KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20180511

Mencari Pusaka Sepi, Malu Menyorok Hujan

Hilang

Satu senja
taringnya hilang
kukunya hilang
giginya hilang
pekiknya hilang
bisanya hilang
kawannya hilang

rumahnya runtuh
hilang tempat berteduh
yang selesa
kembali mencari
rumah pusaka
yang dulu ditinggal sepi
hilang malu
asal dapat menyorok
dari panas dan hujan

suara yang dulu manja
hilang
suara yang dulu lunak
hilang
suara-suara yang tak lekang
pada dirinya
hilang

hilang sebuah nama besar
tapi tidak pernah hilang
sentiasa ada
sentiasa ada
yang bercerita

hilanglah aku
bila tidak lagi
bertukang puisi
bila ilham
mulai mati
seakan seluruh jiwa
turut pergi......

11 Mei 18
jumaat

Penaluka Kersani is feeling crazy at Wad Mental Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.
May 11Ipoh