-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20140427

Burung2 Taman Negara Pahang - itik, Jampuk dan Kedidi

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang
1.Jenis-jenis itik adalah: Itik Baer, Itik Belibis, Itik Bemban, Itik Berjambul,Itik Berkik,Itik Ekor ,Runcing, Itik Eropah, Itik Garganey, Itik Muara, Itik Paruh Bajak, Itik Paruh Sudu, Itik Puteri, Itik Serati Hutan, Itik Teal, Itik Wigeon dan Itik Kapas.
2. Jenis burung jempuk: Burung Jampuk, Burung Jampuk Kecil, Burung Jampuk Pantai dan Burung Jampuk Putih
3.Jenis-jenis Burung Kedidi, Burung Kedidi Batu, Burung Kedidi Biasa, Burung Kedidi Bintik, Burung Kedidi Dada Merah, Burung Kedidi Dian Besar, Burung Kedidi Dian Kecil, Burung Kedidi Dunlin, Burung Kedidi Ekor Berjalur, Burung Kedidi Ekor Hitam, Burung Kedidi Ekor Kelabu, Burung Kedidi Ekor Tajam, Burung Kedidi Hijau,  Burung Kedidi Jari Panjang, Burung Kedidi Kaki Hijau Berbintik, Burung Kedidi Kaki Hijau,  Burung Kedidi Kaki Merah, Burung Kedidi Kaki Panjang, Burung Kedidi Kapak, Burung Kedidi Kayu, Burung Kedidi Kecil, Burung Kedidi Kendi, Burung Kedidi Kendi Timur, Burung Kedidi Kerikil, Burung Kedidi Laut, Burung Kedidi Leher Merah, Burung Kedidi Malam, Burung Kedidi Merah,     Burung Kedidi Nordmann, Burung Kedidi Padang, Burung Kedidi Padang Kecil, Burung Kedidi Paruh Jarum, Burung Kedidi Paruh Lebar,  Burung Kedidi Paruh Panjang, Burung Kedidi Paruh Sudu, Burung Kedidi Pasir Hijau, Burung Kedidi Pasir Kendi, Burung Kedidi Pasir, Burung Kedidi Paya, Burung Kedidi Pisau Raut, Burung Kedidi Ropol, Burung Kedidi Sawah, Burung Kedidi Sereng, Burung Kedidi Temminck dan Burung Kedidi Timor
4.Berikut adalah nama burung yang jarang-jarang didemgar: Burung Julang Mas, Burung Kaing-kaing Rimba, Burung Kekep Babi dan Burung Kelabu Sayap Hitam.

20140425

D28: Cerita Negara Kelantan tua dan pattani tua


Cerita Negara Kelantan tua (-----)
Kelantan dahulunya mempunyai banyak negeri dan mempunyai susur keturunan dari tok buaya putih(raja sakti dan puteri saadun) dan satu lagi dari susur tok kijang putih( anak daik tujuh beradik).

Cerita Negara Pattani tua (-----)
Terkemudian,Puteri raja pattani berkhawin dengan raja melaka

Cerita Negara Johor tua (-----)
Suami kepada puteri saadon(waris raja johor tua), bernama raja abdullah yang tertikam dik cucuk sanggul, adalah sepupu kepada puteri saadon

Sekian buat sementara waktu. Wallahualam…ishaallah.

20140423

Balai Seni Lukis Pahang - rajawaliartgallery - Galeri Rajawali

Inilah Perkampungan Pelukis 'Balai Seni Visual Negeri Pahang' yang terbaru. kini pelukis-pelukis Kuantan Pahang berteduh dibawah tedohan pokok akasia disatu kawasan Bukit Akasia di Perkampungan Cenderawasih Kuantan Pahang. Perkampungan pelukis Kuantan/Pahang ini diusahakan oleh Galeri Rajawali Kuantan (Rajawali Art Studio). Galeri ini ada berhadapan dengan Rimba Bukit Akasia tempat Pelukis 'Balai Seni Visual Negeri Pahang' berteduh.

