-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
MESTI BUAT SEMAKAN DAN PENGESAHAN SEBELUM MENGGUNAKAN MAKLUMAT DISINI.

20190924

PADI OH PADI

selamat; makanya;

telahpun di selesaikan lengkapkan
sempurnakan urusannya
kepadanya,
izin kebenaran allah.
inshaallah.

tuai padi antara masak
esok jangan layu-layuan
intailah kami antara nampak
esok jangan rindu-rinduan.

asap api embun berduri
patah galah haluan perahu
niat hati tak mahu bercerai
kehendak allah siapa yang tahu.

burung merak terbang ke laut
sampai kelaut mengakut sarang
sedangkan bah kapal tak hanyut
inikan pula kemarau panjang.

dari jawa ke bangkahulu
membeli keris di inderagiri
kawan ketawa ramai selalu
kawan menangis seorang diri.

putik pauh delima batu
anak sembilang ditapak tangan.

bila ada sumur diladang
bolehlah saya menumpang mandi.

sirih berlipat sirih pinang
sirih dari pulau mutiara.

rumah limas anjung selatan
bunga kemuning tumbuh dihalaman.

orang melayu naik perahu
sedang berdayung hujan gerimis.

makanya;

menyempurnakan [menghurai serta merungkai]
adab adat serta fekah kedalam ilmu
adalah wajib atas manusia.
dan jika tuan dan mereka tidak melakukannya,
makanya kamilah yang akan melakukan.

sepertimana rasulullah saw
menyempurnakannya
urusan 1440 tahun dahulu itu.
[bab kias ilmu: setitis tinta dalam lautan]
[kalau lautan itu tintanya ilmu].
[dalam bab rukun iman dan bab sifat 20].

inshaallah.

6 comments:

Anonymous said...

selamat;

makanya; tinggi tinggi si matahari tinggi lagi hajat di hati.

makanya; orang melayu ni hajatnya tinggi,tapi setakat hajat aje lah,buatnya tidak juga,dok tengok beri kat orang lain aje lah buat,orang dah dapat dah kaya dan berjaya,barulah orang melayu ni terhegeh hegeh berangan nak buat,dan lepas tu kalau tak berjaya dok salah kan orang lain,dan kalau berjaya,'aku lah orang nya'[dalam hati berbangga].tak sedar diri sampai ke telinga.

inshaallah.

Anonymous said...

selamat;

makanya; orang melayu ni ,duitnya berkoyan-koyan.tak percaya ke?.gi tanyakan dekat jabatan harta tak dituntut tu[amanah raya] lah. dan lepas tu dalam poket pemegang amanah yang 50 orang tu.dan pada kumpulan manusia melayu yang berhutang bilian-bilian dengan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri-negeri tu. itu banyaknya kebanyakan duit harta orang melayulah tu.[orang melayu lah yang memegang,yang berhutang,yang membazir].

makanya; manusia melayu ni banyak serta ramai yang meroyannya bila di sebut dan bercerita bab duit dan harta dana melayu ni.

makanya; dok sesokmo tak berduit memanjang,kononnya. sebaliknya melancong dan bazirkan kepada perkara tak berfaedah buat hari-hari. caya ke,tak caya ke,telek sendiri lah.

makanya; kami perhatikan keseluruhan urusan dalam bab ini dari sisi mereka sendiri, dengan izin kebenaran allah.inshaallah.[urusannya,perangainya,pedoohnya manusia-manusia].

inshaallah.

Anonymous said...

selamat;

makanya; khutbah jumaat [27/9/2019];pahang:

makanya; mereka mengceritakan bab MANUSIA. yang untuk menjadi sempurna mesti lah berpegang kepada;islam iman ekhsan.dan disebutkan manusia adalah makhluk yang paling sempurna kejadian ciptaannya yang diciptakan allah.[betullah huraian dan hujah mereka tu].

makanya; manusia bermaksud apa?. jawapannya mana?. khutbah yang dibacakan
hari ini tu menghurai dan merungkai untuk sampai kepada taraf manusia.[martabat manusia].[dalam bab rukun iman dan rukun islam].

inshaallah.

