PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.
Showing posts with label Raja Alam Pagaruyung. Show all posts
Showing posts with label Raja Alam Pagaruyung. Show all posts

20191015

Atril Raja Aceh PAGAR RUYONG

Assalamualaikum..salam persaudaraan
JABATAN SEJARAH DAN DOKUMENTASI
ISTANA SILINDUANG BULAN
PAGAR RUYONG DARUL QORROR
Himbauan dan Hebahan
...kami..mewakili keluarga besar Waris dan Kerabat Istana SiLinduang Bulan Kerajaan Pagar Ruyong Darul Qorror dan Pejabat Perhubungan Kerabat DiRaja Pagar Ruyong di Malaysia@Nusantara...sejarah telah ditulis adanya begitu...khusus bagi Waris - Kerabat dan Waris Datuk Datuk kita yang berasal dari Pagar Ruyong yang berada di seluruh pelosok Negeri Neger di Malaysia dalam lingkup sejarah masa lalu yang cemarlang gemilang dan terbilang keseantero Nusantara...
Bawha telah tiba dan cukup masa dan bilangan tahun nya yang kuriek itu kundi yang merah itu saga. Setinggi tinggi terbang nye bangau hinggap nya di kubangan juo....WARIS DAN KERABAT PAGAR RUYONG MARI KITA JALIN KEMBALI HUBUNGAN TALI SILATURRAHIM..pesan dan Amanat dari pada Moyang kita sentiasa tergiang giang di telingga kita...penceritaan semasa kecil oleh Atuk dan Nenek kita sebelum tidor tentang kisah sedih dan gumbira yang masih terberkas di hati dan kerinduan yang membawa ke tirisan air mata sebak dan kesal..kenapa dan mengapa..perkara ini terjadi...ada hikmah di sebalik nya...di tinggalkan kampung halaman yang dicintai .di tinggalkan tahta dan pangkat dan gelar bangsawanya demi kelangsungan ketrunanan nya...lautan sakti rantau bertuah..lain lubuk lain belalang nya...tapi yang pasti.. Taj Waris Pagar Ruyong merantau jiklau
Indak barisi..baik ilmu ugama mahupun elmu kebathinan dan Elmu kependekaran...yang tak lapuak dek hujan dan tidak lekang dek paneh...Adat Raja Turun Temurun Adat Putisunduik basunduik ..Beriek Biriek turun ka Sasak dari Sasak turun ka laman..dari Niniek turun ka mamak ..dari Mamak tutun ka Kamanakan..Sako jo Pusako di jago Elok dalam Nagari...Kampuang Jo Tearatak berserta Dusun di jago- i.. Umah Gadang jo Umah dan Dangau di paliharo...urang Kampuang di patengangang-kan...baru sanang Denai bajalan..

Denai yang menjalan kan perentah

ttd

YM Atril Raja Aceh - Pagar Ruyong
----------------------------------
YM Menteri Bendahara Paduka Raja

Menjunjung Titah
KDYMM Tuanku Sultan DAULAT YANG DIPERTUAN RAJA ALAM PAGARUYUNG DARUL QORROR dan Persemakmuran
67 Kerajaan-Kerajaan bersama Pagar Ruyong di selruh Alam Nusantara
Yang Termajtub dalam pembilangan Adat
SAPIEH BALAHAN KUDUANG KARATAN
KAPAK RADAI TIMBANG PACAHAN

Wassalam.
http//ATRIL RAJA ACEH on Facebook.com

20191001

Izzati

Assalamualaikum w.b.t, sy juga ingin mencari susur galur keturunan sy. 

Semakin dicari, semakin banyak fakta yg menyerupai. Cuma inginkan kepastian. 

Ibu kpd moyang sy bernama Halimah Tambusai, lari ke sini setelah perang padri, datang ke sini bersama pengasuhnya. Ibu dan ayah berasingan dari nya. Cuma fakta yg sy perolehi mengenai keluarga Tambusai ialah Tuanku Tambusai yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Sulaiman Tambusai dan Habibah Tambusai. utk pengetahuan, keturunan nenek sy dr sebelah bukit tinggi dan sebelah atuk dari pagaruyung. 

Keturunan kami dirahsiakan sehingga kami yg muda ini tidak tahu dari mana kami berasal. Jika orang yg bijak pandai, dia akan tahu tentang siapa kami walaupun baru pertama kali berjumpa. pernah terjadi dulu, emak sy mengidap sakit yg agak lama, bila berubat cara tradisional, emak diminta menyediakan set kamar persis Raja2 dulu. 

