BAHAYA SIKAP WAS-WAS(Ibnu Qayyim Al-Jauzi)
Sesungguhnya Allah telah berfirman, menceritakan iblis, musuhnya, ketika ditanya tentang keengganannya untuk bersujud kepada Aman dan ia berdalih, bahwa dirinya lebih baik daripada Adam dan terusir dirinya dari syurga lalu ia minta penangguhan waktu hidupnya sampai hari kiamat dan ia diberi.
Diantara godaan atau tipu daya syaitan yang dilancarkan terhadap orang-orang bodoh ialah was-was, terutama saat niat melakukan wuduk atau sembahyang. Sedaya-daya syaitan cuba menggoda orang-orang bodoh iniagar tidak mengikuti sunnah rasulullah saw. Mereka dihasut bahawa apa yang dijelaskan oleh sunnah rasulullah itu belum cukup, melainkan harus bergabung dengan yang lainnya. Akibatnya, timbul perasaan dan dugaan-dugaan yang tidak menentu.
Sesungguhnya orang yang was-was sedar atau tidak, mereka telah mengikuti syaitan. Mereka telah mengikuti sifatnya, yakni was-was itu.
Mereka terima bisikan syaitan dan tidak mahu mengikut rasulullah serta para sahabat beliau. Iaitu mereka, orang-orang yang mengikari kebenaran sesuatu yang nyata dan yang dapat dilihat. Betapa ingkarnya dia terhadap penglihatannya sendiri dan betapa kerasnya kepala dia tarhadap keyakinan dirinya sendiri. Dia adalah orang yang kebingongan. Diantara orang yang was-was, ada yang bertekad ingin menghentikan sikap buruknya itu, tetapi ternyata dia berdusta.
Sambil menyeksa orang yang was-was didunia ini sebelum diakhirat, syaitan sengaja mengoda mereka untuk tidak mengikuti rasulullah saw. Syaitan memasukkan mereka kedalam golongan orang yang suka mengada-ada dan berlebihan, sementara mereka mengaku diri sebagai yang terbaik.
Imam malik mengatakan: “aku mendengar bahawa umar bin khatab ra, pernah mengatakan: “ disunnahkan kepada kamu beberapa sunnah, diwajibkan atas kamu beberapa kewajipan dan kamu ditinggalkan sesuatu yang nyata, kecuali kamu mengikuti manusia kekanan dan kekiri.”
Nabi saw bersabda: “ akan tetap ada setiap generasi yang mahu menegakkan ilmu ini. Merekalah yang akan mencegah penyimpangan orang-orang yang suka membuat kebatilan dan orang-orang bodoh yang suka melakukan taksir sendiri.”
Nabi saw memberitahu bahawa orang-orang yang khianat itu suka sekali menyelewengkan apa yang beliau bawa. Orang-orang yang suka membuat kebatilan dengan kebatilannya juga selalu memalsukan apa yang ada pada beliau. Begitu pula orang-orang bodoh sering mentafsirkan sesuatu secara keliru. Jadi rosaknya islam ini ditimbulkan oleh tiga golongan tersebut. Sekiranya allah tidak membangkitkan orang yang mahu membanteras semua itu demi tegaknya islam, sudah tentu nasib agama ini sama seperti nasib agama-agama yang dibawa oleh nabi-nabi sebelumnya.
Orang yang was-was berdalih bahawa was-was setidak-tidaknya lebih baik ,dipertimbangkan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang melampaui batas, terlalu sesuka hati memudahkannya.
Keduanya was-was dan melampaui batas merupakan sesuatu yang negatif dan buruk. Manusia yang baik ialah kelompok tengah-tengah, yakni mereka yang bebas dari kesalahan orang-orang yang lengah dan orang-orang yang berlebih-lebihan. Dan adil adalah tengah-tengah antara sifat aniaya dan lengah dan semua petaka bersumber daripada kedua perkara negatif tersebut. Sebaik-baik sesuatu ialah yang tengah-tengah.
Itulah pembicaraan yang memaparkan tipu daya dan upaya syaitan yang selalu ingin mempermainkan umat ini. Dengan itu diharapkan seorang muslim yang hanif mengetahui kadar nikmat allah yang maha perkasa lagi maha agung yang diberikan kepadanya, terutamanya nikmat ilmu dan iman. Berkat nikmat itulah allah memberikan hidayah kepada para pencari kebenaran daripada umat ini yang dikehendaki nya. Daripada allah lah datangnya pertolongan dan petunjuk kejalan lurus.
