PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.
Showing posts with label humairaadawiyah. Show all posts
Showing posts with label humairaadawiyah. Show all posts

20141210

Sajak: Jika Kamu Temui Orang Ini

Sajak: Jika Kamu Temui Orang Ini
(oleh humairaadawiyah)

Tanda-tanda mereka yang soleh...
Tandanya kau lihat
dari perilakunya
yang mengikuti sunnah Rasulullah...
yang sangat hormati tetamu...

ya, kadang-kadang bisa pening
memikir apa yang dikatakan mereka...
Cuma bila sampai waktunya, kamu akan faham...

Rasalah tandanya...
iaitu kamu akan semakin dekat
dengan Allah,
dan merasa hinanya kamu
di hadapan Allah...
tidak besar-besar diri lagi...
 jika kamu temui orang ini,
dekati dan layanlah dia baik-baik...

anakku...
dalam jiwanya
tersimpan rahsia-rahsia Ilahi...
sudah pastinya
dia tidak cerita kepada kamu...
ambil apa yang diucapkannya,
kerana kata-katanya
bukan dari nafsu mazmumah...
bersopan-santun dengannya...
bergurulah dengan dia.

Jika kamu jatuh
dan hina keadaamu,
jangan ego mohon ampunanNya...
walau banyak kali kamu jatuh...
bangun...
jangan kamu mengalah..

Kamu punyai ibu bapa,
berbaktilah pada mereka,
dan perbaikkanlah akhlakmu..

anakku...
cukuplah disini..

Mulakan mujahadah
mencari redha Ilahi,
mencari cinta Ilahi...
moga ini bermanfaat di hadapan Ilahi...

jika ilmu yang aku kongsi ini...
menjauhkan kamu dari mengingati Allah...
lupakan saja...
dan pohon ampunlah
pada Allah untuk aku...
dan jangan lupa beritahu pada aku...

bahawa aku silap...


20141110

Sajak: Nasihat Syeikh Qadir Jilani

Sajak: Nasihat Syeikh Qadir Jilani
(oleh humairaadawiyah)

Didiklah nafsu
hingga ia menjadi muthmainnah...
Perkara ini memerlukan
usaha yang sungguh-sungguh
tidak boleh malas-malasan...
 memerlukan guru,
teliti dan sabar setiap ketika,
dari sejam kesehari,
dari sehari ke sebulan,
dan dari sebulan ke setahun.

Perkara ini tidak berhasil
hanya berlatih selama
satu jam, sehari, sebulan atau setahun...
sanggupkah kamu, anakku?

Kamu katakan ingin menjadi mujahid Islam,,,
itulah sifatnya...

Kamu mahu campurnya
dengan mereka saudaramu
yang seberang pemahamannya dengan kamu...
mana usaha kamu?

jangan omong-omong kosong,
usaha, tawakal dan doa...
insyaAllah...
jika betul kamu mahu pilih jalan itu...
kamu perlu bersihkan diri kamu...
carilah mereka yang soleh...
selagi kamu tidak bersih...
kamu akan jatuh...

20141010

Sajak: Di Sepertiga Malam

Sajak: Di Sepertiga Malam
(oleh humairaadawiyah)

bijak pandai itu,
bercakap-cakap mengenai peperangan...
panjang sekali bicaranya...
aku tidak mengerti kenapa...
aku lihat berkobar-kobar
semangat jihad dalam dirinya...

mata ini hanya mampu menangis,
baru aku tahu hinanya diri ini...
di pandangan Allah... 
syukur sekali
aku ditemukan dengan manusia itu,
selepas aku bersungguh-sungguh
munajat pada Allah tiada henti
di sepertiga malam hari
dan berbakti pada ibu bapaku

doaku:
(dalam buku Fath Rabbani karya Syeikh Qadir Jilani)

“Ya Tuhanku... Tunjukkanlah kepadaku hamba-hambaMu yang soleh. Tunjukkanlah kepadaku orang-orang yang mampu membimbingku kepada Engkau. Iaitu, orang-orang yang memberi makan kepadaku dengan makanan Engkau, yang memberi minum kepadaku dengan minuman Engkau, memberi celak mata kedekatanku dengan cahaya kedekatan Engkau, dan memberitahukan kepadaku akan sesuatu yang sudah  dilihatnya dengan nyata, bukan dengan sekadar taklid atau ikut-ikutan”...

dan yakinlah,
dengan jawapan dari TuhanMu,
apa yang kau pinta itulah yang Dia beri...
yang terbaik buat hambanya,
yang ikhlas
ingin mengenali TuhanNya...

