-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20201030

Berebut harta yang subahah

salam;

pekong di dada.

selalunya telah dikiaskan kepada diri,dalam bentuk penyakit,[salahlaku atau dosa yang terkumpul]. dan pekong itu hanya menunggu masa sahaja untuk meletup.

makanya; selidiklah apa kandungan pekong pada diri memasing dan dari sebab apa, dengan ilmu,dan bukan dengan sangkaan semata-mata.
[kalau hanya dengan teori tidak akan dapat membantu untuk menyelesaikan].

salah satu sebabnya adalah dari sebab makanan.bukan sebab makan banyak,tetapi makan yang bukan milik kita[memakan hak atau makanan orang lain tanpa kebenaran atau haq.[harta yang subahah].

dalam bab harta pusaka dan harta wakaf[termasuklah zakat dan baitulmaal].
makanya; ramai yang tidak sedar yang mana mereka sedang memakan dan menggunakan harta yang bukan haq mereka. terutamanya dalam bab pusaka amanah dan harta amanah.

sebabnya mereka lansung tak mahu belajar dan menolak untuk mengetahui apa itu pusaka amanah dan harta amanah. tanpa disedari mereka telah dengan sendirinya atau tidak disengajakan mengambik dan memakan haq orang lain.

yang banyak terjadi pada masa ini keatas harta pusaka [tanah akta gsa] dan tanah harta adat. termasuklah haq berkerajaan memerintah @ mentadbir, adalah satu dari pusaka amanah dan menjaga harta amanah.

inshaallah.
15:43

20201023

Menjaja dan menyebarkan berita yang tidak sahih kepada orang yang rama

salam;

pekong di dada:

mengumpat,mamcaci cerca,memaki,pertuduhan melulu tanpa periksa,adalah fitnah;dari sebab menjaja dan menyebarkan berita yang tidak sahih kepada orang yang ramai yang membolehkan menjadi metelingkahan ramai,dengan sengaja atau dengan tidak sengaja atau ada udang disebalik batu atau yang bersamaan dengan nya.

dalam sebutan lainnya; dari sebab nila setitik rosak susu sebelanga atau seekor kerbau membawa lumpur satu kampung terpalit dengannya.

gelonjak api apa yang tersimpan dalam dada[dendam,kecik hati,ego,hidung tinggi atau suka-suka sebagai permainan,atau mendapat upah]. kesemuanya itu wajib dinyahkan dari dalam hati sanubari. dari kerana apabila mendidih dan mengelegak api itu makanya akan terkeluarlah melalui mulut dan sekarang hujung jari akan sebutan fitnah.

perbuatan itu tidak akan melegakan hatidiri,sebaliknya akan lebih manjadikan ianya membuak-buak apabila ada batu api yang mendokong.

membuat fitnah bagi melindungi orang atau perbuatan yang baik sekalipun,tetap akan dikenakan timbalbalasnya bagi membersihkan silap fitnah itu. inikan pulok,fitnah yang mendatangkan bala malapetaka.

inshaallah.

20201016

Membiarkan haiwan ternakan makan di tanah orang

salam;

pekong di dada:

kepada manusia yang jauhari, ilmunya[dari izin allah], mereka akan senyap dan tidak akan menceritakan sebab musababnya,apabila mendengar atau mengetahui akan atau seseorang atau sipulan mendapat atau mengidap penyakit,yang mereka akan membantu hanyalah dalam kiasan nasihat mereka kepada sipulan yang sakit itu.

mereka tidak akan membuat pertuduhan kepada barang makanan,itu adalah salah.masa kan makanan menjadi punca kesakitan dan penyakit; sedangkan punca sebenar kepada penyakit itu adalah tabiat manusia itu sendiri,yang makan gelojoh,makan dengan tamak,makan dengan lahab,makan makanan yang bukan rezeki untuknya atau bukan haqnya,makan makanan yang kotor, dan kedekut untuk memberi makan kepada manusia lain,hatta kepada haiwan sekalipun.

contoh: menternak haiwan; haiwan ternakannya itu makan rumput milik dari harta tanah siapa,dengan izin atau tanpa izin tuan tanah. lalu di jual ternakan itu,dan hasil jualan ternakannya dibolotkan seluruh untuk dirinya dan keluarganya.

dan adakalanya; ternakan yang berlepas itu,di beri makan kepada masyarakat, dengan menjamu mereka. atau di berikan kemasjid atau surau atau dibuat akikah,atau dibuat korban.

makanya; disitu ada terdapat beberapa ketogeri salahlaku dan subahat.

yang membuat salahlaku,dah tentu salah.
yang tahu, memanglah salah.[subahat dalam sedar]
yang tak tahu, turut salah.[subahat tanpa sedar]
yang buat tak tahu,pun salah.[membiarkan amar makruf nahi mungkar bermaharajalela].

dan apabila kejadian, gejala sakit dialami oleh si pemakan haiwan ternakan itu, alasan apa yang akan bergema ketelinga?

lembu yang disalahkan?.

inshaallah.
22:12

20201009

Kalau muallaf jadi pendakwah, kita jadi apa?

salam;

manusia islam dari bangsa lain diseluruh dunia yang baru muallafnya telah jauh meninggalkan bangsa melayu.

