PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.
Showing posts with label Tokoh Bahaman. Show all posts
Showing posts with label Tokoh Bahaman. Show all posts

20181203

KETURUNAN MUNAH BT DERUS

Hajjah Munah Bt Haji Derus Bin Tok Kaya Bahaman of Semantan
----------
Birthdate: estimated before 1938
Death:

Immediate Family:

Daughter of
Hj Derus b Dato Bahaman and
Cik Jar

Wife of
[Orang Kaya Indera Pahlawan] Engku Abdullah Al - Haj bin Engku Temenggong Mahmud

Mother of
[Orang Kaya Indera Pahlawan] Che Wan Abdul Aziz Bin Engku Abdullah; Engku Hj Hassan Bin OKIP Engku Hj Abdullah;
Hj. Wan Abdul Malik bin Che Wan Abdullah and
Che Wan Rokiah OKIP Che Wan Abdullah

Sister of
Dayang; Som and
Mohd Salleh

Managed by: Private User
Last Updated: December 5, 2016

KETURUNAN MUNAH BT DERUS (JALUR EMAK)
----------
Yang Chu
----------
Birthdate: estimated before 1936
Death:

Immediate Family:

Wife of
Hj Nus

Mother of
Hj Mat Tahar;
Cik Jar;
Hj Taeh and
Wek Jaharah

Managed by: Awang Sulong Ahmad
Last Updated: December 7, 2016

----------
Cik Jar
----------
Birthdate: estimated before 1938
Death:

Immediate Family:

Daughter of
Hj Nus and
Yang Chu

Wife of
Hj Derus b Dato Bahaman

Mother of
Hajjah Munah Bt Haji Derus Bin Tok Kaya Bahaman of Semantan;
Dayang; Som and
Mohd Salleh

Sister of
Hj Mat Tahar;
Hj Taeh and
Wek Jaharah

Managed by: Awang Sulong Ahmad
Last Updated: March 4, 2015

KETURUNAN MUNAH BT DERUS (JALUR AYAH)
----------
Hj Derus b Dato Bahaman
----------

Birthdate: estimated between 1829 and 1889
Death:

Immediate Family:

Son of
[Dato' Setia Pahlawan] Dato' Bahaman and
fatimah

Husband of Cik Jar

Father of
Hajjah Munah Bt Haji Derus Bin Tok Kaya Bahaman of Semantan;
Dayang; Som and
Mohd Salleh

Brother of
Wook bt Dato' Bahaman and
Umar bin Dato' Bahaman

Half brother of
Hajar Binti Dato Bahaman;
Mat Lela bin Dato' Bahaman;
Muhammad @ Penghulu Muhammad bin Dato' Bahaman;
Bedah bt Dato' Bahaman;
Hassan bin Dato' Bahaman
and 14 others

Managed by: Awang Sulong Ahmad
Last Updated: February 9, 2016
----------
Orang Kaya Semantan Abdul Rahman @Dato' Bahaman bin Tuanku Imam Nuh
----------
Birthdate: 1824 (153)
Birthplace: Bangkinang, Kampar Regency, Riau, Indonesia
Death: July 23, 1977 (153) Perkampungan Peramu, Kuantan, Pahang, Malaysia (OLD AGE)
Place of Burial:Pahang, Malaysia

Immediate Family:

Son of
Tunku Nong and
Tengku Esah bt Tengku Abdullah

Husband of
fatimah;
Syaripah Zainab haji kamaruddin;
Nik - Padang Tengku;
anak tok batin kalmak;
maimunah and 5 others

Father of
Hj Derus b Dato Bahaman;
Wook bt Dato' Bahaman;
Umar bin Dato' Bahaman;
Hajar Binti Dato Bahaman;
Mat Lela bin Dato' Bahaman
and 17 others

Brother of
Tok Muda Ishak tok noh omar;
anjang mah tok noh omar;
uda saayah tok noh omar;
juriah tok noh omar;
tok muda jusoh tok noh omar
and 4 others

Managed by: Private User
Last Updated: May 24, 2018


SUMBER
geni.com

20181101

Keluarga Orang Kaya Semantan Abdul Rahman @ Dato' Bahaman bin Tuanku Imam Nuh

INI DINAMAKAN SUSUNAN SAARI JERANGSANG.
Sila buat semakan untuk melihat susunan lain.
Sila buat pengesahan untuk menggunakan mana-mana susunan yang ada.

