk dijadikan emping.[masih tetap boleh dimakan].

dan beras ini dipilih berasnya dari antah dan sampah dengan ditampi[kalau daya pilih satu-satu,ok lah tu],apabila hendak dimakan adalah perlu dimasak terlebih dahulu.[kalau nak makan mentah pun boleh,itu gelojoh atau kebulur].maka dijerangkan beras ini bersama air dalam jerlok tanah atau ayan atau periuk atau belanga atau kalau banyak dalam kawah, diatas tungku atau sabak yang berapi,disebutkan masak atau tanak nasi.

maka beras ini ada masa dan waktunya sesuai untuk ia masak,kalau kurang air jadi nasi mentah berjelantah,dipanggil nasi mentah,kalau terlebih lama atau terlupa masaknya, nasi hangus dipanggil orang.[orang tak makan dah keduanya,dibuang dan dicampak kepada ayam itik ajelah,itupun kalau ayam itik ada dan nak memakannya]. dan kalau dimasak dengan air yang banyak,ia dipanggil bubur nasi,sedap juga dimakan[kalau kanak-kanan atau orang sakit maka diberikan bubur atau nasi lembik dicampur gaul dengan sayur atau ikan atau ayam atau daging bagi penyedapnya].dan kalau nasi yang sesuai dimakan adalah mengikut sukatannya masanya apinya airnya berasnya dan juga bekasnya yang sesuai juga.cantik bersih dan wangi harum bau nasi nya.maka keraknya juga akan dimakan orang kerana lembutnya kerak itu tidak hangus.

maka sebelum dan selepas makan itu ,basuhlah tangan agar bersih,dan dicuci pinggan mangkok periuk belanga agar bersih siap sedia boleh digunakan sentiasa.


inshaallah.


Anonymous said...

salam,
tuan puan.
sebagai renungan,betulkan tanggapan yang keliru.


perkara yang telah menjadi fitnah,janganlah di fitnah lagi untuk kali kedua,dan ketiga.berapa banyak kali fitnah nak difitnah semula.

dan kalau tak tahu atau tak pasti,diamkan aje,jangan dialunkan semula.bau angin dari mulut tak sama dengan bau angin yang bertiup dari laut.maka celakanya mulut yang membawa angin berbau busuk itu.[fitnah], yang menyebabkan porakperanda masyarakat serta orang ramai.

mereka tidak mengambik iktibar dari sejarah cerita-cerita dalam al quraan itu. tidak faham atau saja tak faham.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuan puan.

kiasnya kepada;dirungkai dalam ilmu dan fekah,dibaca dalam adat dan adab.


merpati cipang.

tok wali putih syeh kadir tok jangut tok guai.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuan puan.


rahsia apalah sangat yang hendak di surukkan oleh mereka-mereka itu tentang diri dan keluarga dan tentang ilmu mereka. sedangkan rahsia al quraan dan al sunnah yang allah minta manusia rungkaipun,manusia masih ramai lagi yang tak dapat menjawabnya,sedangkan rahsia itu bersekali dengan jawapannya[soalan dan jawapan bersekali dalam al quraan].

tiada siapa yang boleh membantu jikalau maklumat yang hendak di cari di surukkan dan berharap orang lain memberikan jawapan kepada mereka tanpa pedoman. alangkan al quraan yang ada pedoman itupun mereka masih tak dapat lagi merungkai jawapannya.

adakalanya orang akan beri jawapan dan adakalanya tuanpuan yang akan kena beri jawapannya. dan kalau persoalannya tidak lengkap diberikan maka jawapannya pun tidak lengkap jugalah yang akan di berikan.

maka kias akan dijawab dengan kias juga.
perumpamaan akan dijawap dengan perumpamaan juga lah.
tak gitu? akan kaedahnya.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuan puan.
sebagai renungan,betulkan tanggapan yang keliru.


susunannya lapanbelas.
susunannya enambelas.
susunannya sepuluh.
susunannya empatpuluhempat.

jawapannya dibacakan dalam ilmu fekah adat adab.[perlu tertip].[dan jangan tergelincir dari jawapan jalan syariat]



inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuan puan.
sebagai renungan,betulkan tanggapan yang keliru.

maka berpada-pada lah dalam menterjemahkan ayat dari al quraan dan al sunnah dan berlebih-lebihan jangan sekali-kali.ia akan mendatangkan maksud yang berlainan atau salah kepada ayat-ayat itu.