Diminta sediakan emas ukiran tangan sendiri, panjangnya dari hujung rambut hingga hujung kaki. Kami juga tidak boleh menyebut nama-nama mereka kerana semangat mereka akan datang 'melawat'. Kami juga pernah menyimpan baju besi yg dipakai ketika perang dulu. Baju ini akan membuat bising jika ada anak cucu yang membuat sesuatu yang tidak elok.. 

Wallahualam....

izzati 

20190924

Massuhaella Idris

Salam semua, menurut ayah saya, beliau adalah dari keturunan Pagar Ruyung. 

Atuk saya bernama Hj Sulaiman bin Hj Taib. 

Arwah atuk sy dulu tinggal kat Sg Choh, Rawang. 

Kami ada buku salasilah keluarga Pagar Ruyung. 

Yg pastinya sy tak tahu kami ni generasi ke brapa sbb menurut cerita, keturunan kita ada berkait dgn Sultan Negeri Sembilan, Kalau anda nak kepastian yg anda adalah berdarah Pagar Ruyung, boleh la cuba angkat batu yg kini berada di Istana Meranti Kuala Pilah, sesiapa yg beketurunan Pagar Ruyung shj yg boleh mengangkat batu itu. 

Tak silap sy lokasi batu itu di istana lama Seri Menanti. Maaf kalau tersalah info. Ini apa yg sy tahu.

Massuhaella Idris

Siti

Assalamualaikum… 
Asal-usul salasilah keluarga sebelah arwah bapa saya adalah dari Pagar Ruyung tapi saya sendiri tidak mengenali mana-mana waris dari sana. 

Menurut bapa saya kakaknya masih berada di sana. 

Semasa datuk dan nenek saya datang ke Tanah Melayu makcik saya ditinggalkan di sana, manakala bapa saya dan adik2nya yanglain dilahir di Tapah, Perak. 

Sebelum ini keluarga bapa saya menggunakan gelaran Raja tetapi tiba di Tanah Melayu gelaran tersebut tidak digunakan lagi, sebabnya tidak ketahui tapi masih ada juga saudara2 yang lain yang masih memakai gelaran tersebut. 

Malah banyak juga adat-adat dan pantang larang yang dibuang seperti adat jejak tanah (pantang tanah) tapi bapa saya melakukan adat tersebut pada saya dulu. 

Malah keturunan kami juga diceritakan kisah tentang 3 jenis makanan yang dilarang makan iaitu:
a) Ikan talang
b) Kerbau balar
c) Pisang raja udang

Arwah bapa pernah liau menolak dipanggil balik ke sana tetapi beliau menolak. Bapa saya bernama Abdullah bin Basir bin Pandak Muda manakala nenek saya pula bernama Siti Aishah binti Sutan Nemas. Saya teringin sekali menjejaki waris2 di sana.

Siti

20190917

Zulkeflie

Asalamualaikum……saya dari Pahang Malaysia masih tertanya-tanya, 

adakah benar saya ini dari keturunan raja-raja dari minangkabau. 

Arwah ibu saya pernah menceritakan bahwa arwah moyang saya bernama Pakis Ali dan sudaranya yg lain telah lari ke Malaysia ketika dahulu sewaktu terjadi perbalahan di sana. 

Arwah ibu saya pernah menyatakan bahawa kampung arwah moyang saya di Kg.Sawah Lebar di Sumatera….

Bagaimana untuk saya mengesahkan perkara ini ya…

Ikhlas
Zulkeflie

20190910

Dato' Ir. Tengku Ismail

Salam sekelian
Di Dungun , Terengganu , terdapat sebuah makam yang panggil Makam Nyang Nakhoda diatas sebuah buikt .

Mengikut cerita mereka yang mendakwa keturunan Nyang Nakhoda ini , nama sebenar Nyang Nakhoda ialah Sutan Abdul Kari dari Pagarruyung yang melarikan diri sewaktu peperangan paderi disana .

Boleh sesiapa memberi pertunjuk kepada fakta sejarah ini ?

Yang Benar
Dato' Ir. Tengku Ismail

----------

Salam, Yg. bbhgia Dato Ir Tengku Ismail… fakta milik saya begini, 

asal keturunan sy yg melarikan diri itu mengikut arwah datuk sy, telah tiba di pantai melawi bachok kelantan, bersama dgn hulubalangnya yng di panggil tok wi.. (sejarah nama pantai melawi diambil dari namanya.) di kawasan bachok, besut dan sekitarnya

terdapat ramai keturunan dari pagaruyung termasuk asal datuk moyang saya. 

kemungkinan yang di makamkan diatas bukit itu juga adalah salah seorang yg bersama moyang saya tiba di pantai tersebut. ada seorang lagi telah ke negeri pahang dan menetap disana. 

saya berhasil juga menemui ketrunan itu di pahang. mungkin boleh kita sama sama mengkaji lebih dalam lagi. email saya faisalhafiz@hotmail.com. tq dato…

- faisal

20190903

Rahman Rahim

Dimano titiak palito
Dibaliak telong nan batali
Dimano asa niniak kito
Dari lereng gunung Merapi

Dari lereng gunung merapi itulah terbentuk kerajaan yg akhirnya disebut kerajaan pagaruyung. 