Birthdate: 1824 (153 years)
Birthplace: Bangkinang, Kampar Regency, Riau, Indonesia
Death: July 23, 1977 (153 years)
Perkampungan Peramu, Kuantan, Pahang, Malaysia (OLD AGE)
Place of Burial: Pahang, Malaysia

Immediate Family:
-Son of
Tunku Nong
and
Tengku Esah bt Tengku Abdullah

-Husband of
1. Fatimah;
2. Syaripah Zainab haji kamaruddin;
3. Nik - Padang Tengku;
4. Anak tok batin kalmak;
5. Maimunah
and 5 others

-Father of
1. Hj Derus b Dato Bahaman;
2. Wook bt Dato' Bahaman;
3. Umar bin Dato' Bahaman;
4. Hajar Binti Dato Bahaman;
5. Mat Lela bin Dato' Bahaman
and 17 others

-Brother of
1. Tok Muda Ishak tok noh omar;
2. Anjang Mah Tok Noh Omar;
3. Uda Saayah Tok Noh Omar;
4. Juriah Tok Noh Omar;
5. Tok Muda Jusoh tok noh omar
and 4 others

Managed by: Private User
Last Updated: May 24, 2018

[Dato' Setia Pahlawan] Dato' Bahaman's Timeline
1824 1824 Birth of Abdul Rahman Bangkinang, Kampar Regency, Riau, Indonesia
1977 July 23, 1977 Age 153 Death of Abdul Rahman at Perkampungan Peramu Kuantan, Pahang, Malaysia
--------------------
AYAH
--------------------
Tunku Nong
----------
Birth: Birth estimated between 1757 and 1817
Son of
Yamtuan Lenggang (Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan III) 1808-1824
and
Tunku Puan Ngah bt Yam Tuan Hitam

Husband of
Tengku Esah bt Tengku Abdullah

Father of
1. [Dato' Setia Pahlawan] Dato' Bahaman;
2. Tok Muda Ishak tok noh omar;
3. anjang mah tok noh omar;
4. uda saayah tok noh omar;
5. juriah tok noh omar
and 5 others

Brother of
1. Yamtuan Radin (IV) Ruling 1824 - 1861
2. and Y.A.M Tengku Imam Raja Lenggang (Yamtuan ke 5)

----------------------
IBU
----------------------
Tengku Esah bt Tengku Abdullah
----------
Birthdate: estimated between 1759 and 1819
Birthplace: Aceh, Indonesia
Death: Pahang, Malaysia

Immediate Family:
Daughter of Private

Wife of
Tunku Nong

Mother of
1. [Dato' Setia Pahlawan] Dato' Bahaman;
2. Tok Muda Ishak tok noh omar;
3. anjang mah tok noh omar;
4. uda saayah tok noh omar;
5. juriah tok noh omar
and 5 others

Managed by: Private User
Last Updated: May 24, 2018

Immediate Family

1. [Dato' Setia Pahlawan] Dato' Bah...
son

2. Tok Muda Ishak tok noh omar
son

3. anjang mah tok noh omar
daughter

4. uda saayah tok noh omar
daughter

5. juriah tok noh omar
daughter

6. tok muda jusoh tok noh omar
son

7. Tunku Muhammad Yaakob
son

8. Tunku Ibrahim
son

9. Tunku Maznah
daughter

10. Tunku Maimunah
daughter

-------------------------
ISTERI
-------------------------
(1) Fatimah
----------
Birthdate:estimated between 1794 and 1854
Death:

Immediate Family:

Wife of
[Dato' Setia Pahlawan] Dato' Bahaman

Mother of
[1] Hj Derus b Dato Bahaman;
[2] Wook bt Dato' Bahaman and
[3] Umar bin Dato' Bahaman

Managed by: Private User
Last Updated: December 4, 2014

-------------------------
(2) Syaripah Zainab Haji Kamaruddin
----------

Birthdate:estimated between 1794 and 1854
Death:

Immediate Family:

Wife of
[Dato' Setia Pahlawan] Dato' Bahaman

Mother of
[4] Hajar Binti Dato Bahaman and
[5] Mat Lela bin Dato' Bahaman

Managed by: Private User
Last Updated: February 9, 2016

----------------------------
(3) Nik - Padang Tengku
------------
Birthdate:estimated between 1794 and 1854
Death:

Immediate Family:

Wife of
[Dato' Setia Pahlawan] Dato' Bahaman

Mother of
[6] Muhammad @ Penghulu Muhammad bin Dato' Bahaman;
[7] Bedah bt Dato' Bahaman;
[8] Hassan bin Dato' Bahaman;
[9] Awang Bayan bin Dato'Bahaman and
[10] Yang Cik dato setia pahlawan abd rahman