mereka berdakwah lalu mengislamkan manusia lain[walaupun baru beberapa hari menjadi muaallaf],maka lihatlah bagaimana mereka lakukannya,sebaliknya tidak berlaku dalam kalangan manusia bangsa melayu sekarang ini yang lebih suka beramok sesama sendiri.

mana perginya dalaman orang melayu yang mengaku bangsanya,beradab,beragama,dan berbangga dengan keberadaan ulama yang terkenal dalam kalangan mereka[wali-walinya].

kalau situasi pada orang bangsa melayu tidak berubah,
masih lagi aku adalah aku,
dan engkau adalah engkau,
makanya,tidak perlulah hendak mendabik dada dengan kemashuran zaman lampau.

al quraan serta al sunnah, hanya digunakan sebagai alat untuk mendapatkan pahala semata.dan sebagai hiasan kecantikan. lalu tugas menarik manusia kejalan yang lurus dibebankan kepada manusia bangsa lain,yang dianggap sebagai muaallaf itu. dan bangsa melayu sendiri bertolak tarik atau berdolak dalih untuk kembali kejalan yang lurus. sehinggakan suatu masa nanti bangsa yang di remehkan atau ditempelak oleh orang melayu itu akan datang menasihati atau berdakwah orang melayu agar kembali kejalan yang lurus.

pada saat ini,orang melayu sendiri yang mencoteng arang dimuka orang melayu sendiri,dan bukannya orang dari bangsa lain. dari sebab orang melayu bercakaran sensama sendiri dalam segala bidang khasnya bidang fekah adab adat sejarah bangsa sendiri.

jadinya,bila mau berenti dari sangkaan cakar mencakar dalam kalangan orang melayu? besok,lusa,tulat,tulin,atau setelah nasi menjadi bubur.

inshaallah.
11:56

https://twitter.com/ebitlew_?lang=en

20201002

Apabila kurang celik maka semua benda jadi pelik

salam;

ini salah satu kepelikan orang melayu;
semua benda akan menjadi kepelikan kepada mereka.

terjumpanya fosil dinasour di tasek kenyir;
mereka pelik dan merasa bangga dengan terjumpanya bahan ekologi tersebut.

menda sangat yang jadi peliknya. disuruh belajar memahami dan mangkaji urusan tersirat dalam al quraan serta al sunnah,mereka fikirkan itu hal agama sahaja,dan dinasour itu adalah hal sains. cerdik tak boleh di ajar,itu yang menbuatkan orang melayu ni jadi babel.

perkara dinasor itu adalah satu dari urusan dalam al quraan serta al sunnah[perkara yang tersirat ghaibnya dari pandangan dan pendengaran manusia.

sebab itu lah kena belajar sungguh-sungguh ilmu al quraan serta al sunnah itu. jangan dok mencebir sebelum belajar,dan bila dah tergadah,baru nak gosok benjol pada kepala tu.

babnya itu adalah dalam urusan fekah serta adat nya ilmu kaji[alam kajian].

inshaallah.
19:31

RUJUK
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/fosil-dinosaur-berusia-hingga-65-juta-tahun-ditemui-di-hulu-terengganu-48500

https://www.hmetro.com.my/node/9437

https://www.bharian.com.my/node/17769

https://www.nst.com.my/news/2015/09/fossils-dinosaurs-found-tasik-kenyir-area

20200925

Wali keramat, wali negara, wali keluarga dan wali hakim.

salam;

untuk maklumam:

zaman kewalian telah pun tamat,
tiada lagi wali dari kelangan manusia nyata yang masih ada,
kecuali wali negara,
wali keluarga dan
wali hakim.

jangan salah faham dan terpengaruh dengan akuan manusia yang mengaku atau melebelkan kewalian kepada seseorang itu.

memanglah ada dalam kalangan manusia dimasa ini yang mendapat hikmah atau kesaktian atau keistimewaan yang di anugerahkan allah kepada mereka,sebaliknya mereka bukanlah dalam golongan wali,mereka hanyalah pemegang amanah pertugas serta pelapis,yang menjalankan tugas diatas muka bumi.

golongan para wali itu sekarang hanya berada dalam kalangan mereka yang ghaib sahaja,dan golongan para pemegang amanah pertugas serta perlapis itu pulok adalah kesinabungan dari para wali.dan mereka juga ada yang diberikan karahmah oleh allah.

makanya;ramai dalam golongan pemegang amanah pertugas dan pelapis ini yang tergelincir hati dan akal mereka. mereka kebanyakannya mengadap dunia dan tidak sepenuh hati mengadap akhirat,sebab itulah mereka tidak boleh di anggap sebagai wali.

inshaallah.
07:03

20200918

Disisih atau Tersisih

salam;

janganlah buat cerita pelik-pelik:[kalau tak tahu hujung pangkal]

yahudi itu adalah satu kaum yang terkeluar atau dikeluarkan[disisih atau tersisih] dari bani israil,seperti juga kaum nasrani disisihkan dari bani israil,dari sebab ingkar serta kufurnya mereka kepada allah dan rasul mereka.

kalau mengajar orang dengan kesalahan yang nyata menunjukkan mereka itu tak pernah ambik tahu dan tidak mengkaji dengan teliti ilmu sejarah.

inilah yang dikatakan dalam fekah; berdiam diri itu lebih baik dari bercakap banyak.

telajak perahu boleh diundurkan,telajak mulut padah akibatnya;melainkan mereka bertaubat dan tidak melakukan perbuatan yang mereka tak tahu hujung pangkal.

inshaallah.
11:38

20200917

Tok Ali, Tok Mohi, Tok Sahi, Tok Noh & Tok Safar

diriwayatkan beliau seorang ulamak & 

pedagang dari Riau . 


