PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.
Showing posts with label Program Basikal. Show all posts
Showing posts with label Program Basikal. Show all posts

20111004

Berbasikal Waktu Malam (Night Ride) 28.10.2011 - Telok Cempedak



Tarikh: 28hb Oktober 2011
Masa: 8.30 malam hingga 10.30 malam
Tempat Mula/Tamat: Dataran Telok Cempedak, Kuantan, Pahang, Malaysia.

Laluan:
Telok Cempedak - Taman Gelora - Jalan Telok Sisik - Pusat Penerangan Pelancongan (hadapan Kompleks Teruntum) - Jalan mahkota - Jalan Telok Sisik - Telok Cempedak

Syarat Penyertaan:
- Terbuka kepada semua peringkat umur
- Terbuka untuk semua jenis basikal ( Cross Country Mountain Bikes, Hardtail Mountain Bikes , Full-Suspension Mountain Bikes , Trail Mountain Bikes, Downhill Mountain Bikes, Freeride Mountain Bikes, Dirt Jump Mountain Bikes, 29ers mountainbike, rode bike, fixie bike, bmx, touring bike, folding bike, Touring bicycles, Hybrid bicycles, Trekking bike, Cross bike, Commuter bike, City bike, Comfort bike, Flat bar road bikes, Utility bicycles, Freight bicycles, Messenger bikes, Time trial bicycles,Triathlon, Track bicycles, Cyclo-cross bicycles, Cruiser bicycles, Cycle rickshaws, Motorized bicycle, electric bicycle, dan lain-lain)
- Atlet negeri dan negara juga dijemput menyertai
- Penyertaan dari agensi dan jabatan kerajaan negeri dijemput.
- Sasaran penyertaan 150 hingga 250 orang.

Beat My Time - Telok Cempedak Downhill Challenge 2011


Tarikh: 27hb hingga 30hb Oktober 2011
Tempat: Trek Downhill Bukit Pelindung
Masa: 10.00 pagi hingga 6.00 petang

Jarak: 1.3 km

Kategori:
1. Elit - pelumba negara atau yang ada rangking UCI
2. Open - semua peringkat umur kecuali elit
3. Master A - 30 tahun hingga 39 tahun
4. Master B - berumur 40 tahun ke atas
5. Zero 2 Five - basikal hardtail yang mempunyai travel 5 inci kebawah
6. Junior - berumur 18 tahun kebawah

Aturcara:
27hb. Oktober 2011
-pendaftaran dan latihan bebas

28hb Oktober 2011
-mengambil goodie dan latahin rasmi.

29hb Oktober 2011
-latihan pagi dan pra kelayakan

30hb Oktober 2011
-perlumbaan akhir dan penyampaian hadiah

Yuran pendaftaran:
-RM60.00

Tarikh Pendaftaran:
-01 Julai 2011 hingga 29 Oktober 2011

Pendaftaran online.

Kerjasama:
Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan, Tourisam malaysia pahang, Perbadangan kemajuan Bukit fraser (Tourisam Pahang), Pejabat Hutan Daerah Kuantan, Jabatan Belia dan Sukan Daerah Kuantan, Ibupejabat Polis Kuantan, JPA3, PERHILITAN dan Persatuan Lumba Basikal Negeri Pahang.

Acara sampingan:
1. Kayuhan Malam (Night Ride)
Tarikh: 28hb Oktober 2011
Masa: 8.30 malam hingga 10.30 malam
Tempat Mula/Tamat: Dataran Telok Cempedak

2. Demonstarasi BMX dan Skateboard
Tarikh: 29hb hingga 30hb Oktober 2011
Masa: 12.00 tengahari hingga 10.00 malam
Tempat: Dataran Telok Cempedak

3. Jualan Produk Mountain Bike
Tarikh: 29hb hingga 30hb Oktober 2011
Masa: 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat: Dataran Telok Cempedak

4. Persembahan Band dan Muzik Jalanan
Tarikh: 29hb hingga 30hb Oktober 2011
Masa: 2.00 petang hingga 10.00 malam
Tempat: Dataran Telok Cempedak

Karnival Basikal Fixie Pahang 2011

Satu program khas untuk peminat basikal fixie akan diadakan di Kuantan Pahang. Karnival Basikal Fixie Pahang 2011 ini akan menghimpunkan peminat-peminat basikal fixie dari Pahang dan Terengganu. Turut memeriahkan Karnival Basikal Fixie Pahang 2011 adalah pengayuh basikal fixie dari Kuala Lumpur dan juga luar negara.

Program julung kali di Pahang ini adalah satu usaha untuk mendekati anak-anak muda yang sedang dilanda 'demam basikal fixie'. Basikal fixie juga telah menjadi trend terbaru belia di Malaysia. Fiesta Belia Berbasikal 2011 yang telah diadakan sempena Pelancaran Hari Belia Negara 2011 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 28 mei 2011 telah berjaya menarik perhatian pengayuh basikal fixie bahawa mereka juga diberikan perhatian oleh kerajaan.

Semasa Karnival Basikal Fixie Pahang 2011, pelbagai aktiviti akan diadakan kahas untuk peminat basikal fixie. Paling menarik akan diadakan perlumbaan basikal fixie. Perlumbaan ini akan menggunakan format perlumbaan sebenar untuk basikal lumba dan basikal mountainbike.

Ada lima acara perlumbaan akan diadakan antaranya adalah ujian masa individu, kretirium dan lebuhraya. Bagi acara lebuhraya, pengayuh basikal fixie dijangka akan berlumba antara dua daerah iaitu Pekan ke Kuantan.

Acara ini akan berlangsung pada 13, 14 dan 15 November 2011.

Laman Pahang akan sentiasa menyiarkan maklumat terbaru Karnival Basikal Fixie Pahang 2011.

Sama-sama kita nantikan Karnival Basikal Fixie Pahang 2011 Peringkat Antarabangsa:
Tarikh: 13hb. hingga 15hb. November 2011 (Ahad hingga Selasa)
Tempat: Hadapan Stadium Darul Makmur Kuantan

(Ada yuran penyertaan dikenakan)