-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20191107

Mengkudum Sialum @ Tok Mengkarak 2

Assalamualaikum

salam ukhwah
sy ingin mengetahui
sejarah imam Nur Al-bayan
kerana salasilah keluarga
dari kg tanjong ipoh seri menanti n9

Mengkudum Sialum @ Tok Mengkarak 2

iaitu imam Nur Al-qadim
anak kepada imam Nur Al-bayan..

on Rawa di Pahang
by tak ada nama

Tok Kasim, datuk kepada Che Lah Penghulu Temai

As,salam.seronok baca post nie.

sy budak baru belajar.

nak tanya mengenai sebuah artikel yg terbit tahun 1920 dari H.S Sircom.

Penempatan awal pahang bermula apabila Tok Bentara Kanan dtg dari Johor ke kuala bera.

di bera,beliau membuat penempatan dan mendpt 3 org ank lelaki.

yg sulung menetap di bukit segumpal,
ank ke dua ditemerloh dan bongsu ke jelai..
dari anak2 ini bercambah penempatan melayu di Pahang..
selepas Tok Bentara ke Pedah dan mengarahkan spy pokok gergasi mahang ditebang.

pokok ini tumbang menghadang sepanjang2 dan membuat satu garis pembahagi..

daripada sini keturunan tok bentara bergerak melawan arus sungai dan mereka dikatakan keturunan tok raja jelai..

sebahagian lg bergerak mengikut arus sungai dan membuat penempatan lain..

tuan punya kuasa sejarah ini ditulis ialah Tok Kasim,
datuk kpd Che Lah Penghulu Temai..

kelihatan legenda ini wujud berkait dgn penempatan minagkabau di pahang,

sebhagian mungkin memulakan satu bahagian di Negri Sembilan..

wujudnya pengaruh melayu seawal abad ke 15..

klu tak keberatan mohon laman pahang dpt berkongsi cerita ini klu ada yg berkaitan..

terima kasih

on Rawa di Pahang
by Tak Ada Nama

20191104

Tokoh Pengarang dan Penyalin Manuskrip Negeri Pahang.

Berikut adalah petikan dari Manuskrip Negeri Pahang yang membicarakan tokoh pengarah dan penyalin manuskrip lama Pahang yang diambil dari sumber upsi.edu.my.

KANDUNGAN
BAHAGIAN A: Pendahuluan
BAHAGIAN B: Kajian Lepas
BAHAGIAN C: Karya hasil tulisan pengarang negeri Pahang
BAHAGIAN D: Salinan karya yang telah ditemui di Pahang

BAHAGIAN A – pendahuluan

Manuskrip Negeri Pahang: Membicarakan Tokoh Pengarang & Penyalin
Oleh: Dr. Jelani Harun
27-28 Oktober 2001
Tempat: Auditorium Taman Budaya, Kuantan

Manuskrip negeri Pahang yang dimaksudkan dalam tulisan ini adalah manuskrip yang ditulis dinegeri Pahang, menceritakan hal-ehwal yang berlaku di Pahang, dan sebaik-baiknya oleh pengarang yang berasal dari negeri Pahang.

Justeru sebuah manuskrip yang ditemui diPahang tetapi diketahui telah ditulis diIuar dari negeri Pahang  dan oleh pengarang yang bukan kelahiran Pahang, maka dengan sendirinya tidak dapat dianggap sebagai khazanah manuskrip negeri Pahang.

Sebaliknya, sebuah manuskrip yang ditemui diIuar dari negeri Pahang, tetapi diketahui telah ditulis diPahang oleh pengarang yang berasal dari negeri Pahang, maka manuskrip berkenaan adalah tergolong dalam khazanah manuskrip negeri Pahang.

BAHAGIAN B - kajian lepas

Kajian penulis mendapati usaha mengesan dan membuat senarai manuskrip yang terdapat dinegeri Pahang telah pun dilakukan oleh beberapa pihak seperti berikut:

(A) Josselin De Jong (1980:24-25)
Berjaya mengesan sebanyak 30 buah manuskrip yang menjadi koleksi beberapa orang penyimpan di Kelantan, Terangganu, Kedah dan Pahang. Empat buah dikesan pada seorang keluarga diraja di Pekan, Pahang.

(B) Arifin Said (1987:40-44)
Manuskrip-manuskrip berkenaan ialah 4 buah hikayat panji, 2 buah kitab tentang hukum Islam, 1 buah kitab perubatan, 1 buah kitab kebajikan dan 1 buah kitab nasihat.

(C) Siti Hawa Haji Salleh(1997:334-336)
Didalam kajian tersebut, ada dicatatkan bahawa dalam tahun 1987, Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang, telah menyerahkan 8 buah manuskrip kepada pihak Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

(D) Laporan pengesanan manuskrip diPahang oleh Puan Munazzah Zakaria
ada dinyatakan senarai 7 buah manuskrip yang kini tersimpan diMuzium Sultan Abu Bakar,Pekan,Pahang.