20140910

Sajak: Ya Allah Selamatkan Kami

Sajak: Ya Allah Selamatkan Kami
(oleh humairaadawiyah)

Sebenarnya jika jalan
ini yang kamu pilih,
banyak pengorbanan
yang perlu kamu lakukan
wahai anakku.

DUNIA INI PASTI
DIPENUHI MANUSIA
YANG TIDAK MAHU LAGI PUNYAI TUHAN,
ITU PASTI...

PANDANG SEKELILING WAHAI ANAKKU,
PANDANG DENGAN MATA HATIMU,
MEREKA HANYA PURA-PURA
MENGAKUI KEWUJUDAN TUHAN...

mungkin kerana budaya sekeliling
yang mengakui adanya Tuhan...
walaupun lidah mengatakan
percaya kewujudan Tuhan...
 tapi hatinya lain...
inilah realiti dunia hari ini...
 tidak percaya kata percaya... munafik?
hanya Allah yang mengetahui... (allahu a'lam)"

hanya sebuah renungan...
untuk difikirkan,
mana tahu diri hina ini,
adalah salah seorang dari mereka...
ya Allah selamatkan kami...


20140810

Sajak: Itulah Yang Aku Rasa

Sajak: Itulah Yang Aku Rasa
(oleh humairaadawiyah)

Memang rasa teramat berat
hingga Aku jauhkan diri
dari kawan-kawan.

Sehingga sekarang
Aku belum mampu
untuk tolong sesiapa.

Bila terjumpa kenalan lama,
hati Aku akan rasa sedih
dan menangis sepanjang hari,
dan beritahu pada Allah,
Aku tidak mampu.

Bukan diri ini suci dari dosa,
malah lebih banyak dari mereka.

Jika dalam keluarga terjadi sesuatu,
saya juga turut terasa
walaupun mereka rahsiakan dari saya.
Apa yang boleh Aku buat?

Bolehkah Aku juga turut ikut mereka
mencampakkan diri dalam kebinasaan?

Bila adik Aku meninggal dunia
terasa ingin juga pergi bersama-sama dia.

Agaknya inilah yang aki rasa
sewaktu dia masih hidup.
kesedihan
mengenangkan anak-anak dan cucu

Pernah rasa tidak mampu lagi
untuk teruskan…,
kemudian Allah temukan
dengan seorang

Selepas berjumpa dia,
hati dan badan terasa ringan.
Di antara nasihat-nasihat dia,
Aku kongsikan dengan saudara-saudara,
mungkin untuk hilangkan sedikit
rasa resah dalam pencarian Aku

Aku manusia yang mencari
 jalan pulang pada Allah.
Aku ini manusia
yang hina dihadapan Allah…
seperti kata
baca boleh pakai jangan,
itulah yang Aku rasa
tentang diri Aku

Ada masa iman itu menaik,
ada masanya iman itu menurun.

20140710

Sajak: Burung Itu Bukan Dia

Sajak: Burung Itu Bukan Dia
(oleh humairaadawiyah)

waktu umur 18 tahun,
bila solat subuh
di masjid
dengan sahabat
yang keturunan pagar ruyung

dia terhenti dari solat
pada rakaat pertama,
sebab dia nampak mereka
dari dunia ghaib tu
berjemaah
bersama kami.

Rakaat kedua,
baru dia masuk balik solat.

Maaf,
panjang lebar
aku conteng kalbu ini.

Aku cuma keliru
dengan keadaan aku,

perlukah aku ini
hanya bermujahadah
dan teruskan perjalanan ini
seorang diri.

Atau perlukah aku berguru...
aku betul2 keliru.

Kenapa dengan keturunan aku

Burung tu bukan dia
cuma teman saya
yang tengah sedih.

Aku membaca kitab
Fath Rabbani
karya Syeikh Qadir Jilani,
sebab kawan murid tareeqat tu,
tunjukkan aku tentang gambar syeikh.

Aku mahu belajar tentang
Bahasa Arab

Aku mahu cari tentang
Sejarah

Aku mahu susun tentang
Tamadun

Aku mahu himpun tentang
Islam

Aku mahu
Allah

20140610

Sajak: Naga dan Bunian

Sajak: Naga dan Bunian
(oleh humairaadawiyah)

NAGA

Dan tentang naga...
dalam mimpi itu,

aku tenggelam di dalam tasik atau laut,
yang dekat dasar laut itu ada naga,
naga yang telah lama berehat.

