PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.
Showing posts with label Lombong Sungai Lembing 1906-1986. Show all posts
Showing posts with label Lombong Sungai Lembing 1906-1986. Show all posts

20160527

Sungai Lembing dari Tok Tangguk, Lim Ah Sam, William Frazer sampai PCCL

ASAL USUL NAMA
Salah satu cerita asal-usulnya adalah, Sungai Lembing mendapat nama dari air sungai yang mengalir dengan deras dan tajam macam lembing yang menujah Sungai Kenau. Yang dikatakan sungai ini sebenarnya hanyalah alur air sahaja.

Cerita lainnya pula adalah berasal dari perkataan lembing iaitu sejenis senjata yang sering digunakan dalam memburu atau berkawal. Kononnya orang-orang asli  dikatakan melemparkan lembing ketika memburu seekor rusa. Dalam usaha untuk menyelamatkan diri, rusa tersebut terjun ke dalam sungai dan hilang bersama-sama lembing yang melekat di badannyanya.

Pada awal abad ke-18, sekumpulan pelombong bijih timah yang melombong di kawasan itu. Mereka dikatakan menjumpai lembing milik orang asli pada zaman dahulu. Sejak itu, kawasan ini dinamakan Sungai Lembing. Walau bagaimanapun, tidak ada bukti kukuh untuk menyokong kesahihan cerita.

PELOMBONGAN OLEH ORANG MELAYU
Sejarah awal aktiviti perlombongan bijih timah dikesan dalam rekod seorang ahli sejarah Cina yang mencatatkan eksport bijih timah dari Kelantan dan Pahang ke China pada pertengahan abad ke-13.

Menurut cerita tempatan Pahang, pada tahun 1868 Sungai Lembing mula diterokai oleh Wan Muhamad atau 'Tok Tangguk' dari Kemboja yang pernah menetap di Chenor, Temerloh, Pahang.

Tok Tangguk mempunyai kepakaran dalam perlombongan bijih timah. Sungai Lembing terletak di Lembah Sungai Kenau dan dikelilingi oleh bukit-bukit dan serta menarik dan strategik. Ketibaan pelombong Cina di abad ke-18 bermula disebabkan aktiviti pelombongan Tok Tangguk semakin berkurangan.

Dalam aktiviti perlombongan terdapat beberapa nama-nama tempat di Sungai Lembing iaitu:
-Kolong Sungai Pahat = Kolong Pahat River (bijih memahat) dan
-Bukit Segantang = Hill Segantang (mengeluarkan bijih segantang sehari).

Menurut rekod dari China, timah dieksport dari negeri Pahang sejak 1446.

PELOMBONGAN ORANG CINA
Selepas perlombongan oleh orang Melayu iaitu Tok Tangguk berakhir, kerja perlombongan dijalankan oleh pelombong Cina yang bekerja di bawah kontrak William Frazer.

Sungai Lembing pada masa lalu supaya terkenal di peringkat antarabangsa dan merupakan bandar terkaya dalam pengeluaran bijih timah di Pahang. Ia adalah bekas kawasan perlombongan tertua, paling lama dan paling dalam di dunia iaitu sedalam 971 meter (2,400 kaki).

Pada suatu masa dahulu Sungai Lembing juga dikenali sebagai 'El-Dorado Timur' bagi Tanah Melayu kerana di dalamnya terletak sebuah perkampungan Inggeris yang istimewa di Lembah Sungai Kenau. Kekayaan dari sumber timah Sungai Lembing dikatakan sebagai "Penyelamat Ratu" = “Rescue the Queen’s Crown”yang tertekan akibat kemerosotan ekonomi British pada masa itu.

Pada bulan November 1883, DYMM Sultan Ahmad Shah Muazzam telah menandatangani perjanjian pajakan dengan Boss Baba Ah Sam (Lim Ah Sam) untuk memajak kawasan seluas 2,500 batu persegi yang meliputi Sungai Kuantan, Sungai Triang dan Sungai Endau Rompin.

Syarikat ini telah ditubuhkan oleh hartawan Lim Ah Sam, Boss Goo Soo Sooee bersama-sama Levis den Dekker yang tinggal di Singapura. Baba Ah Sam telah bekerja dengan orang Eropah untuk melakukan kerja perlombongan disini.

Tetapi Ulu Sungai Kuantan adalah kawasan mutlak Sultan Pahang. Sultan telah memberikan hak perlombongan bijih timah kepada bapa mertuanya sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya iaitu anak Lim Ah Sam.

Berdasarkan konsesi pada tahun 1883, syarikat Company Pahang Company telah diberi tempoh pajakan selama 75 tahun dan dikehendaki membayar royalti sebanyak 10% dari hasil timah dan bijih lain yang dieksport. Tetapi syarikat itu dikecualikan daripada bayaran cukai pelabuhan, dan lain-lain cukai termasuklah kayu. Dibenarkan beroperasi di mana-mana tempat di negeri ini.

