-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20170530

STATISTIK PENGUNJUNG BULANAN

2010
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul 1,178
Ogos 925
Sept 628
Okt 1,431
Nov 1,188
Dis 1,375

2011
Jan 1,384
Feb 957
Mac 1,196
Apr 779
Mei 734
Jun 1,045
Jul 727
Ogos 456
Sept 1,784
Okt 1,794
Nov 3,212
Dis 3,497

2012
Jan 4,168
Feb 4,023
Mac 5,191
Apr 4,578
Mei 4,555
Jun 5,406
Jul 5,789
Ogos 5,662
Sept 5,478
Okt 7,259
Nov 7,890
Dis 7,166

2013
Jan 9,113
Feb 7,669
Mac 11,865
Apr 13,552
Mei 12,581
Jun 11,151
Jul 8,745
Ogos 9,223
Sept 9,244
Okt 8,769
Nov 8,116
Dis 6,684

2014
Jan 6,981
Feb 7,098
Mac 7,269
Apr 8,312
Mei 9,250
Jun 10,342
Jul 9,070
Ogos 11,776
Sept 12,365
Okt 15,584
Nov 11,272
Dis 11,527

2015
Jan 11,618
Feb 10,533
Mac 11,660
Apr 14,480
Mei 15,956
Jun 12,698
Jul 12,228
Ogos 15,366
Sept 13,915
Okt 14,383
Nov 14,549
Dis 15,309

2016
Jan 15,921
Feb 15,004
Mac 15,604
Apr 13,838
Mei 15,399
Jun 16,757
Jul 25,525
Ogos 16,685
Sept 14,491
Okt 14,148
Nov 13,652
Dis 20,317

2017
Jan 12,069
Feb 13,608
Mac 15,897
Apr 16,181
Mei 16,829
Jun 8,840
Jul 12,192
Ogos 12,731
Sept 12,967
Okt 13,329
Nov 12,230
Dis 12,865

2018
Jan 10,729
Feb 11,438
Mac 12,203
Apr 10,364
Mei 7,707
Jun 5,567
Jul 7,050
Ogos 8,168
Sept 9,136
Okt 8,262
Nov 2,612
Dis 1,643

2019
Jan 2,067
Feb 54
Mac 2,467
Apr 2,509
Mei 3,105
Jun 1,626
Jul
Ogos 2,594
Sept 2,460
Okt
Nov
Dis


20170524

Antara Mat Lela Anak Bahaman dengan Mat Taha

Admin
kita sedia tahu
mat lela
anak kepada dato bahaman,
ada kah mat lela
dn mat taha
org yg sama,
cuma nk cari kepastian

on Nama yang ada kaitan dengan Mat Kilau
on 5/23/17
by Mohd Said Lamid

[ jawapan telah lama diberikan. sila cari dalam blog ini ]

Keturunan Yang Dijemput Oleh Sultan Pahang Untuk Berperang

Asalamulaikum...

saya sedang mencari
asal keturunan sy
yg saya sendiri
dikatakan berdarah diaraja.
yg dijemput oleh sultan pahang
utk perang menentang penjajah

on Salasilah Keturunan Raja Alam Pagaruyung
on 5/23/17
by TAK ADA NAMA

20170509

Perkampungan Keturunan Melayu Sarawak Di Sungai Lembing

KAMPUNG SARAWAK DI SUNGAI LEMBING,KUANTAN, PAHANG
Penempatan Keturunan Pasangan Haji Abu Bakar dan Dayang Diot

Pertama kali menjejak kaki di perkampungan ini terasa seperti pulang ke Sarawak kerana apabila melihat raut wajah penduduk kampungnya seakan-akan mengenali Si Lihin yang tinggal di Kampung Patingan atau Si Tuyot yang tinggal di Kampung Masjid. Ini kerana rupa paras mereka yang langsung tiada kemelayaan tetapi lebih kepada Melayu Sarawak yang mana hanya orang Sarawak cukup tahu membezakannya. Ditambah lagi apabila berkomunikasi setiap butir bicara yang dilontarkan seperti “kamek”, “kitak”, “ngah”, “anjang”, nenek rempuan, nenek laki dan banyak lagi nama panggilan keluarga Melayu diguna dengan meluasnya. Inilah Kampung “Sarawak” yang bukan berada di bumi Sarawak tetapi nun jauh membelah Laut Cina Selatan iaitu di Sungai Lembing, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Tanggal 18 Mac 2017 yang lalu menyaksikan Team Admin Borneo Oracle dijemput untuk bersama-sama memeriahkan perhimpunan Waris-waris keluarga Datu Patinggi Abang Abdul Ghafur bin Abang Qahar di sebuah perkampungan yang cukup sinonim dengan aktiviti perlombongan bijih timah yang terdalam di dunia iaitu di Sungai Lembing. Disinilah juga kami diberikan keizinan untuk membuat kajian sejarah mengenai adanya jejak warisan Melayu Perabangan yang hanya kita ketahui salsilahnya wujud nun di Sarawak Bumi Kenyalang.

Dan setiap butir kajian kami ini adalah berasaskan kepada sidang temubual dengan keluarga golongan Melayu Perabangan Sarawak melalui susurgalur cucu perempuan Datu Patinggi Abang Abdul Ghafur sendiri iaitu yang bernama
Dayang Diot binti
Abang Othman Krani bin
Abang Abdul Ghafur

Sekarang sudah mencakupi generasi ke-4 dan ke atas. Keluarga Dayang Diot ini sudah bermastautin tetap di perkampungan ini berdekad-dekad lamanya jauh sebelum Gagasan Malaysia itu ditubuhkan pada tahun 1963 lagi.

Keberadaan perkampungan “Sarawak” ini sudah tentu ramai yang tidak mengetahuinya kerana kurang diwar-warkan malah ianya langsung tidak disebutkan di dalam sejarah Sarawak itu sendiri. Namun golongan Melayu Perabangan di perkampungan ini cukup diiktiraf oleh Koloni British yang juga pembuka kepada lombong bijih timah di Sungai Lembing sejak di tahun 1892.

Generasi Dayang Diot inilah satu-satunya dari Kaum Melayu yang diberikan tugas untuk mengemudi bahagian pentadbiran kelas atasan di PCCL iaitu syarikat yang mengendali lombong disitu. Mungkin kerana itulah juga sejak dari dahulu sehingga sekarang, Melayu Perabangan disini amat dihormati oleh penduduk kampung yang lain dan diangkat menjadi ketua masyarakat sejak dari dahulu sehingga sekarang.

Alkisahnya mengapa ada golongan Melayu Perabangan terdampar sehingga ke Sungai Lembing dan membuka sebuah perkampungan dikenali sebagai Kampung “Sarawak” amat sinonim dengan seorang anak Melayu Perabangan yang bernama Dayang Diot binti Abang Othman Krani bin Abang Abdul Ghafur dan suaminya iaitu seorang saudagar yang bernama Tuan Haji Abu Bakar. Menurut kajian lisan diperjelaskan bahawa Tuan Haji Abu Bakar ini juga seorang anak Sarawak yang juga berasal dari Kuching, Sarawak.

Mungkin tokoh bernama Dayang Diot ini tidak dikenali tetapi beliaulah cucunda kepada seorang Melayu Perabangan yang cukup sinonim dengan sejarah Sarawak iaitu anak perempuan kepada Abang Othman iaitu anak lelaki kepada Datu Patinggi Abang Abdul Ghafur, seorang pahlawan Sarawak yang juga merupakan Datu Imam besar Masjid Bahagian yang pertama. Datu Patinggi Abang Abdul Ghafur jugalah mempunyai signifikasinya tersendiri sebagai seorang pahlawan Sarawak apabila berani bangun menentang pemerintahan Brooke di Sarawak sehingga membawanya dihukum buang negeri ke Betavia pada tahun 1860 oleh Brooke. Dayang Diot juga merupakan cucunda kepada tokoh pahlawan Sarawak yang cukup kita segani iaitu Datu Patinggi Abang Ali bin Abang Mir melalui perkahwinan Datu Patinggi Abang Abdul Ghafur dengan puterinya iaitu Dayang Inda binti Datu Patinggi Abang Ali.