Kubur beliau 

di Kg Benta, Pekan . 


Ada 5 orang anak : 

Kg Budu :Tok Ali & Tok Mohi . 

Bentong : Tok Sahi 

Pekan : Tok Noh & Tok Safar


by rizal johari commented 

on "Mencari Keturunan Khatib Kampar"

on Sep 9, 2020

20200915

Aki Daud Merapoh Waris Syed Ismail Malim Dewa (Tok Kundur Pasir Putih Kelantan)

Menjejaki waris anak 

syed ismail malim dewa  (tok kundur pasir putih kelantan) 

yang di kenali sebagai aki daud di merapoh. 

Yang saya tahu anak tok kundur 

-syarifah bunga, 

-syarifah aminah dan 

-syarifah khatijah 

(1969 mendapat tauliah mengajar al Quran). 

Saya di beritahu oleh penduduk tempatan 

terdapat seorang anak lelaki tok kundur 

di kenali penduduk setempat 

aki daud. 

Zuriat tok kundur 

berada di sekitar kem tudm gong kedak besut


Mohamad syafiin ishak, Besut terengganu

By Putera semarak


20200914

Perkampungan Panglima Bagus dan Suji Bilang di Temerloh

Wednesday, 28 December 2016, Kuala Temerloh jadi pekan sibuk [SUMBER: ceritaartismalaysia]

Pemilik tanah, Salahhudin Majid menunjukkan salah satu makam atau kubur lama di dalam kawasan kebun kelapa sawitnya dipercayai milik Panglima Bagus.

PAHANG kaya dengan kepelbagaian nilai sejarah yang tersingkap di setiap daerahnya baik yang terus dipertahankan mahupun kian dilupakan. Mungkin ramai yang tahu kisah-kisah tokoh pahlawan Pahang seperti Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman berdasarkan kisah-kisah yang dibukukan, namun ramai lagi pahlawan Pahang yang tidak didendang sedangkan jasa dan peranan mereka amat penting.

Begitu juga dengan tinggalan sejarah lain yang suatu ketika menjadi ‘rupa’ sebuah kehidupan masyarakat di negeri ini namun dek peredaran masa, sebahagiannya terpaksa ‘dikorbankan’ atas nama kemajuan.

Sejarah adalah kehidupan lalu yang sewajarnya dipertahankan dan didokumentasi untuk diwarisi bagi tatapan generasi selepas zamannya.

Tidak dinafikan ada usaha itu namun sayangnya banyak nilai sejarah yang sekadar dipertahankan pada lisan yang akhirnya terkubur begitu sahaja.

Bagi menyingkap sebahagian sejarah yang dilupakan ini, Skuad Sinar Harian: 

- Mohamad Feisal Mohamad Narawi (Temerloh), 

- Norhafizan Zulkifli (Jerantut), 

- Norfarhiza Mohd Atar (Lipis) dan 

- Fairus Mohd (Raub) 

menjejaki ‘sejarah’ yang ada di daerah masing-masing agar ia terus diingati dan dipertahankan oleh generasi muda.

Semuanya disebabkan kebijaksanaan Panglima Bagus.

Di beberapa perkampungan tradisional Melayu sekitar daerah ini khususnya di sepanjang Sungai Pahang ada beberapa kawasan perkuburan lama yang mana kebanyakan penduduk kampung itu sendiri tidak tahu sejak bila kewujudannya.

Di setiap perkuburan ini terdapat antara lima ke sepuluh buah sahaja kubur dan kebanyakannya terletak di dalam tanah milik penduduk kampung dan bukan seperti perkuburan sekarang ditempatkan di atas tanah yang digazetkan kerajaan.

Di Kampung Melayu lama seperti Badok, Berhala Gantang, Bangau Tanjung, Bangau Parit, Buntut Pulau dan beberapa perkampungan lama di Lanchang memang wujud tanah kubur lama ini.

Tinjauan Sinar Harian ke beberapa lokasi di sekitar daerah ini menemui beberapa kubur lama yang dikatakan penduduk setempat mempunyai keramatnya kerana ia milik beberapa alim ulama terkenal sekitar 1700.

Sungai Temerloh di Kuala Temerloh dekat Kampung Tanjung Batu menjadi lokasi penempatan Panglima Bagus sekitar 1700.

Salah satu kawasan perkuburan yang ditemui ialah di Kampung Bangau Parit yang mana sehingga hari ini tidak ada siapa yang tahu ia milik siapa.

Namun berdasarkan tinjauan pendapat dan kajian bersama penduduk tempatan serta pengkaji sejarah mengesyaki salah satu kubur di kampung itu milik Panglima Bagus.

Seorang pengkaji sejarah Zainal Abidin Lebai Hassan berkata, Panglima Bagus dilahirkan sekitar tahun 1700 adalah anak Datuk Matang di Perak.

Selepas beberapa persinggahan di Pekan dan Chenor tidak berkenaan di hatinya, Panglima Bagus kemudian singgah di Tanjung Keramat.

“Tanjung Keramat adalah sebuah kampung yang dibuka Datuk Suji Bilang, Tok Kaya di Temerloh pada awal 1700M,” katanya.