maksud kepada ayat-ayat al quraan dan al sunnah tidak pernah berubah dan akan kekal pada maksud asalnya dari sejak terciptanya pada kali pertama,maka janganlah memandai-mandai mengubah suai hak ciptaan allah.[kerana menyesuaikan mengikut peredaran zaman dan masa kononnya atau kerana untuk bagi orang yang ramai lebih memahami].itu adalah satu permainan yang merbahayakan. hati-hati tuan puan.



inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuan puan.
sebagai renungan,batulkan tanggapan yang keliru.


maka baca dan perhatikan yang dimaksudkan kepada ayat 6,surah 2.
dan apabila mereka tersalah kepada maksud dan erti,maka mereka tidak akan merasa insaf pada diri sendiri.mereka tak peduli, mereka langgar semacam aje.dan dalam masa yang sama mereka minta disempurnakan perlindungan serta rahmat dari allah untuk diri mereka dunia akhirat. ada akai ke?


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuan puan.
sebagai renungan,betulkan yang keliru.



pada bahasa ianya adalah kias atau kilaf yang di sebut; kotatinggi pahangtua.

dalam fekahnya apa?
dalam adatnya apa?
dalam adabnya apa?
dalam sejarahnya apa?

maka ia perlu dirungkai maksudnya kerana ia adalah sebahagian dari ilmu allah.[siapa yang tahu,maka itu adalah kurniaan allah kepada hamba nya]

kalau dalam bahasa arab,mereka kata,tak dapat diertikan maksudnya[kerana tak mahir atau tak reti bahasa arab,maka ini dalam bahasa melayu,dan kalau kata jawapannya juga tak tahu atau tak reti.tak dapek den nak menolongnya.[tanyalah kat orang-orang yang ulama bahasa].


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuan puan.
sebagai renungan,betulkan tanggapan yang keliru.


kalau adat disebut beradat.
kalau adab disebut beradab.
kalau fekah disebut berfekah atau bersyariat atau berhukum.
kalau ilmu disebut berilmu.
dan kalau resam,maka lihatlah akan bendanya yang tumbuh dipaya,disawah dan bendang,atau ditasek,maka tidak disebutkan beresam.[sejenis rumput atau tumbuhan liar],[lihat dan perhatikan dengan mata sendiri,dan fikirkan sendiri,maka jawapannya apa pada pendapat tuan puan?]

baik atau buruknya jawapan yang tuan puan dapat,bergantung atas diri masing-masing.[ini yang disebutkan ;tepuk dada tanya selera].

dalam syariat;pahala atau dosa adalah pilihan diri@hati masing-masing.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuan puan.
sebagai renungan,betulkan tanggapan yang keliru.


perhatikan kepada surah tujuh,ayat empatbelas dari dalam al quraan.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuan puan.
sebagai renungan,betulkan tanggapan yang keliru..

kalau tak dipecahkan ruyung mana kan dapat sagunya.

peribahasa ini,kebanyakan orang yang ramai gunakan kepada mencari dunia semata,[kejayaan dan kekayaan diri atas dunia][kata lainnya;jika kau jatuh,bangun dan cuba lagi,dan lagi,dan lagi,dan lagi,dan kalau kau kata kau boleh,kau boleh melakukannya,kau boleh berjaya. ini ayat pinjam].

kenapa tak digunakan untuk urusan syariat? dalam mendapatkan redha allah untuk diri,keluarga,manusia dan makhluk alam juga.

dan selalunya jawapan yang keluar dari mulut adalah;

tak sampai akal memikirkan,
pening dan sakit kepala nak fikir,
aaaaa takut dan seram,tegak bulu roma,
itu kerja ulama,biar mereka yang fikir,
kita ini siapa,orang awam je,
kami tak pandai,mengaji rendah,
tak tahu tu,itu urusan tuhan,
sibuklah atau apa sibuk-sibuk,dengan soalan macam tu,

dan berbagai ragam jawapan bagi melepaskan diri dari menjawab.
maka macam mana,boleh mereka kata mereka dari asal atau keturunan pagar ruyung,
pagar tak pernah di ketuk,tak pernah di buka dan tak pernah masuk,apatah lagi ruyungnya yang tak pernah dibelah atau dipecahkan.jadi mana nak tahu isi dalam ruyung tu apa.dan rasanya macammana.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuan puan.


setinggi-tinggi terbangnya bangau,akhirnya hinggapnya di belakang kerbau.dan macammana melaut sekali pun seluang,tetap ketepi juga. satu bab yang kami perbentang telah pun sampai ke[kalau pada kitab ,dah sampai pada muka surat akhir sekali yang di sebut penutup].

maka bab urusan kepada sifat duapuluh telah siap di perbentangkan kepada tuanpuan, melainkan urusan yang terlepas pandang.
huraian dan pembentangan itu hendaklah di teliti dan dirujuk dan disandarkan kepada kitab al quraan dan al sunnah[al hadis],agar tidak lari atau menyimpang dari laluan syariat.dengan izin serta kebenaran allah.


w/salam,
inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
urusan terlepas pandang,dan betulkan tanggapan yang keliru.


apakah faedahnya mendirikan masjid atau surau atau madrasah yang besar cantik lagi canggih,kalau setakat ayat-ayat al quraan dialunkan dengan suara yang datangnya dari keset dan cd atau dari rakaman suara, dan bukan nya dari suara mereka-mereka yang sepatutnya membacakan ayat-ayat al quraan dari mulut dan hati mereka sendiri.

maka kecangihan teknologi menyebabkan manusia menjadi semakin malas,mereka telah mejadi seperti ketam yang menyuruh anaknya berjalan lurus.

mereka belajar dengan mesin, dan mesinlah pengganti guru dan pengganti diri.
maka tiada berkat kepada apa yang mereka pelajari dan mereka ajari itu. tiada lagi yang disebut bertemu lutut,yang disebutkan oleh rasulullah saw dahulu itu.

orang yang sakit dibacakan ayat al quraan dengan mesin,maka bertambah sakitlah orang yang sakit itu.maka itu bukan dinamakan bersedekah atau menghadiankan,sebaliknya itu dinamakan pemalas. alasan mereka kerana baju tak bersih,diri kotor,tiada wuduk,takut salah sebut atau baca,dan sampai ada yang kata nak mudah pasang aje kaset.

malas telah menjadi wabak seperti penyakit kepada manusia masa ini.mereka lebih sakit dari orang yang mereka perdengarkan alunan ayat al quraan dari keset itu sendiri.


suara dari mesin itu hanyalah sebagai panduan rujukan sahaja seperti juga tulisan pada kitab dan buku itu, dan bukan nya sebagai guru.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.
[perbentangan kali kedua]


yakin tak yakin dan percaya tak percaya,dan faham tak faham dan tahu tak tahu; masalah inilah yang sebenarnya bermain dalam hati dan diri manusia dari dahulu dan sekarang.selalunya manusia menjadi yakin dan percaya sepenuhnya,apabila nyawa telah sampai pada muka[masa itu dipanggil ajal].

kesemua urusan dan perkara yang bermain dalam kepala dan hati manusia yang tidak atau kurang di yakin@kurang di percaya,akan ditayangkan depan mata manusia dengan jelas-sejelasnya pada masa ajal itu.

allah tak minta banyak banyak perkara seperti longgokan pahala yang bergunung-gunung,yang allah minta kepada manusia adalah yakin dan percaya sepenuh-penuh hati@diri kepada nya ,dengan pengetahuan ilmu serta kefahaman ilmu dan bukan bersangka-sangka,bukan ikut-ikut,bukan setakat sandaran atau bersandar kepada orang lain.

seperti mana,penyakit yang dialami oleh manusia;kenapalah disandarkan kepada makanan.ini serupa pepatah india kata:lembu punya susu sapi punya nama.dan juga boleh guna pepatah ini:kuman seberang laut nampak dimata,gajah depan mata tak nampak.[mungkinlah mereka-mereka itu ada penyakit rabun].

ingkar kepada allah itu yang menjadi penyebab dapatnya penyakit oleh manusia. maka seperti yang dinyatakan dalam beberapa hadis;[maksudnya akan lebih kurang bergini]:dalam diri manusia itu ada seketul daging kalau baik,maka baiklah diri dan kalau buruk dan rosak maka buruk dan rosaklah diri. atau:
pada setiap salah laku atau dosa akan menyababkan titik hitam pada hati,dan titik demi titik melekat pada hati dan apabila titik-titik hitam itu meliputi seluruh hati,maka rosaklah cahaya hati dan menjadi gelap serta kelam hati.

tengok pada contoh buah dan kuih; kalau dah hitam berkulat melekat pada buat dan kuih itu;kalau buah,dibuangkan yang hitam berkulat,maka boleh dimakan lagi bahagian lain,dan sebaliknya kalau kuih yang hitam berkulat,tak ada pilih=pilih dah,habis dicampak semuanya dalam tong sampah.

maka pada manusia tidak dibuat sebegitu, semacammana buah dan kuih itu. manusia diberikan tempoh untuk memperbaiki agar kembali kepangkal jalan yang di redha allah, carilah jalan untuk kembali itu. pintu taubat terbuka luas dan hanya akan di tutup pintu taubat itu apabila terbitnya matahari dari sebelah barat.[dengan izin serta kebenaran allah].


inshaallah.