Managed by: Private User
Last Updated: December 21, 2016

---------------------
(4) Anak Tok Batin Kalmak
----------
Birthdate:estimated between 1794 and 1854
Death:

Immediate Family:

Wife of
[Dato' Setia Pahlawan] Dato' Bahaman

Mother of
[  ]

Managed by: Private User
Last Updated: December 4, 2014

-------------------------
(5) Maimunah
----------
Birthdate:estimated between 1794 and 1854
Death:

Immediate Family:

Wife of
[Dato' Setia Pahlawan] Dato' Bahaman

Mother of
[11] Mat Lela "Kilat Senja" bin Dato Bahaman;
[12] Ahmad Dato Setia Pahlawan Abd Rahman;
[13] Muhammad Amin @ Dato' Maharaja Lela b Dato' Bahaman and
[14] Mamat Kelubi bin Dato' Bahaman

Managed by: Private User
Last Updated: December 4, 2014

--------------------------
SUMBER:
geni.com/Dato-Setia-Pahlawan-Dato-Bahaman

20150904

Anak dan bini Tok Bahaman

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

mat lela itu bukan anak bahaman.

mat lela dan panglima tujuh lapis [dua beradik,satu ayah,berlainan ibu],

mereka cucu kepada tok umar lubuk terua.[anak saudara benar bahaman]
bek yah itu adalah anak bidan besar@maharim+malim kuning,bini ke 2 bahaman,ibu kepada panglima perang weeh@yaakob.[pupu bahaman]

ayah bahaman,imam ngah@nuh berkhawin dengan rokiah, anak jaafar ali brunai@muhammad.

bini dan anak BAHAMAN

bini satu;
adik beradik kepada bini pertama wan ahmad[anak angkat bendahara ali pahang]salah seorang anaknya bernama orang kaya lela@orang berlapan pahang.

bini kedua;
bek yah binti malim kuning[pupu nya]salah seorang anaknya bernama panglima perang weeh@yaakob. ibrahim haji yaakob[presiden api tahun lima puluhan yang dikejar oleh inggeris dan melarikan diri ke indonisia]itu anak sulong panglima perang weeh@yaakob,

cucu bahamanlah.yang dibela oleh orang kaya lela@orang berlapan pahang[pak saudara benarnya].

bini ketiga;orang
   
Anonymous
on 12/16/14

20101112

Siapa Dato Bahaman (11) Cerita saya

Semasa mula-mula bermnat dengan cerita Tok Bahaman ini saya sekadar mendengar sahaja. Lama kelamaan saya mula berminat dengan lebih mendalam. Nak kata minat sangat tak juga. Pasal hingga kini saya tak berapa ingat nama isteri-isteri Tok Bahaman. Kalau nak ingat saya kena rujuk semula kepada tulisan yang saya sendiri telah tulis. Nama semua anak-anak Tok Bahaman pun saya tak ingat juga. Dari satu sudut, mungkin saya ni bukan orang sejarah. Tetapi orang yang suka mendengar cerita-cerita sejarah.

Cerita Tok Bahaman yang dapat dikutip dalam internet adalah berbalik-balik dan kebanyakannya serupa. Tak banyak cerita-cerita. Sebab tu kadang-kadang saya suka mendengar cerita-cerita lisan yang dicerita diluar internet.

Cerita 1
Antaranya, "Kalau awok nak tau, Tok Bahaman ni bukanlah besar sangat orangnya. Kecik amat. Kalau tengokkan saiz badannya tak ada langsung gaya pendekar. Tetapi Tok Bahaman adalah seorang yang berdada bidang".

"Kalau nak dibandingkan dengan Mat Kilau, Mat Kilau besar dan tinggi. memang ada gaya pahlawan. Kalau awok nak tengok rupa Mat Kilau, awok tengok Cik Wan Kamaluddin ni. Inilah gaya Mat Kilau. Inilah rupanya. Inilah tingginya."

Cerita 2
"Kalau awok nak dengar cerita pasal Bahaman atok boleh cerita. Kalau awok nak percaya, percayalah. Ini cerita pe-da-oah. Gini ceritanya, masa Jepun dulu aki biasa dengan Cikgu Jantan. Nama sebenar Cikgu Jantan ni Hussin. Cikgu Jantan ni anak Tok Bahaman. Atok biasa nengok Cikgu Jantan mimpin seorang tua. Oran tua ni sentiasa berkelubung. Atas pehanya selalu ada sebilah parang. Tak lama Cikgu Jantan menjaga orang tua ni. Aki rasa orang tua tu adalah Tok Bahaman. Kalau awok nak percaya, percayalah. Tapi inilah cerita pedoah."