Cadangan membina 5 unit balai seni lukis di tanah milik Jabatan Pengairan dan Saliran Kuantan (JPS Kuantan). Diusahakan oleh Bert Ramli, Azizi Md. Zain, Munif Md.Nor, Abdullah Hamdan (acai), Hj. Zakaria Adam.

Pemaju: Rajawali Arts Group Internationale
Kontraktor: Nazri Chot (M) Bhd.
Arkitek: Tetuan Nazri Chot

Tarikh mula: 8.1.2014
Tarikh siap: 20.12.2014

Rajawali Art Studio adalah sebuah studio lukisan yang secara bebasnya menjemput siapa sahaja yang berminat dalam apa juga jurusan seni untuk datang dan berkarya dipremisnya. Rajawali Art Studio hanya menyediakan tempat.Segala keperluan untuk berkarya adalah tanggungan pelukis yang berminat.
 Rajawali Art Studio tidak mengenakan apa-apa bayaran atau yuran keahlian atau apa-apa bayaran tersembunyi. Rajawali Art Studio juga tidak mengambil sebarang peratusan dalam mana-mana karya telah dibeli.
 Rajawali Art Studio adalah bebas dari membuat sebarang keuntungan.Tetapi segala bayaran bil air,bil letrik,bil internet juga sewa premis adalah tanggungan Rajawali Art Studio. Pelukis tidak terikat dengan bayaran tersebut.
Cadangan membina 5 unit balai seni lukis di tanah milik Jabatan Pengairan dan Saliran Kuantan (JPS Kuantan). Diusahakan oleh Bert Ramli, Azizi Md. Zain, Munif Md.Nor, Abdullah Hamdan (acai), Hj. Zakaria Adam. Pemaju: Rajali Arts Group Internationale. Kontraktor: Nazri Chot (M) Bhd. Arkitek: Tetuan Nazri Chot. Tarikh mula: 8.1.2014. Tarikh siap: 20.12.2014. PROJEK INI T I D A K  MELIBATKAN  KERAJAAN NEGERI PAHANG.
 Rajawali Art Studio akan berusaha mengadakan pameran lukisan setiap bulan. Siapa sahaja boleh mengadakan pameran lukisan masing-masing di sini. Tetapi buat permohonan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh pameran. Tiada sebarang peratusan yang akan dipotong dari hasil jualan dipameran.
 Dia yang tidak tebang pokok adalah dia yang kami sayang.
 Rajawali Art Studio diuruskan oleh Acai,Abu Yusof,Abdul Malik Maliki dan Nur Najihah Lee Abdullah. Untuk pertanyaan boleh cuba hubungi mereka.
doc ali - 013 934 2121
najihah - 013 907 0798
acai - 012 954 4094
abu yusuf - 012 951 4325
 Rajawali art studio bertegas menyatakan bahawa mereka tidak pernah menerima apa-apa bantuan kewangan dari mana-mana ,kerajaan atau swasta kecuali sekali dari Balai Seni Lukis Negara.
 Adalah amat-amat diharapkan Rajawali Arts Group Internationale berjaya memajukan tempat ini bagi menghimpunkan pelukis-pelukis di Kuantan Pahang dibawah satu lokasi yang berangin, santai dan tenang. Sesuai untuk pelukis-pelukis menghasilkan karya-karya yang dapat menunjukkan keunikan pelukis 'Balai Seni Visual Negeri Pahang'.
 Selain terhimpunnya tukang-tukang lukis di Perkampungan Pelukis Lereng Bukit Bersebelahan Sekolah Cenderawasin ini turut menompang bertelor adalah Burung Tukang Kubur, Burung Tukang Padang atau Burung Tukang Malas (Night Savannah). Kami berharap burung tukan ini berjaya menetaskan telornya dengan dikelilingi oleh tukang-tukang lukis.
 Usaha Rajawali Arts Group Internationale bagi membina balai-balai untuk pelukis di Perkampungan Cenderawasih ini bukanlah usaha yang mudah. Mungkin banyak pihak yang boleh memberi sokongan kata-kata hikmat tetapi 'kata-kata hikmat' tersebut kadang-kadang tidak cukup.
Kepada sesiapa yang berminat untuk melihat perkembangan usaha membina 5 unit balai seni lukis di tanah milik Jabatan Pengairan dan Saliran Kuantan bolehlah datang melawat. Sesuatu yang amat seronok jika kita dapat melihat rupanya balai seni ini sebelum siap dan selepas siap. 

