PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.
Showing posts with label Mitos sejarah M. Show all posts
Showing posts with label Mitos sejarah M. Show all posts

20130622

M12 Hakikat syukur

Hakikat syukur

Ketahuilah, bahwasanya syukur itu teradun dari ilmu, keadaan dan amalan. Ilmu itu ialah mengenal jasa allah ta’ala atas nikmatnya.

Bagaiman bersyukur kepada allah

Ketahuilah, banwasanya seseorang hamba itu tidak akan dikira besyukur kepada tuhan, melainkan jika ia memakai nikmat-nikmat allah itu bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Rujuk ayat berikut;
Abas; 25-32
Ash-shafat;6
Al-jasyiah;13

Sebab yang menghalang manusia dari bersyukur

Ketahuilah, bahwa yang menghalang menusia dari mensyukuri nikmat allah ta’ala itu, ialah kerana kejahilan dan kelalaian untuk mengenal nikmat-nikmat allah ta’ala yang melimpah-limpah itu.

Hubungan antara sabar dan syukur

“dan jika allah murahkan rezeki kepada hamba-hambanya, niscaya mereka akan membuat kedurjanaan diatas muka bumi.” [asy-syura;27]

Ayat lain[rujuk]
Al-alaq;6
az-zumar;10

sabda rasulullah[maksud],,, dalam doanya.

“ya allah! Ya allah! Janganlah timpakan bencana kepada kami atas urusan agama kami.”

“ mohon kepada allah keselamatan, tidak ada suatu kunia yang diberikan oleh allah kepada manusia lebih utama dari keselamatan, kecuali keyakinan saja.”

“keselamatan yang engkau kuniakan itu adalah lebih aku utamakan.”

Salam….. waallahualam… inshaallah…

20130621

M11 SABAR DAN SYUKUR

SABAR DAN SYUKUR [oleh imam al ghazali, dalam ihya ulumuddin]

Dalam al-quran al-qarim telah menyebutkan keutamaan sipat sabar ini lebih dari tujuhpuluh tempat.
Firman allah menunjukkan keutamaan sifat sabar; [maksud dari]

“dan kami telah menjadikan mereka sebagai peminpin-peminpin  yang memberikan pertunjuk dengan perintan kami, iaitu ketika mereka bersifat sabar.” [as-sajdah;24]

Rujuk ayat dalam surah berikut;

An-nahl;96
Al-qashas; 54
Az-zumar;10
Al-baqarah;153
Al-baqarah;157

Hakikat iman dan ceraiannya

Ketehuilah, bahwasanya sabar itu ibarat darjat yang ditimbulkan oleh pengaruh agama untuk menentang pengaruh hawanafsu.

Rujuk ayat berikut;
Fuhshilat;30
al-baqarah;86

Perlunya manusia kepada sabar

Kita harus meyakini, bahwa sifat sabar itu sangat penting bagi manusia, dan bahwasanya ia tidak boleh menjauhkan diri dari sifat ini, walau bagaimana diringgankan sekalipun.

Rujuk ayat berikut;

Al-munafikun;9
At-taghabun;14

Sebab itu dikatakan bahwa orang lelaki yang tulen itu, ialah orang yang sungguh-sungguh sanggup bersabar atas nikmat afiat. Dan sebenarnya sabar atas nikmat kemewahan itu adalah lebih berat penanggungannya, sebab ia berdampingan dengan kuasa.

Rujuk ayat berikut;

An-nahl;90
Al-muzzammil;10
Ali-imran;186
An-nahl;126

Maksud dari sabda rasulullah saw;

“hubungilah orang yang telah memutuskan hubungan denganmu, dan berilah orang yang enggan memberi kepadamu serta maafkanlah orang yang menganiayai dirimu.”