Zainal Abidin berkata, Suji Bilang atau nama sebenarnya Mohamad Abu Bakar adalah seorang lelaki yang bukan sahaja alim tetapi mempunyai kemahiran dalam ilmu persilatan.

Menurutnya, nenek moyang Suji Bilang bernikah dengan anak Tok Perkasa bangsawan Chenor dan kemudian tinggal di Mengkarak dan memegang gelaran Tok Mengkarak.

Zainal berkata, ketika memohon perkenan Batin Saridon untuk membuka perkampungan baharu di Tanjung Keramat, Suji Bilang dihalang oleh Batin Saridon iaitu ketua masyarakat Orang Asli yang tinggal di Gunung Senyum.

Menurutnya, Suji Bilang kemudian bertarung dengan Batin Saridon dengan ganjaran jika menang akan berkahwin dengan anak perempuan Batin Saridon dan mengislamkannya tetapi jika kalah Suji Bilang beredar.

Zainal Abidin berkata, berbalik kepada kisah Panglima Bagus, bangsawan itu kemudian meminta izin dari bapa mentuanya Datuk Suji Bilang untuk membuka kampung di satu kawasan berhampiran dengan Kampung Tebal dan Tanjung Batu.

Katanya, apabila diperkenankan oleh bapa mentuanya maka kampung tersebut dinamakan Kampung Kuala Temerloh.

Menurutnya, nama Temerloh diambil oleh beliau dari nama Temerloh yang terdapat di negeri Perak, dan kawasan di bawah tadbirannya  dinamakan mukim Perak.

Zainal Abidin berkata, oleh kerana kebijaksanaan Panglima Bagus, maka dalam masa yang singkat Kuala Temerloh menjadi sebuah pekan yang sibuk, akan tetapi oleh kerana pada masa itu orang Melayu dan Cina belum boleh duduk bersama kerana pegangan agama, maka orang-orang Cina membuka sebuah penempatan bagi tujuan berniaga di seberang sungai Pahang.

“Anak cucu Panglima Bagus kebanyakannya tinggal di Kampung Seberang Temerloh dan sebahagian mengikut Tok Shahibudin pengasas Kampung Berhala Gantang tinggal di Kampung Berhala Gantang.

“Di antara anak cucunya yang terkenal termasuklah Kadi Ibrahim Kadi Besar Pahang (1900), Kadi Ahmad iaitu Kadi Temerloh (1920) dan Tuan Guru Hasanuddin Mohammad (2005),” katanya yang banyak merujuk bahan sejarah melalui Syair Asikin dan orang-orang terdahulu.

'Kubur mungkin milik tokoh besar'

BAGI Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup dan Tokoh Lagu-Lagu Rakyat Profesor Datuk Aripin Said berkata, memang wujud banyak peninggalan kubur-kubur lama di daerah Temerloh.

Menurutnya, berdasarkan perkembangan Islam, penduduk, dan syair kemungkinan besar dua kubur yang yang dirujuk iaitu di Kampung Bangau Parit dan Tanjung Keramat adalah milik dua tokoh besar sekitar tahun 1600 dan 1700.

Menurutnya, di Pahang, tokoh-tokoh besar dahulu kala mempunyai pakej lengkap iaitu seorang ulama, pahlawan dan juga pujangga.

“Perkampungan Suji Bilang di Tanjung Keramat satu ketika dahulu sememangnya masyhur dengan pusat perkembangan agama hingga ia merebak ke beberapa perkampungan lain di kawasan sekitar.

“Tidak mustahil kubur yang ada di Tanjung Keramat adalah milik Suji Bilang dan tidak mustahil juga kubur lama di Kampung Bangau Parit adalah milik Panglima Bagus,” katanya.

Bagaimanapun Aripin yang juga bekas Pensyarah Pendidikan Bahasa dan Sastera di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, andaian yang diceritakan melalui orang lama dan syair itu perlu dikaji lebih mendalam oleh mereka yang berkemahiran.

Wednesday, 28 December 2016, Kuala Temerloh jadi pekan sibuk [SUMBER: ceritaartismalaysia]

20200911

Bersalahan dalam penyusunan keturunan

salam;

kesemua usul-usul dan pembentangan yang kami bentangkan bagi menerangkan salah faham salah tahunya fakta sejarah yang ada pada tuan puan dan mereka-mereka itu.[sebab itulah kami gunakan ilmu kias serta ilmu khilaf].

apabila kesalahan dalam penyusunan keturunan manusia disalah susun dan disalah bin atau bintinya,makanya; fakta sejarah akan turut salah. yang menyebabkan kekeliruan kepada manusia itu sendiri,dan tidak akan berjumpa punca kepada permasaalahan sebenar,selagi manusia itu tidak mahu mengenal diri dan tidak mahu mengenal allah.

kita kena kenal[wajib] diri dulu,barulah boleh menghurai lain-lain bab,dan dalam sejarah itulah bab mengenal diri,sebab sejarah itu menunjukkan arah keturunan atau datangnya diri kita yang sebenarnya.

makanya; keduanya perlu di susun dengan seiring serta serentak sejarahnya dan keturunannya,dan didalamnya akan jumpa bab-bab fekah adat adab,yang juga disebutkan sebagai ilmu kaji diri[mengenal diri dan mengenal allah].

barulah tak jadi manusia yang celupar.

inshaallah.

