-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20200925

Wali keramat, wali negara, wali keluarga dan wali hakim.

salam;

untuk maklumam:

zaman kewalian telah pun tamat,
tiada lagi wali dari kelangan manusia nyata yang masih ada,
kecuali wali negara,
wali keluarga dan
wali hakim.

jangan salah faham dan terpengaruh dengan akuan manusia yang mengaku atau melebelkan kewalian kepada seseorang itu.

memanglah ada dalam kalangan manusia dimasa ini yang mendapat hikmah atau kesaktian atau keistimewaan yang di anugerahkan allah kepada mereka,sebaliknya mereka bukanlah dalam golongan wali,mereka hanyalah pemegang amanah pertugas serta pelapis,yang menjalankan tugas diatas muka bumi.

golongan para wali itu sekarang hanya berada dalam kalangan mereka yang ghaib sahaja,dan golongan para pemegang amanah pertugas serta perlapis itu pulok adalah kesinabungan dari para wali.dan mereka juga ada yang diberikan karahmah oleh allah.

makanya;ramai dalam golongan pemegang amanah pertugas dan pelapis ini yang tergelincir hati dan akal mereka. mereka kebanyakannya mengadap dunia dan tidak sepenuh hati mengadap akhirat,sebab itulah mereka tidak boleh di anggap sebagai wali.

inshaallah.
07:03

20200918

Disisih atau Tersisih

salam;

janganlah buat cerita pelik-pelik:[kalau tak tahu hujung pangkal]

yahudi itu adalah satu kaum yang terkeluar atau dikeluarkan[disisih atau tersisih] dari bani israil,seperti juga kaum nasrani disisihkan dari bani israil,dari sebab ingkar serta kufurnya mereka kepada allah dan rasul mereka.

kalau mengajar orang dengan kesalahan yang nyata menunjukkan mereka itu tak pernah ambik tahu dan tidak mengkaji dengan teliti ilmu sejarah.

inilah yang dikatakan dalam fekah; berdiam diri itu lebih baik dari bercakap banyak.

telajak perahu boleh diundurkan,telajak mulut padah akibatnya;melainkan mereka bertaubat dan tidak melakukan perbuatan yang mereka tak tahu hujung pangkal.

inshaallah.
11:38

20200917

Tok Ali, Tok Mohi, Tok Sahi, Tok Noh & Tok Safar

diriwayatkan beliau seorang ulamak & 

pedagang dari Riau . 


Kubur beliau 

di Kg Benta, Pekan . 


Ada 5 orang anak : 

Kg Budu :Tok Ali & Tok Mohi . 

Bentong : Tok Sahi 

Pekan : Tok Noh & Tok Safar


by rizal johari commented 

on "Mencari Keturunan Khatib Kampar"

on Sep 9, 2020

20200915

Aki Daud Merapoh Waris Syed Ismail Malim Dewa (Tok Kundur Pasir Putih Kelantan)

Menjejaki waris anak 

syed ismail malim dewa  (tok kundur pasir putih kelantan) 

yang di kenali sebagai aki daud di merapoh. 

Yang saya tahu anak tok kundur 

-syarifah bunga, 

-syarifah aminah dan 

-syarifah khatijah 

(1969 mendapat tauliah mengajar al Quran). 

Saya di beritahu oleh penduduk tempatan 

terdapat seorang anak lelaki tok kundur 

di kenali penduduk setempat 

aki daud. 

Zuriat tok kundur 

berada di sekitar kem tudm gong kedak besut


Mohamad syafiin ishak, Besut terengganu

By Putera semarak


20200914

Perkampungan Panglima Bagus dan Suji Bilang di Temerloh

Wednesday, 28 December 2016, Kuala Temerloh jadi pekan sibuk [SUMBER: ceritaartismalaysia]

Pemilik tanah, Salahhudin Majid menunjukkan salah satu makam atau kubur lama di dalam kawasan kebun kelapa sawitnya dipercayai milik Panglima Bagus.

PAHANG kaya dengan kepelbagaian nilai sejarah yang tersingkap di setiap daerahnya baik yang terus dipertahankan mahupun kian dilupakan. Mungkin ramai yang tahu kisah-kisah tokoh pahlawan Pahang seperti Mat Kilau, Tok Gajah dan Datuk Bahaman berdasarkan kisah-kisah yang dibukukan, namun ramai lagi pahlawan Pahang yang tidak didendang sedangkan jasa dan peranan mereka amat penting.

Begitu juga dengan tinggalan sejarah lain yang suatu ketika menjadi ‘rupa’ sebuah kehidupan masyarakat di negeri ini namun dek peredaran masa, sebahagiannya terpaksa ‘dikorbankan’ atas nama kemajuan.