Dari firman allah[maksud ]

“maka barangsiapa yang berpaling dari mengigati allah, tuhan pemurah, niscaya kami akan tentukan baginya syaitan yang menjadi kawannya.”  [az-zukhruf;36]

Keutamaan syukur;

Ketahuilah, bahwa allah swt telahmenggandingkan syukur dengan zikir didalam kitabnya al quran
Firman allah[maksud]
:maka ingatilah aku niscaya aku akan mengingati mu, dan syukurilah atas nikmat dan jangan sekali-kali kufur.[al-baqarah; 152]

Rujuk ayat berikut;
An-nisa’;147
Ali-imran;145
Ibrahim;7

20130620

M10 KIAS DAN SANTAPAN AKAL

KIAS DAN SANTAPAN AKAL

Dalam filem lakunan p ramli, dalam filem yang bertajuk; ahmad albab… semasa syawal berjumpa dengan harta karun dalam gua, semasa mengejar kambing  gembalaannya…

Syawal berkata,”harta karun, harta karun”
Maka muncul jin lalu menghilangkan harta karun lalu berkata, “ itu harta bukan engkau yang punya, tapi ahmad albab,,,ahmad alba yang punya”

Selepas dia membawa anaknya yang bernama ahmad albab berjumpa jin dalam gua tu, syawal telah dilantik menjadi pemagang amanah kepada ahmad albab [anaknya].
Dari pada seorang yang miskin ,syawal menjadi hartawan serta jutawan,,, bukan disebabkan dia itu bapa atau pemegang amanah kepada ahmad albab[anaknya] tetapi disebabkan syawal itu mengiklaskan hati dan meninggalkan@melucutkan dirinya dari sifat rasa tamak,megah, kedekut dan tidak menzalimi  orang lain dan dirinya sendiri.
Dialog yang lain[kalau tak silap];” ini harta bukan ana yang punya, ini rezeki dari allah,,, kita kena makan sama-sama,, apa sebab mahu simpan-simpan.
Yang lain-lain,,, tuan dan puan kena tengok semulalah  cerita ahmad albab tu.

20130619

M9 TAUBAT

TAUBAT[hakikat taubat][oleh imam la ghazali dalam ihya-ulumuddin]

Ketahuilah bahawasanya taubat itu mempunyai pengertian yang tersusun dari tiga perkara, iaitu: ilmu, keadaan dan perbuatan.yang pertama menyebabkan timbulnya yang kedua, manakala yang kedua menyebabkan timbulnya yang ketiga, sebagai memenuhi sunnatullah dalam alam nyata dan alam malakut[gaib].rujuk kitab

Ketatuilah bahwa kewajipan bertaubat itu telah nyata berdasarkan nas-nas dari al-quran dan hadis  rasulullah saw.
Yang dianjurkan agar manusia itu wajib bertaubat pada segala keadaan merupakan wajib mutlak.
Apabila karat dan kotoran itu telah menebal dihati, maka bertukarlah ia menjadi tabiat

Kata oleh abu sulaiman ad-darani: jika seorang yang berakal tiada menangisi umurnya yang baki kerana telah mensia-siakan umurnya yang telah lalu tanpa melakukan ketaatan, nescaya patutlah ia menyesali dirinya sampai mati. Betapa pula halnya dengan orang yang menyambut sisa umurnya dengan satu cara saja, sama seperti cara-cara yang telah lalu dikeranakan kebodohannya?.
Orang yang lalai itu adalah sama seperti orang yang sedang tidur dan bahayanya sangat  berat, sebab ia akan menghalanginya dari mengetahui keadaan dirinya sendiri.
Pada umumnya manusia itu sedang tidur nyenyak, bila datang mati baru sedar.

Rujuk ayat dalam surah berikut;
Al-muthaffifin;14
Al-munafiqun;10-11
An-nisa; 17-18
Asy-syams;9
Al-mu-min;3
Asy-syura;25

Barang siapa yang mengagap bahwa taubat itu boleh berlaku, tetapi tidak dikabulkan, samalah ia seperti seorang yang mengakui terbitnya matahari, tetapi masih meragui cahayanya dapat melenyapkan kegelapan.

Ketahuilah bahwa erti taubat itu ialah meninggalkan dosa. Dan tidak mungkin ditinggalkan sesuatu sebelum mengetahui apa yang harus ditinggalkan itu. Kalau kita katakan bahwa bertaubat itu hukumnya wajib, maka mengenal semua perkara yang menerusinya kita dapat sampai kepada taubat menjadi wajib pula..misalnya mengetahui apakah yang dikatakan dosa itu adalah wajib juga.