Cerita 3 cerita saya.
Lama-lama dengan cerita Tok Bahaman ni, saya sampai satu tahap yang mana satu cerita sebenar Bahaman. Secara formulanya saya boleh kata gini:
A- 2 campur 2 adalah 4 (Bahaman)
B- 2 darab 2 juga 4 (Bahaman)
C- 4 campur 0 juga 4 (Bahaman)
D- 3 campur 1 juga 4 (Bahaman)

Angka 4 adalah Bahaman. Kalau kita guna formula A kita akan jumpa cerita Bahaman. Kalau kita guna formula B kita akan jumpa cerita Bahaman juga. Kalau kita guna formula C kita akan jumpa cerita Bahaman. Kalau kita guna formula D kita akan jumpa cerita Bahaman. Dah tu formula mana satu yang sebenarnya Tok Bahaman.

Banyak orang berani kata dia tau cerita sebenar Tok Bahaman. Tapi saya tak tau mana yang benar.

Tetapi saya terfikir semula. Apa yang sebenarnya kita nak dari Tok Bahaman. Ada orang nakkan ilmu parang terbang, nakkan ilmu selepang merah, nakkan cincin Bahaman, nakkan keris Bahaman, nakkan parang Bahaman dan macam-macam lagi hajat orang-orang kita jika berpeluang jumpa 'Bahaman'.

Betul ke, itulah bendanya yang Tok Bahaman nak berikan kepada kita anak cucu cicit dia?

Dari sudut yang amat berlainan pula, memang ada cerita yang orang boleh cerita pasal Tok Bahaman. Tetapi ada banyak cerita yang orang tak boleh cerita dan tak perlu ditulis tentang Tok Bahaman. Cukup sekadar 'siapa yang tau ... taulah yang tak tau, tak perlu tau'. Memang banyak misterinya Tok Bahaman ni. Teruskan mencari kepada sesiapa yang berminat dan kepada yang minatnya kurang padu mungkin cukup setaka ni aja.



kemaskini: 24.12.2010

20101111

Siapa Dato Bahaman (10) Tokoh 8: Encik Nazri Arkib

Diakhir program 'Jejak Bahaman' ini Encik Nazri dari Arkib telah mengambil kesempatan menerangkan tentang koleksi arkib yang masih tersorok. Kata beliau banyak gambar dan maklumat tentang Dato Bahaman akan dipamirkan kepada penduduk Pahang setelah bangunan Arkib cawangan Pahang siap. Ada antara gambar atau maklumat yang tersimpan tidak pernah dikeluarkan kepada orang ramai. Sama-samalah kita menunggu pembukaan bangunan baru Arkib Cawangan Pahang.
02
01

20101109

Siapa Dato Bahaman (9) Tokoh 7: Encik Bahrin

Encik Bahrin kata dia sebenarnya tidak dijemput secara rasmi ke program ini. Dek kerana minat, dia datang juga dari Temerloh. Beliau memperkenalkan diri beliau sebagai Bahrin cucu Mat Kilau anak Nilam Sari. Beliau membawa bersama buku lama tentang Mat Kilau.
08
Encik Baharin telah mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit pendapat tentang Tok Bahaman. Encik Baharin yakin Tok Guru Peramu adalah Tok Bahaman. keyakinan beliau adalah berasaskan kepada kemunculan Mat Kilau pada masa yang hampir sama.
07
Kata Encik Bahrin lagi, Mat Kilau sendiri pernah mengaku bahawa Tok Guru Peramu tulah Tok Bahaman. Kalau ada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang pengakuan Mat Kilau (apa, siapa, dimana, bila, kenapa dan bagaimana) kena buat kajian lanjut. Saya hanya menulis sedikit cerita tentang 'apa yang orang cerita'. Bukan nak minta orang percaya tetapi nak cerita tentang apa yang orang kita cerita.
06
Saya pernah berkunjung ke Kubur Mat Kilau di Durian Tawar Jerantut. Untuk melihat anda boleh klik links berikut:
1. jerantut-kubur-mat-kilau-f
2. jerantut-kubur-mat-kilau-e
3. jerantut-kubur-mat-kilau-d
4. jerantut-kubur-mat-kilau-b2
5. jerantut-kubur-mat-kilau-b1
6. jerantut-kubur-mat-kilau-b3
7. jerantut-kubur-mat-kilau
05
04
03
02
01
LINKS MAT KILAU:
1. sirnik.blogspot.com - Mat Kilau: Kemunculan Paling Menggemparkan Negara
2. pewira79.wordpress.com - KISAH PERJUANGAN MAT KILAU…..
3. tempur363.multiply.com - MAT KILAU B. IMAM RASU
4. abuikhwan.blogspot.com - Wira yang tak didendang..??
5. www.utusan.com.my - Bangunkan Pulau Tawar sesegar nama Mat Kilau, Tok Gajah
6. parlimen81.blogspot.com - Bangunkan Pulau Tawar sesegar nama Mat Kilau, Tok Gajah
7. abdullatip.blogspot.com - JEJAK MAT KILAU DI PULAU TAWAR - TERBUANG TAPI TERBILANG
8. anokpahang.blogspot.com - Pahlawan Mat Kilau
9. wzwh.blogspot.com - Waris Keturunan Mat Kilau dan Pawang Nong ( WAPS ) oleh Wan Zamzuri Wan Hasenan AMP


