-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20241004

Pendekatan 123: Allah tidak jemu memberi (warid) sehingga kamu jemu beramal (wirid)

Datangnya kurnia bantuan Allah itu menurut persiapan yang terbit dari Nur Cahaya Ilahi menurut bersihnya (jernihnya) hati. 

Sebab itu ada tuntutan supaya Bersihkan Hatimu Dari Segala Sesuatu Selain Allah. Niscaya Kami (Allah) akan isi (memenuhinya) dengan pengertian tentang ma'rifat dan rahsia tentang keyakinan. 

Sebab itu tiap-tiap warid (pemberian kurnia) itu bergantung kepada wirid (perlaksanaan perintah). Apabila wirid itu timbul dari hati yang suci bersih maka datangnya warid dengan terang bersih juga. Bila wirid itu tetap, maka warid pun tetap tidak berhenti. Allah tidak jemu beri (warid) sehingga kamu jemu beramal (wirid). 

----------

KAJIAN TAMBAHAN

SUMBER RUJUKAN [https://el-karanjiy.blogspot.com/2010/01/wirid-dan-warid.html]

APAKAH ITU WIRID DAN WARID

Wirid: sesuatu yang dituntut Allah darimu. Segala bentuk macam ibadah baik dlahir dan batin, baik yang wajib maupun yang sunah. semua amal yang solih, yang untuk mengisi semua waktu dan dapat mencegah semua anggota dari perbuatan-perbuatan yang tidak disenangi.

Warid: sesuatu yang engkau harapkan dari Allah. Pemberian-pemberian Allah dalam hati hamba yang berupa keterangan hati ( termasuk kema’rifatan tentang Allah), nur cahaya (nur yang membuat dada lapang, dan nur yang membuat hati terang), kesenangan beribadah, taufik dan hidayahnya (pendapat salah satu ulama).

Maka dimanakah letak hubungan antara wirid dan warid?

Fadhilah wirid adalah mengandung warid. Orang yang mengetahui wirid, tapi tidak mengamalkannya, itu seperti orang yang tahu nilai harta tapi tidak mau memperhatikannnya (orang yang bodoh sekali/jahuul).

Dan bagaimanakah perbandingan antara wirid dan warid?

Wirid itu lebih baik daripada warid. Seperti amal lebih baik daripada pahala. Hal yang utama , adalah hal yang tidak ada gantinya ketika terputus. Amal dan wirid terputus ketika mati, warid dan pahala masih tetap diterima meskipun sudah mati. Wirid adalah tuntutan Allah dari hamba, sedangkan warid adalah harapan hamba dari Allah. jadi manakah yang lebih tinggi kedudukannya sesuatu yang dituntut oleh Allah dibandingkan sesuatu yang diharapkan oleh hamba?


11 comments:

Anonymous said...

salamun,
kias,

kalau betul lah penjajah dulu tu telah mengambik khazanah dari sini,macammana pulok mereka tak dapat merungkai siapa hang tuah.
dan siapa raja-raja kesultanan melaka yang tujuh orang tu dulu.
dan istana kerajaan melaka yang sebenar pun mereka tak dapat jejak.
bab bangsa sendiri pun tak hadam,macammana nak tuduh orang lain menipu diri tuanpuan.
yang pertugis serang tu istana pelabuhan kota melaka,bukan istana kerajaan melaka.
dan sampai sekarang tiada sesiapa yang dapat menunjukkan dimana sebenarnya istana pemerintahan kerajaan empayar melaka.

pelik-pelik lah teori orang melayu zaman sekarang ni.

inshaallah.


Anonymous said...

salamun,
kias,

tak mahu berenti lagi ke dari memegang sifat sudi menyudi dalam fitnah[sihir].
bukan lah tuanpuan dari orang bangsa melayu lah kalau perangai sudi sihir masih menebal dalam hati.
orang yang menyudi sihir zaman dahulu adalah dari orang yahudi.
jadinya sesiapa kalangan tuanpuan orang mengaku melayu yang masih menyudi sihir,itu adalah orang melayu yahudi namanya.[melahudi].

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

nabi muhammad saw dulu tu disihir oleh wanita yahudi;diberitakan oleh al quraan,tak baca ke?

kalau dah berani sangat menyudi;sudi kan lah yahudi kat palastin tu[yang dok ego mendabik dada].
baru lah disebutkan sebagai melayu;kalau dok sudi sesama sendiri, em............jawab sendiri.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

orang yang mendiding diri dan mengebalkan diri pakai ayat al quraan;ini jenis orang yang tak berapa boleh pakai.
menyalahgunakan ayat-ayat al quraan kepada tempat lain atas kepentingan diri.
jenis takut kepada...[apa???]

nabi muhammad saw tu sendiri tak gunakan ayat al quraan jadikan pendinding dan mengebal diri dia.
[dia kena baling dengan batu,semacam aje patah gigi dia]. berdarah juga badan dia kena pedang masa perang.

ilmu tinggi-tinggi mengaji tapi takut mati,buat kerja pedooh aje orang melayu zaman ni.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

silat tu adalah satu perkara yang ditakutkan oleh orang luar[penjajah dahulu][sampai sekarang orang luar masih lagi tak berani dengan silat melayu]
mereka tak dapat mengkaji sifat seni silat itu,walaupun mereka mempelajarinya dengan mendalam[tak jumpa rahsia silat]
sebaliknya orang melayu menyalahgunakan silat untuk berpecahbelah[keduniaan].

jadinya siapa yang bodoh dalam hal ini? orang luar atau orang melayu.

maka perbetulkan lah sikap dan sifat kemelayuan dalam diri tuanpuan tu. agar tidak di pandang hina oleh masyarakat.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

kita yang nyata[hidup] ini yang kena[wajib] jaga amanah allah,dan bukanya amanah allah yang menjaga kita.

