Inilah gelombang yang telah muncul iaitu gelombang murtad. Bukan macam tsunami yang boleh nampak dari jauh. Yang boleh dilihat kesan kemusnahan dan kesedihan. Bukan macam banjir yang tengelamkan semua benda yang dia harung. Yang boleh dilihat kesannya selut dan lecah. Bukan macam ribut taufan yang memutarkan semua benda dilaluannya.Yang boleh dilihat kesannya tiang dan tunggul. Gelombang murtad akan datang merayap macam semut hitam atas batu hitam diwaktu malam yang gelap gulita.
Apakah yang menyebabkan kita lalai mengesan gelombang ini.
Siapakah yang mampu menghadapi gelombang ini.
Kenapakah kita biarkan gelombang ini.
Berapa lamakan gelombang ini merayap.
Bagaimanakah untuk hadapi atau elakkan dari gelombang ini.
Kita sebenar sedar dan telah diingatkan sejak sekian lama. Teapi dikalangan kita yang bertugas menyelewengkan cerita-cerita kehebatan Islam dizaman dahulu. Cerita tersebut digunakan untuk mengerakkan puak islam supaya berlawan dengan puak islam yang lain. Supaya dua puak yang berlawan boleh dikawal.
Dahulu tentera salib kalah dengan Orang Islam kerana mereka menyerang kita dengan pedang. Sekarang mereka menang kerana mereka 'menyerang' akidah kita.
Dahulu tentera salib kalah dengan kita kerana Orang Islam berperang untuk mati syahid. Zaman sekarang Orang Islam kalah kerana kita 'berperang' sesama sendiri untuk hidup senang lenang.
Dahulu gelombang 'tentera salib' merayap keseluruh dunia untuk menjajah amalan kita, akidah kita, akhlak kita, adap kita dan akal kita. Setelah 5A tersebut dijajah dan dirosakkan, mereka tingalkan kita untuk terus menjajah sesama sendiri.
Sekarang kita perlu tukar strategi, kita perlu memahami secara lebih IKHLAS tentang Allah, Adam, Ahmad dan Aku. Untuk memahaminya kita perlu sandarkan pada satu-satunya 'KITAB YANG TIADA KERAGUAN PADANYA'. Manakala kitab-kitab lain dijadikan sandaran kepadaNYA.
Kita perlukan menyusun semula dasar kita berkaitan MASJID, MUAMALAT, MUAFAKAT. Kita jangan gunakan tiga perkara ini untuk umpat, keji, caci, kutuk, hina, sindir, kaya, tindas, puja dan puji sesama kita. Kerana apabila dua puak islam bergaduh, akan hasilkan PUAK YANG KETIGA yang akan menjadi 'Semut Hitam Di Batu Hitam Pada Malam Gelap Gulita'.
Kita perlu gunakan keadah SEDEKAH. Jika dilihat dari sudut MUAFAKAT, ia memberi impak yang besar apabila kita sentiasa sedekahkan senyuman. Jika dilihat dari sudut MUAMALAT, ia bertentangan dengan prinsip ekonomi kapitalis apabila kita sentiasa bersedekah dalam perniagaan. Jika dilihat dari sudut MASJID, ia menjadi tempat terhimpunnya SEDEKAH MUAMALAH dan SEDEKAH MUAFAKAT. Tetapi jangan terbitkan PUAK YANG KETIGA dalam MASJID.
Pihak 'tentera salib' ada bermacam institusi yang digunakan untuk mengerakkan gelombang 'Semut Hitam Di Batu Hitam Pada Malam Hitan Pekat' ini. Pada masa yang sama, kita juga mempunyai ramai pelajar-pelajar madrasah yang sudah IKHLAS. Biarkan mereka ini yang jadi DURI DALAM DAGING terhadap institusi 'tentera salib' ini.
Atau pelajar ini tubuhkan NGO yang mempunyai tujuan kebajikan dan kemasyarakatan. Yang IKHLAS dalam tujuannya. Bukan untuk berpuak-puak. Biar kewujudannya tidak dinanti dan tidak ditakuti. Bergeraknya macam 'Semut Hitam Di Batu Hitam Pada Malam Hitam Pekat'. Tidak disedari dan dihiraukan oleh 'tentera salib'.
Perkara yang akan diserapkan dan diterapkan adalah ANTI SEKULARISMA. Semua perkara MESTI dikiaskan kepada YANG MAHA ESA. Evolusi akan menghasilkan Revolusi.
Kalau dahulu mereka rancang supaya selalu berlaku revolusi dalam puak-puak bangsa kita. Nanti dalam puak-puak mereka akan berkembang evolusi mencari YANG MAHA ESA. Jika 'ulamak mereka' gagal memberikan jawapan yang IKHLAS maka puak-puak mereka akan melakukan Revolusi menuntut jawapan.
Tetapi bagaimana kita hendak pastikan 'SENJATA TIDAK MAKAN TUAN'. Keadah yang sama digunakan oleh mereka. Mempopularkan maksiat. Kita biarkan maksiat ini berterusan TETAPI dikalangan 'tentera salib' sahaja. Kita difinasikan semula MAKAN, MINUM, MAKSIAT, MUZIK.
Kita gunakan JOM KURUS JOM SIHAT. Element ini telah sedia ada dalam masyarakat kita. Tetapi tidak dikaitkan dengan JOM NGAJI JOM PUASA. Pertalian IKHLAS antara JOM KURUS JOM SIHAT dengan JOM NGAJI JOM PUASA perlu dibuat tafsiran semula. Jika disusun dengan rapi dan IKHLAS program ini boleh menarik minat pelbagai puak dan kaum.
Kita tidak perlu ramai untuk bermula. Boleh bermula dengan diri sendiri. Kalau masih tidak faham juga, sama-sama kita rujuk 'KITAB YANG TIADA KERAGUAN PADANYA'.
Marilah kita berpegang pada ISLAM ADALAH AGAMAKU.Janganlah terpesong dengan:
Islam adalah ..........ku
Islam adalah ..........ku
Islam adalah ..........ku
Akhir sekali carilah buku dan ilmu di perpustakaan awam. Mungkin situlah tempat memulakan kajian untuk kita mengenal ilmu sebelum kita mula mencari ilmu. Moga Allah SWT berikan hidayah yang berterusan kepada kita.