PAGAR RUYUNG YANG TERPECAH
Dari istana tujuh lapis
MINANGKABAU(adat)
Diatas kemenangan mereka (kaum adat) telah diserahkan kuasa amanah mentadbir pagar ruyung@istana tujuh lapis dan menukar namanya dari pagar ruyung kepada tanah adat minangkabau.
JAMBI(agama)
Sebahagian dari mereka(Kaum agama) telah meninggalkan istana mengikut pada perjanjian perlawanan yang telah diadakan dan mereka membangunkan semula jambi (satu negeri kecil diluar tanah adat yang dimenangi oleh orang adat),tetapi sebahagin dari mereka terus meninggalkan tanah sumatra dan berhijrah ke tanah melayu.
Sehingga cerita ini dipaparkan, tiada lagi riak-riak dari kedua belah pihak pemegang amanah minangkabau dan jambi yang duduk semeja dan bermuafakat untuk menyelesaikan krisis yang berpanjangan ini. Kedua-dua pihak masih menyuruk dibelakang jari telunjuk. Dan wakil-wakil mereka telah banyak mengsia-siakan masa dan dana tanpa tujuan.
Ditanah melayu pula, perbalahan dibalik tabir dan sangsi diantara satu dengan lain masih pekat dalam sanubari ahli waris, tidak kira waris ahli bait dan juga ahli waris nusatara. Di sebab mereka-mereka ini tidak mengenal akan diri sendiri dan juga diri waris-warisnya dan mereka dengan ego dalam diri yang tidak mahu diketepikan.
Akuan diri sebagai orang islam, al-quran dan al hadis sebagai pedoman, hanya pada gigi sahaja kerana gigi mereka putih-putih belaka, dan dilihat pada lidahnya, masih melentok-lentok.
Surah al-falaq(erti)
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Katakanlah “aku berlindung kepada tuhan yang maha menguasai subuh.( a.1)
Dari kejahatan makhluknya.(a.2)
Dan dari malam apabila telah gelap gelita.(a.3)
Dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul.(a.4)
Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki.”(a.5)
Tuan -puan perlu ingat satu perkara,,,
Ketua Penjaga kepada istana@pemegang amanah@pentara istana pagar ruyung sekarang ini telah uzur. Amanah yang disandangnya sudah hampir kepada penghujungnya dan pengganti kepadanya@petugas@pemegang amanah@penjaga istana, sepatutnya telah mengambil alih tugas ini.
Sepatutnya dia@ pentara istana pagar ruyung yang telah lama bertugas ini diberi ruang untuk istirehat tapinya dimana tuan dan puan yang mengaku pendokong kepada pagar ruyung@ waris-warisnya, hanya memangdang sepi dan dari jauh sahaja dan kebanyakan dari waris-waris ini hanya bersangka-sangka. Pergilah jengok dan bertanya khabar akan dirinya, dia jua salah seorang dari waris tuan-puan. Tiada apa yang dia perlukan sebagai balasan dari tuan-puan, cukuplah dan memadailah jika tuan-puan dapat memberi salam dan sebuah senyuman kepada nya sebagai menyambung siratulrahim yang telah lama (………..).
Disana ada insan tua yang menanti tuan puan@ pewaris yang menunggu akan warisnya…
ERTI SURAH AL-AHQAAF
Dengan nama allah, yag maha pemurah, lagi maha mengasihani.
Haa Miim(a.1)
Diturunkan al-quran ini, dari allah yang maha kuasa, lagi maha bijaksana(a.2)
Tidaklah kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada diantara keduanya melainkan dengan ada gunanya yang benar dan dengan ada masa perhinggaannya yang tertentu dan orang-orang yang kafir berpaling dari menerima peringatan yang diberikan kepada mereka mengenainya.(a.3)
Maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya rasul-rasul “ulil-azmi” dari kalangan rasul-rasul. Sesungguhnya keadaan mereka seolah-oleh mereka tidak tinggal melainkan sekadar satu saat sahaja dari siang hari. Cukuplah menjadi pelajaran. Maka tidak dibinasakan melainkan kaum yang fasik derhaka.(a.35).
Bahagian-bahagian tauhid.( Kuliah ilmu tauhid@ilmu kalam oleh dr. h. hamzah ya’qub)
Tauhid rububiah. ..Ialah tauhid ketuhanan, yang dimaksudkan disini ialah mempercayai bahawa allah swt satu-satunya pencipta, pemelihara, penguasa dan pengatur alam ini.