Kesemuanya bermula apabila Dayang Diot berkahwin dengan seorang saudagar yang kaya-raya iaitu Tuan Haji Abu Bakar bin Ahmad. Beliau merupakan seorang saudagar yang belayar sehingga ke Siam (Thailand sekarang), Tanah Melayu, Singapura malah juga ke Pulau Natuna membeli barangan untuk diniagakan “barter trade” dari negara-negara ini. Boleh dikatakan bukan calang-calang saudagar ini kerana mempunyai bahteranya sendiri.

Diceritakan sekitar tahun 1890an, ketika sedang berniaga di Singapura melalui rakan-rakan perniagaannya yang mungkin juga golongan saudagar berbangsa Eropah memberitahunya tentang adanya peluang untuk berniaga di Pahang iaitu dikatakan pihak Koloni British sudah berura-ura untuk menggiatkan lagi industri perlombongan bijih timah di Sungai Lembing pada masa itu. Seperti kebanyakan saudagar, Tuan Haji Abu Bakar melihat ini sebagai satu peluang untuk berniaga maka beliau sendiri telah belayar ke Pahang dengan melalui Sungai Pahang dan seterusnya ke Sungai Lembing untuk membeli tanah. Ternyata kedatangan beliau bukan dengan tangan kosong kerana melalui persefahaman dan bijaknya tutur kata beliau maka beliau berjaya meyakini seorang penduduk tempatan untuk menjual tanah kepada beliau.

Dan tanah yang dibeli bukanlah tanah yang sembarangan kerana lokasi tanah itu berada betul-betul di hadapan kawasan lombong iaitu Muzium Sungai Lembing sekarang. Dan usaha membeli tanah dengan mendapat geran tanah yang diluluskan sendiri oleh Residen Pahang itu menyaksikan Tuan Haji Abu Bakar kembali ke Sarawak dan akhirnya membawa seluruh kaum keluarga iaitu 7 anaknya dan isterinya Dayang Diot berserta beberapa orang sanak saudara Dayang Diot dari golongan Melayu Perabangan untuk berpindah ke Sungai Lembing.

Setelah melalui laluan pelayaran yang beronak dan berduri akhirnya mereka sampai jua ke Sungai Lembing. Di kawasan tanah yang dibeli inilah mereka mula membina pondok untuk berteduh buat seketika dan akhirnya rumah kayu diperbuat daripada kayu belian siaplah juga. Bersama 7 anak-anak mereka iaitu
Tuan Haji Dee,
Tuan Haji Terim,
Tuan Haji Ghafur,
Tuan Haji Wailing,
Tuan Haji Hamid,
Puan Hajjah Fatimah dan
Puan Hajjah Saadah
serta kaum keluarga dari Sarawak yang lain itulah mereka memulakan penghidupan di negara orang.

Dari hanya satu rumah papan sebagai rumah induk akhirnya apabila anak-anak sudah membesar dan berumahtangga maka dibina lagi rumah-rumah papan yang lain bagi memenuhi kapasiti keluarga yang semakin membesar. Ironinya walau jauh beribu batu, perkahwinan keluarga ini tetap sentiasa bertemu jodohnya dengan keluarga di Sarawak yang menjadikan keluarga Melayu Perabangan di Sungai Lembing semakin berkembang. Malah sehingga sekarang perkahwinan sesama keluarga ini tetap dilestarikan bagi memastikan jalur keturunan itu tidak hilang.

Pada ketika lombong dibuka pada tahun 1892 menyaksikan ramai penduduk Melayu dari daerah yang lain malahan juga kaum Cina turut sama-sama tinggal di kawasan sekitar lombong bagi merebut limpahan ekonomi dari lombong bijih timah. Dikatakan sekitar tahun 1900an menyaksikan Sungai Lembing sudah dihujani kebanjiran penduduk iaitu sekitar 15,000 orang dengan 6,000 orang daripadanya adalah pekerja lombong bijih timah.

Dari sebuah perkampungan yang sunyi akhirnya Sungai Lembing dimajukan dengan deretan kedai-kedai untuk berniaga. Malah turut ada panggung wayang sendiri yang mana menurut sejarahnya filem James Bond yang pertama pernah ditayangkan disini lebih awal dari mana-mana jajahan Koloni British di nusantara. Di Sungai Lembing juga mempunyai kelab-kelab persendirian atau ‘Boxing Club’ untuk pekerja-pekerja lombong beriadah. Dan keluarga Melayu Perabangan juga diangkat menjadi ketua masyarakat Melayu di Sungai Lembing pada masa itu.

Diceritakan oleh kerana keluarga Dayang Diot mempunyai tanah sendiri yang bergeran di Sungai Lembing menyebabkan pihak PCLL (Syarikat pengusaha lombong) cukup menghormati mereka. Maka disinilah anak-anak lelaki keturunan Dayang Diot menjadi pemain penting sebagai tulang belakang kakitangan kelas atasan di PCLL. Jawatan seperti chargeman, pegawai pentadbiran dan sebagainya sememangnya dikhaskan untuk keluarga mereka. Hanya keluarga ini yang boleh duduk sepejabat dengan penjawat dari bangsa Eropah yang bekerja di PCLL yang menjadikan mereka anak Melayu tempatan pada ketika itu yang boleh berjalan beriringan dengan orang Eropah.

Di ketika Jepun menduduki Malaya iaitu sekitar tahun 1943, pada masa inilah Tuan Haji Abu Bakar meninggal dunia akibat sakit tua. Tuan Haji Abu Bakar disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Lembing dan sehingga sekarang makamnya masih utuh dijaga oleh warisnya. Untuk Dayang Diot pula bolehlah disamakan dengan bidalan lama ini iaitu hujan emas di negara orang dan hujan batu di negara sendiri kerana diceritakan sebelum Malaya ditakluki Jepun, beliau telah awal-awal menyampaikan hasratnya untuk “pulai menoa” iaitu ke perkampungan asalnya, Kampung Ajibah Abol, Kuching. Walaupun berat hati untuk keluarganya melepaskan beliau namun diturutkan jua kehendaknya biarpun kesemua anak-anaknya serta suaminya terus memilih untuk menetap di Sungai Lembing. Menurut penceritaan keluarga, Dayang Diot meninggal dunia sekitar tahun 1960 dan dikuburkan di kawasan Masjid Bahagian.

Walaupun ramai orang-orang tua Melayu Perabangan ini sudah ramai yang menyahut seruan ilahi malah rumah induk juga sudah dirobohkan untuk membina sebuah surau yang dinamakan Surau Dayang Diot, namun sehingga sekarang legasi keturunan anak-anak Dayang Diot masih utuh mempertahankan Kampung “Sarawak” mereka dengan masih menjunjung adat Melayu Sarawak walaupun sudah diasimilasikan dengan adat istiadat dan budaya negeri Pahang.

Biar pekan Sungai Lembing tidak sesibuk seperti dahulu kerana lombong bijih timah ditutup sekitar tahun 1984, mereka masih bertahan di Sungai Lembing dan mungkin untuk generasi muda Melayu Perabangan disini lebih memilih untuk bekerja di kota-kota besar seperti di Kuala Lumpur. Bagi golongan yang sudah berusia pula akan pulang ke Kampung “Sarawak” untuk menghabiskan sisa-sisa hidup mereka jauh dari hiruk-pikuk kota.