Gundah hati bukan kepalang, 
Jarang merasa hati yang senang, 
Dagang nan duduk dinegeri Pahang,
Adik dan kakak bertemu pun jarang.

(E) Mohd.Yusof Abdullah (2001:8-10)
Telah menyenaraikan 40 buah manuskrip yang dikatakan telah diserahkan oleh Tengku Mariam * kepada pihak Muzium Negeri Terengganu.

*Tengku Mariam Binti Almarhum Sultan Ahmad, sultan Pahang antara tahun 1882-1914.Pada 21 Julai 1913, Tengku Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah, yakni sultan Terengganu yang ke-13(1920-1942).

Perkahwinan tersebut telah membawa Tengku Mariam berpindah ke istana Terengganu dan kemudiannya menjadi Tengku Ampuan Terengganu.

(F) Shafie Abu Bakar(1987)dan Abu Hassan Sham(1998)
Tuk Shihabuddin Bin Zainal Abidin (lahir 1728) dikatakan berasal dari Kampung Berhala Gantang, Temerloh, telah mengarang beberapa buah syair tasawuf.

Tuk Shihabuddin ada meninggalkan beberapa orang anak yang juga telah menjadi ulama dan pengarang dinegeri Pahang masa lalu, antaranya ialah
- Tuan Teh,
- Nung Qadi,
- Haji Ibrahim,
- Qadi Ahamad dan
- Qadi Haji Ismail

Pameran manuskrip diMuzium Tokoh Kuantan mendapati sebuah manuskrip yang dikatakan hasil tulisan Tuan Muhammad Bin Shihabuddin Bin Zainal Abidin dari Kampung Berhala Gantang.

(G) Dato' Haji Mohd. Taib Haji Hassan (1992)
ada mencatatkan tentang tokoh ulamak dan pengarang istana bernama Haji Uthman Bin Senik(lahir 1838), yakni Mufti Pahang pada zaman Sultan Ahmad.

Dikatakan mendalami ilmu hikmah (firasat) dan ilmu perubatan serta kepandaian membuat pelbagai jenis makjun. Beliau juga dikatakan pernah mengarang sebuah kitab tentang ilmu-ilmu tersebut yang masih belum ditemui hingga sekarang.

(H) Kalthum Jeran (1986)
Hikayat Pahang merupakan salah sebuah karya sastera bercorak sejarah negeri Pahang yang sangat penting. lsi karya tersebut berkisar kepada peristiwa-peristi wayang berlakudi Pahang antara tahun 1800 hingga 1930an, yakni dalam masa pemerintahan Bendahara Ali,Tun Mutahir dan Bendahara Tun Ahmad, termasuklah kisah perang saudara yang akhimya membawa Tun Ahmad ketakhta kerajaan Pahang dan juga campurtangan kuasa Inggeris di Pahang.

Diakhir manuskrip tersebut terdapat catatan pengarang seperti berikut: "telah selesai fakir mengarangkan hikayat ini iaitu Peranakan Pahang".

Didalam kajian Muhammad Yusoff Hashim ada mencatatkan tentang satu sumber lisan yang diperolehinya daripada Dato'Zakaria Hitam pada tahun 1986 tentang nama pengarang Hikayat Pahang sebagai Haji Muhammad Noor.

Hakikat tentang keturunan Haji Muhammad Noor yang masih berada di Pahang hingga kini turut merupakan sumber penyelidikan yang cukup berharga.

    (H)(i) ANAK-ANAK TUK MERAH
Datuk Merah Ali + Tuk Piah
Anak:
(1). Tuk Sa'iya
(2). Tuk Imam
(3). Tuk Hamira (Mira)

    (H)(ii) KETURUNAN HAJI MUHAMMAD NOOR

Datuk Merah Ali + Tuk Piah
|
Tuk Sa'iya + Tambi Bulla Sayyid Abdul Rahman
|
Tuk Haji Abdul Karim + Tuk Maghubah
|
Haji Abdul Mubin
|
Haji Abdul Hamid
|
Haji Muhammad Noor
|
Haji Abdul Rahman
|
Haji Abdul Majid
|
Encik Aziz

(I) Mohamad Mokhtar Abu Bakar(1997:1)
Di Muzium Sultan Abu Bakar terdapat sebuah lagi manuskrip Hukum Kanun Pahang (Naskhah D)
yang "di perolehi daripada seorang penjual barang-barang antik yang mendapatinya daripada Patani".

Manuskripyang ditemui diPatani tidak semestinya ditulis/disalin di Patani. Ada kemungkinan manuskrip penting tentang perundangan negeri Pahang tersebut merupakan tulisan atau salinan oleh penyalin yang berasal dari negeri Pahang sendiri.

