-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20111227

Jeti Kuala Tahan 3 - wan's floating restaurant

 1.Wans's Floating Restaurant Taman Negara.
 2.Gambar keluarga besar wan
 3.Wan adalah antara orang Kampung Bukit Mat Daling yang telah berjaya diluar kampung.
 4.Hari ini wan masakkan meehoon goreng yang simple tetapi sedap.
 5.Wan tidak merasa rugi meninggalkan kampung halamannya di Bukit Mat Daling kerana rezeki di Kuala Tahan cukup untuk wan.
 6.Wan sentiasa terus periang dan peraman dihadapan tetamu.
 7.Restoran terapung wan
8.Silalah datang jangan risau jangan ragu.

20111222

Jeti Kuala Tahan 2 - pelancong luar

 1.Meniti jambatan papan sekeping.
 2.Ada papan yang dah tengelam.
 3.Ada yang sedang melukis.
 4.Melukis pada wajan seorang gadis Inggeris yang jelita.
 5.Ada yang termenung.
 6.Ada yang suka jadi tukang ambil gambar dan ada yang suka jadi model untuk diambil gambarnya.
 7.Dah siap dilukis.
 8.Ada yang sudah kenyang.
9.Ada yang belum kenyang dan baru nak makan.

20111221

Senarai Harga Barang Kedai Rakyat 1Malaysia


Sumber: kedairakyat1malaysia.com.my

        Dishwash Paste 400gm Lime
        Savings 41%
        RM1.90

        Corn Cracker 380gm
        Savings 13.08%
        RM3.39

        Chili Sauce 340gm
        Savings 40%
        RM1.50

        AIR MINERAL 500ml
        Savings 64%
        RM0.39

        AIR MINUMAN 500ml
        Savings 60%
        RM0.29

        Karipap Daging & Ayam 280gm
        Savings 34%
        RM2.59

        Frozen Confection 1.5ml Assorted Flavors
        Savings 46%
        RM2.99

        Fruit Cocktail 505gm
        Savings 39%
        RM2.99

        Telur Gred D
        Savings 19%
        RM2.89

        Serbuk Teh 400gm
        Savings 16%
        RM6.99

        Kek Pisang 700gm
        Savings 16%
        RM4.79

        Roti Paratha
        Savings 47%
        RM2.59

        Marjerin 1kg
        Savings 13%
        RM4.19

        Kraker Pelbagai Variasi 400gm
        Savings 35%
        RM2.69

        Bijirin Sarapan Pelbagai Variasi 720gm
        Savings 29%
        RM4.90

        SOS CILI & TOMATO 500gm
        Savings 47%
        RM1.79

        SAMOSA 200gm
        Savings 34%
        RM2.59

        NUGET AYAM GOLDEN 1kg
        Savings 48%
        RM5.99

        MINUMAN BERKARBONAT Pelbagai Perisa 1.25Ltr
        Savings 24%
        RM1.49

        Kordial Blackcurrant 1Ltr
        Savings 26%
        RM9.50

        KENTANG-GORENG-1kg
        Savings 30%
        RM3.99

        DAGING LEMBU KISAR 400gm
        Savings 18%
        RM4.89

        CHICKEN FRANK 300gm
        Savings 30%
        RM1.95

        BURGER-AYAM-&-DAGING-500gm
        Savings 19%
        RM3.99

        BERAS SUPER TEMPATAN 5% 10kg
        Savings 17%
        RM21.99

        AYAM GORENG PEDAS 850gm
        Savings 30%
        RM8.69

        AIR MINUMAN 1.5Ltr
        Savings 60%
        RM0.59

        LAMPIN BAYI PAKAI BUANG Pek Ekonomi XL72
        Savings 35%
        RM26.50

        LAMPIN BAYI PAKAI BUANG Pek Ekonomi L72
        Savings40%
        RM24.50

Pek Ekonomi M72
        Savings 50%
        RM20.50

        TISU GULUNG 200’s X 10
        Savings 14%
        RM5.70

        PENCUCI PINGGAN 400ml
        Savings 41%
        RM1.90

        PENCUCI LANTAI SERBAGUNA 2Ltr
        Savings 38%
        RM5.90

        PENCUCI BERBUKU 150gm
        Savings 27%
        RM0.55

        MINUMAN MALT COKLAT 1kg
        Savings 41%
        RM9.90

        SUSU TEPUNG PENUH KRIM SEGERA 600gm
        Savings 30%
        RM9.99

        KRIM MANDIAN Pelbagai Variasi 1000ml
        Savings 20%
        RM4.70

        CECAIR PENCUCI PINGGAN 900ml
        Savings 41%
        RM2.50

        CECAIR PENCUCI PINGGAN 3Ltr
        Savings 12%
        RM3.70

        CECAIR PENCUCI PAKAIAN 2Ltr
        Savings 39%
        RM7.50

        CECAIR PELUNTUR 1Ltr
        Savings 36%
        RM1.90

        AIR MINERAL 1.5Ltr
        Savings 64%
        RM0.69

        BIHUN 400gm
        Savings 44%
        RM1.39

        BERAS SUPER TEMPATAN 10% 10kg
        Savings 17%
        RM18.99

kemaskini:  21.12.2011

20111219

Sempurna Resort Kuantan Pahang

Sempurna Resort Kuantan, dibina pada tahun 2009. Tempat untuk kita nikmatilah percutian bersama keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang kerana Sempurna Resort Kuantan antara destinasi mandi-mandi yang menakjubkan di Malaysia. Lokasi yang strategik, terletak di Jalan Pekan, 15 minit dari bandar Kuantan dan 10 minit ke lapangan terbang Kuantan. Sempurna Resort juga berhampiran dengan Taman Indera Sempurna. Sempurna Resort juga berhampiran juga dengan Taman Inderapura. Sempurna Resort juga berhampiran juga dengan Sekolah Menengah dan Sekolah Kebangasaan Mat Kilau. Sempurna Resort juga berhampiran juga dengan Kolej Islam Sultah Haji Ahmad Shah (KIPSAS).

Sempurna Resort menawarkan keseronakan yang sempurna. Sebab itulah namanya adalah SEMPURNA RESORT. Cukup lengkap segalanya. Amat sempurna untuk "pemandi tegar'.

Kemudahan: bilik keluarga - coffee shop - kemudahan mesyuarat - lif - restoran - Wi-Fi di tempat awam - kolam renang (kanak-kanak) - kolam renang luar. Semua 108 bilik di hotel 2-bintang ini menyediakan kemudahan sempurna untuk pelanggan. Setiap bilik mempunyai televisyen LCD/skrin plasma, pendingin hawa, meja. Untuk keselesaan dan kemudahan tetamu, juga ada coffee shop, bilik keluarga, tempat letak kereta. Kolam renang (kanak-kanak) terdapat di hotel untuk dinikmati para tetamu. Semua yang dilakukan oleh hotel berteraskan pengalaman tetamu, memastikan keselesaan dan kesantaian. Sempurna Resort Kuantan begitu mudah ditempah - hanya masukkan tarikh perjalanan anda di borang tempahan dalam talian kami yang selamat.

Berikut adalah 10 blog pilihan yang dapat mengambarkan serba sedikit tentang SEMPURNA RESORT KUANTAN PAHANG, Malaysia.

1. qaisya.blogspot.com (kolam-sempurna-resort)
"Ermmm ekcelikan.. dah lama gak kitaorang dengar cite, kat resort tu ade kolam yang disewa khas untuk dak2 mandi..Tingin nak survey tapi takde masa sebab masa banyak dok lepak kat umah kan ihiks..So alang2 dah rajin nak kuar ni, aku ajak la hubby p survey kolam tu..
tak jauh mana dari umah aku, dalam 10minit jek.."