LINKS BUKU MAT KILAU
1. Sumpah Pulau Tawar - Zailiani Taslim
2. Sejarah politik Pahang, 1880-1935 - Aruna Gopinath
3. Tradisi persejarahan Pahang Darul Makmur, 1800-1930 - Yusoff Iskandar, Aruna Gopinath

kemaskini: 10.11.2010

20101107

Siapa Dato Bahaman (8) Tokoh 6: Haji Azahar Rahman

Seterusnya tibalah pula giliran Encik Azahar. Cerita yang diceritakan oleh Encik Azahar makin lain dan makin unik jadinya tentang siapakah diri Dato Bahaman Pahlawan Pahang.

Beliau berpendapat Dato Bahaman berasal daripada Negeri Sembilan. Nama asal Dato Bahaman semasa di Negeri Sembilan adalah Tengku Abdul Rahman Alam Shah. Semasa di Negeri Sembilan beliau diberi gelaran Datuk Siamang Gagap. Beliau telah melarikan diri ke Pahang dan menggunakan nama Dato Bahaman.

Pada kajian Encik Azahar Datuk Siamang Gagap = Tok Guru Peramu = Dato Bahaman. Pernah suatu ketika ada rombongan dari Negeri Sembilan datang ke Pahang hendak membawa balik Tok Guru Peramu ke Negeri Sembilan.
03
02
01

LINKS
1. http://abdullatip.blogspot.com/2010/07/menjejak-makam-datuk-siamang-gagap.html

2. http://hazis.wordpress.com/salasilah-sultan-pahang/

3. http://ceritakosong.blogspot.com/2010/08/puasa-10-nogori-somilan.html

20101105

Siapa Dato Bahaman (7) Tokoh 5: Mocktar Baginda

Haji Mokhtar Baginda adalah Bekas Setiausaha Akhbar Dato Najib semasa menjadi Menteri Besar Pahang. Tentu saya akan mendengar suatu yang menarik daripada seorang bekas setiausaha akhbar Menteri Besar Pahang.

Apa yang lebih lebih menarik adalah tentang Haji Mokhtar Baginda adalah apabila beliau bercerita tentang pengalaman beliau memulakan usaha kearah perundingan damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dan Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah ditandatangani di Hotel Gardens Haadyai pada 2 Disember 1989.

Rupanya Haji Mokhtar Baginda adalah orang yang sama dalam cerita "MOKHTAR BAGINDA HERO TIDAK DIDENDANG LAGI TERPINGGIR ". Abdullah C.D yang menjadi Pemimpin Rejimen Ke 10 PKM telah menulis dalam bukunya yang bertajuk 'Perang Anti-British dan Perdamaian' ada menyatakan peranan terbitan Nan Dao Publisher Hong Kong 1998 dipetik sebagai Haji Mokhtar Baginda sebagai perintis perjanjian damai ini.
04
(pada 25.01.2011 gambar ini telah diedit semula kerana gambar ini tidak boleh dikongsi)

Kali ini saya berpeluang mendengar sendiri daripada Haji Mokhtar Baginda. Mungkin tidak ketara rasa terkilan pada diri Haji Mokhtar Baginda apabila namanya tidak muncul dalam sejarah perundingan damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dan Parti Komunis Malaya (PKM) di Hotel Gardens Haadyai pada 1989.
03
(pada 25.01.2011 gambar ini telah diedit semula kerana gambar ini tidak boleh dikongsi)