Mungkin juga Syarikat-syarikat pelancongan dan pemandu pelancong boleh membawa pelancong melawat tempat ini. Walaupun balai seni ini belum siap sepenuhnya tetapi BSVNP juga ingin turut terlibat dalam menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014. Mungkin ada orang berpendapat 'nak tengok apa ... kalau benda tak siap?". Tapi itulah yang ada pada masa ini. BSVNP bersedia menerima pelawat dari seluruh dunia untuk melihat suatu keunikan dunia pelukis yang ditonjolkan oleh Rajawali Arts Group Internationale.

Sokonglah Rajawali Arts Group Internationale dengan cara yang anda mampu.

20140420

Anak Wali Tujuh Tanah Melayu

Maharaja Perba Jelai yang pertama tu bukan dari Kota Minangkabau.

Dia keluar dari Pagar Ruyung sebelum tertubuhnya Suku Minangkabau.

Dia salah seorang dari anak Daik Tujuh Beradik (Wali Tujuh Tanah Melayu)
daripada
13 wali (enam lagi adalah puteri).

Dia ada nama lain dengan gelaran Tok Rompin.

Dia ada tiga bini;
satu di Bukit Betong (Jelai).
satu di Semantan.
satu di Rompin.

Anaknya ada sembilan orang.
waris keturunannya merata dalam Pahang

Burung2 Taman Negara Pahang - Burung Cekup, Cenderawasih, Cenok, Cinenen, Cok, daun, dendang, enggang gagak, dan hantu

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang
1.Ada banyak lagi jenis-jenis burung cekup contohnya adalah 1.Burung Cekup Layang
2.Burung Cekup Mahkota Coklat 3.Burung Cekup Padi 4.Burung Cekup Paya Besar 5.Burung Cekup Paya Kecil 6.Burung Cekup Perepat 7.Burung Cekup Perut Kuning 8.Burung Cekup Ranting
9.Burung Cekup Rasam 10.Burung Cekup Rumput
2.Burung yang amat susah nak jumpa adalah Burung Cenderawasih. Burung Cendrawasih dikenali juga sebagai Burung Surga atau Bird of Paradise. Cendrawasih ini bisa dijumpai di Indonesia bagian timur, pulau-pulau selat Torres, Papua Nugini, dan juga Australia timur.
3.Maung juga ramai yang tidak pernah mendengar nama burung cenok. Burung ini ada banyak jenis iaitu: 1.Burung Cenok 2Burung Cenok Api 3.Burung Cenok Birah 4.Burung Cenok Kecil 5.Burung Cenok Kera
6.Burung Cenok Kerak 7.Burung Cenok Perut Hitam
4.Tidak seperti nama burung cenok, nama burung ciak adalah nama burung yang biasa kita dengan. Sebenar nya ada banyak jenis burung ciak iaitu: 1.Burung Ciak 2.2urung Ciak Arnab 3.Burung Ciak Jawa 4.Burung Ciak Leher Merah 5.Burung Ciak Padang 6.Burung Ciak Tempua 7.Burung Ciak Urasia
5.Ada dua nama burung yang pelik iaitu Cinenen  dan Cok, bolehlah kita cuba mencari burung Burung Cinenen Belukar, Burung Cinenen Kelabu, Burung Cinenen Merah dan Burung Cok Padang.
6.Antara burung yang dikawal dan tidak boleh dipelihara adalah burung daun. Burung daun dilindungi sepenuhnya. Kata Encik Ismail Mamat (Ketua kumpulan mutiara) boleh kena denda sampai RM50,000. Jenis-jenis burung daun adalah seperti berikut: Burung Daun Bakau, Burung Daun Besar, Burung Daun Kecil, Burung Daun Paruh Oren, Burung Daun Sayap Biru
7.Burung juga pandai berdendang. terdapat banyak nama burung dendang kadang ianya adalah burung yang sama tetapi nama berlainan. Jensi-jenis burung dendang: Burung Dendang Air, Burung Dendang Selayang, Burung Dendang Gajah, Burung Dendang Nilai, Burung Dendang Kaki Merah, Burung Dendang Kecil, Burung Dendang Laut dan Burung Dendang Muka Hitam
8.Burung enggang adalah antara burung yang bersaiz besar. Terdapat banyak jenis burung enggang, berikut adalah senarai burung-burung enggang:
 1.Burung Enggang Badak
2.Burung Enggang Belantara
3.Burung Enggang Belukar
4.Burung Enggang Belulang
5.Burung Enggang Berkedut
6.Burung Enggang Bukit
7.Burung Enggang Buluh
8.Burung Enggang Gatal Birah
9.Burung Enggang Gunung
10.Burung Enggang Jambul Hitam
11.Burung Enggang Jambul Putih
12.Burung Enggang Jawa
13.Burung Enggang Kedut
14.Burung Enggang Kelingking
15.Burung Enggang Mengilai
16.Burung Enggang Merantau
17.Burung Enggang Papan
18.Burung Enggang Paruh Merah
19.Burung Enggang Tangling
20.Burung Enggang Tebang Mentua
9.Burung Gagak dikaitkan dengan sesuatu hal yang buruk. Di Eropa, Gagak dianggap sebagai burung peliharaan Tukang Sihir. Di kawasan kita ada yang anggap kehadiran Gagak Hitam dikatakan sebagai penjemput ajal. Bila Burung Gagak berputar putar di atas rumah, konon akan ada penghuni rumah yang segera meninggal. Bila ada orang sedang sakit lalu terdengar bunyi burung Gagak Hitam itu dikononkan orang yang sakit akan meninggal dunia. Dongeng ini dikatakan berpunca dari keupayaan burung gagak yang dikatakan dapat menghidu bau bangkai dari jarak yang jauh. Itu semua adalh kepercayaan berkaitan gagak hitam, ada banyak jenis gagak antaranya adalah:
1. Burung Gagak Gunung
2. Burung Gagak Kambing
3. Burung Gagak Paruh Besar
4. Burung Gagak Rumah
10.Ada juga burung yang telah dijadikan hamba iaitu hamba kepada kera. nama burung ini adalah Burung Hamba Kera atau Drongo Cuckoo. Ada juga yang memanggil burung hamba kera ini dengan nama burung Sewah Sawai, Sewah Cecawi, atau Sawai.
11.Burung juga ada yang berhantu. Terdapat 216 spesies burung hantu di seluruh dunia tetapi hanya terdapat 17 jenis sahaja di Malaysia. burung hantu makan katak, serangga, ulat dan haiwan kecil seperti tikus, ikan, cicak dan tupai. Burung hantu meniru bunyi ular tidak boleh mendengar bunyi sendiri.
1.Burung Hantu Bersiul
2.Burung Hantu Bertanduk
3.Burung Hantu Betemak
4.Burung Hantu Bubu
5.Burung Hantu Carik Kafan
6.Burung Hantu Coklat (phodilus Badius)
7.Burung Hantu Gunung
8.Burung Hantu Ikan
9.Burung Hantu Kalung
10.Burung Hantu Kecil
11.Burung Hantu Kuning
12.Burung Hantu Mantanani
13.Burung hantu jalur
14.Burung ketampi rimba,
15.Burung ketampi kelabu,
16.Burung berbintik dan
17.Burung pungguk kerdil.

Masih terdapat banyak lagi burung-burung hantu dalam Bahasa Melayu, mungkin ada yang mempunyai dua nama tetapi burung yang sama. Antaranya adalah Burung Hantu Kembara, Burung Hantu Kuning, Burung Hantu Kening Putih, Burung Hantu Kerdil, Burung Hantu Ketumbuk Ketampi (ketupa Ketupu), Burung Hantu Kuang Kuik, Burung Hantu Kubur, Burung Hantu Kuning, Burung Hantu Mantanani, Burung Hantu Merah, Burung Hantu Punggor, Burung Hantu Punggur, Burung Hantu Reban, Burung Hantu Rumput, Burung Hantu Telinga Panjang, Burung Hantu Telinga Pendek burung Burung Hantu Tuli.