Anonymous said...

selamat;

makanya; mandi sebelum subuh barulah sihat: urusannya siap pulih lengkap sempurna,dari izin allah.inshaallah.

inshaallah.

Anonymous said...

selamat;

makanya; urusan datok berempat moyang berlapan. susur keturunan susunan yang wajib diselesaikan dan di tahu [dalam bab rukun iman].

makanya; bagi menyelesaikan bab berketurunan[surah dalam al quraan] kepada keturunan manusia.[urusan mengenal diri serta mengenal tuhan].

makanya; datok berempat bermaksud empat pasang [jumlahnya lapan, orang empat lelaki empat perempuan]. dan, moyang berlapan bermaksud lapan pasang [ jumlahnya enam belas, lapan lelaki lapan perempuan].

makanya; sekurang-kurangnya mengenal enam belas orang moyang yang membolehkan kita atau diri kita boleh hidup hari ini.dan jangan menyombong diri,dan kalau bukan dari mereka itu, kita tak hidup hari ini.

makanya;membekalkan zuriat [lelaki] dan mengendongkan zuriat [perempuan]. perpindahan silang dari lelaki kepada perempuan,bergitulah dari dahulu sekarang sehinggalah keakhir zaman kelak.tidak berubah adat adab dan fekahnya.

makanya; adam dan hawa itu tidaklah dilahirkan melainkan dizahirkan oleh allah.

inshaallah.









Anonymous said...

selamat;

makanya; keliru dan celaru masih tebal dalam permikiran orang melayu terutamanya di malaysia. akal yang sempurna,tidak dapat digunakan dengan tenang,masih termangu-mangu bagaimana nak menggunakan otak hati nafsu serta akal dengan betul dan sejahtera. dari sebab ego diri tidak dapat dinyahkan.

makanya; sifat memberontak dengan cepat mencapai hati orang melayu.tak tahu apa yang dimarahkan,dan tak tahu apa yang sebanar apa;dicari dihajatkan dan macam-macam di lagi.

makanya; semasa kecik,alasannya;tak cukup umur lagi. semasa dewasa,alasannya; kurang berpengalaman lagi. dan bila tua,alasannya; badan dan sakit dan uzur.

makanya; bilanya nak dilakukan dan jalankan dan selesaikan urusan allah beri tu?. dari dalam perut sampai dalam kubur,semuanya ada alasan untuk cuba melepaskan diri dari tugas hakiki sebagai manusia dan sebagai khalifah.

makanya; mencari makan atau mencari rezeki itu untuk hidup aje,agar tak mati kelaparan. ada orang kaya yang mati kelaparan,dan ada orang kaya yang mati kenyang.samalah juga kepada orang yang miskin tu dua kali lima,lima kali dua. mereka kata tak berduit dan susuh cari duit sekarang ni,sebaliknya berduyung-duyun rombongan pergi melancong dan umrah. dan pada hari cuti,yang banyak kereka berpusu-pusu atas jalanraya,adalah kereta orang melayu,nak pergi kemana,tak tahu lah,dan sekarang bermoto sikal[berombongan kehulu kehilir tanpa hala dan tujuan].[konon alasannya;pergi kenduri,balik kampung;ya ke?]. dan yang buat kenduri pulok;dalam kata tak berduit tu,kendurinya mengalahkan jutawan lagi.

makanya; mana yang dikatakan oleh mereka ini zaman sesaknya.mereka sedikit demi sedikit menyusun kasta dalam hariki orang bangsa melayu. dan suatu hari nanti kalau perkara ini berlanjutan,bala bencana akan dilihat dengan mata kepala sendiri akan akibatnya tidak di sengkang dan dikengkang dengan betul oleh orang melayu sendiri dari akibat perbuatan orang melayu sendiri.

inshaallah.