20130618

M8 AQIDAH PARA AHLI-SUNNAH

AQIDAH PARA AHLI-SUNNAH[oleh imam al ghazali, dalam ihya-ulumuddin]

Aqidah para ahli-sunnah terhadap zat allah ta’ala yang maha suci, ialah bahwa allah itu tuhan yang esa tiada sekutu baginya. Dia qadim tiada awal bagi wujudnya, dan wujudnya pula terus menerus tiada akhir baginya. Dia kekal tiada luput samasekali, dia masih bersifat keagungan dan sifat keagungan ini akan berterusan, tiada akan musnah atau terputus dengan terluputnya berbagai-bagai abad, dan berlalunya bermacam-macam waktu.
Bahkan dialah allah yang awal dan yang akhir, yang lahir dan yang batin dan dialah maha mengetahui akan segala sesuatu.
Dan bahwasanya allah itu maha hidup,maha berkuasa,maha tinggi dan maha memaksa,tiada didatangi kecuaian atau kelemahan.
Dan bahwasanya allah itu maha menghendaki keatas semua yang dijadikannya dan maha pengatur terhadap segala yang diciptakannya.
Dan bahwasanya allah itu maha mendengar dan maha melihat. Iada satu pun yang bakal terhalang dari pendengarannya sesuatu yang terdengar sekalipun amat halus.
Dan bahwasanya allah itu maha berkata-kata, maha memerintah, maha melarang, maha mengigatkan dan mengancam dan bahwasanya al-quran, taurat, injil dan zabur itu adalah kitab-kitabnya yang diturunkan ke atas para rasulnya alaihimus-salam membawa percakapannya yang merupakan sifat bagi zatnya dan bukanlah sifat bagi makhluknya.
Dan bahwasanya allah itu maha esa, tiada sesuatu yang ada selainnya melainkan bersifat hadis(baru) yang terjadi dengan perbuatannya, yang menerima dari keadilannya dalam rupa yang paling sempurna, paling lengkap dan paling adil.
Dan bahwasanya allah itu maha bijaksana dalam segala perbuatannya, maha adil dalam segala keputusannya.
Dan bahwasanya allah itu memberi pahala kepada hamba-hambanya yang beriman keatas segala ketaatannya.
Dan bahwasanya allah telah mengutus nabi yang ummi itu kepada sekalian bangsa arab dan ajam, jin dan masusia.
Dan bahwasanya hari kiamat itu pasti akan tiba juga, tiada boleh diragukan lagi. Dan bahwasanya allah telah mencipta syurga yang disediakan sebagai tempat tinggal yang kekal bagi orang-orang yang dikasihinya.

20130617

M7 RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN

RUKUN ISLAM DAN RUKUN IMAN

Para ulamak dahulu telah menyusun dengan cantik sekali, bagi menerangkan asas islam dan iman kepada … untuk secara mudah orang ramai memahaminya dan mempelajarinya.

MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
SOLAT LIMA WAKTU SEHARI SEMALAM
PUASA SEBULAN DIBULAN RAMADHAN
MENUNAIKAN ZAKAT
MENUNAIKAN HAJI

Perkara diatas adalah rukun yang nyata lagi terang jalas, yang manusia islam wajib ikuti dan patuhi.
Kita sentiasa mempelajari lima perkara ini, dan mendalami ilmu berkenaan lima perkara ini.
Sebab rukun yang lima ini sentiasa dibuat dan ditunaikan oleh orang islam masa ini dan berterusan.

PERCAYA KEPADA ALLAH
PERCAYA KEPADA RASUL
PERCAYA KEPADA MALAIKAT
PERCAYA KEPADA KITAB-KITAB
PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT
PERCAYA KEPADA QADA DAN QADAR

Perkara diatas adalah rukun yang gaib ,yang wajib manusia islam ikuti dan patuhi.
Keyakinan atas kepercayaan kepada enam rukun diatas ,ada kadangkala tergugat,oleh kerana ilmunya kurang dipelajari dan adamasa mereka takut untuk mempelajarinya… APA SEBAB NYA?...