Burung2 Taman Negara Pahang - helang, berkek, hujan dan takau

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang
1.Ada juga burung yang bernama berkek antara mereka ini adalah Burung Berkek, Burung Berkek Besar, Burung Berkek Bintik, Burung Berkek Ekor Kipas ,Burung Berkek Malam dan Burung Berkek Tirok
2.Helang mempunyai sistem pernafasan yang berkesan dan mampu untuk membekalkan jumlah oksigen yang banyak yang diperlukan ketika terbang. Jantung burung helang terdiri daripada empat kamar seperti manusia.

Jenis-jenis burung helang adalah:
Burung Helang,  Burung Helang Alap Jambul (accipiter Trivigartus),  Burung Helang Baza, Burung Helang Berjambul,  Burung Helang Hitam, Burung Helang Kangok, Burung Helang Kembara Hitam,   Burung Helang Kepala Kelabu,  Burung Helang Kinabalu, Burung Helang Lebah, Burung Helang Malam,  Burung Helang Merah,  Burung Helang Pipit, Burung Helang Putih, Burung Helang Selat dan  Burung Helang Tiram
3.Burung Hupo Tunggal adalah burung pengembara yang kebiasaannya terdapat di Sumatera dan Kalimantan utara. Aktif di kawasan terbuka dan lembab, mencari makan dengan menusuk-nusukan paruh yang panjang ke permukaan tanah. Jambulnya akan menegak bila merasa ada bahaya dan bila akan hinggap. Mungkinkah ada harapan untuk burung hup tunggal ini mengembara sampai ke Taman negara Pahang.
4.Burung Hujan-hujan juga dikenali sebagai burung Takau Ekor Panjang atau Psarisomus dalhousiae. Burung Hujan-hujan adalah burung hutan yang makan serangga. Burung Hujan-hujan hidup berkumpulan dan terbang dalam kawanan yang besar dan bising kecuali semasa musim mengawan. Di Malaysia Burung Hujan-hujan merupakan spesies burung yang dilindungi sepenuhnya.

20140418

D27: Cerita kerajaan Negara antah (asal@perak@anak bukit kedah)


Selepas kerajaan antah bubar diserang oleh orang , ianya telah diganti oleh kerabat lain dan orang lain, maka terdirilah rembau dan jelebu dan johol  bagi waris asalnya (-----)waris lain telah melarikan diri dan mendirikan kerajaan antah kedua dikawasan (sekarang ini dalam negeri perak) dan sebahagian dari mereka meninggalkan perak dan naik bertapak diatas  gunung kerian ,kedah.(ada satu  peperangan disana dengan nama perang golek batu).selepas perang itu kerabat itu telah mendirikan istana di(bermukim)anak bukit(yang disebut istana anak bukit) dan mereka telah disemenda oleh keturunan orang (kerabat) siam.

Selepas dikianati oleh pembesar yang dipecat dengan dibantu oleh orang, orang antah telah berpecah dua, keluarga raja antah dan pembesarnya seramai empat puluh empat orang(44 orang) meninggalkan negeri antah (yang sampai keperak hanya 40 orang sahaja dan 4orang lagi mati dipetengahan jalan, salah seorang yang mati adalah bendaharanya), maka tinggallah tiga puak (3 puak@ 3 selonggok) dibelakang dan mereka ini mendirikan rembau, jelebu dan johol dengan bantuan orang tempatan (serangan orang  dan pembelot ) keatas 

Negara antah  ini lah yang membawa kepada kemasukan (-----)di rembau,

Puak rembau, mereka bermukim dimasjid kuning…warisnya (-----)
Puak jelebu, mereka bermukim dititi serong…warisnya uteh lengok
Puak johol, mereka bermukim dibatu kikir… warisnya seman buyung

Puak yang  pergi masih kekal menggunakan adat temenggong, diperak atau dikedah, tetapi puak yang tinggal tidak diketahui , mereka menggunakan adat yang mana satu.