2. makemefresh.blogspot.com (sempurna-resort-kuantan-pahang)
"19 Februari 2010, ART Usaha Dagang Sdn Bhd telah mengadakan family day at Kuantan, Pahang. tahun lepas buat dekat Perak dan jalan-jalan sekali ke Penang. syiok3. kali nie jalan-jalan area Kuantan je. Jam 6.30 pagi bertolak dari rumah En. Ramlee. boleh dikatakan rumah i juga la tapi landlordnya En Ramlee. sebab i tak bayar duit rumah tu. hehe."

3. hanifamily.wordpress.com (sempurna-resort)
"ada sebuah resort kecil tetapi menyeronokkan yang berdekatan rumah kita, yang dipanggil Sempurna resort .. ia mempunyai kolam menyeronokkan pelangi yang bagus untuk anak-anak ... muhammad mempunyai masa yang sangat besar!"

4.jessshynn.wordpress.com (sempurna-resort-jejak-gemilang-seminar)
"Minggu lepas adalah yang menggerunkan, kerana saya boleh terlepas tiga hari sekolah hehehehe =) untuk menghadiri seminar yang diadakan oleh Yayasan Pahang(Pemangkin Tranformasi Negara). Dan 3.00 petang pada hari Selasa, kami (Saya dan pelajar-pelajar SABS pusat) telah whisked Sempurna resort. Pelajar-pelajar SABS pusat itu termasuk daripada: SMK Alor Akar (sekolah saya) SABS (sudah tentu), 2 Tengku Afzan-ERS (yang telah rakan sebiliknya yang menggerunkan saya) SMART (People SMART hanya jadi lucu dan meriah) Tok Sira, dan satu SMK TC budak ."

5. tripleanwar.blogspot.com (splash splash)
"pg2 lagi mdm dh bg tau hero2 semua...mama nak bawak pegi mandi kolam kat sempurna resort..tp dengan syarat....semua kene settlekan homework dulu....apa lagik...terus segar mata haziq ngan hakim...capai tuala trus mandi. selesai mandi sarapan pun belum trus ngadap buku.....buat homework wokkkk.....hahahhahahah. dalam hati mmg dh tau en suami nak workshop..baiki tayar kete dia yg flat tu..tp buat 2 gak la tanya kan...kang kata x nak ajak dia lak..."Papa...nak join x ke kolam??" hahhahah soalan bodoh kan...mmg dh tau jawapan lagik mau tanya....maklumlah peramah terlebih..." mama pegi la bwk2 anak ".... jadi setelah selesai bersarapan..kemas2 apa2 yg patut (macam la jauh beno kan...actuli tempat ni kat depan taman umah mdm jer 5 minit dh sampai )..maka berangkatlah kapal CCN 3310 yg di ketuai oleh seorang nakhoda iaitu mama..ngan anak2 kapalnya seramai 3 org....yong..akim..ngan ayiz...."

6. blogsyafiqz.blogspot.com (family-day-sempurna-resort)
"Sempurna ni mmg sgt best..resort yg terletak di tepi jln menuju ke Pekan, bndar Diraja Pahang..ak pon 1st tyme gak smpai sini..bilik ok, yg paling best ade tmpat main air ala2 bukit merah gitu..haha gurau je...tp quite ok la..mknan diorg hidang pon best gak..servis pon bagus..kira ok la klu sape2 yg nak melancong ke pahang, sila la ke Sempurna ni..mmg sempurna.."

7. taufik-family.blogspot.com (family-day-di-sempurna-resort)
"sungguh sempurna sehingga tiada kata-kata dapat ditulis"

8. zamzah.blogspot.com (sempurna-resort-kuantan)
"sungguh sempurna sehingga tiada kata-kata dapat ditulis"

9. elajs.blogspot.com (lwtan-tpk-dnr)
lwtn tpk ke sempurna resort... azniza bwk aku, sham n ima g lwtn tpk utk mjlis mkn mlm apresiasi mlm nier...