Anonymous said...

salam, tuanpuan.
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.
[untuk makluman]


pada zakat tiada istilah sumbangan zakat dan bantuan zakat. zakat itu haknya kepada asnaf dan penjaganya sebagai pemegang amanah,maka zakat itu adalah diberi sebagai wajib,dan bukannya sebagai sumbangan atau bantuan.

serupalah mengutip atau mengambil zakat;;wajib mengeluarkan zakat atau wajib mengambil zakat dari....;dengan sukarela atau dengan paksa rela,tetap wajib.sebab itu lah saidina abu bakar memerangi orang yang tidak mengeluarkan zakat.

kalau mereka yang kaya tidak datang memberi zakat mereka,maka amir wajib pergi mencari mereka yang kaya bagi mengutip zakat dari mereka.

maka serupalah dengan pembahagian atau pemberian zakat; kalau orang yang asnaf tidak datang menuntut haknya ,maka amir wajib mencari dan menghantar hak zakat si asnaf itu.[macammana,tak gitu kaedah urusannya]

contoh cerita zaman nabi saw; suatu hari nabi saw telah diberikan orang dinar untuk beberapa ribu sebagai sedekah,maka nabi saw telah menyuruh pembantunya pergi mengumpulkan orang-orang fakir,dan setelah terkumpul orang fakir itu,lalu nabi saw membahagi-bahagikan dinar itu sehingga habis bersekali dinar dalam poket bajunya sendiri tanpa tertinggal barang satu dinarpun pada dirinya sendiri,kerana dibimbangi ada kalangan orang fakir itu yang tidak mendapat hak mereka.

contoh kedua; suatu hari orang telah menghadiahkan nabi saw sebekas susu,maka disuruhnya pembantunya mengumpulkan fakir dan sahabat beliau,setelah semuanya terkumpul,maka diberikan minum keseluruhan mereka-mereka itu sehingga kenyang,dan akhirnya disuruh minum akan pembantunya sehingga kenyang,dan beliau sendiri adalah yang akhir memimnum susu yang dihadiahkan kepada beliau itu.

maka zakat itu adalah terlebih wajib berbanding sedekah dan hadiah.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.

bagi setiap jawapan dalam soalan,mestilah lengkap seperti mana soalan matematik moden atau matematik tambahan.

tidak ada jawapan tanpa jalan penyelesaian.
contohnya;

YX x YZ = XYZ.

bergitu juga dengan soalan kepada urusan syariat;

fekahnya
adatnya
adabnya
ilmunya

maka kena ada empat:jawapan,huraian,sandaran,mitos atau sejarah. dan juga faham kepada apa yang dijawab.

kalau soalannya;dalam fekah;;kenalah ada jawapannya dalam adat,adab,ilmu dan sandarannya dalam al quraan dan al hadis.

sebagai contohnya:

soalannya; siapa iblis?

maka jawapannya perlu di baca semula sejarah khilaf dalam al quraan dan sejarah khilaf dalam al hadis. surah mana? sejarah macammana? hukumannya? dan barulah dapat dan kenal siapa sebenarnya yang di gelar iblis tu. dan barulah tak memegang fitnah.


kalau soalannya dalamm adat; jawapannya pada mitos dan sejarah mitos itu,dan sandaran dari al quraan dan al hadis dalam surah dan ayat mana?

kalau soalan adat; jawapannya dlam peri bahasa atau sinpulan bahasa atau pantun,maka ada mitos sejarahnya ada sandarannya dalam sejarah mitos adat dan snadaran fekah dan sandaran al quraan dan al hadis.

mana ada soalan dan jawapan semata,itu dinamakan tiru dan tak faham.

soalan + jawapan = tiru[salinan atau menyalin]. [sebab itu tak faham,tak kenal diri dan tak kena allah].

yang macam ini,tak di pakai atau tak boleh guna di padang mashar[pada hari kiamat]


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.