Dia sedang berlingkar tidur dekat situ

Naga tersebut
menyapa aku,
katanya

"bukankah aku telah memperingati kamu,
kamu akan cedera jika bergaul dengan mereka"

Badan aku lemah,

jadi aku hanya berdiam
dan tidak dapat bergerak,

arus laut itu membawa
aku mendekati ular naga laut,
tapi tiada rasa takut,
macam sudah kenal lama.

BUNIAN

Bunian sahabat moyang aku tu,
bunian itu seperti manusia biasa,
bukan kecil, lelaki dan perempuan.

Cuma pergerakkan mereka
sedikit berbeza.
Sekelip mata dihadapan kita,
kemudiannya tiba2
mereka ada dihujung
ditempat yang lain pula.

Ada yang harimau,
tapi
moyang sudah beritahu mereka,
katanya
cukuplah setakat dia,
bukan pada anak cucu.

Tapi mungkin
mereka ada melawat juga
cuma tak sedar.

Dulu ada jin yang ikut aku
waktu sekolah menengah

20140510

Sajak: Orang Akan Tahu Rahsia Kita

Sajak: Orang Akan Tahu Rahsia Kita
(oleh humairaadawiyah)

Sejak dari itu
banyak mimpiku
berkisar mengenai haiwan purba,
tapi tiada langsung ketenangan,
hanya mainan,
seperti lapras,
naga cahaya biru,
kuda laut purba,
ular laut purba

seperti bentuk naga bertukar menjadi batu,
kecil dapat dipegang dengan tangan,

buah catur yang unik.

Kelakarnya...
dan aku berasa amat letih
dengan mimpi-mimpi itu,
tidak seperti mimpi aku yang tenang sebelum ini.

bila cerita tentang mimpi,
anjing hitam..
cinta dunia,
yang tak pernah habis

20140410

Sajak: Cuma Pemikiran Aku Berfikir

Sajak: Cuma Pemikiran Aku Berfikir
(oleh humairaadawiyah)

Waktu fajar...
Mimpi...

mimpi yang paling menarik
dalam hidup aku,
belum pernah
aku mimpi begitu,

pemandangan yang indah
dan tenteram
diselit dengan kegelisahan...
dan tidak keterlaluan
jika
aku mengatakan
aku tidak pernah merasai ketenangan
yang sebegitu.

Bunyi dolphin
dan suasana bening
yang amat tenteram
dan sejuk.

Semua itu
bukan watak aku
yang berumur 17 tahun,
semuanya watak aku semasa kecil,
cuma pemikiran aku berfikir
menggunakan fikiranku
yang berusia 17 tahun
ketika itu.

20140310

Sajak: Aku Ingin Mendengar Lagi

Sajak: Aku Ingin Mendengar Lagi
(oleh humairaadawiyah)

Aku cuba untuk bangun,
tapi badan aku kaku.

Anjing itu
langsung tidak menoleh kepada aku,
ia hanya duduk disebelah aku,
dan amat dekat,cara duduknya
seperti anjing yang sedang berehat .

Matanya terus memandang kehadapan
dengan mulutnya yang sedikit terbuka
menampakkan lidahnya yang merah.

Dia langsung tidak mempedulikan aku,
tapi aku mesti bangun
dan jauhkan diri
dari anjing hitam itu...
seolah-olah anjing hitam itu
tidak membenarkan aku untuk bangun.

Beberapa kali aku mencuba...
aku dimana...
waktu fajar..
binaan rumah di sini seperti di luar negara... 
terus aku tersentak dari mimpi itu...

Tidak pernah
aku mendapat ketenangan
yang sebegitu,
tapi ia hanya di alam mimpi...
aku ingin mendengar lagi
suara ketenangan si lelumba...

20140210

Sajak: Tiba-tiba Saja Aku Terbaring

Sajak: Tiba-tiba Saja Aku Terbaring
(oleh humairaadawiyah)

ia mengingatkan aku...
tentang sesuatu yang telah lama
aku lupakan...

memori yang terkunci
sesuatu yang
aku cari selama ini
suasana di sini bening,
tenteram dan
penuh dengan ketakjuban...

ia tidak panas
dengan
cahaya matahari petang
cahaya matahari putih
dan ia bukan kawasan pasir
yang berbukit-bukau

amat luas sekali
saujana mata memandang,
dihiasi dengan langit biru.

Pemandangan yang paling cantik
yang pernah aku lihat.

Lagi sekali
 jantung aku bagai disentap...

Tiba-tiba saja aku terbaring.
Semua haiwan tadi hilang
dan hanya tinggal langit biru.

Amat mengejutkan
terdapat anjing di sebelah kiri aku,
anjing hitam.