10. ajierahdelivered.blogspot.com (rindukan-kenangan-di-indera-sempurna)
"jirah baru balik dari kem kepimpinan pengawas kat indera sempurna resort. boleh dikatakan seronok,sedih & ..... jgak lah. macam2 ragam kot. jirah dapat bilik no.208 . tak sama dengan farah,fatin,mila dan aidi. jirah dapat roommate dgn tehah & hikmah. sumpah seronok & kelakar dengan mereka. sakit perut dibuatnyer.. rindu sgt dekat geng2 form6. makan sama2, settlekan masalah sama2. rindu sgt2."


20111217

Jeti Kuala Tahan 1 -mendarat

 
 1.Ada budak-budak sekolah rendah.
 2.Ada burung murai.
 3.Ada honda cup pink
 4.Ada yang sedang menunggu
 5.Dan terus menunggu dan menunggu tanpa jemu dengan sedikit bosan.
 6.Ada yang sibuk bercerita.
 7.Ada yang berkumpul keluarga-keluarga yang besar.
8.Ada yang menyimpan rahsia.

20111215

Gerai Calong U Turn

 1. Pada 17 November 2011, saya telah sekali lagi dibawa oleh saudara Razi dan saudara Azmi ke tempat mee calong U turan dekat jambatan Kuantan.
 2. Mee calong dengan mee kuning.
 3. Saudara Azmi yang terkenal dengan cincin besarnya.
 4. Saudara Radzi yang terkenal dengan senyumannya.
 5. Mee chalong dengan mee hon serta dua tahu.
 6. Mee chalong dinikmati dengan teh o ais limau.
7. Inilah tempat membancuh mee calong. Bersih kemas dan tiada lalat.

