PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.
Showing posts with label Menyumpit. Show all posts
Showing posts with label Menyumpit. Show all posts

20100516

Semelai Bukit Rok (14) BERA

02
01
Link:
1. Malaysia's Semelai Orang Asli [http://www.thingsasian.com/stories-photos/1891]
2. 'Toi' pelajar cemerlang jadi inspirasi Semelai [http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2006/4/26/TERKINI/Mutakhir/Toi_pelajar_cemerlang_jadi_inspirasi_Semelai&sec=mstar_berita]
3. Bahasa Semelai [http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Semelai]
4. Semelai Communities at Tasek Bera: A Study of the Structure of an Orang Asli Society [http://www.abebooks.com/servlet/BookDetailsPL?bi=2210665846&searchurl=ds%3D30%26isbn%3D9789834004231%26sortby%3D17]

20100514

Semelai Bukit Rok (13) BERA

Orang Asli Semelai ni adalah orang asli yang dikelompokkan dalam puak Melayu Proto. Orang asli Semelai ini hanya ada di dua penempatan sahaja di Malaysia iaitu:

1. Pos Iskandar(Tasik Bera), Kampung Gemuroh, Kampung Bukit Rok, Kampong Bongkok, Kampung Chuat dan Lubuk Tambangan, Daerah Bera, Pahang, Malaysia.

2. Kampung Sungai Sampo & Kampung Sungai Lui, Jempol, Negeri Sembilan

Di Negeri Pahang ni, anak-anak mereka bersekolah rendah di Sk Iskandar, Sk Bukit Rok dan SK Bukit Gemuroh. Sekolah-sekolah ini kebiasaan menempatkan hampir 100% pelajar orang asli Semelai.

Di Negeri Sembilan pula saya tak sempat buat kajian. Harap 'Aku Salina' boleh bagi tau.

05
04
03
02
01
Rujukan:
http://akusalina.blogspot.com/2009/09/orang-asli-semelai.html

20100512

Semelai Bukit Rok (12) BERA

Kali ini kita akan melihat wajah putera-putera Semelai Orang Asli Bera Pahang. Rupanya memang susuah nak menympit ni. Kena meneran sampai tegang semua urat-urat. Mungkin dengan carai ini boleh mengurangkan ketegangan pada urat-urat. Mungkin sepat tu Orang Asle Semelai ni kurang mendapat sakit urat.
05
04
03
02
01

20100510

Semelai Bukit Rok (11) BERA

Kalau ada sesiap yang bertanya kenapa banyak sangat gambar Orang Asli Semelai menyumpit.? Kerana saya tertarik dengan memek wajah yang dipamirkan oleh Orang Asli Semelai ini.
05
Tenang ketika melakukan sumpitan.
04
Ada juga yang berkerut dahi ketika menyumpit.
03
Putera Semelai yang berbaju biru ni pula sampai bengkak kening ketika nak menyumpit.
02
Yang ini pula sampai lekuk dahi sebelum menyumpit.
01
Sementara yang ini pula, bukan setakan kembung kipi tetapi bengkak kening, tegang urat lehir dan bengkak telinga.

20100508

Semelai Bukit Rok (10) BERA

Bila kita inginkan suatu kejayaan, kita perlu jelas apa yang kita inginkan. Kita perlu dapat gambarkan bagaimana, apa, berapa, kenapa dan siapa yang berkaitan dengan kejayaan kita. Kalau gambaran tersebut tak ada dalam benak otak minda kita ... sudahnya apa yang kita nak capai.
05
Jika keinginan tersebut telah jelas, maka kita perlu memberi tumpuan kepada keinginan tersebut.
04
keinginan tersebut metilah sesuatu yang orang macam kita tidak mustahil untuk capai. Jika pun keinginan tersebut mustahil bagi orang macam kita tetapi kita tahu cara mutuk mencapainya.
03
Kalau perkara tersebut dipastikan tidak mustahil. Orang lain yang macam kita boleh mencapainya. Makan kita boleh dan kita perlu memberikan fokus sepenuhnya kepada keinginan kita.
02
Tingkatkan fokus kita asingkan perkara yang menghalang pencapaian kita. rasakan diri kita telah hampir dengan matlamat kita. Tiada apa-apa yang boleh menghalang selain kuasa Allah SWT.
01
Setelah selesai usaha kita, kita harus menghargai diri kita kerana telah berusaha untuk mencapainya. Samaada kita telah berjaya atau belum berjaya, sesungguhnya kita telah belajar sesuatu yang boleh digunakan untuk meningkatkan kejayaan kita.