20200904

Kebanggaan dalam penyusunan keturunan diri

salam;

kami pernah sebutkan beberapa tahu dahulu:

TIADA kebanggaan pun dalam penyusunan keturunan diri kami.
kerana pada pengakhiran penyusunan keturunan, kami;
apabila di susur berketurunan serta susur sejarahnya,
akan sampai kepada allah.tempat punca datangnya diri kami.

orang-orang atau nama-nama yang ditemui oleh kami dalam fasa-fasa berketurunan itu hanyalah asbab dan sebab musabab kesenambungan kejadian ciptaan manusia dari permulaan sehingga kepada kami dan seterusnya kepada pengakhiran manusia itu sendiri nanti.

yang mana mereka-mereka itu telah lepas,dengan sebahagiannya berjaya,dan sebahagian lagi terkandas dalam cabaran dugaan diri mereka.

makanya; dengan itu pilihlah yang mana kita hendak; jadi berjaya atau jadi kandas.

inshaallah.
12:41

20200902

Mencari Keturunan Khatib Kampar

 rizal johari commented on "Versi Susunan Waris Pahang"

Aug 20, 2020

Assalamualaikum, 

saya mencari keturunan 

khatib kampar. 

Siapa ayah dan ibu nya

20200828

Sebutkan nikmat mana yang telah didustakan

salam;

memanglah benar,
setiap doa hambanya akan diperkenankan oleh allah;

[contoh]:

kalau sipulan itu dalam doanya yang diperkenankan itu memohon untuk mendapat harta karun: dalam doanya;dengan harta itu dia berhajat untuk membela orang fakir serta miskin,orang tua serta kanak-kanak yatim,pelajar dan pengajar fisabilillah.

maka sipulan itu akan di duga dengan kekayaan harta karun yang dia miliki,adakah dia menunaikan hajat dari doanya itu. kalau benar dijalankan seperti hajat doanya,maka;dia dilepaskan dari dugan itu,sebaliknya kalau dia tidak lepas dan menyeleweng dari hajat doanya itu,maka,dia akan di hasud untuk menjadi lebih tamak,seperti mana yang terjadi kepada qorun itu.

sebaliknya manusia zaman ini, kebanyakannya ibarat kacang lupakan kulit. pada permulaannya sahaja,dan selepas baberapa waktu mereka menjadi kacau bilau dan di tinggalkan segala hajat doa mereka dahulu itu.

mereka akan kata: aku berusaha,tiada siapa yang tolong.kalau engkau nak kaya,usahalah sendiri.

makanya; kalau dimintakan pahala,akan diberikan pahala.
kalau pandai,diberikan pandai.
kalau kaya,diberikan kaya.
kalu cantik,diberikan cantik.

dan doa yang diperkenankan itu digunakan untuk tujuan apa?

makanya;sebutkan nikmat mana yang telah didustakan. dari sebab tidak bersyukur dengan nikmat yang allah berikan kepada manusia itu.

18:57

20200821

40 hari tidak makan dan tidak minum

salam;

kami telah pun kiaskan jawapan- jawapannya itu dahulu,dan tempohnya telah melebihi 40 hari,maka kumpulan pertugas mengambil alih.dan urusannya mereka telah selesai. termasuklah orang yang hilang di perak itu,juga telah selesai.

semak semula pembentangan kami itu.

manusia ini selepas dari 40 hari tidak makan dan tidak minum[dan ditambah 40 hari lagi],dengan rela atau paksa rela,mereka akan dibawa balik atau di kembalikan [mati]kan.

pada masa itulah timbangtara dilakukan atau dikenakan keatas mereka yang di bawa balik dan yang terlibat.[untuk siasatan terperinci] dan apa kisahnya sebenar.

fekahnya telah berjalan dan sedang berjalan.[urusan melanggar fekah serta adat]. yang mana mereka tidak yakin,allah melihat dan memerhatikan kelakuan dan tindakan zalim manusia sesama manusia.

inshaallah.
12:43

20200814

Urusan nyata dan urusa ghaib

salam;

beberapa tahun dulu ,telah kami bentangkan:

ada urusan yang nyata,dan ada urusan yang ghaib yang seiring dijalankan; atas perintah izin allah.


nyata dalam nyata
ghaib dalam nyata
nyata dalam ghaib
ghaib dalam ghaib

dan dalam ghaib ada ghaib, seluruhnya telah dinyatakan dalam al quraan serta al sunnah,dari mulanya kejadian alam sehingga pengakhiran alam.

seperti mana nya kejadian; air,angin,api serta tanah.

ada yang boleh dilihat
ada yang boleh di sentuh
ada yang boleh dipegang
ada yang boleh di rasa
ada yang tidak boleh dilihat

kesemuanya;tidak pernah dapat dihuraikan oleh kebanyakan manusia,melainkan sedikit yang diberikan maklumatnya[ilmunya] oleh allah.

11:26

20200807

Wan Ngah Wan Wok

 Salam semua .... 

Arwah Atok saya keturunan pagar ruyung .... 

Namanya wan ngah wan wok ...

nekengku pula bernama wan sufiah wan ismail... 

minta yg mana2 lebih mngetahui ..utk beri petunjuk juga info...

Mendapat jawapan tanpa huraian

salam;
telah banyak kami dan sahabat-sahabat kami kiaskan dalam pembentangan bagi pencerahan kepada perkara atau urusan yang tidak dibenarkan berterus terang.

bergitu jugalah dengan ulama-ulama zaman dahulu itu membentangkan untuk pencerahan,sebaliknya sebahagian besar dari manusia, mereka memalingkan wajah mereka tanpa ingin tahu,dan apa yang mereka hendak tahu hanyalah;terus mendapat jawapan. jawapan tanpa huraian.

contohnya:

lima darab dua jawapan nya sepuluh.

lima campur dua jawapan nya tujuh

lima tolak dua jawapan nya tiga

darab,campur atau tolak;
itu adalah huraian yang menentukan jawapan nya.

lima dua jawapan nya ....?[makanya tergantunglah jawapan kepada huraian persoalan: lima untuk apa,dua untuk apa,dan keduanya nak dibuat apa serta macammana?]

buntu serta tiada arah tujuanlah namanya tu.

inshaallah.
15:38

20200731

Menunjukkan tauladan serta kelakuan yang kurang sopan

salam;

sebagai peringatan:

tidakkah mereka belajar; yang kelakuan mereka-mereka itu di perhatikan oleh para pertugas serta pemengang amanah allah. hentikan cakar mencakar sebelum dikenakan tindakan tatatertip.[kifarah berat]

mereka menunjukkan tauladan serta kelakuan yang kurang sopan dan memalukan di hadapan masyarakat awam,akan perangai yang mereka mengaku mereka terpelajar,hatta dalam bidang fekah sekalipun.

dan kepada yang menjadi dalang dan batu api kepadanya urusan yang boleh menyebabkan huruhara,hentikan perangai buruk tuan.

dalam keadaan huruhara wabak sekarang ini,jangan masukkan atau tambahkan lagi bala bencana untuk diri sendiri serta manusia lain.sebelum terlambat, hentikan perangai celaka tuanpuan itu.

dari izin kebenaran allah. inshaallah.

inshaallah.
19:14

20200724

Bertemu lutut ke lutut

salam;

berilmu:
-rasulullah saw dahulu bertemu lutut ke lutut dengan jibri as.
-sahabat juga bergitu,bertemu lutut dengan rasulullah saw.
-imam bukhhary juga bergitu, merantau mendapatkan perawi hadis diseluruh tanah arab.
-bergitu juga kepada syekh abdullah kadir jailani, mendapatkan ahlinya kepada ilmu.

urusan bergitu memang telah ada dari sejak sebelum kelahiran nabi muhammad saw lagi. bagi mengelak salam faham serta salah pengetahuan kepada ilmu,yang memungkinkan disalah gunakan atau disalah anggapkan dengan sengaja atau dengan tidak sengaja[sama aje salahlakunya. hanyalah hukuman yang dikenakan aje yang berbeza diantara sengaja dengan tidak sengaja.

dari izin allah.seperti hukuman yang dikenakan keatas nabi adam dan siti hawa dahulu itu.
[seorang tahu dan seorang lagi tak tahu yang dia membuat salahlaku].
makanya dari sebab itulah keduanya di letakkan ditempat berlainan diatas muka bumi ini].

yang hanya disebutkan sebagai; jika sesat di hujung jalan kembalilah kepangkal jalan.

zaman ini singbroad[betulke ejaannya ni], ada pada setiap pangkal jalan dan simpang jalan,dan kalau tak pasti serta keliru,singgah lah tanya kepada polis ke,atau orang dalam kawasan yang tahu selok belok laluan disitu.[jangan tanya kepada singbroad tu].

guna GPS tu boleh,[kena ingat]gps tu dibuat oleh manusia juga,ada kalanya tak boleh di gunapakai juga.[ masa tak ada beteri,masa line tak baik,gps masok air].

jangan sampai disebutkan orang; sudah terang lagi bersuluh. malu diri sendiri tu nanti.

dari izin allah;seperti kaum nabi musa as dahulu tu,atau seperti kaum nabi nuh as dahulu tu,atau seperti kaum nabi ibrahim dahulu tu.

beritanya kan ada dalam al quraan serta al sunnah tu,bacalah bebetul, jangan berangan.

inshaallah.
12:54

20200717

Maulana Ibrahim dan Salleh Maulana di Tanah Jawa

salam;

maklumat;[dua orang ulama sebelum maulana ibrahim].[islam ditanah jawa].
[kami sedang mendapatkan maklumat sejarah akan keduanya ulama tersebut].
sesiapa yang mengetahuinya sila bentangkan sejarah mereka].

ada seorang ulama bertolak dari langkasuka yang memakai gelaran nama *salleh maulana*,dan juga selepas darinya ada pulak seorang lagi ulama*......* telah pergi ke tanah jawa bagi mengembangkan islam sebelum maulana ibrahim.

maulana ibrahim berangkat ketanah jawa adalah diatas perintah kerajaan melaka pada masa itu,yang mana permintaan dibuat oleh pemerintah kerajaan ditanah jawa[kerajaan sunda],bagi membantu para ulama dan pendakwah yang sedia ada disana mengembangkan islam.

maklumat mengenai kedua mereka itu,dan nama pemerintah kerajaan sunda yang membuat permintaan kepada kerajaan melaka adalah amat penting kepada kami.

inshaallah.
18:19

salam;

inshaallah; urusan kepada selleh maulana siap pulih lengkap sempurna,dari izin allah.inshaallah.