BAHAGIAN C - Karya hasil tulisan pengarang negeri Pahang

GENRE SEJARAH

Hikayat Pahang, Muzium Sultan Abu Bakar(belum dikatalog).Pengarang tidak diketahui.

Hikayat Perang PahangI Syair Pahang (Muzium Negeri Terengganu).Pengarang tidak diketahui.

Syair Tanah Melayu iaitu Cerita Perang Pahang dan Johor Baharu karangan Peranakan Lingga yang tinggal dinegeri Pahang(cap batu Singapura,1900).

Geneologi Raja-Raja Pahang (MS Or.833, University Cambridge)karangan Peranakan Pahang.

Sejarah Pahang milik Tengku Besar Pahang (MS tidak diketahui).

Syair Perang Pahang Dengan Johor milik Tengku Besar Pahang (MS tidakdi ketahui).

GENRE UNDANG-UNDANG
Hukum Kanun Pahang. Muzium Sultan Abu Bakar(belum dikatalog).Pengarang tidak diketahui.

GENRE KITAB
Kitab Majliatul Musalli karangan Tuan Haji Uthman Senik

Sebuah kitab fekah, tauhid dan tasawuf' karangan Tuan Muhammad Bin Shihabuddin Bin Zainal Abidin, Kampung Berhala Gantang(manuskrip di Muzium Tokoh Kuantan).

Dua buah kitab tentang hukum Islam (Perpustakaan Negara Malaysia).Pengarang tidak diketahui.

Kitab sembahyang, Muzium Sultan Abu Bakar(belum dikatalog).Pengarang tidak diketahui.

Kitab Tauhid, Muzium Sultan Abu Bakar(belum dikatalog).Pengarang tidak diketahui.

GENRE TASAWUF
Syair Asyiqin, karangan Tuk Shihabuddin

Syair Usul, karangan Tuk Shihabuddin

Syair Ghafilah, karangan Tuk Shihabuddin

Syair Sifat Dua Puluh karangan Tuk Shihabuddin

Syair Tumbuhan karangan Tuk Shihabuddin

Dua buah Nazam Nabi Muhammad, Muzium Sultan Abu Bakar (belum dikatalog).Pengarang tidak diketahui.

UMUM
Ilmu hikmah (firasat) dan llmu perubatan karangan Haji Uthman Senik(MS tidak diketahui)

Syair-Syair Tengku Ampuan Mariam dan Joget Pahang & Gamelan kemungkinan tulisan Tengku Ampuan Maria (manuskrip diMuzium Negeri Terengganu),

Kitab Bahasa Nusantara, Muzium Sultan Abu Bakar(belum dikatalog).Pengarang tidak diketahui.

Sebuah karya nasihat dan pedoman (Perpustakaan Negara Malaysia).Pengarang tidak diketahui.

BAHAGIAN D - Salinan karya yang telah ditemui di Pahang

Hikayat Temenggong Jaga Seteru,  (Perpustakaan Negara Malaysia). Penyalin tidak di ketahui.

Hikayat Petrok Mungga RatuI (Hikayat Bambang Arjuna), (Perpustakaan Negara Malaysia). Penyalin tidak di ketahui.

Hikayat Pendawa Al-Bur (Perpustakaan Negara Malaysia). Penyalin tidakdi ketahui.

Hikayat Hang Tuah milik Tengku Besar Pahang

Hikayat Sultan Ibrahim ibn Adham, Muzium Sultan Abu Bakar belum dikatalog).Penyalin tidak diketahui

Bustanal-Salatin milik Tengku Besar Pahang

Bustanal-Salatin (Bah Vll) milik Tuan Haji Yaakub Isa, Kuantan, Pahang

RUJUKAN
http://ir.upsi.edu.my/1540/1/Manuskrip%20Negeri%20Pahang-%20membicarakan%20tokoh%20pengarang%20dan%20penyalin.pdf

Daun Pokok Sambang Darah. Atasnya hijau dan bawahnya merah darah.

Kebiasaannya pokok mempunyai daun berwarna hijau dibahagian atas dan bawah. Warna hijau ini diperlukan oleh daun untuk menghasilkan makanan untuk pokok dengan bantuan cahaya matahari.

Tetapi ada pokok yang ditakdirkan oleh Allah mempunyai daun yang warna hijau dan merah.

Itulah Pokok Sambang Darah, sejenis pokok herba beracun. Nama Sambang Darah ini digunakan di Indonesia. Daun pokok ini ada dua warna. Bahagian atas daun berwarna hijau dan bahagian bawah daun berwarna merah darah. Merah yang seakan-akan warna merah daging lembu/kerbau.

Seolah-olah daun ini mempunyai dua watak atau dua tanggungjawab.