Berbalik semula kepada cerita Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Cerita Haji Mokhtar Baginda lagi, beliau ada berjumpa dengan satu keturunan di Thailand yang berasal dari keturunan Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Dirumah-rumah keturunan tersebut ada gambar Mr. Bahaman. Haji Mokhtar Baginda yakin ini adalah Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Setelah Dato Bahaman melarikan diri ke Siam, beliau terus menetap disana. Bekerja sebagai penangkap gajah untuk raja Siam juga berkahwin dengan orang Siam.
02
(pada 25.01.2011 gambar ini telah diedit semula kerana gambar ini tidak boleh dikongsi)

Bahaman akhirnya meninggal dunia di Siam. Dibakar menurut adat istiadat hindu. Sampai takat 'dibakar menurut istiadat hindu' saya terus tergaman kerana tidak pernah mendengar cerita ini. Sebagai kesimpulannya sudah tentu Tok Guru Peramu Bukan Dato Bahaman.
01
(pada 25.01.2011 gambar ini telah diedit semula kerana gambar ini tidak boleh dikongsi)

LINKS
1. http://amirhamzah64-segalanyamungkin.blogspot.com/2009/08/wira-yang-terpinggir.html
2. http://wanangsari.blogspot.com/2009/08/mokhtar-baginda-wira-negara-yang.html
3. http://lanailestari.blogspot.com/2009/06/tun-ghaffar-bersedia-terima-pkm.html
4. http://thekedaihitamputih.blogspot.com/2010/08/buku-sejarah-dan-perjuangan-kemerdekaan.html (Penulis: Abu Samah Mohd Kassim)

20101103

Siapa Dato Bahaman (6) Tokoh 4: Encik Alang

Encik Alang mulanya memulakan ceritanya di bangku penonton, sebagai menghormati orang lama beliau telah diminta kedepan untuk bercerita. Encik Alang telah bercerita tentang isteri-isteri dan anak-anak Dato Bahaman


1. Cik Mukut, anak angkat Tun Ali adalah isteri pertama Dato Bahaman. Bersama Cik Mukut Dato Bahaman telah mendapat anak yang dinamakan:
•Idrus (Tok Muda Haji )
•Mat Lela (Tok Muda )
•Siti Hajar
•Matebah.

[Cik Mukut anak Cina Taicu yang menjadi anak angkat Bendahara Ali] [Rujuk]

2. Perkahwinan Dato Bahaman seterusnya adalah dengan orang Kampung Penjom, Raub yang bernama Cik Nik. Bersama Cik Nik Dato Bahaman mendapat:
•Yang Saadiah
•Muhammad (Penghulu Semantan)
•Teh
•Awang Ahmad (Penghulu Padang Tengku)

Ada sumber menyatakan Cik Nik ini adalah anak orang Tembeling Jerantut. Cik Nik ini adalah anak Encik Buang dan ini menjadikan nama penuh isteri kedua Dato Bahaman adalah Cik Nik binti Cik Buang.

3. Perkahwinan Dato Bahaman dengan anak orang Rawa bernama Cik Bai’yah Binti Malim Kuning telah melahirkan:
•Yang Ba’lah
•Cik Awang Perang
•Sa’idah

4. Perkahwinan Dato Bahaman berikutnya adalah dengan Yang Burbah, anak Tok Setia Lela Kerdau. Melalui perkahwinan ini mereka mendapat seorang anak bernama:
Jantan (Mat Hussin b. Bahaman)

5. Dato Bahaman juga pernah berkahwin dengan orang Kelang dari Permatang Pasir bernama Yang Chik binti Aman. Encik Alang menceritakan lagi bahawa perkahwinan dengan orang Kelang ini tidak dikurniakan anak. Tetapi ada cerita yang mengatakan mereka sempat mempunyai seorang anak tetapi anak tersebut meninggal dunia sebelum sempat besar.

Sebagai kesimpulan pembentangan Encik Alang, "Saya yakin Tok Peramu bukan Bahaman".
03
Isteri-isteri Datuk Bahaman adalah: Cik Mukut, Cik Nik binti Encik Buang, Cik Bai’yah Binti Malim Kuning, Yang Burbah binti Tok Setia Lela Kerdau, Yang Chik binti Aman.
02
•Idrus (Tok Muda Haji ) •Mat Lela (Tok Muda ) •Siti Hajar•Matebah.•Yang Saadiah •Muhammad (Penghulu Semantan)•Teh •Awang Ahmad (Penghulu Padang Tengku)•Yang Ba’lah •Cik Awang Perang •Sa’idah•Jantan 
01

INI DINAMAKAN SUSUNAN ALANG.
Sila buat semakan untuk melihat susunan lain.
Sila buat pengesahan untuk menggunakan mana-mana susunan yang ada.