Rajanya bergelar Raja Alam, bergilir jawatan dari Raja Adat dan Raja Ibadat. 

Berkurun lamanya maka keturunannya pun berjurai-jurai. 

Merantau itu sikapnya org Minang waimma rakyat atau raja. 

Perang dan perselisihan juga membawa org Minang mengembara kepelusuk nusantara. 

Pada faham saya waris Kerajaan Pagaruyung yg SAHIH dari garis patrilinealnya adalah Kerabat DiRaja Negeri Sembilan yg berketurunan dari Raja Lenggang. 

Namun keturunan dari raja-raja pagaruyung itu ramai sekali terpencar-pencar di seluruh Nusantara. 


Alhamdulillah kalau ramai yg masih ingat asal ninik moyangnya dari Pagaruyung waimma dari jalur raja, datuk2, panglima dsbnya. 

Kalau yg ada kemampuan dan kesempatan, ada baiknya kalau dapat menziarahi tanah ninik moyang kita walaupun mungkin kurang jelas tentang susur galurnya.

=Rahman Rahim

20190827

Zabedah binti Ismail

saya diberitahu oleh nenek saya bahawa datuk saya adalah keturunan kedua/ketiga dari raja pagaruyung beliau lari ke Tanah Melayu pd tahun19…
(saya tak tahu sebab tidak diberitahu)
nenek saya mengetahui datuk saya keturunan raja pagaruyung semasa keberangkatan tengku rahimah ke selangor,

dimana ayahanda tengku rahimah mencari abangnya iaitu datuk saya.

nama datuk saya ialah tengku sulung bin kasim itupun semasa beliau berubat kerana mendapat ketulahan kerana tidak mengaku bahawa beliau adalah keturunan raja.

saya tak ada banyak info tentang keturunan datuk saya keketurunan diraja.sekarang cuma gambar datuk saya sahaja yang ada.semasa ibu saya masih ada keris kebesaran diraja ada tetapi pabila ibu saya meninggal dunia keris itu ghaib dengan sendirinya.

saya memohon jasa baik pihak keturunan pagaruyung dapat mencari salalsilah keturunan datuk saya kerana saya ingin mengetahui siapa nama ibu datuk saya dan nama sebenar ayah datuk saya.bukan apa cuma ingin mengetahui sahaja

saya Zabedah binti Ismail

20190820

Uddin Datuk Limo Puluh - Siak

kalau nak cari silsilah tu berat sebab kito orang dah banyak becampou,,saya sendiri masih ade keturunan tapi kita sebut melayu je…

saye dari pagauruyung ketrunan ke tujuh..

kite orang dulu berperang lawan penajajh sekalian menyebar agama islam hingga ke sulawesi makanya kite org dah becampor dgn org bugis, palembang dan trengganu….

kita tak tau sama ade pagaruyung murni atau mengaku-aku.pagaruyung adalh dinasti dari kerajaan melayu..yang berdiri sekitar abad 13an bersamaan dgn berdiri malaka, dan di era kejayaan majpahit.

keraajaan melayu musnah maka berdirilah pagaruyung dan kerajaan sriwijaya robek berdirilah malaka..kalau kita baca kitab sejarah melayu..memang keturunan kerajaan minangkabau,tanjung pura dan malaka mmg berasal dr keturunan yg sama.termasuk jug hal ini di akui oleh tambo minang, kuantan dan kerinci.

namun seperti tambo yang tertulis jelas angka tahunya adalah tambo melayu malaka/johor dengan kitab sejarah melayu,sulalatus salatin..maka jgn heran ada sama bahasa antara sumbar, riau semenanjung,kalbar,palembang dan pecahahan semua itu….

saya rasa lebih bagus perhelatan dunia anak melayu…

lain lagi diaspora kita sperti bugis,banjar,buton,lombok,sedikit madura,banten…

dan sedare dekat kita brunei…..
dalam skop melayu islam la kan?