20100506

Semelai Bukit Rok (9) BERA

Ini adalah gaya pahlawan-pahlawan Semelai yang mahir dan pakar dalam menyumpit. Pertandingan Menyumpit di SK Bukit Rok Bera Pahang ini telah menonjulkan ramai penyumpit-penyumpit handalan dikalangan kaum Semelai.
05
Tak kira samada sasarannya bergerak atau berhenti, pahlawan-pahlawan Semelai ini akan tetap menyumpit ke sasarannya.
04
Nafas disedut sedalam-dalamnya hinggakan berkerut dahi.
03
Mata tepat memandang sasaran, tanpa berkelip walaupun diganggu oleh lalat, nyamuk dan langau.
02
Wajah yang tenang adalah rahsia menyumpit dengan tepat.
01
Hujung batang sumpit dijadikan pembidik untuk menentukan arah tujuhan yang tepat.

20100504

Semelai Bukit Rok (8) BERA

Daripada penyumpit, penyokong dan penonton semuanya bersemangat apabila berada di lapang sasar Pertandingan Menyumpit Orang Asli Semelai Bera di SK Bukit Rok.
05
Bersedia menanti giliran untuk melakukan sumpitan yang dapat menunjukkan kehebatan sebagai Puteri Sumpit Semelai.
04
Sasaran tidak dapat lagi untuk lari kemana-mana. Puteri Semelai ini akan pastikan hembusannya akan menujah tepat kesasaran yang diidamkan oleh setiap orang.
03
Menjadi penonton juga seronok.
02
Menang atau kalah tidak menjadi ukuran. Yang penting penyertaaan dilakangan generasi gadis muda amat memberangsangkan.
01
Jangan malu, jangan takut, jangan segan. Tumpukan pada sasaran yang menjadi idaman setiap penyumpit.

20100502

Semelai Bukit Rok (7) BERA

Sebenarnya Puteri-puteri Semelai ini bertanding menyumpit sesama puteri. Kalau nak bertanding dengan wanita-wanita Semelai tentulah mereka kalah.
05
Sedut nafas dalam-dalam dan bersedia untuk menyumpit.
04
Sedut lagi nafas dalam-dalam ... tapi pipi tak kembung-kembung. Boleh ke sumpit pergi jauh?
03
Mendengan penerangan tentang cara memegang batang sumpit daripada orang lama.
02
Mencuba lagi.
01
Dan terus mencuba dan mencuba. Jangan lekas putus asa. Memang susah nak buat kerja yang kita tak biasa buat.

20100430

Semelai Bukit Rok (6) BERA

Puteri-puteri Semelai juga berminat untuk menyumpit. Walaupun mereka tidak perlu menggunakan sumpit untuk mencari rezeki pada masa ini. Tetapi sumpit tetap menjadi lambang kepada kehidupan Orang Asli.
05
Memastikan sasarannya tidak bergerak.
04
Nak pastikan batang sumpit lurus, jadi tujahannya tepat mengenai bulatan yang menjadi sasaran.
03
Masih tersitu-sipu malu dengan dirinya yang masih baru nak mencuba. Apatah lagi meletakkan batang sumpit yang besar dan panjang di bibir gadis Semelai yang ayu ini.
02
Tangan pun tak kuat untuk memegang batang sumpit yang penjang dan berat. Ada yang membantu memegang tangan supaya batang sumpit tidak bergoyang. Jadi hembusan akan tepat menuju sasaran.
01
Tak percaya? Masih ada rasa bimbang yang bantang sumpit tidak lurus, jadi mustahil untuk tepat mengenai sasarannya.

20100429

Semelai Bukit Rok (5) BERA

Menyumpit bukan sahaja terhad kepada penduduk kampung sahaja, Tok batin juga mempunyai kemahiran yang tinggi dalam menyumpit.
05
Bersedia untuk menyumpit, nafas ditarik dalam-dalam supaya peluru sampai ke sasaran. jangan jatuh di tengah jalan.
04
Tok Batin semakin yakin dengan sasaran yang akan disumpit.
03
Yaa... tepat menuju sasaran.
02
Ada yang melihat kepada sasaran yang hendak disumpit. Ada juga yang melihat gaya yang dipersembahkan oleh penyumpit.
01
nampak gaya nya tak berapa tepat, sebab tu tak ada yang bersorak.

20100428

Semelai Bukit Rok (4) BERA

Menyumpit adalah keadan tradisi masyarakat Orang Asli Semelai di Bera, Pahang, Malaysia. Pada hari ini menyumpit bukan sahaja digunakan sebagai alat untuk memburu tetapi digunakan juga sebagai alat untuk pertandingan.
05
Yang menyumpit dan yang memerhati sama-sama serious dalam memberikan tumpuan.
04
Anak-anak kecil pun teringin menikmati rasa menyumpit.
03
Ini pastinya sumpitan yang tepat ke sasaran.
02
Wanita Orang asli Semelai pun tak kurang hebat dalam menyumpit.
01
Cukup ke nafas untuk menyumpit?