Kedua-dua rukun ini mestilah diletak selari atau sama tinggi dan sama rendah, tidak boleh di bezakan dan tidak boleh di dulu kemudiankan ,kerana kedua-duanya ada kait-mengait dan yang satu tidak boleh meninggalkan yang satu lagi. Kerana ia boleh menyebabkan islam @tauhid menjadi,’pincang’. Sebagai contohnya; manusia itu sendiri:

Untuk manusia hidup [dengan kebenaran dan izin allah], ada dua jisim mesti ada pada manusia;
Yang pertama  adalah jasad,,,[ jisim nyata  dan jelas ]
Yang kedua adalah roh,,, [ jisim gaib ]

Tetapi ada kalanya manusia ini berlebih-lebih dan menyalahgunakan perkara dari ilmu rukun yang tersebut keduanya diatas terutamanya ilmu rukun iman[ ilmu ini digunakan untuk menundukkan nafsu dan mengukuhkan iman@islam, tetapi apabila ianya disalah guna dan salah kefahaman yang menyebabkan nafsu menguasai diri maka terbitlah yang dikatakan,,, ajaran sesat@sesat perjalanan akidahnya, tauhidnya dan iman@islamnya yang menyebabkan timbul angkara,,,gah, ujub,bangga diri tak bertempat, dengki@hasad, zalim,dendam dan yang sama dan sewaktu dengannya,,, maka malapetaka, bala dan azab allah akan sampai untuk menimpa manusia.

20130616

M6 PERJUANGAN PADRI SEMAKIN SEPI

 PERJUANGAN PADRI SEMAKIN SEPI.[episod; kejatuhan benteng darussalam di dalu-dalu, oleh hamba allah)[al-fatihah]

Apabila orang-orang mandailing pimpinan tuanku raja asal membabitkan diri dalam peperangan demi peperangan ditanah melayu, dana jihad padri juga semakin susut dan terjejas. Pada satu ketika, dana jihad padri langsung tidak berupaya untuk menaja perjuangan jihad padri ditanah besar sumatra. Peperangan demi peperangan ditanah melayu yang melibatkan banyak menelan kos dan perbelanjaan hingga menjejaskan dana jihad padri. Ini sekaligus mengangu operasi jihad padri ditanah besar sumatra.

Pada akhir tahun 1872 pasukan jihad padri disumatra telah terlibat dalam pertempuran hebat lagi dahsyat ditimur sumatra, yang menyebabkan kekalahan teruk di pihak jihad padri. Sejak itulah tiada lagi kedengaran apa-apa berita tentang fakeh maulana, jamarilun dan haji ali nasution.

Selepas berlakunya  trajidi berdarah di bukit nanas ditanah melayu dan penhijrahan sebahagian besar pasukan jihad padri ke tanah melayu, perjuangan jihad padri hampir lenyap dan yang tinggal hanyalah pasukan jihad tuanku raja laut yang beroperasi di laut. Dan pasukan jihad padri di tanah besar sumatra dikatakan lumpuh sama sekali akibat ketiadaan sumber wang yang cukup bagi menampung kos dan perbelanjaan peperangan yang tinggi.. tambahan pula baberapa tahun sebelum itu pasukan jihad padri telah meninggalkan ruang kekosongan didalam beberapa tempat strategik dan penting ditanah besar sumatra akibat dari pertukaran penumpuan perjuangan….ini menyebabkan penjajah semakin yakin dalam penaklukan mereka keatas seluruh tanah…..dan membasmi serta melenyapkan sama sekali pasukan jihad padri, susunan salasilah dan sejarah mereka bagi mengelak kebangkitan semangat perjuangan padri yang baru.

20130515

M5 BANI ISRAIL BANI TAMIM, BANI JAWI

*APABILA TIGA BANI [KELOMPOK MANUSIA]TERBESAR BERKUMPUL DAN BERCANTUM.[bani membawa maksud keturunan]

BANI ISRAIL     [bukan yahudi dan negara israil]
BANI TAMIM   [ bukan kicap tamim dan …]
BANI JAWI       [ bukan tulisan jawi dan jawa]

Ketiga-tiga  bani ini pernah menjadi mashur dengan perjalanan sejarah dan mitos mereka asalnya ,pada pangkalnya mereka ini[susur asal yang tidak lari dari akidah tauhid@islam dan pemegang amanah tauhid,,,tidak termasuk yahudi dan nasrani,,, majusi] [pembawa perjalanan tauhid [allah], tetapi lama kelamaan ahli bani ini berpecah dan terpecah oleh kelalaian diri sendiri dari laluan kebenaran allah.