20111213

Kebakaran Tunas Manja Bera dan Sakan Bera

BERA, Kerayong/Triang, Pahang - Penduduk Daerah Bera telah dikejutkan dengan kebakaran mengejut deretan kedai Tunas Manja Bera. Asmawi dari Asmawi Construction ketika ditemui di tempat kejadian berkata inilah 'Hari Ini Dalam Sejarah' bagi penduduk daerah Bera. Kebanyakan penduduk bercerita betapa terkejutnya mereka dengan kebakaran Tunas Manja Bera ini. Bagi penduduk daerah Bera, Tunas Manja Bera, Big 10 Bera, Sakan Bera dan Pasaraya Aktif Bera adalah tempat yang membekal pelbagai barangan keperluan kepada penduduk daerah Bera. Malah ada yang menganggap Tunas Manja Bera adalah sebagai mercu tanda daerah Bera. Daerah Bera memiliki Tunas Manja lebih awal dari Daerah Temerloh.
 1. Berikut adalah senarai lokasi Tunas Manja: 
-Air Putih: 25300 Kuantan, Pahang.
-Indera Mahkota: Taman Pasdec Aman, 25300 Kuantan, Pahang.
-Bukit Setongkol: Jalan Bukit Setongkol, 25200 Kuantan, Pahang
-Pekan: Jalan Engku Muda Mansor, 26600 Pekan, Pahang.
-Taman Tas: Pandan Damai, KM11, Jalan Kuantan-Gambang, 25150 Kuantan, Pahang
-Transit Point: Jalan Lim Hoe Lek, 25200 Kuantan, Pahang.
-Sungai Isap: Pusat Komersial Batu 3, Jalan Sungai Isap, 25150 Kuantan, Pahang
-Rompin: Depan Bandar Baru, 26800 Kuala Rompin, Pahang
-Beserah: Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang
-Bera: Mukim Triang, 28300 Bera, Pahang
-Kemaman: Mukim Cukai, 24000 Kemaman,Terengganu Darul Iman
-Mersing: Taman Bandar Baru Mersing, 86800 Mersing, Johor Darul Takzim
-Batu 11: Lrg Seri Mahkota Permai 1, Perkampungan Seri Mahkota Permai, Jln Ktn-Gambang, 26070 Kuantan Pahang
-Maran: Bandar Baru Maran, 26500 Maran Pahang Darul Makmur Malaysia
-Tanjung Gemuk: Taman Tanjung Gemuk 1, 26820, Rompin, Pahang.
-Raub: Mukim Gali, 26720 Raub, Pahang, Malaysia
-Muadzam Shah: Mukim Bebar, Muadzam Shah, Pahang.
-Paka: Mukim Kuala Paka, Kg. Cacar Baru, Jalan Besar, 23100 Paka, Terengganu,
-Temerloh: Kg Haji Ali Temerloh.
 2. Pada 11hb Disember 2011, deretan bangunan Tunas Manja Bera telah terbakar hangus sehingga tidak benda yang terselamat melainkan air minuman dan roti yang berada di luar bangunan. Turut terbakar adalah Pasaraya Sakan (bumiputra), Kedai muzik cakera padat, Kedai pakaian, Kedai Makan (bumiputra) dan Gelanggang Futsal (bumiputra).
 3. Ada macam-macam cerita dan andaian yang dibuat oleh penduduk daerah Bera tentang macam mana Tunas Manja dan Sakan Bera boleh terbakar. Ada yang yakin ianya berpunca dari tempat orang menjual wafer depan Tunas Manja Bera. Kerana tempatnya ada gas untuk memasak wafer. Kalau itulah tempat puncanya kenapa tempat itu tidak hangus kesemuanya ?
 4. Ada pula yang berkata kedai makan yang menjadi punca kebakaran. Kerana dalam kedai makan memang ada tong gas untuk memasak. Persoalannya kedai makan tersebut bersebelahan dengan gelanggang Futsal, kenapa kawasan gelanggang futsal tidak musnah teruk berbanding kawasan lain?
 5. Timbul juga persolan kemana pergi jaga Tunas Manja Bera. Adakah Tunas Manja Bera telah tiada jaga. Kalau ada jaga tentulah dialah orang yang pertama menyedari kebakaran ini sebelum api merebak. Kalau tiada jaga, kenapa Tunas Manja Bera memilih untuk tidak mahukan perkhidmatan jaga? Orang kata keuntungan bersih Tunas Manja Pahang mencecah RM60,000 sehari. Malah Tunas Manja Bera adalah tunas manja yang paling menguntungkan antara banyak-banyak tunas manja. Kenapa tiada jaga?