Inilah ceritanya ada segelintir Melayu Perabangan Sarawak yang akhirnya membuka penempatan digelar Kampung “Sarawak” di Sungai Lembing, Pahang Darul Makmur. Siapa pernah sangka ada satu perkampungan ala-ala Sarawak di bumi Pahang dan susurgalur keturunan Melayu Perabangannya mempunyai signifikasi bersejarah dengan kewujudan lombong bijih timah terdalam di dunia ini. Generasi mereka masih ada malah sudah berkembang sehingga ke generasi ke-7 di Pahang namun tetap kekal dengan identiti Sarawaknya walau dimana jua mereka berada.

Kami terhutang budi kepada Dato Haji Ahmad bin Omar dan Datin Hajjah Rosita bte Hassan serta seisi keluarga Dayang Diot binti Abang Othman bin Abang Abdul Ghafur yang telah memberikan segala info bersejarah ini di dalam merealisasikan artikel Jejak Warisan Melayu Perabangan di Tanah Melayu menjadi satu kenyataan. Semoga ikatan ukhuwah antara kita urang Sarawak akan terus dijunjung walau beribu batu jauh dari tanahair, Sarawak Bumi Kenyalang. Terima kasih.

SUMBER:
https://www.facebook.com/Keturunan-Merpati-Jepang-104705429560825/

CARTA SALASILAH KETURUNAN MERPATI JEPANG

Berikut adalah carta salasilah Datu Merpati Jepang:
(1)
Datu Merpati Jepang
Datuk Kebar
Datu Patinggi Abang Hashim
Abang Amir
Datu Patinggi Abang Ali
Dayang Inda (Datu Patinggi Abang Abdul Gapur)
Abang Omar
Abang Shapiee
Tun Datu Patinggi Abang Haji Openg
Dato Sri Abang Haji Abdul Rahman Johari

(2)
Datu Merpati Jepang
Datuk Kebar
Datu Patinggi Abang Hashim
Abang Amir
Datu Patinggi Abang Ali
Datu Bandar Abang Bolhassan
Datu Bandar Abang Haji Mohd Kassim
Datu Patinggi Abang Haji Abdillah

(3)
Datu Merpati Jepang
Datuk Kebar
Datu Patinggi Abang Hashim
Abang Amir
Abang Loncat
Dayang Truan (Abang Abdul Kahar)
Datu Patinggi Abang Abdul Gapur

(4)
Datu Merpati Jepang
Datu Abang Ambil
Abang Haji Ibrahim
Datuk Hakim Abdul Rahman
Datuk Hakim Abang Moasli
Datu Bandar Abang Mustapha
Datuk Abang Abu Bakar

(5)
Datu Merpati Jepang
Datu Abang Ambil
Datu Temenggung Abang Mersal
Datu Abang Pata

SUMBER:
http://arimanitaf26.blogspot.my/2016/02/keturunan-dato-godam.html

Membongkar Rahsia Datu Patinggi Abang Abdul Ghafur. Berjuang Di Serawak, Dibuang Ke Indonesia dan Bersemadi Di Melaka.

BERJUANG DI SARAWAK
Cerita perjalanan hidup seorang Pejuang Melayu Perabangan Sarawak yang bernama Datu Patinggi Abang Abdul Ghafur bin Abang Qahar yang terhenti pada tahun 1860. Pejuang ini merupakan Datu Imam Besar untuk Masjid Bahagian di Kuching yang mana masjid yang diasaskan oleh keluarga Melayu Perabangan sendiri iaitu Datu Patinggi Abang Ali.

Kajilah di dalam mana-mana dokumen sejarah Sarawak akan menceritakan bahawa kemuncak kepada ceritanya apabila seorang imam telah dipecat pada tahun 1854 atas alasan mengenakan cukai yang tinggi? Satu alasan yang boleh menimbulkan 1001 persoalan di minda kita semua.

Kemudian jika kita menyelami sejarah lama Sarawak juga akan dinyatakan bahawa beliau turut dianggap “penderhaka” kerana bersekongkol dengan Sharif Masahur yang bercita-cita besar untuk menghapuskan pemerintahan Rajah Putih suatu waktu dahulu. Sekitar tahun 1860 di ketika berada di Pontianak, beliau bersama seorang pengikut setianya iaitu Pengiran Hashim Jalil telah ditangkap oleh Koloni Belanda atas permintaan Brooke. Pada masa itu dikatakan beliau bersama pengikutnya sedang di dalam perjalanan untuk memohon bantuan dari Sultan Sambas bagi melawan Brooke iaitu bantuan berupa meriam dan senjata.

Namun akibat daripada adanya komplot di dalam keluarga Melayu Perabangan Sarawak yang pro-Brooke pada masa itu juga menyaksikan satu rahsia besar telah sampai ke telinga Brooke. Dan dalang yang disebut-sebut menjadi pemecah rahsia besar ini pula dikatakan 2 nama iaitu ada yang mengatakan Pengiran Matusin dan tidak kurang juga yang menyebut Abang Pata. Alasannya adalah kerana kedua-dua nama ini sememangnya diketahui mempunyai hubungan yang sangat baik dengan Brooke. Namun sehingga sekarang segala pertuduhan ini hanya tinggal pertuduhan sahaja kerana tiada pembuktian yang sahih.

DIBUANG DI INDONESIA

Natijah atas penentangan Abang Abdul Ghafur apabila beliau dihukum buang negeri ke Batavia (Jakarta sekarang) pada tahun 1860 dan seterusnya dikatakan meninggal dunia di sana iaitu selepas beberapa tahun hidup di dalam buangan. TITIK.. tiada lagi yang kita ketahui untung nasibnya samada benar atau tidak dia sudah tiada dan namanya hanya mampu dicatatkan atas sebuah nama sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Datu Patinggi Abang Abdul Ghafur di Stampin, Kuching bagi memperingati pensejarahannya sebagai salah satu ikon pejuang Sarawak. Itu sahaja tidak lebih tidak kurang.

Umpama kata bidalan lama bangkai, gajah mana mampu ditutup dengan nyiru kerana setiap satu kejahatan besar sudah pasti akan terbongkar jua dan begitulah ceritanya mengenai Datu Patinggi Abang Abdul Ghafur. Dan apa yang akan disajikan kali ini adalah satu pembuktian sejarah yang langsung TIDAK PERNAH diketahui oleh rakyat Malaysia amnya mahupun rakyat Sarawak khususnya. Satu kajian sejarah yang bukan hanya bersandarkan pautan sebaliknya adalah kerja lapangan sebenar dengan berbicara hati ke hati bersama waris-waris serta penduduk Kampung Limbongan, Melaka.

Akhirnya penghujung pencarian selama berbulan-bulan terhenti jua apabila menyaksikan sendiri makam seorang ikon pejuang Sarawak. Ia lantas membuktikan bahawa apa yang disogokkan serta terus ditanam di minda kita selama lebih seratus tahun itu adalah DONGENGAN BROOKE semata-mata.

BERDAKWAH DI LIMBUNGAN

Ceritanya Abang Abdul Ghafur bin Abang Qahar (Selepas 1860)

Menguak pintu sejarah selepas tahun 1860 menyaksikan Datu Imam Besar Datu Patinggi Abang Abdul Ghafur sebenarnya berada nun jauh menyeberangi Laut China Selatan. Dan sudah tentu bukanlah Batavia sebaliknya di Melaka satu negeri yang gah dengan cerita keagungan Kerajaan Kesultanan Melaka dan pendekar 5 bersaudara serta keris si taming sari. Tapi disinilah terselit satu sejarah lama seorang anak Sarawak di satu perkampungan bernama Kampung Limbongan.

