-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20191001

Dimintakan jawapan bagi sandaran Dua Kalimah Sahadah kepada ayat dan surah mana dalam Al Quraan.

makanya;
apabila disebutkan
jantan dan betina,
atau lelaki dan perempuan.
adakah sama maknanya;
sudah tentu
tidak.

makanya;
begitu jugalah
kepada 'jawapan'
dan 'huraian',
maksudnya tak sama.

makanya;
dah kalau manusia
yang cerdik dan pandai
tak dapat membezakan
maksud 'jawapan'
dengan
maksud 'huraian'.

satu masaalah besar
yang telah timbul
dalam kalangan ulama
dalam Malaysia ini.

makanya;
dimintakan jawapan
bagi sandaran
Dua Kalimah Sahadah
kepada ayat dan surah mana
dalam Al Quraan,

sebaliknya
yang diberikan
hanyalan huraian
yang tidak lengkap.
dan tiada jawapan
yang sebenar di berikan
[tidak dijawab].

on PERDAP OH PERDAP
on 9/30/19

11 comments:

Anonymous said...

Setelah ditanya, dijawabnya ini.

Surah Muhammad, Ayat 19

Maka ketahuilah, bahawasanya tidak ada Tuhan (yang disembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mintalah ampun bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang Mukmin lelaki dan perempuan.

Dan Allah mengatahui tempat kamu berusaha dan tempat tinggal kamu.

By
Makanya Selamat,

Anonymous said...

Setelah dicari, dijumpanya ini.

Surah Ali Imraan, Ayat 18

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

By
Makanya Selamat,

Makanya Selamat said...

Setelah ditanya, dijawabnya ini.

Al-Fath Ayat 29

Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam).

Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya.

Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas).

Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya.

(Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu.

(Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.

Anonymous said...

selamat;

makanya; al quraan serta al sunnah adalah huraian kepada sahadah[ayat watikah muhammad diangkat dan di lantik menjadi nabi serta rasul].cuma ada satu sahaja ayat lengkap sahadah dalam al quraan yang berserta hurainya yang lain[bagi perkara pertama rukun islam].

makanya; macammana dimulut menyebutkan: cinta allah,cinta rasulullah.[sebaliknya watikah rasulullah tak tahu duduknya dimana dalam al quraan tu]. betul ke tuan dan puan dan mereka-mereka tu cinta allah dan rasulullah ni?.

inshaallah.

Anonymous said...

selamat;

makanya; dua kalimah sahadah, dalam azan diucapkan sebanyak sepuluh kali.dalam iqamat sebanyak lima kali.dalam solat fardu sebanyak sembilan kali,jumlahnya sebanyak dua puluh empat kali sehari semalam[atau dalam dua puluh empat jam].

makanya; kalau lah ucapan itu tak penting,kenapa lah banyak kalinya diucapkan dalam sehari semalam. ke mengucap macam ribut. atau macam angin bayu yang bertiup berlalu aje. sebab itu dalam azan aje. itu dalam qamat aje.itu dalam tahiyat aje.

makanya; takut,bila kena atas batang hidung sendiri aje.dan tak kena,peduli apa,orang yang kena,bukan kita@ diri sendiri dan bukan keluarga.

inshallah.

Anonymous said...

selamat;

makanya; telah di sebutkan;jibril menyatakan 'ya', sebanyak tujuh kali,bila ditanyakan, adakah dia @ muhammad telah di angkat @ di tauliah @ dilantik @ diwatikahkan,dalam berita israj mihraj.

makanya; para rasul dan nabi ,telah solat dibelakang muhammad didalam masjid al aqsa pada hari dia di israj[sebelum muhammad diangkat naik kelangit].

makanya; bait'ah mereka kepada muhammad didalam solat itu dan sebagai penghormatan mereka kepada penghulu kepada mereka. dalam solat itu sebutan sahadah dilafaskan oleh mereka.

makanya; telah diberitakan dalam satu dari kitab syeh kadir jailani: sebutan ucapan sahadah tergantung atau bertulis pada dinding hadapan dalam syurga.

inshaallah.

Anonymous said...

Penyata :

Surah al-an'am; ayat 19.


Sandaran :

Surah al-anbiya, ayat 25.

Surah al-fath, ayat 28.






Cha said...

Penyata :

Surah al-an'am; ayat 19.


Sandaran :

Surah al-anbiya, ayat 25.

Surah al-fath, ayat 28.


Penggulungya :

Surah Al-A'raf : 158

AM said...

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:

قُلْ يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ إِنِّى رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ جَمِيعًا الَّذِى لَهُۥ مُلْكُ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ  ۖ لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ يُحْىِۦ وَيُمِيتُ  ۖ فَئَامِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ النَّبِىِّ الْأُمِّىِّ الَّذِى يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَكَلِمٰتِهِۦ وَاتَّبِعُوهُ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
qul yaaa ayyuhan-naasu innii rosuulullohi ilaikum jamii'anillazii lahuu mulkus-samaawaati wal-ardh, laaa ilaaha illaa huwa yuhyii wa yumiitu fa aaminuu billaahi wa rosuulihin-nabiyyil-ummiyyillazii yu`minu billaahi wa kalimaatihii wattabi'uuhu la'allakum tahtaduun

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk."
(QS. Al-A'raf 7: Ayat 158)

* Via Al-Qur'an Melayu http://quranmelayu.com

Aksara Misteri 6 Jamadil Akhir 1410 said...

Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.

Salamun qaulam mir rabbi rahim.

Alyessa Mariani
Aksara Misteri
Allah.01.Esa
Alquran Alyessa1
Ibu Pertiwi 69
Anak Manusia

Innalillahi wainna ilaihi rajiun
Sadaqallahaladzim
ECO1:1COD
Che Meth Molek

Setia Bahagia Keluarga Malaysia Selamanya
InsyaAllah

Alyessa Mariani Abdul Rahman said...

Al-Haqqul Wakeel Al Malikul Mulk Al-Fatihah.

Bismillahirahmanirahim.

Wallahi wabillahi watallahi.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu permata yang hilang di negeri sendiri.

Ainul Mardhiah @ Rabiatul Adawiyah.

Alyessa Mariani binti Abdul Rahman @ Awang.

InsyaAllah.

Sadaqallahaladzhim.