uddin datuk limo puluh- siak
09:40

20190813

Tuanku Putri Bandari Puti Reno Desma

assalammualaikum, sy ucapkan kpada semua keturunan pagaruyung. sy ingin meminta maaf dulu sebelum bicara. keturunan kita besar. memang benar keturunan kita ada di merata. sy nak lebih lanjut berkenaan saudara yg asal dr sultan yg lari ke malaysia . kemungkinan kita saudara yg dekat. asal usul sy dr sultan yg sama. cuma sy d minta rahsiakan kerana sebab-sebab tertentu. sy adalah cicit. arwah nenek sy pula ada 3 org abg yg sy tak pernah jumpa ada d indonesia. tp slepas arwah nenek sy meninggal ada seorang utusan dr indonesia mencari arwah nenek sy. setahu sy abg nenek sy d sn, seorang pemerentah, seorang saudagar dan seorang lg sy tak tahu. sy ceritakan sedikit tentang moyang sy. moyang sy memerintah sebagai sultan selama 25 tahun. lari ke melaysia kerana…… maaf rahsia. d sini kami hidup sebagai rakyat biasa. sy tahu kenapa bentuk atap istana kt tiga segi. sy juga tahu knapa tiang istana ada 99 batang yg berdiri tegak. dan sy minta jgn sebut berkenaan harimau. sebab klu kt sebut namanya mungkin dia akan berdiri d sebelah kita. sy sgt bersedih istana kita terbakar. sy juga teringin berjumpa sanak saudara yg berkaitan. sy juga teringin melawat istana kita d sana.
09:28

Besar kemungkinan yang dihapus itu adalah silsilah dari keturunan sultan Abdullah anak bungsu dari Sultan Abdul Hadis yang berhubungan dengan Sultan Muhammad Tongga, namanya Sultan Muhammad Saher yang merupakan ayah dari Abdul Hadis Mangkudum Sakti (Ladih).

Ladih memiliki seorang putri yang memiliki nama silsilah Tuanku Putri Bandari Puti Reno Desma yang juga keturunan dari Kusaimah. Kusaimah sendiri juga merupakan keturunan dari Sultan Muhammad Tongga yang dimakamkan dibelakang rumah kediaman ibu Kusaimah sendiri.

sedangkan makam-makam yang lain seperti makam Raja Iskandar,Raja Alif (Datuk Baselo),Perpatih Nansabatang dan Bundo Kanduang(Dara Jingga),Dara Petak, Indo Dewa,Indo Juita(nenek berkuku besi) dimakamkan di Lunang. Sultan Muhammad Yakub dan Yafas dimakamkan didusun Malepang, Sei Rumbai Tapan.

Sedangkan Abdul Hadis Sumanik dimakamkan di Alarambah, Tapan. Wassalam
09:35

selamat semuanya.. minta maaf mengganggu.. paling akhir saya dengar.. keturunan dari pagaruyung mencari keturunan saudara di sekitar melaka.. saya tidak pasti keturunan asal arwah datuk saya.. nama moyang saya haji idris dan datuk saya abdul hadi..(keturunan dri para ulama) izinkan saya menceritakan dari awal.. datuk dan nenek saya asalnya indonesia.. datuk dari minang.. nenek dari bugis.. dikurniakan 7 orang anak.. setelah membesar.. anak2 merantau termasuk datuk.. datuk menetap di malaysia.. di melaka.. nenek masih di indonesia bersama anak yang lain.. manakala 3 lagi anak menetap di melaka dan ibu saya menetap di seremban.. seingat saya.. semasa datuk meninggal dunia di pulau rupat/indonesia.. saya diziarahi saudara mara yang mengatakan saya mempunyai keturunan yang dirahsia kan.. saya tidak pasti.. kerana arwah datuk memang seorang yang berahsia.. semasa hidupnya dia di melaka.. dia selalu berada di masjid kampung ulu.. ramai yang pernah cuba memberitahu yang datuk asalnya dari keturunan dari minang.. tidak pasti samada diraja atau tidak..
09:37

Sebelum perang padri pecah pada tahun 1668 telah terjadi perjanjian antara Ahmadsyah dan belanda.

kalau seandainya belanda bisa mengalahkan kaum padri maka sebagian tanah minangkabau termasuk istana akan diberikan pada belanda dgn kejadian itu mangkudum sumanik mengosongkan istana benda” purbakala peniggalan raja minangkabau dibawa ke lunang tapan indra pura.

sementara harta benda seperti emas dititipkan kepada Sultan Abdul Jalil Rahmad Syah I yg berkedudukan di kelantan pada tahun 1773 terjadi hal yg sangat buruk di istana, semua orang yg ada di istana dibunuh dibukit biru dibelakang istana.

untung saja mangkudum sumaik bergerak cepat sehingga berhasil menyelamatkan anak dan cucung dari tuanku gadih gapuak ke lunang melalui lorong rahasia didalam istana.

TTD Tuanku Putri Bandari Puti Reno Desma

-Tuanku Putri Bandari Puti Reno Desma
09:45

SUMBER
lamanpahang.blogspot.com/2014/01/salasilah-keturunan-raja-alam-pagaruyung