Tauhid yang semacam ini dianuti juga oleh kaum jahiliyah, kerena mereka juga mengakui bahwa tuhanlah yang menciptakan alam ini. Keterangan ini terdapat dalam al-quran:
“jika engkau bertanya kepada mereka itu: siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan memudahkan perjalanan matahari dan bulan? Niscaya mereka menjawab: allah.” (maksud al-ankabut;61).
“jika engkau bertanya kepada mereka: siapakah yang menurunkan air dari langit, lalu menghidupkan dengan air itu akan bumi sesudah matinya? Niscaya mereka menjawab: allah.” (maksud al-ankabut; 63).
“ dan orang-orang yang mengambil pembantu-pembantu selain daripada allah: kami tidak sembah itu kecuali supaya menghampirkan kami kepada allah.” (maksud az-zumar;3).
Tauhid uluhiyah atau tauhid ubudiyah…ialah tauhid ibadah, iaitu beribdah, berdoa, meminta dalam hal gharib, tunduk, merendah hanya kepada allah, tidak kepada yang lainnya dan tidak menerima hukum agama dan ketetapan dalam perkara ghaib kecuali dari allah.
Tauhid ini tidak dimiliki oleh kaum jahiliyah, kerena mereka menyembah, berdoa bukan lansung kepada allah, tetapi kepada berhala-berhala dengan alasan supaya berhala-berhala itu hampirkan mereka kepada allah.
Tauhid ini juga tidak ada pada kaum yahudi dan nashara, lantaran hukum-hukum halal dan haram yang berhubung dengan agama cukup ditentukan oleh tokoh-tokoh mereka sendiri.
Tauhid shifat…ialah tauhid kepada allah dengan mempercayai bahwa allah memiliki segala sifat-sifat kesempurnaan sebagaimana yang diajarkan dalam al-quran dan hadis nabi saw. Demikian juga percaya bahwa allah maha suci daripada segala sifat-sifat mustahil bagi dirinya, yakni sifat-sifat yang bertentangan dengan kebesaran dan kesempurnaannya.
Tauhid I’tiqadi…ialah tauhid pada I’tiqad.
Tauhid qauli…ialah tauhid pada perkataan.
Tauhid amali…tahid dengan perbuatan.
Ketiga –tiga tauhid,,,I’tiqadi,qauli dan amali adalah saling berkait antara satu dengan yang lain dan dipegang seiring…ringkasannya, hendaklah seseorang itu bertauhid dan mengi’itiqadkan ke esaan allah dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya dan hendaklah tauhid tu dilakukan dalam bentuk perkataan dan perbuatan. Sebaliknya, janganlah seseorang mengeluarkan perkataan dan melakukan sesuatu perbuatan yang dapat mengeluarkannya dari lingkaran golongan ahli tauhid.
Sifat-sifat para rasul
Sifat-sifat yang wajib(mesti) ada pada rasul-rasul;…kalaupun tiada pada kita sebagai manusia biasa,,, sekurang-kurangnya fahamilah dan seraplah semangat sifat-sifat mereka itu dalam diri kita sebagai satu umat islam yang percaya kepada satu dari rukun iman yang enam.
1.Ashshidqu; benar atau jujur.
2.Al-amanah; terpecaya atau memiliki kesetiaan kepada kebenaran.
3.Attabligh; menyampaikan, yakni memberitahu dan menerangkan apa yang diperintahkan allah kepada mereka.
4.Alfithanah; kecerdasan, yakni rasul itu mesti cerdas.
Negeri-negeri dalam dewan majlis pagar ruyung (mengikut adat istiadat melayu lama){54 negeri}
Asalnya dari satu empayar besar dan dipecahkan tiga bahagian (mengikut pesaka maharaja bukit seguntang).
Waris-waris selepas dari itu telah membuka negeri-negeri berpentadbiran sendiri tetapi masih dibawah naongan pagar ruyung(dewan tertinggi alam pagar ruyung). Kesemua negeri itu ialah sebanyak lima puluh empat negeri kesemuanya dalam nusatara. Dari lima puluh empat itu, dua belas adalah tunggaknya (pemerintahan nya adalah dibawah waris keturunan ahli bait bersusur kepada muhammad rasullullah saw. Mereka ini lah pemegang mutlak kepada kerajaan bagi negeri-negeri di nusatara ini). Yang selepas dari dihalau dari kerajaan masing-masing dan mengasingkan diri @ menjadi pendakwah islam @ pejuang kepada menegakkan islam dinusatara dalam masa penentangan terhadap portugis, belanda, inggeris, sepanyol dan dua tiga bangsa penjajah yang lain.(maaf,tidak dibincangkan tanpa kebenaran pemegang amanah).