20140110

Sajak: Haiwan Berbaris Di Langit

Sajak:Haiwan Berbaris Di Langit
(oleh humairaadawiyah)

Aku terkejut dari tidur......
dah pukul berapa ni?

aku mengarah pandanganku ke sekeliling,
kelihatan kawan-kawan
masih dibuai tidur yang nyenyak.

Aku kembali memejamkan mata...
hmmm...
pasir,
sebenarnya aku di mana ?
Kawasan pasir yang rata, petang.

Aku mendongak ke atas,
buat pertama kalinya
aku melihat langit tinggi
yang begitu biru dan luas,
tanpa sedikitpun dihalang
oleh kepulan awan seperti selalu ...
hairan...

Aku mengalihkan sedikit pandangan
aku ke sudut yang lain...
Tiba-tiba
jantung aku tersentap
dengan ketakjuban,
apabila
kedua-dua belah mata ini melihat

awan-awan putih
berbentuk haiwan-haiwan
dalam saiz yang besar
berbaris ,
populasi yang sama di baris yang sama,
yang berada di barat
bertembung
dengan yang disebelah timur,

aku begitu asyik sekali
memerhatikan
dari utara ke selatan
dan akhir sekali
aku memalingkan pandanganku
ke kanan atau belakang
untuk melihat haiwan yang seterusnya ,
dan merupakan haiwan yang terakhir sekali
dan yang paling jelas sekali dalam ingatan aku

...ikan lumba-lumba...
dan ia tidak bertembung seperti yang lain.

Ada beberapa ekor,
awan itu membentuk salah satu darinya
dolphin yang menguak
seperti tersenyum kepada aku,
ia mengeluarkan bunyinya,
seolah-olah ia berkomunikasi
dengan diri aku,

posisinya menghadap kearah aku...
seperti ingin memberitahu aku
tentang sesuatu...

bunyinya besar
seperti haiwan purba,
bunyi ikan lumba-lumba,
ia menyapa ke telinga aku,
bunyi itu langsung tidak membingitkan,
ia amat tenteram dan tenang,
cara haiwan itu berbaris di langit
seperti .......

Sajak: Seperti Seekor Kuda Belang

Sajak: Seperti Seekor Kuda Belang
(oleh humairaadawiyah)

Seorang bijak pandai
berkata padaku:

Wahai anakku
kemana kamu ingin pergi?
kemudian dia
bacakan aku surah Al-Asr.

“Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan yang beriman dan yang beramal soleh, berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran”

tahulah aku,
aku inilah  manusia
yang dikatakan ALLAH  berada dalam kerugian...

aku tidak pernah menyangka
aku tergolong dalam orang-orang yang rugi...
tidak pernah...
buat pertama kalinya
aku tersedar dari mimpi,
betapa hinanya aku

Wahai anakku,
kamu katakan
kamu ingin tegakkan agama Allah
di bumi ini,
menjadi golongan  arif...
tapi berapa helai
mushaf Allah Al-Quran
telah berada di dalam hatimu...

bertambah hinanya aku,
yang selama ini berbangga-bangga,
kononnya aku a’lim,
aku hebat,
banyak ilmu agama
yang aku ketahui

Wahai anakku,
kamu tidak boleh bercakap
sesuka hati
tentang sesuatu ilmu
yang kamu tidak a’rif,
ilmu itu perlu kamu dalami
dahulu dengan teliti.

Wahai anakku,
dalami dahulu kitab
Ihya Ulumuddin
dan amalkannya...

Wahai anakku,
aku kasihan melihat kamu...
kamu beramal,
tapi amalmu sia-sia...
kamu puasa,
 tapi puasamu sia-sia,
kamu makan,
tapi makanmu sia-sia....
kamu tidak tahu yang sebenarnya,
makananmu itu berkata-kata pada kamu...
dia juga makhluk Allah

Terasa diri ini
bertambah-tambah lagi hina,
di hadapan manusia bijak pandai itu,
entah mengapa terasa
seperti seekor kuda belang
di kelompok kuda-kuda putih
yang cantik lagi gagah,

walaupun puasaku tidak henti-henti,
zikirku juga begitu...
tapi keikhlasan tiada,
kerana aku selalu berasa diri ini hebat
berbanding makhluk Allah yang lain...
walaupun aku tahu tidak boleh berbangga
dan merasa diri hebat...

tapi hati yang berjiwa mazmumah ini kotor,
sifat mazmumah akan tetap datang,
kecuali kamu telah diselamatkan Allah
lalu disucikan hatimu,
menjadilah kamu insanul kamil
berjiwa muthmainnah