Sejarah adalah kehidupan lalu yang sewajarnya dipertahankan dan didokumentasi untuk diwarisi bagi tatapan generasi selepas zamannya.

Tidak dinafikan ada usaha itu namun sayangnya banyak nilai sejarah yang sekadar dipertahankan pada lisan yang akhirnya terkubur begitu sahaja.

Bagi menyingkap sebahagian sejarah yang dilupakan ini, Skuad Sinar Harian: 

- Mohamad Feisal Mohamad Narawi (Temerloh), 

- Norhafizan Zulkifli (Jerantut), 

- Norfarhiza Mohd Atar (Lipis) dan 

- Fairus Mohd (Raub) 

menjejaki ‘sejarah’ yang ada di daerah masing-masing agar ia terus diingati dan dipertahankan oleh generasi muda.

Semuanya disebabkan kebijaksanaan Panglima Bagus.

Di beberapa perkampungan tradisional Melayu sekitar daerah ini khususnya di sepanjang Sungai Pahang ada beberapa kawasan perkuburan lama yang mana kebanyakan penduduk kampung itu sendiri tidak tahu sejak bila kewujudannya.

Di setiap perkuburan ini terdapat antara lima ke sepuluh buah sahaja kubur dan kebanyakannya terletak di dalam tanah milik penduduk kampung dan bukan seperti perkuburan sekarang ditempatkan di atas tanah yang digazetkan kerajaan.

Di Kampung Melayu lama seperti Badok, Berhala Gantang, Bangau Tanjung, Bangau Parit, Buntut Pulau dan beberapa perkampungan lama di Lanchang memang wujud tanah kubur lama ini.

Tinjauan Sinar Harian ke beberapa lokasi di sekitar daerah ini menemui beberapa kubur lama yang dikatakan penduduk setempat mempunyai keramatnya kerana ia milik beberapa alim ulama terkenal sekitar 1700.

Sungai Temerloh di Kuala Temerloh dekat Kampung Tanjung Batu menjadi lokasi penempatan Panglima Bagus sekitar 1700.

Salah satu kawasan perkuburan yang ditemui ialah di Kampung Bangau Parit yang mana sehingga hari ini tidak ada siapa yang tahu ia milik siapa.

Namun berdasarkan tinjauan pendapat dan kajian bersama penduduk tempatan serta pengkaji sejarah mengesyaki salah satu kubur di kampung itu milik Panglima Bagus.

Seorang pengkaji sejarah Zainal Abidin Lebai Hassan berkata, Panglima Bagus dilahirkan sekitar tahun 1700 adalah anak Datuk Matang di Perak.

Selepas beberapa persinggahan di Pekan dan Chenor tidak berkenaan di hatinya, Panglima Bagus kemudian singgah di Tanjung Keramat.

“Tanjung Keramat adalah sebuah kampung yang dibuka Datuk Suji Bilang, Tok Kaya di Temerloh pada awal 1700M,” katanya.

Zainal Abidin berkata, Suji Bilang atau nama sebenarnya Mohamad Abu Bakar adalah seorang lelaki yang bukan sahaja alim tetapi mempunyai kemahiran dalam ilmu persilatan.

Menurutnya, nenek moyang Suji Bilang bernikah dengan anak Tok Perkasa bangsawan Chenor dan kemudian tinggal di Mengkarak dan memegang gelaran Tok Mengkarak.

Zainal berkata, ketika memohon perkenan Batin Saridon untuk membuka perkampungan baharu di Tanjung Keramat, Suji Bilang dihalang oleh Batin Saridon iaitu ketua masyarakat Orang Asli yang tinggal di Gunung Senyum.

Menurutnya, Suji Bilang kemudian bertarung dengan Batin Saridon dengan ganjaran jika menang akan berkahwin dengan anak perempuan Batin Saridon dan mengislamkannya tetapi jika kalah Suji Bilang beredar.

Zainal Abidin berkata, berbalik kepada kisah Panglima Bagus, bangsawan itu kemudian meminta izin dari bapa mentuanya Datuk Suji Bilang untuk membuka kampung di satu kawasan berhampiran dengan Kampung Tebal dan Tanjung Batu.

Katanya, apabila diperkenankan oleh bapa mentuanya maka kampung tersebut dinamakan Kampung Kuala Temerloh.

Menurutnya, nama Temerloh diambil oleh beliau dari nama Temerloh yang terdapat di negeri Perak, dan kawasan di bawah tadbirannya  dinamakan mukim Perak.

Zainal Abidin berkata, oleh kerana kebijaksanaan Panglima Bagus, maka dalam masa yang singkat Kuala Temerloh menjadi sebuah pekan yang sibuk, akan tetapi oleh kerana pada masa itu orang Melayu dan Cina belum boleh duduk bersama kerana pegangan agama, maka orang-orang Cina membuka sebuah penempatan bagi tujuan berniaga di seberang sungai Pahang.

