-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20130402

J32 kepada ahli waris keturunan ahlul bait

assalamualaikum...tuan,
neguai,......

mohon maaf jika bicara dibawah menyakitkan tuan dan puan.

saya terpaksa menyebutnya juga, walaupun ianya pahit bagi diri saya dan terkena atas diri saya sendiri.

mohon kebenaran dan laluan berbicara dengan ahli waris keturunan ahlul bait yang mengikuti blog ini diseluruh malaysia/nusatara, maksud kepada

1.susur al hussein dan al hassan (siti fatimah dan ali),

2.bani hashim/bani abdul muttalib (keluarga),

3.susur sahabat (terutama susur dari abu bakar, omar, othman, ali ).

sesungguhnya moyang tuan-puan (terutama syed) telah datang kesebelah nusatara(semenanjung dan kepulauan melayu atau jawi) ini untuk berdakwah dan mengembangkan ISLAM,

waris kedua dan seterus mereka, berperang untuk mempertahankan dan menegakkan kalimah tauhid di lingkungan tanah nusatara dari serangan orang kristian dan yahudi. mereka bersemenda kepada waris-waris orang tiga beradik bukit seguntang (raja-raja dinusatara). mereka telah mengabdikan diri mereka dalam mempertahan agama islam dari serangan musuh dengan darah dan nyawa mereka.

tetapi hari kebelakangan ini, waris-waris yang tersebut, meminggirkan diri mereka dari tugas-tugas yang sepatutnya mereka menerajuinya dan sebahagian darinya hanya menjaga status gelaran dan nama dan tidak lagi berpegang kepada tunjang asalnya iaitu menjalankan dakwah islamiah dan mengengkang mungkar.

tuan-puan harus ingat, tiada kelebihan diantara tuan puan dengan bangsa lain dan menjadi suatu yang memalukan apabila ahli waris dari susur ahli bait berada dibelakang (barisan kedua) dari kalangan orang islam dan ahli waris yang lain.

wallahualam...
inshaallah...

yang baik datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya dari diri saya sendiri...
berfikirlah dengan waras untuk sejenak.
   
Mon 9-Apr-2012 07:56

6 comments:

Unknown said...

Insyaallah akan sampai masanya nanti...

Anonymous said...

salam... inshaallah ta'ala. masanya telah sampai dan janji allah adalah mutlak, tiada pengunduran dan sunatullah adalah tetap dan tertip.

. said...

Betul. Masanya telah sampai. Sekaranglah masanya. Pemegang amanah perlu serahkan AMANAH. Petugar perlu bertugas. Pelapis perlu bersedia untuk membantu petugas.

Jangan minta orang lain faham apa yang kita faham. Kita perlu faham apa yang kita tidak faham. Supaya kita semua boleh bertugas.

smaqmal said...

Assalamu'alaikum warrahmatullahi wa barakatuh.. ana ingin menjawab ringkas aja. Keturunan Rasulullah SAW sehingga kehari ini masih lagi aktif berdakwah menegakkan syiar Islam antaranya Habib Umar bin Hafidz ( ulamaq tersohor Tarim Hadramawt, Habib Ali AlJufri (Arab) ok..ke Malaysia ramai juga pendakwah iaitu Habib Ali Zainal Abidin AlHamid, Habib Najjamudin Alkhaired (org Raub), Habib Ibrahim AlBenyahya (Tekal, Pahang), Habib Syech Assagaf (Indonesia) Ust Syed Abd Qadir Al-Jufri (kl), Habib Abd Rahman Alhaddad (Shah Alam)Habib asSyeikh Afifudin Aljeilani (Iraq,msia), Habib Hasan AlAttas (Sgpore)..sebenarnya ramai lagi..cume antum tak nampak je..

. said...

Terima kasih Tuan Amaqmal

Habib Umar bin Hafidz ( ulamaq tersohor Tarim Hadramawt, Habib Ali AlJufri (Arab) Habib Ali Zainal Abidin AlHamid, Habib Najjamudin Alkhaired (org Raub), Habib Ibrahim AlBenyahya (Tekal, Pahang), Habib Syech Assagaf (Indonesia) Ust Syed Abd Qadir Al-Jufri (kl), Habib Abd Rahman Alhaddad (Shah Alam)Habib asSyeikh Afifudin Aljeilani (Iraq,msia), Habib Hasan AlAttas (Sgpore)

Terima kasih banyak-banyak kerana berkongsi info ini.

Hamba yang Hina said...

HIDUPKAN 5 AMAL MASJID SEPERTI MASJID NABAWI (ZAMAN NABI)

1. MESYUARAT HARIAN
2. BACAAN TA'LIM (HADIS NABI)
3. BERI MASA DAKWAH 2 JAM 1/2 SEHARI
4. GASH (ZIARAH RUMAH KE RUMAH PINTU KE PINTU)
5. KELUAR DAKWAH 3 HARI (KHURUJ FISABILILLAH)

HIDUPKAN TA'LIM 5 AMAL DI RUMAH :

1. MESYUARAT HARIAN
2. BACAAN HADIS NABI (FADHILAT AMAL)
3. HALQAH QURAN
4. BICARA 6 SIFAT SAHABAT
1) KALIMAH TOYIBAH
2) SOLAT KHUSYUK DAN KHUDUK
3) ILMU DAN ZIKIR
4) IKRAMUL MUSLIMIN
5) PERBETULKAN NIAT (IKHLAS)
6) DAKWAH DAN TABLIGH
5. TASHKIL 3H, 40 H 4 BLN (KHURUJ FISABILILLAH)

HIDUPKAN MASJID DI KAWASAN RUMAH ANDA KE ARAH 24 JAM. KETIKA ZAMAN NABI MASJID HIDUP 24 JAM. ADA 6 KALI AZAN. 5 KALI AZAN KETIKA MASUK WAKTU, 1 KALI AZAN PADA WAKTU MALAM BERITAHU PADA ORANG YG DI RUMAH UNTUK TUKAR SHIF DENGAN ORANG YANG ADA DI MASJID.SEKIRANYA MASJID HIDUP 24 JAM MAKA TIDAK AKAN BERLAKU BERHALA MASUK DALAM MASJID ATAU KECURIAN DAN SEBAGAINYA. ORANG KAMPUNG BOLEH MINTAK TLG DGN JEMAAH DI MASJID SEKIRA BERLAKU KEMALANGAN DAN SEBAGAINYA.

JIKA SAUDARA JUMPA JEMAAH TABLIGH DI MASJID2 ATAU SURAU2 IKUT LAH MEREKA. MEREKA BAWA SEMUA SUNNAH NABI DALAM KEHIDUPAN MEREKA. JEMAAH INI SEKARANG BERGERAK DI SELURUH PELUSUK DUNIA. TAK KENAL MAKA TAK CINTA. KENALILAH MEREKA PASTI ANDA AKAN JATUH CINTA DENGAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W. TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA CORETAN INI. SEKIAN TERIMA KASIH.

DUNIA HANYALAH PERMAINAN TAPI TIDAK BAGI ORANG BERTAQWA. TAKUTILAH ALLAH SEMOGA ALLAH MEMBERI KEFAHAMAN AGAMA DALAM DIRI SETIAP ORANG MUKMIN DAN DENGAN ASBAB KHURUJ FISABILILLAH SEMOGA HIDAYAH TERSEBAR SELURUH ALAM.

MUHAMMAD UNTUK RAHMAT SELURUH ALAM
DARI SAYA HAMBA YANG HINA. ASSALAMUALAIKUM