20101030

Siapa Dato Bahaman (5) Tokoh 3: Daeng Ramli Akil

Tokoh seterusnya adalah Daeng Ramli Muhammad Akil atau lebih dikenali sebagai Daeng Ramliakil. Beliau mengaku bahawa beliau bukan orang dalam bidang sejarah. Tetapi minat dalam bidang sejarah menyebabkan beliau berminat dengan Dato Bahaman Pahlawan Pahang.
04
Beliau berpendapat Dato Bahaman Pahlawan Pahang adalah pejuang Fisabilillah. Dato Bahaman berjuang kerana agama. Dato Bahaman adalah pejuang Fisabilillah kerana perjuangannya menantang penjajah yang kafir yang hendak menawan Negeri Pahang.

Tok Gajah, Mat Kilau dan Dato Bahaman adalah Pejuang Fisabilillah(Tok Ku Paloh telah menyeru pahlawan-pahlawan itu melancarkan perang jihad)
03
Selain itu Daeng Ramliaki ada juga menyebut bahawa pejuang Islam akan mati dan hidup kembali tetapi bertukar nama.
02
Ada juga disebut bahawa mereka ini ada bersumpah dekat busut jantan di Kampung Mat Daling.
01
Akhir sekali beliau tidak dapat nak tegaskan bahawa Tok Guru Peramu adalah Dato Bahaman.

LINKS
1. http://daengramliakil.blogspot.com/
2. http://penaklmalaysia.blogspot.com/2010/01/baca-puisi-pena-8-januari-2009.html
3. http://penaklmalaysia.blogspot.com/2009/11/baca-puisi-bukti-perpaduan-5-jun-2009.html
4. http://praharaseni.blogspot.com/2002/02/kembara-puisi-pahang-meriah.html
5. http://sasterapicisan.blogspot.com/2010/10/benar-kata-daeng-ramliakil.html
6. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pelukis-melukis-syaitan/Article/index_html

20101028

Siapa Dato Bahaman (4) Tokoh 2: Zainuddin Jumaat

Tokoh yang kedua semasa program 'Jejak Bahaman' Pahlawan Pahang ini adalah Dato Haji Zainuddin b Haji Jumaat. Beliau adalah bekas ADUN Penor dan sekarang orang kuat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang serta DPMP Pahang dan Kuantan.

Pembentangan beliau banyak difokuskan pada, adakah Dato Bahaman adalah Tok Guru Peramu?
03
Dato Haji Zainuddin b Haji Jumaat ada menulis kepada Prof Datuk Khoo Khay Kim. Surat tersebut bertanyakan tentang cara nak dapatkan pengesahan siapakah Tok Guru Peramu. Prof Datuk Khoo Khay Kim menjawab surat Dato Haji Zainuddin b Haji Jumaat pada 8 Mac 1976. Antara jawapan Prof Datuk Khoo Khay Kim kepada Dato Haji Zainuddin b Haji Jumaat adalah:
- Orang yang mengaku perlu diasingkan segera daripada masyarakat.
- Tidak benarkan sesiapa membantu beliau
- Paling penting perlu ada orang yang mengaku.
02
Dari segi fakta sejarah, kita tidak boleh mengatakan Tok Guru Peramu adalah Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Mungkin ada niat atau perjanjian bahawa dengan sesiapa bahawa Tok Guru Peramu tidak boleh mengaku dirinya sebagai Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Tetapi niat itu tidak membolehkan kita membuat pengesahan bahawa adalah benar bahawa Tok Guru Peramu adalah Dato Bahaman Pahlawan Pahang.
01
Dato Haji Zainuddin b Haji Jumaat ada membuat lawatan dan perjumpaan dengan Tok Guru Peramu. Bukan semata-mata untuk meminta supaya Tok Guru Peramu mengaku bahawa beliau adalah Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Dato Haji Zainuddin b Haji Jumaat akan bertanyakan soalan yang mampunyai kaitan dengan cerita-cerita yang berkaitan dengan Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Tetapi apa yang ditanya lain yang dijawab.

Antara jawapan yang diberikan oleh Tok Guru Peramu kepada Dato Zainuddin Jumaat adalah:
-Batu sawar Kuala Kedah
-Mengeja mengaji angkat sembahyang
-Batu Bara Kuala Belah
-Kerusi kayu
-Kitab 18 buah keris 18 bilah

Secara rasminya dari sudut sejarah Dato Zainuddin Jumaat boleh mengatakan bahawa Tok Guru Peramu BUKAN Dato Bahaman Pahlawan Pahang.