 6. Ada juga yang tinbulkan persoalan kenapa orang sekitar tidak sedar kejadian ini. Kenapa orang yang lalu lalang tidak sedar. Kenapa jaga Sekolah Bandar Kerayong tidak sedar. Kenapa pelanggan Ar-Robah 24jam tidak sedar? Kenapa pelanggan 7 Eleven tidak perasan. Apakan gerai di Pantagoon Inn tiada orang pada masa itu?
 7. Persoalan utama sekarang adalah PERTAMA pukul berapa kebakaran bermula. KEDUA dimana tempat mula-mula terbakar. KETIGA kenapa tiada api menjulang tinggi. KEEMPAT kenapa pokok dan rumput belakang deretan kedai tidak terjejas. KELIMA kenapa lambat sangat melapurkan kepada bomba.
8. Untuk menjawab persoalan tersebut kita rujuk kepada seorang saksi iaitu Atan pekerja pusat karoake yang sempat merakamkan kejadian kebakaran Tunas Manja Bera ini. Kata Atan, dia dan kawan-kawannya sedang minum di Kedai Makan Bera Pantagon Inn dalam jam 2.00 pagi. Kemudian dia dan kawan-kawan pergi ke 7 Eleven. Dari 7 Eleven beliau dengan bunyi letupan dan macam ada kebakaran di bangunan Tunas Manja Bera.
 9. Bila hati dah rasa tak sedap beliau terus ke bangunan Tunas Manja Bera dan dia nampak api telah mula memakan banguna Tunas Manja Bera. Terdapat litar pintas di belakang Tunas Manja Bera. Mungkin ada satu kabel letrik yang telah tercabut dan terjatuh atas kotak dan membakar kotak tersebut.
 10. Beliau terus merakamkan kejadian tersebut dengan handphone. Masa rakaman menunjukkan jam 2.15 pagi. Dalam masa yang saya beliau menyedari jaga tiada di tempat bertugas. Seorang kawannya telah diarahkan mencari jaga Tunas Manja Bera di Restoran 24jam Ar-Robah. Jaga tersebut dimaklumkan kejadian tentang kebakaran di tempat bertugasnya. Jaga tersebut terus meminta bantuan bantuan. pada masa ini rakaman menunjukkan jam 2.35 pagi.
 11. Atan terus merakam kejadian kebakaran tersebut. Api telah semakin marak. Mungkin berpuluh letupan telah berlaku. Antara punca letupan adalah alat-alat pemadam api dan arak minuman keras yang banyak dijual di Tunas Manja Bera.
 12. Atan masih terus merakam kejadian. Jam 2.55 pagi kereta peronda polis yang pertama telah sampai. Diikuti 5 minit kemudian iaitu 3.00 kereta bomba yang pertama tiba di tempat kejadian. Berselang 5 minit lagi sampai pula jentera bomba yang kedua.
 13. Ahli bomba dari jentera kedua terus mengoyakkan dua pintu pada Pasaraya Sakan. Tidakan ini perlu dilakukan segera kerana kabakaran Tunas Manja Bera adalah kebakaran dalam bangunan. Bukan Kebakaran terbuka. Jika kebakaran terbuka, ramai orang akan perasan kerana api akan menjulang tinggi dengan asap yang berkepul-kepul.
 14. Deretan kedai Tunas Mnaja Bera adalah bangunan yang tertutup. Kebakaran dalam bangunan yang tertutup lebih bahaya dari kebakaran pada bangunan yang terbuka. Api hanya marak dalam bangunan sahaja. Hanya ada sedikit sahaja ruang untuk asap keluar. Bahagian dalam menjadi ruang ketuhar yang amat panas. Besi pun boleh cair.
 15. Jika terdapat sedikit sahaja oksigen yang menderu masuk dalam bangunan tersebut maka bangunan tersebut akan meletup keseluruhannya. Jika berlaku letupan tersebut, nyawa anggota bomba dan anggota polis yang bertugas berhampiran tempat kejadian akan terkorban. Malah hasil dari letupan tersebut akan memercikkan bunga-bunga api ke kawasan sekitar. Percikan bunga api tersebut boleh menyebabkan kawasan berhampiran pula terbakar. Kesudahannya kebakaran merebak ke bangunan lain.
16. Nasib baik tindakan pantas salah seorang anggota bomba memecahkan pintu Pasaraya Sakan telah menyebabkan asap boleh keluar dan tekanan dalam bangunan serta merta berkurangan. Kejadian letupan besar boleh dielakkan.