inshaallah.
14:51

20200710

Putri Saadon dan Cek Siti Wan Kembang

salam;

dalam bab putri saadon dan cek siti wan kembang;makluman:

cerita mereka dahlah terfitnah,makanya jangan ditambahkan lagi fitnah pada cerita mereka.

akan menyebabkan bertambah sungguh aib jadinya sejarah mereka kedua itu oleh pembantangan mereka itu,boleh menyebabkan menambahkan lagi perselisihan warisan kedua keluarga itu. jangan tambah tambah dosa diri tu.

inshaallah.
15:54

20200703

Sendiri buat sendiri tanggung

salam;

kami telah maklumkan tidak lama dulu:

maklumat yang sampai dari alam ghaib dan alam nyata[makhluk ghaib dan manusia nyata],perlu di tapis dengan sebaik mungkin.[ditapis dengan teliti].

perangai keduanya makhluk ghaib dan manusia nyata adalah sama aje, kalau mereka buat pedooh.[menipu]

jangan sampai di diperdaya dan di tipu oleh mereka yang ditugaskan sebagai penduga itu. yang disebutkan dalam al quraan serta al sunnah sebagai;

syaitan dalam kalangan jin dan manusia. dan syaitan itu adalah musuh yang terang lagi nyata bagi kaum yang hendak berfikir.

mereka tidak akan menanggung dosa dan berlepas diri dari perbuatan manusia yang membuat fitnah dan salahlaku. tanggung dan pikullah sendiri dosa itu.

siapa suruh dengar dan turuti hasutan mereka itu? sendiri buat sendiri tanggung.

bacalah al quraan serta al sunnah tu dulu sebelum nak buat sesuatu pembentangan.

inshaallah.
16:15

20200626

Ulama Selleh Maulana

salam;

hanya sedikit maklumat yang boleh kami bentangkan berkenaan ulama yang bergelar selleh maulana;

beliau telah sampai ditanah jawa lebih kuran 300 tahun sebelum maulana ibrahim memjejakkan kakinya kesana[tanah jawa].

beliau telah diarah atau diperintahkan untuk kesana bagi menyelasaikan permasaalahan ancaman di pulau jawa. dan menangkap serta menghukum anasir ancaman itu yang mengacau penduduk.

inshaallah.
17:30

20200619

Yakin tidak bertempat atau Ilmu tidak bertempat atau Tahu tidak bertempat

salam;
sejenak fikir:

kesadaran dan kesedaran telah ada dalam jiwa setiap manusia dari sejak adam dan hawa di turunkan ke muka bumi lagi.

dan kesadaran dan kesedaran itu semakin lama semakin menipis menjadi berbelah dan ada masanya hampir-hampir luput dalam jiwa kalangan manusia.

dalam erti kata lainya; yakin tidak bertempat dan ilmu tidak bertempat atau tahu tidak bertempat, yang menyebabkan kesadaran dan kesedaran dalam jiwa manusia itu retak atau berkecai.

siapa yang menjadi punca menyebabkan keadaan itu terjadi
;manusia lain
;jin
;syaitan
;atau diri sendiri?

dan kalaulah kesadaran dan kesedaran dalam diripun tidak dapat di tegakkan oleh diri sendiri, bagaimana pulok dengan kesadaran dan kesedaran yang hendak diterapkan kepada manusia lain[masyarakat].

tingkah laku oleh manusia itu sendiri boleh menunjukkan tahap kesadaran dan kesedaran mereka.

contohnya;
mereka bercakap tentang kebersihan,sebaliknya banyak sampah di jalan-jalan raya.mereka menjaga kebersihan kenderaan mereka[luar dalam],dan mereka membuang sampah mereka keluar dari tingkap kenderaan mereka.

contohnya;
mereka bercakap tentang kemiskinan,sebaliknya masih banyak manusia yang tidak berumah,malah sampai ada yang masih kais pagi makan pagi kais petang[mereka tak kerkais disebelah petang,dari sebab telah di monopoli oleh sebahagian manusia yang berhobi.

dalam bangsa melayu;tunggu dan lihat telah menjadi sebati atau sebahagian dari hidup[salah satu dari hobi atau adat tradisi],dengan jelingan hujung mata,dan apabila hampir terkapai-kapai,barulah mereka kesampaian akan kesadaran dan kesedaran dalam diri itu.

ingat sikit bangsa melayu telah kali pertama dahulu hancur dari sebab diri mereka sendiri,dan adakah hendak melihat akan hancurnya buat kali kedua dengan mata kepala sendiri?.

bangsa melayu dahulunya sebelum hancurnya mereka[semasa keagungan peradaban mereka] mereka mengunakan berpegang teguh kepada islam,dengan kukuh dan sedar penggunaan ilmu sifat dua puluh,sebaliknya lama kelamaan masa berganti ;bangsa melayu telah membuahkan dalam diri mereka akan sifat ego yang sehingga menghancurkan keagungan peradaban bangsa dan umat melayu sendiri.

kisah sejarah mereka itu tidak dicatatkan dalam al quraan,hanya disebutkan ada yang kami ceritakan dan ada yang kami tidak ceritakan atau sembunyikan untuk difikirkan oleh orang-orang yang menggunakan akal.