PELOMBONGAN ORANG EROPAH
Penguasaan perlombongan oleh orang Eropah bermula pada tahun 1886 apabila syarikat The Pahang Mining Company Limited yang ditubuhkan di London. Encik William Frazer dilantik sebagai pengurus lombong.

The Pahang Mining Company Limited bersetuju untuk membeli konsesi asal tetapi disebabkan masalah kewangan ia ditangguhkan sehingga tahun 1888.

Syarikat itu menukar nama menjadi The Pahang Corporation Limited (PCL), di mana Encik William Frazer telah dilantik pengarah. Konsesi baru diluluskan pada tahun 1888 selama 80 tahun untuk keluasan 2,500 batu persegi. Royalti sebanyak 10% diberikan kepada Sultan Pahang.

Selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1898, kuasa pajakan perlombongan adalah tertakluk kepada ‘mining code’. Pahang Corporation Company Limited telah diberikan hak perlombongan di Sungai lembing apabila ia menjadi bandar pertama di Semenanjung Tanah Melayu yang diletakkan di bawah pentadbiran pelombong inggeris iaitu Pahang Corporation Limited dari 1888 sehingga tahun 1906.

Pada tahun 1906, Pahang Corporation Limited telah ditutup dan kemudian telah diambil alih oleh Consolidated Pahang Company Limited (PCCL).

Sehingga tahun 1915, terowong sedalam 40 batu  telah berjaya digali semasa kerja perlombongan berjalan. Aktiviti perlombongan di Sungai Lembing ini telah menjadi penyumbang ekonomi yang ketara kepada penduduk di Sungai Lembing.

KESIMPULAN
Masih banyak sejarah Sungai Lembing yang tersimpan dalam lipatan. Masih ramai pengkaji dan peminat sejarah meneruskan kajian dan penceritaan masing-masing terhadap sejarah Sungai Lembing. Ada yang telah ditulis tetapi ada yang diceritakan secara lisan DAN ada yang masih tersembunyi.

Mungkinkah waris Tok Raja 'Sungai Lembing' yang masih menetap di Sungai Lembing mahu bercerita. Mungkinkah waris Tok Mat Tekong yang telah meninggalkan Sungai Lembing tahu cerita. Mungkinkah ada yang sempat bercerita dengan Tok Mat Jelir yang selalu muncul di Masjid Sungai Lembing. Mungkinkah ada waris Sungai Lembing yang menyimpan gambar Harimau Putih yang ditembak. Adakah Tok Tangguk menggunakan nama lain selain nama Wan Muhamad.

Hanya Allah SWT yang Maha Mengatahui.

Rujukan: sungailembingmines.com.my

20130317

Lombong Sungai Lembing 1906-1986 (Tai Pei Thong)

 01. Kuching lombong Sungai Lembing sedang tidur dengan lena.
 02. Kuching lombong Sungai Lembing tidak hiraukan orang yang nak tangkap gambar.
 03. Kaunter tiket lombong Sungai Lembing.
 04. Pintu Gerbang Lombong Sungai Lembing.
05. Tawaran potongan sebanyak 50% kepada pengunjung ke Lombong Sungai Lembing pada masa ini. Promosi akan tamat pada bila-bila masah sahaja. Segera berkunjung ke lombong.

20130316

Lombong Sungai Lembing 1906-1986 (cenderamata)

 01. Zirafah Lombong Sungai Lembing yang dibuat dari tempurung kelapa.
 02. Dulang kayu yang digunakan untuk mendulang bijih besi di Sungai lembing.
 03. Kura-kura Sungai lembing.
 04. Baju t Sungai lembing
 05. Contoh bijih besi yang dilombong di Sungai Lembing.
06.Karung yang digunakan oleh pelombong Bijih Sungai Lembing

20130315

Lombong Sungai Lembing 1906-1986 (pengeluaran bijih besi)

Pada masa ini masih ada ramai lagi bekas pekerja lombong yang masih hidup dan masih boleh bercerita. Kebanyakannya boleh bercerita dari sudut tugas yang dilakukan pada masa itu. Biasanya masing-masing boleh bercerita panjang lebar tentang tugas masing-masing tetapi kurang tahu tentang tugas orang lain.

Salah satu tugas yang amat penting adalah urusan bahan letupan.

Orang yang ditugaskan menjaga bahan letupan biasanya kurang bercampur dengan pekerja yang lain. Orang sebegini banyak berurusan dengan pihak polis kerana bahan letupan disimpan di balai polis. Orang ini mempunyai tanggung jawab yang besar untuk menjaga bahan letupan tersebut supaya tidak diselewengkan.