dalam kata lain;dalam tubuh manusia ada seketul daging yang wajib di jaga dengan baik,kalau rosak ia, maka rosaklah diri manusia itu.[kalau tuanpuan nak terjemahkannya sebagai apa,terserah,ikut kefahaman tuanpuan le][sebagai hati ke; atau sebagai jantung ke; atau sebagai tubuh badan ke;atau sebagai iman ke;atau sebagai nafsu ke; atau lagi ke atau ;atau;atau].

sebab manusia diberikan amanah untuk ditunaikan[di jalankan dan di jaga sehingga tempoh yang telah ditentukan]

keseronokan itu hanya sebagai sampingan kehidupan agar manusia tidak bosan hidup atas muka bumi ni.

jangan le sampai kejadiannya menjadi; 6 tolak 6 atau 6 tolak 7;itu dinamakan rugi dan berhutang; dengan siapa???


inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

jangan berbicara tentang sesuatu yang tidak di ketahui hujung pangkalnya[tidak pasti],terutamanya dalam bab sejarah fekah,sejarah adat,sejarah adab,serta sejarah ilmu dan juga sejarah keturunan; aib namanya tu[mengaibkan diri sendiri]. jika apa yang di sebutkan salah dan tak kena tempatnya bercerita.

juga menjadi fitnah yang besar keatas diri sendiri dan kepada orang ramai.[sebab itu ulama sebutkan;lebih baik berdiam diri daripada merosakkan orang ramai].

sebab itu dianjurkan bermuzakarah[kaji dan siasat dengan berbincang];dan bukannya berdebatkarah[menegakkan benang basah].

air kalau dicincang,memang tak akan putus dan hancur;sebaliknya kalau airbatu dicincang,jadi abc+d[air yang diminum lebih dan gelojoh akan menyebabkan penyakit].

faham-faham sendiri le,tuanpuan.


inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

zaman nabi saw dulu tu,nabi jadi imam didepan,dan dia tahu apa kejadian makmum di belakan dia;tak tertil ke,tak tertip ke,berangan ke, tertidur ke.

maka;dia akan menegur secara umum,dan kalau berat,dia akan memanggil@jumpa secara sendirian,untuk memaklumkan sebagai teguran tanpa orang lain mengetahuinya.

zaman ni,imam di depan,tak kan le ajk dan pegawai masjid[seramai-ramai lebih kurang 20 orang] semuanya berdiri sebaris dengan imam[berbaris saf pertama belaka imam]; macammana nak tahu keadaan orang awam solat,mereka resah ke,mereka aman ke,???

dan ada cctv dalam masjid,guna untuk apa,kalau setakat untuk tengok harta benda,baik di buangkan aje cctv tu.

kami berjumpa seorang hamba allah, disebuah masjid,masa kami solat asar[kami lambat hari tu].

kami masuk tandas,dia ambik wuduk,dan kami keluar dari tandas,dia baru nak siapa berwuduk.

dia solat dahulu[dalam masjid],kami solat kemudian dari dia[luar masjid][masjid itu dindingnya cermin],kami ingatkan dia tengah solat,rupanya,bila kami habis solat asar,dia belumpun siap angkat tadbir[belum mula lagi,angkat tak jadi,angkat tak jadi,dia dalam was-was].

jangan sibuk sangat cari pahala saf pertama [untuk dapatkan pahala].
tak akan ada pahalanya kalau orang lain[orang awam] tak lepas,sebab urusan amar makruf hani mungkar tak di laksanakan,walaupun dalam solat berjemaah.[itu yang dikatakan sebagai,hanya menjaga kepentingan diri semata].atau[kubur masing-masing].

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

bab nabi yahya as dan nabi isa as;[yang mereka katakan keduanya tak khawin].berteliti lah dengan tertil pada sejarah keduanya mereka,jangan main gohetgostan,nanti salah faham orang awam.

nabi isa as; betul dia tak khawin,sebab dia diangkat kelangit,dan kalau dia khawin,nanti dia turun,dia nak khawin dengan siapa,dibimbangkan dia terkhawin dengan daranh dagingnya sendiri[cucu cicit sendiri];itu sebab dia tak berkhawin sebelum kejadia dia di angkat kelangit.

nabi yahya; tak betul;baca sejarah dia dengan betul dan cermat,jangan buat tanggapan merapu,nanti orang awam kata tuanpuan penipu.[dia khawin;dan cari lah siapa bini dia sebelum dia di bunuh dulu tu].

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

tok lebir[ulu lebir gua musang]; adalah pak mertua kepada maulana ibrahim[ayah bini pertama],yang lain jejak le sendiri,jangan buat perngai malas tak sudah.[dan jangan berbangga tak bertempat]

tok moyang perempuan kepada tok kenali juga adalah anak tok lebir.

dalam pahang cucu cicit kepada tok lebir pun ramai melalui jalur tok awang sepupu kepada tok abdullah serban hijau,yang disebut sebagai;khawin 100[bini 100] disepanjang sungai pahang.

mereka ini semuanya adalah waris kepada wali 7 tanah melayu.
jejak le siapa sebenarnya wali 7 tanah melayu tu.
[siapa ayahnya,siapa adik beradiknya,siapa maknya,apa sejarahnya]
jangan jadikan diri macam anak burung dalam sarang yang baru menetas,nak kena suap 24 jam.masing-masing umurnya dah cukup,tak kan tak matang lagi.

surga tu untuk manusia yang matang[tahu serta faham],yang mentah dan basi kena campak dalam api aje.


inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

tok demu itu adalah cucu saudara kepada tok lebir


inshaallah.