 17. Menurut Atan lagi, api yang berpunca dari belakang bangunan Tunas Manja Bera telah membakar kesemua bahagian belakang deretan bangunan Tunas Manja Bera. Setelah semua bahagian belakan terbakar barulah api tersebut mara kebahagian hadapan.
 18. Sampai satu peringkat semua rangka bahagian tengah bangunan telah hancur. Keadaan ini menyebabkan bumbung bahagian tengah runtuh. Akibatnya runtuhan bumbung tersebut menyebabkan tiang penyokong rangka tercabut dari tanah. Seterusnya menyebabkan dinding simen bahagian belakang bangunan telah pecah dan retak.
 19. Pihak saya datang merakamkan gambar kejadian bermula jam 8.48 pagi hingga 9.19 pagi.
 20. Semasa merakamkan gambar saya ditegur oleh polis supaya jangan melepasi garisan yang ditetapkan. Katanya lagi " .. nak buat apa ambil gambar, benda dan terbakar." Saya hanya diam sahaja, malas nak berhujan. Saya hanya memikirkan bagaimana nak rakamkan gambar api yang masih menyala sedang menghabiskan sisa-sisa bangunan Tunas Manja Bera dan rakan-rakannya.
 21. Setelah ditegur begitu saya terus ke kawasan Sekolah Bandar Kerayong untuk merakam kerja memadam api sebelah belakang bangunan. Kelihatan lima orang anggota bomba sedang memadamkan saki-baki api. Keadaan nampak tidak terkawal.
 22. Apabila saya kembali semula ke depan bangunan Tunas Manja Bera, orang dah makin ramai. Saya ditegur pula oleh bekas Guru Besar yang berbangsa cina. Kata cikgu tersebut, "Ambil gambar banyak-banyak, ini sejarah". Terus saya teringat kata Asmawi pemilik Asmawi Construction kata beliau "Inilah 'Hari Ini Dalam Sejarah' bagi penduduk daerah Bera.". Terus terasa bersemangat merakamkan sejarah kejadian ini supaya ada gambar-gambar kenangan untuk menjadi peringatan kepada masyarakat kita pada masa depan. (Kejadian lama: Rumah Terbakar)
 23. Pada lewat petangnya pula jentera berat dibawa masuk ke kawasan kejadian. Semua orang ingat kerja membersihkan kawasan akan dilakukan segera. Pantas sungguh Tunas Manja bertindak untuk membangunkan semula bangunan mereka yang baru sahaja terbakar. Cepat sungguh kerja siasatan. Rupanya jentera berat tersebut digunakan untuk membawa keluar dua buah peti besi yang besar. Dengan tiga kali hentak oleh backhoe peti besi tersebut terbuka. Enam bag dikeluarkan dalam keadaan selamat. Yang hangus hanyalah duit hari esok sebanyak RM300 yang ada dalam mesin wang di setiap kaunter.
24.Cerita orang: "Anak sedara kata, kalau nak beli kasut sekolah hitam yang murah segeralah ke Tunas Manja Bera. Maka sampailah kawan disini"
 25. Cerita orang; "Istimewa hari ini, di Tunas Manja Bera ada menjual ikan bakar, sotong bakar, kerang bakar, ayam bakar dan ketam bakar. Segera ke Tunas Manja"
 26. Cerita orang: "Malam tadi koi bermimpi. Lepas habis periksa STPM ini koi dapat kerja di Tunas Manja Bera. Laaaa! Hari ini datang tengok Tunas Manja dan terbakar. Tak dapat la koi kerja."
27. Cerita orang: "Lepas periksa STPM ni koi cadang nak kerja semula di kedai jual CD kat sebelah Tunas Manja Bera. Laaa! terbakar pulak. Kat mana lak koi nak keja?"