 01. Sungai Lembing dahulunya Bandar terkaya dalam pengeluaran Bijih Timah di Negeri Pahang Darul Makmur.
 02. Lombong Sungai Lembing adalah kawasan galian Bijih Timah yang kedua terbesar di dunia, yang pertama adalah Bolivia. Lombong Sungai Lembing mempunyai kolong yang terpanjang dan terdalam. kedalamannya sehingga 1,400 ke 2,000 kaki. Dikatakan terdalam jika dibandingkan dengan lombong-lombong Bijih Timah lain di Asia Tenggara.
 03. Kewujudan Lombong Sungai Lembing berkait dengan sejarah moden Negeri Pahang yang bermula dengan penjajahan British di Malaya.
 04. Lombong Sungai Lembing mula diterokai oleh British bulan Februari 1888. ketika itu Sultan Ahmad Muadzam Shah 1 bersetuju dengan cadangan sebuah syarikat Bijih di London untuk menubuhkan Pahang Corporation Limited di kawasan tersebut.
 05. Kawasan seluas 2,500 ekar persegi itu dipajakkan bagi tempoh seratus tahun dengan bayaran satu sen setahun. Sungai Lembing merupakan Bandar pertama di Semenanjung Tanah Melayu diletakkan bawah pentadbiran syarikat Bijih British iaitu Pahang Corporation Limited di Pahang. Tahun 1915 namanya bertukar kepada Syarikat Pahang Consilolidated Company Limited (PCCL) dan pada tahun 1984 ditukar kepada Pahang Investment Public Limited Company (PIPLC).
 06. Bagi tempoh seratus tahun lombong Sungai Lembing ini telah keluarkan 13 juta tan metrik Bijih Timah kasar. Jumlah ini boleh menghasilkan 150,000 tan metrik timah dengan nilai sebanyak hampir $2,000 juta.
07. Terowong bawah tanah di Sungai lembing ini dikenali dengan nama ‘pangkang’. Ianya dikorek secara manual dengan menggunakan bahan letupan. Terowong paling dalam adalah dilombong Myah yang terletak 700 meter ke bawah dasar perut bumi. Lombong Taibeto pula mencecah 500 meter ke dasar bumi. Jarak diantara setiap tingkat adalah lebih kurang 30 meter dan panjang keseluruhan hampir 322 meter.
08.Keseluruhan terowong sepanjang lapan kilometer meliputi kawasan bijih seluas 1,600 hektar.

rujuk:
http://dev.mncsb.com/sungailembing/?page_id=472&lang=my

20130314

Lombong Sungai Lembing 1906-1986 (lubang sejuta ringgit)

 01. Salas satu tempat yang istimewa dalam lombong sungai lembing adalah Lubang Sejuta Ringgit.
 02. Luban Sejuta Ringgit ini mencatatkan kisah nasib malang pekerja lombong yang telah tidak mempunyai pendapat setelah lombong ditutup.
 03. Bekas pekerja Lombong sungai lembing yang tersedak telah melakukan kerja melombong secara haram.
 04. Usaha mereka ini telah menghasikan pendapat yang lumayan kepada mereka yang terlibat dalam usaha tersedak ini.
 05. Akhirnya kerja melombong secara senyap-senyap telah tersebar keluar dan sampai ke pengatahunan Menteri Besar Pahang. YAB Menteri Besar Pahang telah mengarahkan kerja-kerja tersebut dihentikan segera.
 06. Kejadian ini berlaku pada tahun 1987.
 07. Adalah dipercayai masih terdapat banyak lagi bijih besi di Lombong Sungai Besi.
08. Banyak barang-barang tinggalan Lombong Sungai Lembing telah hilang. Malah dairi pengurus Lombong Sungai Lembing telah dibawa balik ke England.

20130313

Lombong Sungai Lembing 1906-1986 (masuk lombong)

01. Lumut dalam Lombong Sungai Lembing.
 02. dalam Lombong Sungai Lembing ini terdapat tempat yang tidak dibenarkan masuk.
 03. Info Lombong Sungai Lembing
 04. Info Lombong Sungai Lembing
 05. Info Lombong Sungai Lembing
06. Info Lombong Sungai Lembing

20130312

Lombong Sungai Lembing 1906-1986 (luar lombong)

 
 01. Keretapi yang digunakan untuk membawa penumbang mengembara kedalam lombong Sungai lembing.

 02. Keretapi ini hanya membawa pengunjung melihat sedalam 600 kaki sahaja. Jarak keseluruhan yang dibuka adalah 1.5 km
 03. Pondok menjual cenderamata.
 04. pokok kayu sungai lembing.
 05. daftar pengungung yang meneroka Lombong Sungai Lembing.
 06. Petugas Lombong Sungai Lembing ini adalah kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan. pada satu-satu masa terdapat 7 orang yang bertugas.
 07. Pokok kayu Sungai lembing.
08. Duan rakan lama Sungai Lembing bertemu secara kebetulan di Lombong Sungai Lembing. Mereka sempat bercerita pasal kenangan-kenangan lama di Sumgai Lembing.