maka bersandarlah dia pada dinding itu dengan keletihan sambil menahan gigilnya badan menahan perut. tidak diperdulikan lagi orang ada atau tidak nya yang melalui dimana tempat dia bersandar sambil menghulurkan telapak tangan.

maka dia tahu tidak akan ada sessiapa yang akan melaluinya, apabila menjelang petang senja,dan walau macammana sekali pun dia tetap menadahkan telapak tangannya ,moga-moga ada diantara hamba allah yang melalui dihadapannya kalau tidak warisnya bagi mendapatkan sesuap dan seteguk bagi mengalas kelesuan pada dirinya.

hari esok tidak tahu dimana dirinya akan aman,maka untuk hari ini pun dia tidak pasti lagi hidup dan matinya dalam keadaan sebergitu. dengan badan yang menggigil ,insaflah sebentar dirinya yang dia tersangat kerdil dalam linkungan orang yang ramai ini.

maka bertanyalah dia kepada dirinya,adakah aku bersalah dalam sesuatu kepada allah. adakah aku dahulunya malas yang menyebabkan diri terumbang-ambing pada hari ini. adakah aku di hukum dan kalau aku dihukum apakah kesalahan aku sehingga menjadi bergini.

dahulunya aku segar dan sihat, aku kaya dan mewah,aku bijak dan cerdik,dan maka dimana silapnya aku ini sehingga keadaannya aku jadi bergini; aku sakit dan tidak berupaya,aku miskin dan kesempitan,aku bodoh dan binggong, dan kelesuan serta kelusuhan diri aku ini mengaibkan siapa, diri aku sendiri atau mengaibkan siapa? itu semua bermain dalam kepalanya.

maka bagaimana mereka-mereka itu dan tuanpuan boleh beranggapan yang diri kaya, cerdik dan sihat,sedangkan ada dalam kalangan saudara di sekeliling yang hampir aib dan di pandang sepi,tiada jaminan hidup matinya diri mereka itu.

maka kesepian itu hanya dirasai pada mereka yang terlentang lesu sahaja dihujung senja riwayat kehidupannya.

inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.


kepada urusan penyakit; maka tiada penyakit misteri atau penyakit pelik-pelik yang sampai kepada manusia,dari zaman dahulu,atau zaman sekarang,atau akan datang.

manusia sahaja yang buat sesuatu itu menjadi misteri atau pelik.dan kalau manusia itu tahu dan faham dengan apa yang mereka bacakan dari dalam al quraan dan al hadis,maka misteri dan pelik itu tiada.sebaliknya misteri dan pelik itu pula sekarang ini menjadi satu wabak seperti penyakit kepada mereka-mereka itu dan orang yang ramai.

seperti mana misteri dan peliknya gelaran iblis yang di sebutkan dalam al quraan itu kepada mereka-mereka itu dan orang yang ramai,maka bergitulah juga misteri dan peliknya penyakit sekarang ini, kepada mereka-mereka itu dan orang yang ramai.

maka bergitu juga lah kepada harta peninggalan atau harta karun,yang sentiasa menjadi misteri dan pelik kepada mereka-mereka itu dan orang yang ramai.[ mereka membaca sejarah qorun dalam al quraan tetapi masih lagi mereka menjadikan qorun dan hartanya itu mesteri dan pelik][tak gitu].

orang akan bertanya,apa sangkut pautnya bab: penyakit,iblis dan qorun ni,
tak ada apa-apa pun kalau di lihat lurus bendul. sebab mereka dan orang yang ramai tak melihatpun. dalam al quraan dan al sunnah,dah di sebut atau dinyatakan terang-terang. maka manusia tetap menyalah gunakan anugerah penggunaan sifat dua puluh allah kepada manusia yang sempurna kejadiannya dan sempurna akalnya.dan ada yang menyelewengnya sifat dua puluh untuk peribadi mereka sendiri.[kalau bergitu,apa yang hendak disebut atau digelar kepada mereka-mereka itu dan orang yang ramai yang sebergitu...?(tuanpuan jawablah sendiri selepas menatap al quraan dan al sunnah dan memikirkan jawapannya yang sesuai),jawapan ada dalam al quraan dan al sunnah].

dengan izin dan kebenaran allah.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.

berangan atau beranggapan telah menular seperti wabak penyakit dalam kalangan mereka-mereka itu dan orang yang ramai,maka inilah yang dikiaskan oleh nabi saw dalam kiasnya hadis; orang yahudi akan menjadi tujuh puluh dua kumpulan,dan orang nasrani akan menjadi tujuh puluh dua kumpulan, maka kepada orang islam,mereka akan menjadi tujuh puluh tiga kumpulan,hanya satu sahaja yang lepas dari tujuh puluh tiga itu.

