-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20190624

Ibarat anjing dengan orang tamak oleh Neguai

Ibarat anjing dengan bayang-bayang
atau orang tamak selalu rugi.

makanya tiada seorang pun
dari kalangan tuanpuan
yang melepasi urusan
pada ramadhan tahun ini.

ibadah yang tidak lengkap
dan tidak sempurna,
termasuklah kepada mereka-mereka itu
yang bertazkirah,
sama aje[dua kali lima,lima kali dua].
nampak macam betul.

bacanya betul,
dan buatnya betul,
sebaliknya tak sempurna,
maka,
urusan tuanpuan itu di bekukan
sehingga tuanpuan lengkapkan
dan sempurnakan hak yang tidak lengkap
dan tidak sempurna itu.

maka,
disebutkan kiasnya;
apabila terbitnya fajar
dari sebelah barat,
tiada lagi diterima taubat mereka.

ibadah tidak boleh dok main tiru-tiru,
ianya
kena ada ilmu
kena tahu dan faham,
apa yang kita buat,
dan apa yang dibuat.

membazir dan buang kederat aje
puasa dan bersolat teraweh bilang malam,
jadi macam burung pungguk
rindukan bulan,
beragan je lah.

kalau tuanpuan dan mereka-mereka itu
tak percaya
dengan apa yang kami bentangkan ini;
tuanpuan dan mereka-mereka
[yang memberi tazkirah]
itu boleh tanyakan sendiri
kepada rasulullah saw dan kepada allah.

macammana nak dapat lailatulqadar?,
kalau ibadah ramadhan pun
tak lengkap dan tak sempurna.

SUMBER
http://lamanpahang.blogspot.com/2019/04/penulis-pahang-sempena-bengkel-puisi.html

20190617

Melayu serta Jawi oleh Neguai

melayu serta jawi:

jangan bertelagah dalam isu ini
[melayu serta jawi].

dalam al quraan serta al sunnah,
memang dah ada menyebutkan hal ini,
bergaduh buat apa,
carilah duduk perkaranya dalam kias apa,
cerita keduanya bukannya diceritakan lurus.

siapa dianya atau
nama gelaran batang tubuh siapa,
keturunannya,
sejarahnya,
tinggal dianya dimana,
siapa isterinya
dan anaknya berapa orang,
dan lain-lain hal berkenaan dengannya;
semuanya ada di kiaskan
dalam al quraan serta al sunnah.

buat malu aje,
kelahi dalam kesamaran.

dan kisah atau apa sebab
tanah malaysia ini dahulunya dipanggil
tanah melayu dan tanah jawi,
juga ada kiasnya
dalam al quraan.
carilah elok-elok.

tak payah pakai kajian sains-sains lah
dan tak payah sampai
nak pecah kepala lah
dok buat kajian,
dalam al quraan serta al sunnah,
dah sebut dengan tepat dah kiasnya lah.

sebab itulah disuruh
berlajar ilmu adab dan ilmu adat
dan ilmu fekah;
[dalam kata lainnya ilmu tasawuh]
atau pun
[tertip serta tertil berilmu,
atau mendapatkan ilmu
atau mengambil ilmu].
[jangan menyeleweng].

bergitu juga dengan
halnya hang tuah.

inshaallah;
moga di pertunjukkan jalan yang lurus
kepada tuanpuan.
dari izin kebenaran allah.
inshaallah.

SUMBER
http://lamanpahang.blogspot.com/2019/04/penulis-pahang-sempena-bengkel-puisi.html

20190610

TOK GAJAH: RAKAN SEPERJUANGAN DAN ILMU PERSILATAN

Seawal zaman madrasahnya di Budu, Khatib Rasu dan rakan-rakan sebayanya mendapat bimbingan ayahandanya, Tok Shahrom dalam hal pencak silat Minangkabau. Apabila mencapai umur remaja, beliau terus diasuh bermain senjata seperti
-selundang,
-lembing,
-siwar/sewar,
-tumbuk lada,
-pedang
dengan berentap secara berdepan dengan musuh dan secara jauh.

Antara rakan kelompok sebaya Rasu ialah
-Yaman b. Sutan Mas,
-Jembang b. Hussein,
-Fakeh Garang,
-Mahmat Kelubi(@Hitam),
-Ahmad Burok Shaikh Khodim,
-Yusof,
-Samat dan lain-lain.

Imam Rasu dan adiknya Amin dan Arif sering berulang-alik ke pekan Lipis dan Penjom menjual hasilan hutan dan emas mentah kepada peraih Cina. Sebahagian emas mentah ditempa tukang emas di Lipis untuk dijadikan gelang tangan dan kaki, rantai dan kerongsang ibu dan keluarganya. Semasa ke Lipis ini juga, Imam Rasu berkawan rapat dengan
-Wan Daud dan
-Wan Embong anak
-Tok Raja Wan Idris.

Mereka sering berkongsi pendapat malah berbincang tentang perang Paderi dan perjuangan Iman Bonjol yang menentang Belanda di Sumatera.

Adakalanya mereka berlatih silat 'Sending Minangkabau' di bangsal silat di Lipis atau ke Kota Raja, Bukit Betong.

Semasa bermastautin di Pulau Tawar, Khatib Rasu yang dikenali sebagai Imam Perang Rasu oleh Bendahara Wan Ahmad, ada mengundang
-Pendekar Mat Aris dan
-Pendekar Sutan Juan
dari tanah Minangkabau, Sumatera untuk melatih anak-anak dan keluarganya ilmu pencak silat secara tertutup.

Pendekar Sutan Kari dan Bintang Terus
adalah antara pendekar–pendekar yang melatih
-Pendekar Endol bin Imam Nong,
-Pendekar Ahmad bin Tok Muda Abdullah
di Pulau Tawar, sebelum kemasukan British.

Mat Kilau, antara anaknya yang belajar ilmu pencak silat dari Dato’ Bahaman dan bapanya Tok Gajah.

Beliau juga belajar
-ilmu kebal,
-ilmu halimunan dan
-ilmu berjalan atas air.
Namun akibat peperangan dengan British meletus, ilmu berjalan atas air tidak sempat disempurnakan.

SUMBER
wzwh.blogspot.com

Apa Yang Terjadi oleh Neguai

Jangan lah jadi ibarat kata:
[si burung puchung
memohon kepada raja sulaiman
untuk mendapatkan];hajatnya[hati]
nak makan tujuh kali sehari,

dan apa yang terkeluar
dari mulutnya;
tuanku patik nak makan
tujuh hari sekali.

atau,kisah burung gagak,
yang berhajat menjadi cantik
seperti burung merak,
makanya apa yang terjadi kepada nya;
renungkan dan fikirkan.

atau, kisah sejarahnya azazil;
apa yang terjadi kepadanya.

atau,kisah sejarahnya abu lahab
dan isterinya;
apa yang terjadi kepada mereka.

atau,kisah sejarahnya kepada empat puluh orang
pemanah perang uhud;
apa yang terjadi kepada mereka.

SUMBER
http://lamanpahang.blogspot.com/2019/04/penulis-pahang-sempena-bengkel-puisi.html