Puak yang bermukim diperak……..(-----)
Puak yang bermukim dikedah…….anak bukit

20140416

Osman Limat berkarya di Galeri Rajawali Cenderawasih Kuantan

Kini Osman Limat - Pelukis Burung Walit - Dimana Ada Rezeki - Disitulan Dia Terselit, berpeluang untuk 'memondok' di pondok nombor 4 di Balai Rimba Seni Lukis Pahang yang diusahakan oleh Galeri Rajawali Kuantan.di Perkampungan Cenderawasih. Galeri Rajawali (Balai Rimba Seni Lukis Pahang) ini bersebelahan dengan Sekolah Cenderawasih.
Osman Limat adalah orang yang paling gembira apabila berjaya membantu Abu Samah Abd Waha menjadi priseden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM). Abu Samah bergelar Presiden PKBM pada 1990 dan tidak pernah dicabar dan sentiasa menang tanpa bertanding. Nama  Abu Samah Abd Wahab sudah cukup sebati dengan diri saudara Osman Limat kerana saudara

Kini saudara Osman Limat aktif dalam bidang seni lukis setelah meninggalkan tugas jurulatih pasukan lumba basikal Pahang.

  Osman Limat sering mengenangkan nasib beliau sebagai Peukis Burung Walit, dimana ada rezeki, disitulah dia terselit...begitulah kehidupan Osman Limat sekarang.
Osman Limat sering berpindah dari satu galeri melukis ke satu galeri melukis. Berbeza dengan burung walit yang seronok dapat menetap lama di satu-satu tempat yang disediakan oleh 'tuannya'. Tetapi kehidupan Osman Limat sebagai pelukis tidak menetap. Sering terpaksa menompang melukis dan menjual di 'celah' tempat yang terselit. Pernah juga menjual di pasar tani.
Inilah kehidupan yang ditempoh oleh Osman Limat. Melukis tidak boleh dijadikan kerja sepenuh masa kerana pelukis burung walid menyebabkan beliau terpaksa juga membuat kerja mengoreng pisang selain melukis. Nak buat macam mana, terpaksalah cari makan dengan dua kerja. Bukan suka-suka tetapi terpaksa. masih boleh diteruskan kerana minat mendalam dalam seni lukis.
Kali terakhir Osman Limat menompang melukis adalah di Kedai Bingkai Gambar Maju berhampiran Shahputra dan Kolej Komuniti Kuantan dan Santoria Harta. Lebih kurang setahun Osman Limat tak maju. Kedai gambar tu terus maju kerana namanya Kedai Bingkai Gambar Maju.
Banjir yang melanda bandar kuantan telah ditakdirkan kena pada rumah Osman Limat yang menyimpan pelbagai bahan-bahan untuk melukis. Banjir telah merosakkan semua bahan-bahan tersebut. Orang lain sedih kerana banyak rosak barang-barang dan perabut. Tetapi Osman Limat susah hati kerana barang-barang melukis untuk mencari rezeki habis 'dimakan' oleh banjir.
Orang meletakkan Osman Limat sebagai OKU. Osman Limat tidak malu. Dengan semangat Orang Kuat Umno (OKU) Osman Limat mencuba nasib dengan mengadu kepada YB Shafik. Dengan izin Allah SWT terbuka hati YB Shafik untuk memberikan bantuan RM1,000 bagi Osman Limat membeli semula peralatan melukis untuk meneruskan tugas mencari rezeki yang tak seberapa.
Ini adalah lukisan yang dihasilkan oleh Saudara Osman Limat pada tahun 60an ketika beliau berumur 21 tahun. Bingkai gambar turut dihasilkan sendiri oleh Osman Limat. Lukisan ini disimpan di Balai Rimba Seni Lukis Pahang. Balai seni lukis ini akan menjadi Perkampungan Pelukis Bukit Akasia di Perkampungan Cenderawasih Kuantan. Balai Rimba Seni Lukis Pahang di Perkampungan Pelukis Bukit Akasia ini diuruskan oleh Galeri Rajawali Kuantan. Balai Pelukis di Bukit Akasia ini mendapat kunjungan dari peminat seluruh dunia. Ianya bukanlah pondok yang mewah dan TIDAK mendapat geran kewangan dari pihak tertentu. Semua pelukis menyediakan sendiri pondok seni masing-masing. Tetapi perlu mendapat kebenaran Galeri Rajawali Kuantan.