Link
1. http://ms-my.facebook.com/people/Zainuddin-Jumaat/100000653766907
2. http://dpmpkuantan.blogspot.com/
3. http://asia.groups.yahoo.com/group/dewan_persuratan_melayu_pahang/

20101026

Siapa Dato Bahaman (3) Tokoh 1:Noriah Sulung

Pembentang pertama adalah Puan Noriah bt Sulung, beliau membentangkan kajian ilmiah yang dilakukan tentang tulisan-tulisan yang berkaitan dengan Dato Bahaman Pahlawan Pahang.

Kata beliau, "Cliford ada anak angkat bernama Mariam yang dibela kerana ibunya telah ditembak oleh askar Sheikh ketika mereka mengejar Dato Bahaman di Kuala Tembeling.
03
Beliau ada juga menyebut nama-nama yang berkaitan dengan keturunan Dato Bahaman iaitu:
- Salahudin
- Nilam Sari
- Raja Hamzah
- Cik Supian Salahuddin
02
Berdasarkan bahan-bahan kajian beliau, Puan Noraini berpendapat Tok Guru Peramu Bukan Dato Bahaman.
01

20101024

Siapa Dato Bahaman (2) Ahli Panel

Inilah gambar barisan ahli panel yang membuat pembentangan tentang 'Jejak Bahaman' Pahlawan Pahang..
02

-Encik Daeng Ramli Akil
-Puan Noriah bt Sulong
-Dato' Haji Zainuddin b Haji Jumaat
-Encik Zainuddin b Azahari
01
Ketika saya sampai pada jam 10.36 pagi, Puan Noriah bt Sulong sedang membuat pembentangan. Apa yang dibentangkan sebelumnya saya tak sempat nak bertanya kepada orang lain.

20101022

Siapa Dato Bahaman (1) Penonton

Pada 8.7.2010 telah diadakan satu program Pengkisahan Sejarah tentang Dato Bahaman. Tokoh yang dijemput memberikan ceramah sudah tentu orang-orang lama. Manakala penonton yang mendengarnya pula juga orang-orang lama ada yang lebih lama makan garam daripada penceramah. Orang-orang muda yang kelihatan adalah kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Ini kerana kebetulannya program yang dinamakan 'Jejak Bahaman' ini diadakan di Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
06
Saya ni, walaupun tak dijemput tetapi amat berminat untuk turut hadir bagi meramaikan penonton. Bukan pasal nak makan. Tak makan pun makanan yang dihidangkan. Tengok pun tidak. Perkara yang paling penting saya nak rakamkan gambar-gambar orang-orang lama yang hadir pada hari ini. Supaya saya boleh kenal. Juga supaya pembaca Laman Pahang boleh kenal. Kerana mereka yang hadir adalah mereka yang berminat dengan cerita Dato Bahaman.
05
Saya datang pun dah lewat. Program dah pun bermula. Seorang penceramah sedang menceritakan pengalaman beliau. Pandang kiri dan pandang kanan, saya nampak seorang dua yang saya kenal. Dengan alasan ada orang yang saya kenal, saya terus masuk dan duduk. Masuk pun ikut pintu belakang dan duduk pun kat belakang.
04
Sebelum menghadiri program ini saya rasa saya mempunyai sedikit sebanyak pengatahuan tentang Datuk Bahaman. Dalam program ini orang-orang lama telah bercerita tentang pelbagai perkara berkaitan dengan Dato Bahaman Pahlawan Pahang. Baru sedikit cerita yang saya dengan saya dapat rasakan bahawa 'rupanya banyak sangat yang saya tak tau'.
03
Memang betul ... makin lama saya rasa pengatahuan yang saya ada tentang Dato Bahaman makin kecil dan makin tak berguna untuk orang lain. Semua orang bercerita tentang perkara yang kemungkinan orang lain tak tau. Memang betul sekali lagi ... banyak sangat yang saya tak tau.
02
Jangan kata nak bercerita tentang Jejak Dato Bahaman, malah lebih teruk lagi, saya tak boleh nak ceritakan semula pada orang lain siapa sebenarnya Dato Bahaman. Asal usul Dato Bahaman ada beberapa cerita. Kesudahannya (meninggalnya) pun ada beberapa cerita.
01
Saya tak layak untuk berkata tentang pendapat atau pengatahuan saya tentang Dato Bahaman. Kerana apa yang saya tahu amat amat amat sedikit. Apa yang boleh saya ceritakan adalah cerita-cerita orang lama. Semuanya yakin dengan cerita masing-masing. Bagi saya pula .. saya yakin mereka yakin dengan cerita mereka. Saya dengar ajalah. Jangan pandai-pandai nak beri pendapat.