bangsa melayu diajar akan ilmu sifat 20 dari bangku sekolah rendah lagi,sebaliknya apa yang mereka buat,hanyalah dijadikan untuk menilai perbandingan sifat allah.dan mereka tidak pernah hendak menilai sifat diri mereka sendiri melalui ilmu sifat 20 itu.

keruntuhan keagungan bangsa melayu itu dahulunya adalah dari sebab menyalah gunakan ilmu sifat 20 yang dianugerahkan kepada mereka,bergitu jugalah kepada kaum-kaum lain yang diceritakan dalam al quraan itu,mereka juga menyalahkan ilmu sifat dua puluh,yang mereka beranggapan diri mereka lebih tinggi darjatnya dari tuhan yang menciptakan mereka.

tidak akan ada manusia yang akan membuat salah laku dengan sengaja jikalau mereka tahu yang mereka adalah hamba serta makhluk kepada tuhan. tetapi yang selalu nya terjadi adalah manusia mengagapkan diri mereka lebih agung dari tuhan yang menciptakan diri mereka itu. makanya mereka menyuruh-nyuruh tuhan bekerja untuk atau bagi pihak mereka.dan bukan sebaliknya.mereka hanya goyang kaki.

makanya;terkeluar percakapan seperti; kalau tuhan nak bagi,dia bagi,tak payah beriya-iya;atau, air dan minyak tak bercampur;dan banyak lagi ungkapan=ungkapan sumbang yang menunjukkan sikap ego dalam jiwa bangsa melayu yang dijadikan adat dan tradisi bangsa melayu.

inshaallah.

Dilaungkan dalam azan

salam; sejenak fikir:[kias].
marilah solat marilah menuju kejayaan
sebutan yang dilaungkan dalam azan
dan di sebutkan dalam iqamat,
setiap waktu lima kali sehari semalam.
apa ke bendanya dan untuk apa sebutan tu?

jangan setakat pandai menyebut aje.
sebaliknya yang sebenar tak diketahui.
ungkapan sebutan itu dianugerahkan kepada manusia oleh allah,
dan bukan untuk saja-saja atau suka-suka;
hanya sebagai tanda seruan masuk waktu bersolat aje.
inshaallah.

20200103

Pewarisan Keturunan Tok Merah

salam; 
tok merah;
urusannya amanah telah selesai,
pulih lengkap sempurna,
dari izin allah,inshaallah. 

dikembalikan ketempatnya al quraan 
serta al sunnah. 

pewarisan keturunan tok merah
wajib menyusun mengikut susunan induk atau dibawah 
moyang perempuan memasing,

jangan ikut sedap hati aje. 
asal susur keturunan bini-bini tok merah; 
[kias kepadanya cucu cicit tok merah]. 

bini 1 nya;pattani@kelantan 
bini 2 nya;trengganu@ kuala berang 
bini 3 nya;pulau pinang 
bini 4 nya;kedah@ gunung jerai 
bini 5 nya;samudra pasai 
bini 6 nya;bukit betong jelai pahang. 

inshaallah 

on Kajian Fidyah Puasa, Fidyah Haji dan Fidyah Sembahyang (RUMAIZI BIN AHMAD)

Che Zabedah (Nee Tan Lai Kim)

Assalamualaikum sy nak tau salasilah dr keturunan che zabedah (nee tan lai kim)isteri kpd sultan ahmad muadzam shah, sy generasi ke 4 dr beliau.

Ada sesiapa yang boleh hubungi sy 01136566502 (lisa)

on Amanah oh Amanah. on 1/2/20


Di mana bumi berpijak

Di mana bumi berpijak, 
di situ langit kujunjung, 

Di mana langkahku jejak, 
di situlah aku berlindung, 

Di saat akal bersajak, 
berlagu hatiku meraung, 

Firasat yang tahu lajak, 
datangnya dari yang disanjung, 

Terkadang jiwa tersentak, 
bagai ombak yang terlambung, 

Muncul kembali sejenak, 
madah baru disinambung, 

Tinggi tempat bertapak, 
rendah langit tak berbumbung, 

Mata tak nampak, 
tangan tak kudung, 

Diluah mati mak bapak, 
ditelan 
kemudian lah aku sambung....... 

on Celaru Menghilang Awan
on 1/2/20

Biduk diketuk bukan ditepuk

Biduk diketuk bukan ditepuk 
Tindak tak bertanduk 
boleh ke masuk 
Bukan nak rasuk 
bukan kena sampuk 

Tapi mabuk 
cuma tak teruk 
Mata berhabuk 
tapi tak mengantuk 

Duduk terperuk 
di hujung ceruk 
Lama tak jenguk 
bukan tak kemaruk 

Kadang sibuk 
kadang merajuk 
Sikit-sikit je la 
kita tunjuk, 

masa dah suntuk, 
lain kali pula 
bila hati terpujuk....... 

on Duhai Waris Kuseru Tiap Patah Namamu

Yaakob bin Jaafar Ali

Imam Perang Weh @
Imam Besar Panglima Perang Weh 
nama sebenarnya ialah
Yaakob bin Jaafar Ali. 

Beliau adalah dari keluarga 
kerabat Brunei. 

Insha Allah, pada 25hb Jan 2020,
Selesa Homestay Bolok Hulu, 
akan diadakan 
pertemuan keluarga beliau. 

on Jafar Ali dan Panglima Perang Weh

Cucu Cicit Bahaman
on 1/2/20