“Anak cucu Panglima Bagus kebanyakannya tinggal di Kampung Seberang Temerloh dan sebahagian mengikut Tok Shahibudin pengasas Kampung Berhala Gantang tinggal di Kampung Berhala Gantang.

“Di antara anak cucunya yang terkenal termasuklah Kadi Ibrahim Kadi Besar Pahang (1900), Kadi Ahmad iaitu Kadi Temerloh (1920) dan Tuan Guru Hasanuddin Mohammad (2005),” katanya yang banyak merujuk bahan sejarah melalui Syair Asikin dan orang-orang terdahulu.

'Kubur mungkin milik tokoh besar'

BAGI Tokoh Warisan Kebangsaan Orang Hidup dan Tokoh Lagu-Lagu Rakyat Profesor Datuk Aripin Said berkata, memang wujud banyak peninggalan kubur-kubur lama di daerah Temerloh.

Menurutnya, berdasarkan perkembangan Islam, penduduk, dan syair kemungkinan besar dua kubur yang yang dirujuk iaitu di Kampung Bangau Parit dan Tanjung Keramat adalah milik dua tokoh besar sekitar tahun 1600 dan 1700.

Menurutnya, di Pahang, tokoh-tokoh besar dahulu kala mempunyai pakej lengkap iaitu seorang ulama, pahlawan dan juga pujangga.

“Perkampungan Suji Bilang di Tanjung Keramat satu ketika dahulu sememangnya masyhur dengan pusat perkembangan agama hingga ia merebak ke beberapa perkampungan lain di kawasan sekitar.

“Tidak mustahil kubur yang ada di Tanjung Keramat adalah milik Suji Bilang dan tidak mustahil juga kubur lama di Kampung Bangau Parit adalah milik Panglima Bagus,” katanya.

Bagaimanapun Aripin yang juga bekas Pensyarah Pendidikan Bahasa dan Sastera di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, andaian yang diceritakan melalui orang lama dan syair itu perlu dikaji lebih mendalam oleh mereka yang berkemahiran.

Wednesday, 28 December 2016, Kuala Temerloh jadi pekan sibuk [SUMBER: ceritaartismalaysia]

20200911

Bersalahan dalam penyusunan keturunan

salam;

kesemua usul-usul dan pembentangan yang kami bentangkan bagi menerangkan salah faham salah tahunya fakta sejarah yang ada pada tuan puan dan mereka-mereka itu.[sebab itulah kami gunakan ilmu kias serta ilmu khilaf].

apabila kesalahan dalam penyusunan keturunan manusia disalah susun dan disalah bin atau bintinya,makanya; fakta sejarah akan turut salah. yang menyebabkan kekeliruan kepada manusia itu sendiri,dan tidak akan berjumpa punca kepada permasaalahan sebenar,selagi manusia itu tidak mahu mengenal diri dan tidak mahu mengenal allah.

kita kena kenal[wajib] diri dulu,barulah boleh menghurai lain-lain bab,dan dalam sejarah itulah bab mengenal diri,sebab sejarah itu menunjukkan arah keturunan atau datangnya diri kita yang sebenarnya.

makanya; keduanya perlu di susun dengan seiring serta serentak sejarahnya dan keturunannya,dan didalamnya akan jumpa bab-bab fekah adat adab,yang juga disebutkan sebagai ilmu kaji diri[mengenal diri dan mengenal allah].

barulah tak jadi manusia yang celupar.

inshaallah.

20200904

Kebanggaan dalam penyusunan keturunan diri

salam;

kami pernah sebutkan beberapa tahu dahulu:

TIADA kebanggaan pun dalam penyusunan keturunan diri kami.
kerana pada pengakhiran penyusunan keturunan, kami;
apabila di susur berketurunan serta susur sejarahnya,
akan sampai kepada allah.tempat punca datangnya diri kami.

orang-orang atau nama-nama yang ditemui oleh kami dalam fasa-fasa berketurunan itu hanyalah asbab dan sebab musabab kesenambungan kejadian ciptaan manusia dari permulaan sehingga kepada kami dan seterusnya kepada pengakhiran manusia itu sendiri nanti.

yang mana mereka-mereka itu telah lepas,dengan sebahagiannya berjaya,dan sebahagian lagi terkandas dalam cabaran dugaan diri mereka.

makanya; dengan itu pilihlah yang mana kita hendak; jadi berjaya atau jadi kandas.

inshaallah.
12:41

20200902

Mencari Keturunan Khatib Kampar

 rizal johari commented on "Versi Susunan Waris Pahang"

Aug 20, 2020

Assalamualaikum, 

saya mencari keturunan 

khatib kampar. 

Siapa ayah dan ibu nya