Melalui kajian lisan samada dari keluarga mahupun orang-orang tua menyatakan bahawa pernah ada seorang anak Melayu dari Sarawak yang begitu baik budi pekertinya serta begitu arif ilmu agamanya pernah tinggal di Melaka. Pada ketika itu diceritakan Abang Abdul Ghafur tidak tinggal di mana-mana rumah kediaman Melayu sekitarnya kerana Abang Abdul Ghafur bermusafir sebagai seorang yang mengabadikan diri dengan agama sucinya, agama Islam.

Dari seorang golongan Melayu kelas atasan di Sarawak, Abang Abdul Ghafur tidur bangunnya hanya di sebuah surau kecil di Kampung Limbongan. Tiada sesuatupun yang berjaya mengaitkan dirinya berasal dari golongan berstatus tinggi kerana beliau tampil sebagai orang biasa-biasa dengan pakaian biasa-biasa serta serba serbi adalah hanya asas untuk meneruskan penghidupannya sahaja. Pengabadiannya hanya pada agamanya dengan membersihkan surau dan sekitarnya, menjadi bilal mahupun imam pada setiap solat disamping membaca al-quran mahupun menelaah al-kitab yang sedia ada.

Demi sesuap nasi juga menyaksikan Abang Abdul Ghafur melakukan kerja-kerja kampung bagi mendapat upah selain daripada mengajar agama serta guru alquran kepada penduduk kawasan sekitar perkampungan. Dinyatakan juga pada masa itu beliau sudah agak berusia dan hidup sebatang kara. Tidak sombong malah peramah dan pergaulannya dengan penduduk kampung sangat baik. Begitulah hendaknya apabila membawa diri di negara orang.

Sudah menjadi lumrah dahulukala barangsiapa yang arif ilmu agama akan dipandang tinggi di dalam status quo masyarakat. Maka begitulah juga Abang Abdul Ghafur apabila ada satu keluarga Melayu di Kampung Limbongan yang begitu mengambil berat tentang dirinya. Dari keluarga inilah akhirnya beliau dijodohkan dengan anak gadis sunti mereka yang bernama Nyonya binti Kassim.

Dari hanya hidup menumpang di sebuah surau yang kecil apabila sudah berkahwin akhirnya Abang Abdul Ghafur mendirikan sebuah rumah untuk keluarganya berteduh dari teriknya mentari dan basahnya hujan di Kampung Limbongan. Disinilah Abang Abdul Ghafur telah berjaya memperkembangkan lagi susurgalur Melayu Perabangan Sarawak tanpa diketahui oleh mana-mana penduduk kampung.

Ini kerana setiap kelahiran cahayamatanya kesemuanya dinamakan dengan hanya nama orang Melayu biasa-biasa tanpa beliau mahu mewariskan legasi nama keluarganya iaitu “Abang dan Dayang”.

Dek kerana itulah jika kita melihat salsilah keluarga Melayu Perabangan susurgalur Datu Patinggi Abang Abdul Ghafur melalui perkahwinannya dengan Nyonya binti Kassim dari Melaka untuk generasi ke-2 sehingga ke-3 langsung tiada nama “abang” mahupun “dayang” digunapakai. Ini kerana beliau sendiri telah “MEMBUANG” marga nama keluarga dari pengetahuan semua orang. Malah dirinya juga turut mahu hanya dikenali sebagai Haji Ghafur di kalangan penduduk kampung. Abang Abdul Ghafur juga dinyatakan tidak pernah pulang ke Sarawak sejak mendiami Melaka.

BERSEMADI DI TOK GAMBON

Oleh kerana di ketika di Melaka, Abang Abdul Ghafur dikatakan sudah agak berusia jadi hanya beberapa tahun sahaja beliau mengabdikan diri sebagai antara tunjang mengajar agama Islam di Kampung Limbongan dan akhirnya beliau menyahut panggilan Ilahi sekitar tahun 1870an. Tempat persemadian kekalnya sehingga sekarang utuh dijaga oleh waris-warisnya yang masih menghuni di kawasan sekitar tapak perkuburan yang dinamakan Tapak Perkuburan Islam Tok Gambon, Limbongan, Melaka.

Sekaligus ini juga membenarkan jejak warisan Melayu Perabangan Sarawak sudahpun menebar sehingga ke Kampung Limbongan, Melaka walaupun mereka di sini sudah “hilang” Abang dan Dayangnya serta amat kurang fasih berbahasa Melayu Sarawak.

Mereka sudah lama wujud di bumi Melaka dengan mengasimilasikan diri di dalam penghidupan masyarakat di Melaka itu sendiri. Mereka sudahpun wujud di bumi Melaka apabila Datu Patinggi Abang Abdul Ghafur membawa diri lalu menjadi sebahagian komuniti di Melaka lebih kurang 150 tahun yang lalu.

BERKEMBANG DI MELAKA

Inilah kisah riwayat penghidupan sebenar seorang pejuang Sarawak yang langsung tidak diketahui oleh kita semua. Titik noktah ceritanya BUKAN SAMA SEKALI BERAKHIR PADA TAHUN 1860 seperti “sejarah dongengan” jajaan Brooke yang seolah-olah takut dengan bayangan sendiri. Rasa cuak itu timbul kerana tidak mahu ada lagi mana-mana orang Sarawak yang bangun menentang pemerintahannya di Sarawak. “DIMATIKAN” adalah satu jalan yang paling mudah agar tiada lagi yang mampu mempersoalkannya.

Dalam pada itu tercalit pertanyaan mengapa dan kenapa seorang anak Sarawak yang lahir di kalangan keluarga Melayu kelas atasan malah terkenal dengan signifikasi pemerintahan Melayu Datu-datu ini membuang segala perkaitan mengenai dirinya dengan Sarawak.

1.Adakah benar Datu Patinggi Abang Abdul Ghafur melakukan demi keselamatan keluarga agar Brooke tidak akan menjejakinya sehingga ke Melaka?

2.ATAU adakah ianya dilakukan kerana Datu Patinggi Abang Abdul Ghafur sudah menjadi seorang yang zuhud yang mana di dalam ajaran Islam setiap kita manusia adalah sama?

3.ATAU adakah kerana Datu Patinggi Abang Abdul Ghafur kecewa dan hampa sehingga putus harapan dengan keluarga Melayu Perabangan sendiri yang terlalu “menyembah” Brooke pada masa itu sehingga sanggup mengkhianati keluarga sendiri?

Rajuk hatinya Abang Abdul Ghafur akan kekal sebagai satu persoalan di minda kerana jawapannya turut terkubur bersama-sama Almarhum Datu Patinggi Abang Abdul Ghafur yang sudah lama meninggalkan kita. Sejarahnya digelapkan hampir 150 tahun lamanya buat pengetahuan kita semua.

Ironinya melalui penceritaan orang tua-tua di Kampung Limbongan pernah ada Tuan Gabenor Sarawak yang pertama iaitu Tun Abang Haji Openg singgah ke masjid menunaikan solat di Kampung Limbongan suatu waktu dahulu. Dikatakan dengan menggunakan pembesar suara masjid, beliau menyatakan mencari keluarganya yang bernama “Abang Abdul Latif bin Abang Abdul Ghafur di Melaka”. Namun pada masa itu tiada sesiapa yang mampu memberi jawapan kerana marga nama keluarga Melayu Perabangan “Abang dan Dayang” cukup asing bagi masyarakat di Melaka.

Selepas itu melalui temubual dengan keluarga pula mengatakan bahawa ada satu kejadian yang berlaku pada tahun 2015 di Kuching, Sarawak. Pada masa itu Sarawak menerima kunjungan daripada Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Ir. Haji Idris bin Haji Haron. Beliau dan rombongan telah dibawa untuk melawat ke salah sebuah rumah keluarga Melayu Perabangan. Di ketika itulah beliau terlihat satu potret keluarga dan menyatakan secara khusus bahawa makam tokoh Melayu Perabangan itu ada di negerinya.