Apabila tunggak mutlak telah tiada, pemegang amanah(wakil kuasa) telah diberi kepada waris-waris yang berebut dan dilantik memegang tampuk kerajaan negeri. Diantara mereka pun masih lagi berebut akan kerusi ketua negeri(walaupun mereka sendiri tahu kerusi itu hanyalah satu hak wakil kuasa sahaja sebagai pemegang amanah bagi kerajaan, negeri, waris dan rakyatnya).
Atas sebab itulah ada diantara mereka (waris-waris) yang sibuk mencari dan berebut akan keris,teremba dari kulit kijang putih,cop mohor@tempa, bendera@(.......) dan peralatan kerajaan. Untuk menunjukkan bukti yang mereka adalah waris yang layak dan berhak diatas kerusi kerajaan yang tersebut dituntut. Yang sebenarnya barang –barang itu tiada apa-apa pun yang boleh dijadikan bukti kerana ianya hanya ingin menunjukkan, akan cerita(perkara)dan arah sebenar akan duduk perkara bagi negeri dan pemerintah yang sepatutnya memegang kerajaan mengikut agama dan adat. Perkara yang tersebut menjadi sesuatu benda yang terang lagi jelas.
Beberapa al-asmaa ul husna(dari surah al-hasyr,ertinya)
Dialah allah yang tiada tuhan selain dia.yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata.dialah yang maha pemurah lagi maha penyayang.(ayat 22)
Dialah allah yang tiada tuhan selain dia.raja. yang maha suci. Yang maha sejahtera. Yang mengurniakan keamanan.yang maha memelihara. Yang maha perkasa. Yang maha kuasa. Yang memiliki segala keagungan. Maha suci allah dari apa yang mereka persekutukan.(ayat23)
Dialah allah yang menciptakan.yang mengadakan. Yang membentuk rupa. Yang mempunyai nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepadanya apa yang ada dilangit dan dibumi. Dan dialah yang maha perkasa lagi maha bijaksana.(ayat 24)
SENARAI NAMA WARIS-WARIS ,WARIS AHLI BAIT DAN AHLI WARIS NUSATARA SEMASA KRISIS PAHANG
(tiada siapa yang menang dan kalah dalam krisis ini, bak kata perpatah”menang jadi arang,kalah jadi abu)
Batu api yang mendapat laba, iblis yang bersorak gembira dan fitnah bermahajaralela.
(masih ada nama yang cicir dari senarai dan tidak dapat dikasan,,,maaf)
engku panglima besar wan ismail bin tun mutahir,maharaja perba jelai wan idris, panglima mansu,panglima tapak,panglima haji muhammad nur,panglima dalam mat soh,panglima kiri haji mat tahir,panglima kiri che’ embong,tok tunggal bukit segumpal,panglima perang kanan che’ buman,panglima bebas zabidi, panglima gagah ishak.panglima garang yusuf, panglima garang ali,panglima hitam tok imam latif,panglima harun,imam perang tengku acheh,imam perang hulubalang haji hasan chenor,imam perang mat zain,sayid umar al attan, tuan haji hasan budu, muhammad akil,tengku ismail, tengku uda,tuanku raja asal,wan puteh,wan sulong,wan ismail,wan timah,wan sunit,wan mansur,sultan omar,panglima hitam gagak sekawan, imam perang raja panglima koming,panglima raja che’ endut, panglima laut talib,panglima kumbang,panglima ku siang,panglima setia tuan empok bin yahya,panglima garang ishak,panglima mamat,panglima kiri tuan kecut,panglima muda, imam perang mahkota haji abdul halim,tuan mandak sayid ali,tuan embong,tuan kecik al-attas,panglima besar terengganu sayid idrus bin sayid abdul rahman, raja muda terengganu, wan dagang kemaman,che’ lambak benta, wan buang, habib derus, penghulu burok kemaman,panglima raja mat sin,panglima mat akhir gua, tok muda mat diah,panglima abdul hamid,panglima muda togel,panglima awang ahmad,haji panglima,penghulu teh,panglima long,panglima yaakob,engku muda wan koris,wan aman, wan da, orang kaya indera pahlawan che’ tuit,orang kaya dewa bangau, orang kaya indera segara,orang kaya setia lela, penghulu bentong, tok yahya,julumat, sutan garang,jabaringking,jabatanghari,jakalong,japintal tali,tok engku tua,panglima tujuh lapis, wan abu bakar,khatib bahrain,panglima raja haji mat ali,mat sedih, tok talib,panglima hitam bugis daeng muhammad, penghulu rembau,penghulu sungai ujung, temanggung ibrahim, panglima dalam che’ hitam pengasuh, panglima tunggal kakap bahaman, imam perang dualid, encik embok, encik nit, orang kaya shahbandar, haji abdul rahman,sultan muhammad 2@sultan mulut merah,raja muda,imam perang khatib rasu, wandaud bin wan pahang,che’ nyak, che’ deraman,maulud, tok husain, tok bangau,tuan chik jenerak,suliwatang tok sopok,sutawijaya, imam perang jembang, sayid husain tanjung champaka,panglima dato hulubalang maali,panglima awang,che’ wan ahmad,che’abd hamid,penghulu deraman, baginda musin,sutan kamala,panglima mua,orang kaya lipis.