Jika terus difikir-fikirkan, kita juga mempunyai dua tugas atau tanggungjawab. Satu tanggungjawab untuk kehidupan dunia dan satu lagi tanggungjawab untuk kehidupan akhirat. tugas yang jelas dan nyata adalah tugas keduniaan yang perlukan kita mencari sumber pendapatan untuk menyara diri dan keluarga.

Ketika kita bertugas untuk mencari pendapatan dunia, serentak dengan bermulanya tugas itu, bermulalah juga tugas untuk mencari pendapatan akhirat. Ibarat daun Sambang Darah warna hijau tetap diatas dan warna merah darah tetap dibawah. Tidak boleh lebihkan urusan dunia dan kurangkan urusan akhirat. Atau lebihkan urusan akhirat dan kurangkan urusan dunia.

Bagi sehelai daun Sambang Darah, perbezaan tugas tersebut mudah diasingkan kerana telah ada sempadan yang nyata antara hijau dan merah darah. Bagi seorang manusia, perbezaan tugas tersebut sukar dilakukan kerana tiada sempadan nyata antara urusan dunia dan akhirat. Tidak seperti persimpangan lampu isyarat, lampu hijau jalan dan lampu merah kena tunggu lampu hijau menyala. Tetapi masing-masing tetap dilaluan masing-masing.

Kita tidak mampu untuk bahagikan sama rata masa yang Allah berikan 24 jam sehari. Kononnya 12 jam untuk dunia dan 12 jam lagi untuk akhirat. Sebenarnya dalam 24 jam tersebut tergabungnya urusan duni dan urusan akhirat.

Mungkinkah kehidupan seorang manusia Umat Nabi Muhammad SAW berbeza dengan sehelai daun Sambang Darah. Allah SWT tugaskan syaitan untuk mnghalang kesempurnaan agihan tugas manusia tetapi daun tidak?

Kalau manusia Umat Nabi Muhammad SAW boleh mati begitu juga daun Sambang Darah juga boleh mati. Seorang manusia boleh larikan diri dari syaitan untuk menyelamatkan diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Tetapi sehelai daun Sambang Darah tidak boleh untuk larikan diri dari angin, hujan, ribut, petir dan taufan. Bila ianya melanda bukan setakat sehelai daun boleh gugur tetapi sebatang pokoknya boleh tercabut.

Untuk membantu kita, Allah SWT telah untuskan sesorang yang amat disayangiNYA.

Apabila seorang menyalakan api maka, banyak seranga yang tertarik kepada api dan berlumpa-lumba jatuh kedalam api tersebut. Begitu juga manusia, apabila seorang menyalakan urusan dunia, ramai manusia yang tertarik kepada urusan dunia dan berlumba-lumba untuk terjunam dalam urusan tersebut. Tetapi apabila ada seseorang menyalakan urusan akhirat, ramai manusia yang tertarik kepada urusan akhirat tersebut dan juga berlumba-lumba untuk terjunam dalam urusan tersebut.

Berbalik kepada daun Sambang Darah, bahagian hijau tetap hijau dan bahagian merah tetap merah.

20191101

Makam Hassan Aceh dan Ratu Kecembak Aceh

KOMPLEKS MAKAM KUALA BERA

Daerah: Bera
Mukim: Bera 2
Kampung: Kuala Bera

Latitude: 03 23 31 U
Longitud: 102 32 08 T

Kedua-dua makam terletak didalam satu ruang yang berpagar di tengah sebuah hutan kecil berhampiran sekolah Kampung Kuala Bera. Dari BERA 1 tinggal sebah batu nisan sahaja, manakala kedua-dua batu nisan tersebut masih kelihatan . BERA 1 terletak disebelah barat BERA 2.

Tapak ini telah dijumpai oleh Zakaria Hitam pada tahun 1958, namun kali pertama ia dilaporkan, ialah oleh Wilder 20 tahun kemudian.

Menurut Zakaria Hitam, salah satu daripada makam ini disebut makam Panglima Ratu Kecembak yang berasal dari Aceh (Wilder. 1978hlm 39).

Menurut suatu cerita lisan lain yang dikumpulkan oleh Sircom, Kuala Bera dianggap sebagai tempat duduk pertama orang Melayu di Pahang.

To' Bentara Kanan Johor bersama seorang puteri yang telah ditemukan oleh seorang asli di dalam sebuah pokok buluh betung, dipercayai pembuka Kampung Kuala Bera ini (Sircom 1920b, hlm 150).

Namun belum ada maklumat yang dapat membuktikan satu kaitan di antara kedua-dua makam dan cerita di atas.

Sebagai perbandingan keadaan tapak sekarang dan dahulu, lihat foto Othman (1988, hlm 195) dan ilustrasi Wilder (1978).

SUMBER
Buku Tapak-tapak Makam, mukasurat 23.