LINKS:
1. renex89.blogspot.com (tunas-manja-bera-musnah) - Ketua Polis Daerah Bera, DSP Zahid Mohamed Noor berkata, kebakaran pada 2.45 pagi itu disedari oleh anggota polis yang menjalankan rondaan di kawasan tersebut.
2. sinarharian.com.my (tunas-manja-kerayong-terbakar) - Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Triang, Manoharan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 3.21 pagi.
3. mohandin.blogspot.com (tak-ada-letrik-tunas-manja-bera-terbakar)
4. batutepijalan.blogspot.com (kebakaran-di-tunas-manja-bera)
5. adamfikri.com (aset-rm1-juta-hangus-pasaraya-pekan-kerayong)
6. aku-masihdisini.blogspot.com (terbakarnya-tunas-yang-manja)
7. miss-nadya.blogspot.com (selamat-sampai-dari-melaka)
8. sajanakcerita.blogspot.com (tunas-manja-kerayong-terbakar)

Cerita diatas telah diolah mengikut kreativiti Laman Pahang. Tak boleh nak kata cerita disini betul dan cerita disana tak tepat. Kita tak tahu perkara yang sebenar. Laman Pahang bukan penyiasat tetapi pengumpul cerita orang sahaja. Jadi yang ditulis disini adalah pandangan seseorang.