Jika seorang pembesar negeri Melaka begitu arif dan mengenali tokoh ikon pejuang Sarawak ini, mengapa dan kenapa kita orang Sarawak berdiam diri seribu bahasa serta berpeluk tubuh tidak melakukan sesuatu untuk cuba mengangkat sejarah sebenar ini kembali?

Ianya bukan satu cerita kosong malah sudah dilestarikan dengan satu kajian lapangan bagi mencari satu kenyataan yang pasti bahawasanya memang ada makam serta sejarahnya di Melaka bumi Hang Tuah selepas tahun 1860!

SEJARAH YANG ADA SEKARANG HARUS DIPERBETULKAN!!!

Pedang panjang mampu dihayun
Tidak selangkah mengundur diri
Brunei Brooke Inggeris dan Jepun
Tinggal sejarah di karpet memori

Hang Jebat juga Hang Kasturi
Pendekar kuat raja Melaka
Anak Sarawak bermusafir diri
Tinggal pusara lambang adanya

Jutaan terima kasih diucapkan kepada keluarga Datu Patinggi Abang Abdul Ghafur melalui susurgalur perkahwinannya dengan Nyonya binti Kassim iaitu cicitnya, Dr. Zainal bin Abdul Latiff bin Abang Abdul Ghafur dan keluarga besar Dayang Diot binti Abang Othman Krani di Sungai Lembing, Pahang. Tidak lupa kepada warga penduduk di Kampung Limbongan, Melaka. Tanpa mereka ini semua, artikel di dalam “Jejak Warisan Melayu Perabangan Sarawak di Tanah Melayu” dari Borneo Oracle tidak akan menjadi realiti. -admin-

SUMBER:
https://www.facebook.com/Keturunan-Merpati-Jepang-104705429560825/

Sejarah Datuk Merpati dan Merpati Jepang

Datuk Merpati

Datuk Merpati mempunyai kerajaan di Santubong iaitu di negeri Pasir Kuning. Pemerintahan beliau mendapat waat dan taat daripada dua orang pembesar asal iaitu Abang Kuli dan adiknya Abang Ku Ali. Sebelumnya beliau membuka kerajaan di Selabat sebelum berlaku bala bencana di Selabat dan membuka negeri di Kuala Santubong. Manakala dua adik beradik Pembesar asal itu pula membuka negeri di Hulu Sungai Sarawak iaitu di Landeh.

Perkahwinan Datuk Merpati dengan seorang Puteri daripada Kerajaan Johor Lama iaitu Dang Permaisuri  melahirkan dua orang anak iaitu Merpati Jepang dan Dang Seri Bulan. Dang Permaisuri merupakan anak Raja Jarom dan mempunyai beberapa orang lagi adik-beradik lain seperti Datuk Kembali, Datuk Sabtu, Datuk Trawoh, Datuk Padawan, Datuk Lenggong dan Datuk Mahakam.

Walau bagaimanapun terdapat sejawahwan seperti Abang Ishar dari Sanggau berpendapat Dang Permaisuri berasal dari kerajaan Sanggau yang mana, ayahnya Abang Syahrum atau yang dikenali sebagai Raja Jarum menjadi Raja di Santubong, Pendapat ini agak dekat dengan kedudukan Sarawak sendiri kerana Sarawak agak mudah diakses melalui jalan darat dari hulu Sarawak. Namun, perkara tersebut menimbulkan anakronisme yang sangat besar kerana Santubong lebih lama wujud iaitu sejak abad pertama Masihi dan mencapai zaman puncak pada abad-abad ke-7 Masihi sebagai sebuah Pangkalan air tawar di sebelah timur Selat Melaka dan juga sebagai pelabuhan perdagangan. Sedangkan Sanggau wujud pada pertengahan abad ke-15 Masihi.

Permasalahan menentukan asal-usul Datuk Merpati dan Dang Permaisuri menjadikan pensejarahan mereka dari segi periwayatan agak sukar. Namun kemunculan mereka berdua di dalam pensejarahan negeri Sarawak berlaku dalam abad-abad ke-12 Masihi hingga abad ke-16 Masihi iaitu seratus tahun sebelum kehadiran Sultan Tengah ke Sarawak pada 1598.

Pembentukan kerajaan di Santubong ialah pemberian taat orang-orang tempatan di Sarawak kepada pemerintah iaitu dengan menyediakan hasil tuaian padi kepada Datuk Merpati yang dinamakan memupu. Hubungan erat di antara Datuk Merpati dan orang-orang Bidayuh di Hulu Sadong dan orang-orang Melayu di bawah pemerintahan Datuk Abang Kuali dan Abang Kuli menambahkan kemakmuran Sarawak yang terbentuk dari Tanjung Datu hinggalah ke Hulu Sadong.

Walau bagaimanapun hayat Datuk Merpati berakhir dengan pembunuhan beliau semasa hendak mengambil wudhu di Sungai Lundu, Namun demikian, ada pendapat mengatakan beliau mati di Tanjung Datu semasa hendak menuju ke Bukit Datuk Melaka.Kedua-dua pendapat ini berakhir dengan satu kesimpulan iaitu tempat makamnya yang kini terletak di Landeh, Ulu Sungai Sarawak. Makam beliau terletak agak jauh dengan Santubong berdasarkan wasiatnya kepada Dang Permaisuri agar dikebumikan di mana kopiah dan sejadahnya dibawa arus. Akhirnya arus sungai membawa barang-barang tersebut ke hulu sungai Sarawak dan kedudukannya adalah di kawasan kuala Landeh berdekatan dengan petempatan Abang Kuli dan saudaranya.

Mitos ini menjadi kepercayaan para pengkaji dengan menyelongkar lebih mendalam tentang petempatan awal masyarakat Melayu di sekitar hulu Sungai Sarawak hingga ke Kualanya. Ia dimulakan sejak awal tahun 1950 an oleh Tom Harrison di Snatubong, namun belum menjengah ke Hulu Sungai Sarawak. Dikatakan Makam Datuk Merpati dan Makam Datuk Landeh adalah makam yang sama dengan arah kedudukannya seperti yang ditulis oleh Abang Abdul Razak pada tahun 1987. Namun demikian usaha menemui petempatan awal Datuk Kuli dan Datuk Kuali seperti yang diberitakan di dalam penulisan manuskrip Melayu iaitu Simboh sejak 150 tahun dahulu masih belum dapat dilaksanakan. Penulis berharap akan ada masanya penulis menjengah petempatan tersebut bagi memberi ruang yang lebih besar kepada pengkaji lainnya. Apatah lagi kawasan di sekitar Simboh hingga ke Lidah Tanah, merupakan satu kawasan bersejarah yang paling awal sebelum wujudnya bandar Kuching sekarang.

Tanah Perkuburan lama di Lidah Tanah. Kubur seorang lelaki jika dilihat dari bentuk batu nisan yang memanjang. Batu nisan diperbuat daripada batuan granit yang diangkut dari Bukit Paku.

Makam Datuk Landeh di Tapang, Tapang merupakan satu kawasan perkuburan Lama di Landeh yang mendapat nama daripada pokok tapang yang besar-besar di sekeliling perkuburan tersebut.

Datuk Merpati Jepang

Merpati Jepang ialah anak Datuk Merpati. Dilahirkan dalam tahun-tahun pertama Datuk Merpati menjejakkan kaki ke Sarawak. Merpati Jepang berkahwin dengan anak pembesar di Santubong iaitu Dayang Murdiah.

