-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20140409

Osman Limat: Pelukis Burung Walit - Dimana Ada Rezeki - Disitulah Dia Terselit

Saudara Osman Limat telah aktif dalam bidang seni lukis setelah meninggalkan tugas jurulatih pasukan lumba basikal Pahang. Nama  Abu Samah Abd Wahab sudah cukup sebati dengan diri saudara Osman Limat kerana saudara Osman Limat adalah orang yang paling gembira apabila berjaya membantu Abu Samah menjadi priseden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM). Abu Samah bergelar Presiden PKBM pada 1990, tidak pernah dicabar dan sentiasa menang tanpa bertanding.
 Dikalangan pelumba dan peminat basikal yang lama ada yang masih ingat jasa Osman Limat untuk pembangunan Lumba Basikal Pahang. Aminuddin Sulaiman (Wak) dan Rahim Mamak adalah nama bekas pelumba yang boleh disebut oleh Osman Limat.
 Seperti pepatah rekaan Osman Limat sendiri, Peukis Burung Walit, dimana ada rezeki, disitulah dia terselit...begitulah kehidupan Osman Limat sekarang.
 Beliau sering berpindah randah dari satu tempat melukis ke satu tempat melukis. Berbeza dengan burung walit yang seronok dapat menetap lama di satu-satu tempat yang disediakan oleh 'tuannya'. Tetapi kehidupan Osman Limat sebagai pelukis tidak menetap. Sering terpaksa menompang melukis dan menjual di 'celah' tempat yang terselit. Pernah juga menjual di pasar tani.
 Tempat terakhir Osman Limat menompang melukis adalah di Kedai Bingkai Gambar Maju berhampiran Shahputra dan Kolej Komuniti Kuantan dan Santoria Harta. Lebih kurang setahun Osman Limat tak maju. Kedai gambar tu terus maju kerana namanya Kedai Bingkai Gambar Maju.
 Cabaran diteruskan lagi, banjir yang melanda bandar kuantan telah ditakdirkan kena pada rumah Osman Limat yang menyimpan pelbagai bahan-bahan untuk melukis. Banjir telah merosakkan semua bahan-bahan tersebut. Orang lain sedih kerana banyak rosak barang-barang dan perabut. Tetapi Osman Limat susah hati kerana barang-barang melukis untuk mencari rezeki habis 'dimakan' oleh banjir.
Orang meletakkan Osman Limat sebagai OKU. Osman Limat tidak malu. Dengan semangat Orang Kuat Umno (OKU) Osman Limat mencuba nasib dengan mengadu kepada YB Shafik. Dengan izin Allah SWT terbuka hati YB Shafik untuk memberikan bantuan RM1,000 bagi Osman Limat membeli semula peralatan melukis untuk meneruskan tugas mencari rezeki yang tak seberapa.
Inilah karya 'Pelukis Burung Walit - Dimana Ada Rezeki - Disitulah Dia Terselit' yang sedang disiapkan di Galeri Rajawali Kuantan. 

Kini Osman Limat - Pelukis Burung Walit - Dimana Ada Rezeki - Disitulan Dia Terselit, berpeluang untuk menyelit di Rimba Seni Pelukis Kuantan (Galeri Rajawali) di Perkampungan Cenderawasih. Galeri Rajawali (Rimba Seni Pelukis Kuantan) ini bersebelahan dengan Sekolah Cenderawasih.

No comments: