-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
MESTI BUAT SEMAKAN DAN PENGESAHAN SEBELUM MENGGUNAKAN MAKLUMAT DISINI.

20190910

Dato' Ir. Tengku Ismail

Salam sekelian
Di Dungun , Terengganu , terdapat sebuah makam yang panggil Makam Nyang Nakhoda diatas sebuah buikt .

Mengikut cerita mereka yang mendakwa keturunan Nyang Nakhoda ini , nama sebenar Nyang Nakhoda ialah Sutan Abdul Kari dari Pagarruyung yang melarikan diri sewaktu peperangan paderi disana .

Boleh sesiapa memberi pertunjuk kepada fakta sejarah ini ?

Yang Benar
Dato' Ir. Tengku Ismail

----------

Salam, Yg. bbhgia Dato Ir Tengku Ismail… fakta milik saya begini, 

asal keturunan sy yg melarikan diri itu mengikut arwah datuk sy, telah tiba di pantai melawi bachok kelantan, bersama dgn hulubalangnya yng di panggil tok wi.. (sejarah nama pantai melawi diambil dari namanya.) di kawasan bachok, besut dan sekitarnya

terdapat ramai keturunan dari pagaruyung termasuk asal datuk moyang saya. 

kemungkinan yang di makamkan diatas bukit itu juga adalah salah seorang yg bersama moyang saya tiba di pantai tersebut. ada seorang lagi telah ke negeri pahang dan menetap disana. 

saya berhasil juga menemui ketrunan itu di pahang. mungkin boleh kita sama sama mengkaji lebih dalam lagi. email saya faisalhafiz@hotmail.com. tq dato…

- faisal

4 comments:

Anonymous said...

salam;

sultan abdul kari bukannya dari pagar ruyung.dia dari minang kabau yang berhikmat dengan istana acheh,sila rujuk kepada pentara istana acheh danpentara istana minangkabau.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;

memang ramai yang mencari abdul kari ini atau abdulllah kari.cumanya untuk tujuan apa?. untuk tujuan sejarah atau setakat nak tahu?. kalau untuk tujuan fekah,ok lah,sebaliknya selain dari tujuan fekah,.......faham sendirilah.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;

sejarah tidak menunjukkan berapa buah kapal yang mendarah di tanah melayu. dan buku rekod atau catatan keluar masok istana minangkabau dan istana acheh,ada tertulis,itu pun kalau buku tu tak hilang dan tak di suruk.

kali akhir kapal yang keluar dari sumatra adalah 12 kapal yang hinggap pada pelabuhan yang berlainan dalam tanah melayu. siapa mereka dan apa tujuan urusan nya mereka jejaklah mereka itu.[kalau tak dipecah ruyungnya manakan dapat sagunya].dan al quraan tu kalau tak di selak-selak helayan kertasnya,tak jadi apa-apa pun.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;

maklumat yang kami boleh diberikan yang dibenarkan hanya sedikit: sutan abdul kari[di terengganu] dan abdullah kari[di pahang];adalah orang yang sama,dia adalah anak kedua atau ketiga kepada[ haji hassan acheh;kuburnya di kuala bera pahang],yang berasal dari minangkabau,dan adik beradiknya ramai berkubur dipahang.dan lain-lain maklumat adalah sulit,maaf tidak dibentangkan dalam blok ini kepada orang yang ramai. maaf.

inshaallah.