Perkahwinan Dayang Murdiah dan Merpati Jepang menandakan bahawa gelaran perabangan diguna pakai di Santubong dengan gelar keturunan mereka Patih. Anak Merpati Jepang yang pertama ialah Pateh Mengadi dan seterusnya adiknya Pateh Sangkona masing-masing dilantik menjadi Patinggi dan Temenggung. Gelaran perabangan pertama ialah Abang Kebar dan Abang Kertang yang kemudiannya menerima naungan Brunei Darussalam.

Penggunaan nama Pateh dan Patinggi dikatakan warisan daripada emapayar Johor apabila Sultan Mohammad atau Awang Alak Batatar dianugerahi Nobat dan Nagara daripada Yang Pertuan Johor dan seterusnya mewarisi Enam  Buah Kerajaan iaitu Serawak, Samarahan, Sadong, Mukah, Saribas dan Kalaka.

Apabila kehadiran Sultan Ibrahim Ali Omar atau lebih dikenali sebagai Sultan Tengah ke Sarawak, anak cucu Datuk Merpati Jepang sudahpun memberikan taat setia mereka kepada Sultan Tengah di Santubong. Merekalah yang mentadbir Sarawak secara de facto semasa ketiadaan Sultan Tengah semasa pelayarannya ke Johor, Matan dan Sambas. Semasa tragedi pembunuhan Sultan Tengah di Santubong, pembesar-pembesar ini mentadbir di Ulu Sarawak iaitu lebih kurang 32 Km daripada kawasan pembunuhan dan perhubungan pada ketika itu agak sukar kerana kedudukan dan perhubungan yang jauh pada ketika itu.

Di dalam Silsilah Raja-raja Barunai menyebut walaupun ditikam oleh sakainya, Sultan Tengah memerintah selama dua tahun lagi sebelum meninggal dunia pada 1641 tanpa pewaris di Sarawak. Namun demikian beliau mempunyai waris di Sambas dan akhirnya berjaya mendapatkan Sarawak sepanjang garis pantai Tanjung Datu hingga ke Loba Belat di Sarawak daripada Sultan Mahyuddin di antara tahun 1700. Sultan yang berperanan mendapatkan Sarawak pada ketika itu ialah Sultan Tajuddin atau Raden Bima iaitu anakanda kepada Sultan Muhammad Syafiudin I atau Raden Sulaiman, anakanda Sultan Tengah.

Kesimpulan

Datuk Merpati dan Merpati Jepang ialah orang yang berlainan. Mereka ini adalah anak beranak yang pernah mewarnai sejarah dan pensejarahan negeri Sarawak pada suatu ketika sehingga nama mereka meniti di bibir setiap Melayu di Sarawak. Bahkan bukan sahaja masyarakat Melayu, masyarakat daripada etnik lain misalnya etnik Sebuyau, etnik Sadong, dan etnik Jagoi Tembawang mengakui kewujudan Datuk Merpati di dalam sejarah lisan mereka sehingga dirakamkan pada tahun 1949 oleh Sarawak Museum Journal.
Sekiranya ada yang mengaku Sarawak diasaskan oleh mereka yang tidak berkenaan, amatlah sukar untuk dipercayai kerana kajian yang dijalankan oleh penyelidik tempatan mahupun luar negara memang mengatakan bahawa Negeri-negeri Melayu di Sarawak memang wujud dan pernah menjadi negeri-negeri yang berdaulat dalam tempoh yang agak lama sehinggalah kehadiran James Brooke ke Sarawak.

SUMBER:
http://puteraserawak.blogspot.my/2017/01/merungkai-kekeliruan-datuk-merpati-dan.html

KETUANAN MERPATI JEPANG DI SERAWAK

Setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya pada kurun-13 kesan daripada pergolakan politik dan ancaman Raja Chola dari India, Sarawak dikuasai oleh kerajaan Majapahit. Namun wilayah ini telah diberi kuasa Autonomy daripada Kerajaan Majapahit,

Seorang Putera Raja Majapahit bernama Raden Menteri Dipati (dipati)  atau Datu Raden Merpati yang juga mewarisi darah keturunan diraja SriVijaya dari sebelah bondanya telah berhijrah ke Sarawak pada kurun ke-11 Baginda telah berkahwin dengan Datu Permaisuri anak perempuan Raja Jarom Jawa di Johor sebelum sampai keTanjung Pura.

Gelaran Datu ialah gelaran yang telah digunakan dalam Institusi DiRaja Srivijaya iaitu :

Datu Parvanda / Senopati untuk keluarga diraja dan Datu Bhupati untuk Orang Kaya-Kaya yang dilantik oleh raja.

Hasil perkahwinan Datu Raden Merpati dengan Datu Permaisuri  maka mereka telah dikurniakan 2 orang cahaya mata yang bernama Merpati Jepang dan Dayang Putri Bulan.

Merpati Jepang pula telah berkahwin dengan Dayang Mardziah puteri pembesar Santubong Abang Adi dan kemudiannya dilantik sebagai Datu di Santubong dan tinggal di Munggu Datu Merpati kini dikenali sebagai  " Munggu Bungalow " - Rumah Rehat Rajah Brooke di sebuah anak bukit berdekatan dengan Batu Boyak, Pantai Santubong.


Manakala Dayang Putri Bulan pula telah berkahwin dengan Putera Sang Aji kala anakanda Sri Maharaja Sang Nila Utama  ( Raja Singapura dari 1324 hingga 1372 ) yang berketurunan Sri Vijaya daripada  Palembang, Sumatera. kemudianya Sang Aji kala ditabal sebagai Raja Brunei yang pertama.

Datu Raden Merpati juga mempunyai isteri ke-2 yang bernama Datu Suham berbangsa bidayuh dan hasil perkahwinannya itu maka lahirlah putera bernama Datu Nyikot.

Daripada keturunan Datu Merpati Jepang ini, maka wujudnya golongan bangsawan  ( Aristokrat )  Sarawak yang  bergelar  Abang (Per-Abang-an) gelaran yang setaraf dengan Tengku atau Putera Raja. Golongan Bangsawan Melayu PerAbangan Sarawak telah memegang jawatan terpenting seperti Datu Patinggi dan Datu Temenggong keturunan ini mewarisi darah keturunan diraja majapahit & keturunan diraja srivijaya, pada zaman Sebelum pemerintahan Brooke di Sarawak.

Dan semasa era pemerintahan Dinasti Brooke jawatan baru seperti Datu Bandar, Datu Shahbandar, Datu Amar, Datu Bentara, Datu Hakim, Datu Imam, Datu Menteri dan Datu Pahlawan telah diwujudkan bagi mentadbir Kerajaan Sarawak.

Namun begitu setelah pemecatan Datu Patinggi Haji Abdul Ghapor ( menantu kepada Datu Patinggi Ali) oleh Rajah James Brooke maka tidak ada sesiapa yang telah menjawat jawatan tertinggi itu selama tempoh 100 tahun.

Jawatan tertinggi itu kosong sehinggalah perlantikan Datu Shabandar Abang Abdillah bin Datu Bandar Muhd Kassim sebagai Datu Patinggi oleh Rajah ke-3 Sarawak Rajah Vyner Brooke iaitu 100 tahun kemudian.

Dalam tempoh 100 tahun jawatan Datu Bandar & Datu Shahbandar adalah Jawatan tertinggi dalam struktur organisasi Kerajaan Sarawak hal ini kerana tiada sesiapa yang layak untuk menjawat jawatan sebagai Datu Patinggi selepas pemecatan  Datu Patinggi Hj Abdul Ghapor oleh Raja Pertama Sarawak Sir james Brooke kerana dituduh bersubahat dengan Sharif Masahor  Gabenor Brunei di wilayah Rajang yang menentang pemerintahan James Brooke. Syarif Masahor ialah abang ipar kepada adik Datu Patinggi Hj Abdul Gaphor dan sebab itulah Rajah James Brooke amat tidak senang hati dengan Datu Patinggi lalu memcatnya dan seterusnya Datu Patinggi telah dibuang negeri ke Melaka kerana mengatur gerakan pemberontakan bagi menentang Brooke.