apa yang sebenar mereka-mereka itu dan orang yang ramai angan-angankan atau yang dianggapakan kepada urusan,benda,kehidupan,dunia dan lain-lain disekeliling mereka. mereka hendak menjadi islamic macammana,acuan allah atau acuan makhluk. sehingga maksud atau terjemahan dari al quraan dan al hadis main sedap gigi je menyebutnya.maka lintang pukang orang yang ramai.

apabila terkena kepada batang hidung sendiri;itu dugaan allah,kata mereka,dan apabila kena kepada orang yang lain;itu hukuman allah,kata mereka.maka betul ke,atau tidak betul akal mereka-mereka itu?

sihat atau hidup sihat adalah apabila manusia ini tidak ingkar kepada allah dalam segala hal kehidupan dunia dan kehidupan diri;maka sebab itu orang tua-tua berkata:
berpada-pada.....,jangan sekali-kali.....,;dalam segala hal termasuklah makan-minum,harta benda, dan kawal nafsu jangan sampai menjadi buas dan ganas.

susunannya telah ada;

kanak-kanak,remaja,dewasa,tua dan dibiarkan tua bangka menjadi seperti kanak-kanak. kepada akal yang mahu memikirkan akan kebesaran tuhan yang mencipta akan makhluk. dengan izin dan kebenara allah.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.
[perbentangan kali kedua].


jawapan dulu ke atau soalan dulu ke?,serupalah orang bertanya;[ayam dulu atau telor dulu?]: maka kalau ikut macammana sekali pun dipusingkan,jawapan kepada soalan itu memang dah dijawab dan terjawab,yang di letakkan dalam al quraan.

maka diciptakan .......,dan yang lain adalah turutan kepada yang pertama kali ciptaan,maka ianya disebutkan susur atau sanad keturunan.
maka soalan tidak boleh di keluarkan sebelum jawapannya ada.

serupalah contoh kepada kertas peperiksaan,cikgu buat soalan perpandukan jawapan yang dia ada,dan kalau cikgu tiada jawapannya,dia tak akan mengeluarkan soalannya.[murid tak tahu jawab dan cikgu pun tak tahu jawab,maka itu akan disebut orang; dua kali lima atau lima kali dua].jadi kedua-dua cikgu dan murid tak lulus atau gagal.

andaian, sangkaan atau khabar angin tidak boleh dijadikan jawapan atau pun itu bukan jawapan,sebabnya andaian,sangkaan atau khabar angin itu adalah soalan[dibelakang perkataan yang tersebut ada tanda tanya atau[?]

kalau orang bertanya [contoh]; fekah itu apa?;sebaliknya kalau kami yang bertanya [contoh]fekah itu siapa?;sebab kami tidak akan bertanya lagi kepada contoh yang pertama,kami akan terus bertanyakan contoh kedua,maka kerana jawapannya telah diberikan kepada kami dengan izin dan kebenaran allah.

maka tidak di jadikan telur,melainkan dijadikan induknya terlebih dahulu. serupalah dengan manusia,maka dijadikan laki-laki dan perempuan berpasang-pasangan dan dari keduanya akan datang zuriat dan keturunan yang banyak.



inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuanpuan.
urusan terlepas pandang,betulkan yang keliru.


sungguh hebat tamparan ego dan tamak mereka-mereka itu sehingga tiada ruang dibenarkan untuk akal mencelah memperbetulkan kekeliruan diri mereka sendiri walaupun badan jasad mereka terlentang lesu dalam kesakitan. mereka-mereka itu tetap tidak mahu membenarkan akal mengubati diri mereka.[kukuhnya ego mereka]

dalam pada badan jasad di kenakan hukuman atau kifarah,dan dalam masa yang sama mereka juga tetap diduga atas keyakinan dan kepercaya diri mereka sendiri kepada allah dan urusannya.[hukuman dan dugaan berjalan serentak walaupun dalam sakit]

maka disebabkan ego dan tamaknya diri mereka,sanggup mereka membiarkan perkara aib diri terbongkar yang akan menjadi fitnah kepada dirinya sendiri dan keluarga dan juga orang yang ramai.

maka,fikir-fikir lah, bagi kebaikan semua.


inshaallah.