Diantara mereka ini menyimpang teramat sangat jauh seperti  orang  yahudi dan nasrani dari bani israil[ rujuk sirah dalam al-quran ]
Sampai diantara mereka ini ada yang sama taraf@darjat atau lebih lagi dari iblis yang dilaknat oleh allah.

Dimasa [akhir zaman] itu bani manusia[adam] dari kelompok berbeza dari yang tiga itu, wajib memilih memihak kepada jalan allah atau memusuhi jalan allah.

20130514

M4 BANGSA APA?

*SUSUR KETURUNAN-KETURUNAN [BANGSA APA?]

Yunan+rawa+campa+bugis+minang+arab+india+cina+jawa+dan lagi+ ….., KITA NAK SEBUT BANGSA ATAU KETURUNAN APA?.
Apabila darah dari seluruh keturunan yang dari berbagai suku dipersatukan semula menjadi satu darah, mereka ini telah diistihar sebagai melayu dan diperkukuhkan dengan islam sebagai pegangan hati dan allah sebagai tuhan pemerintah sekalian alam.

“Tidak melayu hilang didunia”, itu dikatakan oleh hang tuah. Melayu memang tidak hilang tapinya orang melayu yang menghilangkan indintiti melayu mereka, apabila mereka mengaku mereka suku-suku. Tidak ada sesiapa semenda atas siapa sebab melayu itu telah ada 1000 tahun lalu[DIISTIHAR KALI KEDUA], Cuma nak dipersatukan semula  sahaja dan islam sebagai tonggak utamanya penyatuan. Tetapi mereka-mereka ini banyak gah nya dalam diri masing-masing. Sebab itu kerap allah hantar pasukan bagi memberi amaran dan ingatan(sebagai ujian) kepada bangsa melayu supaya jangan lupa  usul diri mereka. (tuan-puan cubalah semak semula untuk tempoh 1000 tahun yang lepas, berapa kali pasukan dari luar menyerang bangsa melayu dan berapa kali bangsa melayu kalah) dan apa yang menyebabkan bangsa melayu kalah. Jadinya jangan persalahkan bangsa lain tanpa usul periksa.

20130513

M3 SUSUR DUA BERADIK DARI KETURUNAN MUHAMMAD RASULULLAH

*SUSUR DUA BERADIK  DARI KETURUNAN MUHAMMAD RASULULLAH
[dari hussin binti fatimah binti muhammad rasulullah dan berbinkan ali bin abi talib]
[ dari hassan binti fatimah binti muhammad rasulullah dan berbinkan ali bin abi talib]

Syeh abd kadir jalani dan syeh abdullah al qumairi;
Mereka berdua ini adalah dua beradik. Susur mereka berdua memang tidak pernah di ceritakan oleh sesiapapun.
Perkara yang mengatakan  syeh abdullah adalah anak murid kepada syeh abd kadir, hanya lah untuk mengelak dari diketahui oleh musuh islam pada masa itu dan mereka dari keturunan( hussin bin fatimah binti muhammad rasulullah dan berbin kepada ali bin abi talib)[keturunan ahli bait]… juga tidak dan memang disengajakan, tidak diberitahu walau pun kepada anak-cucu-cicitnya sehingga……,[pemegang amanah waris yang tersebut dengan terpaksa…, bagi memperbetulkan waris-waris keturunannya]…, kisah mereka terbuka adalah disebabkan waris keturunan mereka ini ramai yang telah lari@ menyimpang dari landasan sebenar islam[tarikat ilmu dan kumpulan]. Dan kebanyakan dari mereka mengangap  kedua syeh yang tersebut adalah guru semata-mata dan bukannya  moyang keturunan mereka. Oleh sebab itulah waris mereka dizaman akhir-akhir ini, ramai yang tidak keharuan fikiran dan tidak dapat bersandar tegak dan juga tidak lagi mampu mendukung amanah yang telah dibawa oleh moyang mereka. Kerana mereka tidak mahu mengaku yang moyang mereka adalah pemegang dan penjalan bagi amanah tauhid@islam diatas muka bumi ini.
Mereka beragapan tugas memikul dan menjalankan amanah islam@tauhid itu adalah tanggungjawab para ulamak dan fukaha tetapi tidak menerima ulamak dan fukaha itu adalah jalur keturunan mereka[moyang mereka], tetapi mereka masih berani mengaku adam as itu adalah bapa manusia dan mereka adalah dari keturunan adam.
Mereka berani bermohon dan berdoa kepada allah bagi keselamatan dan kesejehteraan diri mereka dan keluarga mereka tetapi mereka tidak mengenal moyang keturunan mereka yang selama ini yang membawa sinar islam dan tauhid kepada @dalam  diri mereka.(dengan izin dan ehsan allah)