Walau pun Empayar Majapahit telah jatuh tetapi Sarawak masih lagi diperintah oleh Datu Patinggi Ali yang merupakan waris keturunan Datu Merpati Jepang Pemerintah Asal Sarawak berketurunan Majapahit. Namun begitu, kekayaan sumber Emas & Antimony yang menjadi perdagangan utama dengan Singapura yang diperintah oleh British ketika itu. menyebabkan Sultan Brunei talah bertindak menghantar Pangeran Indera Mahkota ( SULTAN TENGAH ) sebagai wakil Baginda ke Sarawak untuk menguasai wilayah itu.

inilah menjadi punca utama pemberontakan dikalangan penduduk terhadap Sultan Tengah yang zalim. Datu Patinggi Ali dan suku kaum bidayuh telah bersatu menentang Sultan Tengah.

Pada 29 Ogos 1840 Sekali lagi james Brooke datang ke Sarawak untuk melawat Pengiran Muda Hashim seterusnya Pengeran Muda hashim sekali lagi meminta bantuan James Brooke untuk membantu menenangkan keadaan Sarawak yang kacau bilau oleh Perjuangan Datu Patinggi Ali waris Keturunan Datu Merpati Jepang pemerintah asal Sarawak & bersama dengan Pejuang-Pejuang Dayak menentang penjajah Brunei ke atas Wilayah Sarwak oleh Sultan Tengah yang dilantik oleh Empayar Brunei terbukti hebat. James Brooke akhirnya bersetuju membantu Pangeran Muda Hashim itu.

20 December 1840 James Brooke berjaya menenangkan pejuang-pejuang itu dengan berjanji akan memberi perlindungan daripada ancaman Brunei.

pada 24 September 1841, James Brooke juga telah meminta supaya Sultan Tengah dihalau dari Sarawak yang kemudiannya Baginda telah dibunuh oleh hambanya sendiri di Batu Boyak di Santubong.

James Brooke juga telah melantik semula Pembesar-pembesar tempatan yang terdiri daripada waris-waris Keturunan Datu Merpati Jepang yang telah disingkirkan semasa penaklukan Sultan Tengah dengan melantik Datu Patinggi Ali sebagai Pemimpin Tertinggi Sarawak.

25 hb Oktober 1855 dalam satu mesyuarat dengan Pembesar-Pembesar tempatan yang terdiri daripada waris-waris keturunan Datu Merpati Jepang & Ketua-Ketua Suku kaum Dayak yang turut dihadiri oleh Konsul General British di Wilayah Borneo Mr. Spencer St. John maka dengan mesyuarat itu telah bersetuju supaya James Brooke menggunakan gelaran Rajah Sarawak

James Brooke juga telah dilantik sebagai Konsul General  British di wilayah Borneo oleh Kerajaan British yang berpangkalan di Pulau Labuan bagi menjaga kepentingan British di Wilayah Borneo.

Sarawak diberi pengiktirafan sebagai Negeri Yang Merdeka oleh Amerika Syarikat dibawah pemerintahan Keluarga Brooke secara bebas pada 24.10.1850 dan diikuti oleh British yang memberi pengiktirafan sama kepada james Brooke sebagai Pemerintah yang merdeka pada 19.01.1864.

Maka Keluarga Brooke diberi taraf yang serupa seperti taraf Raja-Raja India dalam Empayar British.

James Brooke memerintah dengan bantuan pemimpin tempatan yang terdiri daripada waris-waris keturunan pemerintah asal Sarawak iaitu dari Keturunan Datu Merpati Jepang dan merekruit pahlawan Dayak sebagai askarnya.

Rajah Vyner Brooke hanya mempunyai 3 puteri  tetapi tidak mempunyai waris lelaki. Vyner Brooke tidak berbincang dengan waris Brooke yang lain dam membuat keputusan menyerahkan Sarawak kepda Kerajaan British.

satu Perutusan oleh Datu Patinggi Abang Abdillah kepada Tuan Muda Betram Brooke agar meminta waris-waris Brooke untuk kekal memerintah Sarawak seperti sedia kala.

Penyerahan Sarawak kepada British ini telah mengakibatkan penentangan Rakyat yang menolak Penyerahan Sarawak kepada British dengan tercetusnya peristiwa " Anti-Cession " di mana rakyat menuntut supaya Raja Vyner Brooke menyerahkan semula Kuasa Pemerintahan kepada Datu Patinggi Abang Abdillah waris Datu Merpati Jepang yang paling utama ketika itu.

sepatutnya Brooke perlu mendapat persetujuan daripada Sultan Brunei sebelum menyerahkan Sarawak kepada mana-mana pihak.

Akhirnya Sarawak telah pun diistiharkan sebagai KOLONI MAHKOTA BRITISH pada 1 Julai 1946 ianya dipanggil sebagai " Cession Day ".

SUMBER:
http://zamrizainuddin.webs.com/familyhistory.htm

SALASILAH DALAM KETURUNAN MERPATI JEPANG

Rajasa Dynasty
King Sri Ranggah Rajasa + Queen Parameswari Dedes
 ↓
Mahisa Wong Ateleng ( Singhasari )
1. Mahisa Campaka ( Prince of Singhasari )

2. Princess Dyah Singhamurti + Rakeyan Jayadarma ( Prince of Sunda-Galuh )

3. Raden Wijaya  ( Majapahit 1st King ) + Dyah Gayatri ( Rajapatni)

4. Tribhuwana Tunggadewi + Kertarwadana

5. Iswari Bhre Pajang + Singharwardana

6. Wikramawardhana + Pincess Kusuma < King Hayam Wuruk (Majapahit)

7# 1 PrabhuStri Suhita + Bhre Kabalan < Bhre Surawardhani + Raden Sumirat
7# 2 Kertawijaya ( Parameswara of Melaka ) > Sultanate of Melaka.

8 # 1 Datu Merpati Raden Adipati + Dato Permaisuri < Raja Jarom - Johor
(Datu Permaisuri = Puteri Santubong)
(Datu Nyikot = Puteri Sejinjang - Isteri ke-2 Datu Merpati Raden Adipati)
8# 2 Raden Urai Sri ( King of  Sambas ) + Princess Tan Ungu >
> Raja Sapudak > Mas Ayu Ungu + Raden Sulaiman < Sultan Tengah  of Brunei
> Sri Paduka Al-Sultan Tuanku  Muhammad Tajuddin Ibni Raden Sulaiman
8# 3 Raden Mas + King of  Sukadana (Tanjung Pura /Kuta Lama)

9#1- Datu Merpati Jepang+Dayang Murdiah < Abang Adi (Santubong)
9#2- Dayang Sri Bulan+Sang Aji (1st Raja Brunei) < Sang Nila Utama (Raja Temasik)
9#3- Naga ( golden scale dragon )
Catatan: Setelah Sang Aji mangkat, Takhta kerajaan Brunei diserahkan kepada Adindanya iaitu Pateh Berbai yang kemudian bergelar Sultan Ahmad.
 Pateh Berbai @ Sultan Ahmad-Brunei  +  Putri Maharaja China >↓
 Putri Ratna Kesuma + Sultan Syarif Ali < Syarif Muqqadam < Syarif Ali Bilfaqih (Read More)

Catatan : Keturunan Sultan Syarif Ali ini kemudian juga berkembang menurunkan Sultan-Sultan di sekitar wilayah Kesultanan Brunei iaitu menurunkan Sultan di Kesultanan Sambas dan Sultan di Kesultanan Sulu.

10#1- Datu Patinggi Patih Mengandi bin Datu Merpati Jepang
10#2- Datu Temenggong Patih Mengkuna bin Datu Merpati Jepang

11. Datu Patih Samba Pati bin Datu Patinggi Patih Mengandi

12. Datu Patih Malang

13. Datu Patinggi Kantum

14. Datu Bandar Tanduk

15. Datu Patinggi Bentong

16. Datu Qaim

17. Datu Akhbar

18. Datu Patinggi Abang Amir ↓
....> Datu Patinggi Hasshim > Abang Mir > Datu Patinggi Ali >
> # Datin Dayang binti Datu Patinggi Ali + Datu Patinggi Abdul Ghapor
> Abang Sapiee > Tun Abang Openg > Datuk Amar Abang Zohari
> # Datu Bandar Abang Bua san bin Datu Patinggi Ali
> Datu Bandar Abang Hj Muhd Kassim bin Datu bandar Abang Bua san
> Datu Patinggi Abang Abdillah bin Datu Bandar Abang Haji Muhammad Kassim
> Abang Muhammad Taha bin Datu Patinggi Abang Abdillah > waris P. Satang

19. Abang Abdullah @ Abang Doll bin Datu Patinggi Abang Amir

20. Abang Ahmad

21. Abang Abdul Wahab + Zainab

22. Sheikh Hj Othman  + Siti Fatmah ( from Madina, Arab )
Catatan : Ulama yang pertama merintis jalan menghubungkan Sarawak dengan Mekah adalah Datu Hakim Abang Haji Abdul Rahman (1829-1890M) yang juga dikenali sebagai Datu Hakim Keramat. Anak saudara yang dijaganya merupakan ulama yang paling ternama di negeri Sarawak iaitu Sheikh Othman Abdul Wahab (1863-1921M) yang juga dikenali sebagai Sheikh Othman Sarawak. Beliau telah dihantar oleh Datu Hakim Keramat untuk menuntut ilmu di Mekah dan menjadi imam dan guru di Masjidil Haram. Selain Sheikh Othman yang merupakan anak angkat Datu Hakim Keramat, beliau juga telah menghantar dua orang anaknya sendiri untuk belajar di Mekah. Mereka adalah Abang Muhamad Ash’ari dan Abang Muhamad Zahari kedua-dua mereka kembali semula ke Sarawak dan telah berkhidmat sebagai Datu Hakim pada zaman pemerintahan Rajah Brooke manakala Sheikh Othman pula terus menetap di Mekah dan ditauliah sebagai Guru di Masjidill Haram.  Antara anak murid Syeikh Othman yang berasal dari Sarawak ialah Datu Hakim Abang Morshidi bin Abang Nurruddin (1877-1939). Beliau adalah pelopor pendidikan formal dengan penubuhan Madrasah al-Murshidiyah atas permintaan gurunya Sheikh Othman. (Madrasah ini kemudiannya ditukar namanya kepada Madrasah Islamiah) pada tahun 1917. Melalui madrasah ini, Datu Hakim Abang Morshidi telah melahirkan ramai lagi alim ulama di Sarawak sehingga kini. Read More

23. Sheikh Zainuddin Sheikh Othman + Siti Fatimah < Hj Abdul Hamid bin Hj Yusuf

# Sheikh Mohd Shazali bin Sheikh Othman ( Singapura )
# Sheikh Abdul Karim bin Sheikh Othman ( Sungkai, Perak )
# Sheikh Abdul Wahab bin Sheikh Othman ( Sungkai, Perak )
# Sheikh Sharqawi bin Sheikh Othman ( Mekah )
# Sheikh Nawawi bin Sheikh Othman ( Kuching )
# Siti Maimunah  binti Sheikh Othman

24. Attaellah bin Sheikh Zainuddin + Cikgu Masni < Hj. Bakar bin Usop
Catatan : Attaellah bin Sheikh Zainuddin dilahirkan di Kampung Jawa ( kini Jalan P. Ramlee), Kuching, Sarawak pada 15 september tahun 1921. Pernah berkhidmat sebagai Guru di Madrasah Melayu Miri (Sekolah Anchi) di mana salah seorang daripada pelajarnya ialah Tun Abdul Rahman Ya'akub. Beliau juga salah seorang anggota pengasas Persatuan Melayu Miri serta telah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung bagi persatuan itu yang pertama sekali dan salah se seorang anggota pengasas Persatuan Melayu Miri serta telah menjawat jawatan sebagai orang daripada anggota pengasas Persatuan Kebajikan Islam Sarawak (PERKIS) dalam tahun 1957. Maka melalui PERKIS inilah tertubuhnya BINA yang kini dikenali sebagai HIKMAH. Jawatan terakhir yang pernah disandang oleh beliau sebelum bersara ialah sebagai salah seorang Penasihat Tabong Haji Malaysia lantikan khas oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan telah berkhidmat sehingga tahun 1995.
# 2 Dato' Sri Setia Razali + Datin Aisyah > Datin Fatimah + Dato' Abidin
# 3 Hajah Rokaiyah + Abang Abd Latif < Abg Zainie < Datu Bentara Hashim [ *Hajah Rokaiyah > Dato' Zaidi Khaldin Zainie bin Abang Abd Latif ]
# 4 Hajah Ramlah
# 5 Hajah Mordiah
# 6 Hajah Zalkiah + Abg Bakar < Abang Muhd Taha < Datu Patinggi Abdillah
# 7 Datuk Sheikh Abdillah (Jeddah)
# 8 Hajah Hairiah
# 9 Haji Reduan > Datu Junaidi Reduan
#10 Cikgu Othman + Siti Aishah Binti Sheikh Mohd Shazali > Hj. Mohd Sabry

25
# 1- Rosnani Attaellah + Abd Jalil bin Abd Rahman
# 2- Zainuddin + Normah < Kapok bin Mut + Sa'amah binti Dogol
# 3- Abdun Nasir Attaellah + Dayang Mariani
# 4- Halmiah Attaellah
# 5- Azizah Attaellah + Sukeman bin Suradi
# 6- Mohd Shazali Attaellah + Nurulhana Abdullah

26
# Rahmatullah Zainuddin+Fatimah Fat binti Abd Rahman Fat
# Othman Zainuddin + Norina binti Hj Yusof
# Ayati Zainuddin + Andi Abdul Manaf
# Khairulazmin Zainuddin + Hapipah Yusuf
# Merpati Zainuddin
# Zamri Zainuddin

SUMBER:
http://zamrizainuddin.webs.com/familyhistory.htm

20170507

Sri Paduka Intan Bin Sri Paduka Maharajalela..

Assalam semua..
saya mohon pencerahan dari semua 
tentang salasilah pagaruyung..

saya cuma diceritakan 
oleh ayah saya, 
bahawa salasilah kami 
keturunan daripada 
sri paduka intan bin sri paduka maharajalela.. 

Kalau ada yang lebih arif, 
mohon pencerahan dari semua..boleh email saya 
suzuki.hayabusa87@gmail.com 

on Salasilah Keturunan Raja Alam Pagaruyung
on on 5/7/17
by Suzuki Hayabusa

20170502

Hj Mat Lela (Tok Kanchil Merchong) jurai Tok Jabar( Tok Kachong)

Assalam laman PHG,

hanya utk membantu 
jika ada wareh 
dr hj mat lela /
tok kanchil merchong pekan pahang 
dan yg mencari wareh 
jurai tok jabar/
tok kachong 

boleh wasap saya 
0199710923 

Saya Khairuddin abd rahim 
bin awang 
bin hj rahmat 
bin parit 
bin jabar/kachong 

Dan saya anak kelahiran merchong. 

on Rawa di Pahang
on 5/2/17