20130512

M2 Manusia

*MANUSIA

Ketahuilah tuan dan puan,,, kita , bila beranggapan yang kita dari susur keturunan yang baik-baik, maka hendaklah  dengan dapat, seboleh-bolehnya mengambil tahu dan cuba mencapai dan mengesahkan perkara yang sebenar dan bukan hanya bersangka-sangka semata-mata. Dan juga tidak berputus asa dan hendaklah berharap yang allah akan memberi pertunjuk kepada kita perkara yang baik itu.

“Apa ada pada nama?” Atau “kita semua manusia dari keturunan adam as” Ayat-Ayat itu sentiasa digunakan oleh mereka-mereka yang sebenarnya… , ayat berputus asa dari rahmat allah.

Nabi adam dan hawa ada 20 pasang anak kembar[mengikut sirah yang ada diterbitkan oleh ulamak indonesia]. Dan ramai darinya telah luput dari muka bumi semasa bah besar zaman nabi nuh, dan yang tinggal hanya 80 orang sahaja dan dari 80 orang ini lah membiaknya umat manusia yang ramai diatas muka bumi ini.

Yajuj dan majuj itu pun asal keturunan dari sumber yang sama tetapi mereka ini adalah musuh islam[allah] dan manusia lain di akhir zaman [rujuk sirah @hikayat iskandar zulkainal] dan tengok dari siapa keturunan mereka.

Dajjal itu pun asal keturunan dari sumber yang sama tetapi dia ini adalah wahid musuh islam (allah), dari kalangan manusia, yang mempunyai sihir yang terbesar diakhir zaman. Dengan nya lah ,manusia islam yang diketuai oleh imam mahdi akan berperang.

Penasihat kepada dajjal itu adalah iblis dan askar-askarnya itu adalah yajuj dan majuj dan disertai oleh satu kaum dari bangsa jin yang diketuai oleh iblis dan aprit.

Bukan lah perkara diatas yang hendak diketengahkan tetapi perkara lain yang orang beraku-akukan tetapi enggan menerima kenyataan berkenaan perkaranya;

20130511

M1 KEUTAMAAN ILMU PENGETAHUAN

*KEUTAMAAN ILMU PENGETAHUAN [ILYA’ ULUMIDDIN, OLEH IMAM AL GHAZALI]

Didalam al quran al karim terdapat banyak sekali ayat-ayat yang menunjukkan keoada keutamaan ilmu itu.
Diantaranya:[ali imran,18.maksud darinya]
“allah telah menyasikan bahawasanyan tiada tuhan melainkan dia jua, begitu pula para malaikat dan para ahli ilmu pengetahuan turut menyasikan sama, iaitu tuhan yang berdiri di atas keadilan.”

Firman allah lagi:[ rujuk ayat berikut]
Al mujadalah; 11]
Az-zumar; 9]
Fatir;28

Keutamaan belajar

“mengapa tidak ada sekelompokpun dari setiap golongan mereka itu, yang berangkat untuk menambah ilmu pengetahuan agama.” [at-taubah; 122]
Ayat lain,rujuk:
An-nahal; 43

Keutamaan mengajar

Hendaklah mereka memberikan peringatan kepada kaumnya, apabila telah kembali kepada mereka nanti, moga-moga mereka berhati-hati.”[alt-taubah,122]
Ayat lain,rujuk:
Ali-imran;187
Al-baqarah;146
Al-baqarah;283
Fushshilat;32
An-nahal;125