Surah al-aadiyaat(erti)
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Demi kuda perang yang berlari kencang dengan terengah-rengah.[a.1]
Dan kuda yang mencetuskan api dengan pukulan.[a.2]
Dan kuda yang menyerang dengan tiba-tiba diwaktu pagi.[a.3]
Maka ia menerbangkan debu.[a.4]
Dan menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh.[a.5]
Sesungguhnya manusia itu sangat ingkar tidak berterima kasih kepada tuhannya.[a.6]
Dan sesungguhnya manusia itu menyaksikan keingkarannya.[a.7]
Dan sesungguhnya dia sangat bakhil kerana cintanya kepada harta.[a.8]
7 comments:
Assalammualikum.
Itulah adat manusia yang hidup di muka bumi allah,tidak lari dari tamak,hasad,ingin mengusai serta riak.Semua ini datangnya dari nafsu amarah yang tak pernah dibuang mengenepikan yang. Manusia cuba melawan kehendak allah. Benar sesungguhnya kalau mahu mintalah dari allah. Tapi meminta yang bagaimana,sehingga mengenepikan yang empunya hak? allah maha adil manusia minta diberi tapi pasti ada jalan rintangannya kerana bukan semua perkara itu hak kamu.Semuanya dari allah bukan kita sebagai manusia boleh menetapkan. Yang pentingnya adalah hati manusia itu. kenapa allah mengangkat nabi Muhammad ke arasy untuk disucikan hati? kenapa manusia tidak mencari hikmah dari kisah ini. Sesungguhnya kita sekarang diakhir zaman. Bercakap tentang susur galur,kepandaian serta kepetahan berugama,memang senang. tetapi hati mahu melakukannya hanya allah yang tahu. Oleh itu kepada yang mengerti amalkanlah pengertian itu maka yang tidak mengerti cukupkan sekadar pengatahuan supaya tidak terpesong jauh kerana IBLIS sentiasa mahu menyesatkan manusia itu.
salam tuan... tuan perlu memberi lapuran [bagi tugas tuan] pada ayah long dimempaga...
tiada laporan yang sampai dari tuan, setakat hari ini.
Terima kasih tuan/puan berdua.
----------
Itulah adat manusia yang hidup di muka bumi allah,tidak lari dari tamak,hasad,ingin mengusai serta riak.Semua ini datangnya dari nafsu amarah yang tak pernah dibuang mengenepikan yang. Manusia cuba melawan kehendak allah. Benar sesungguhnya kalau mahu mintalah dari allah. Tapi meminta yang bagaimana,sehingga mengenepikan yang empunya hak? allah maha adil manusia minta diberi tapi pasti ada jalan rintangannya kerana bukan semua perkara itu hak kamu.Semuanya dari allah bukan kita sebagai manusia boleh menetapkan. Yang pentingnya adalah hati manusia itu. kenapa allah mengangkat nabi Muhammad ke arasy untuk disucikan hati? kenapa manusia tidak mencari hikmah dari kisah ini. Sesungguhnya kita sekarang diakhir zaman. Bercakap tentang susur galur,kepandaian serta kepetahan berugama,memang senang. tetapi hati mahu melakukannya hanya allah yang tahu. Oleh itu kepada yang mengerti amalkanlah pengertian itu maka yang tidak mengerti cukupkan sekadar pengatahuan supaya tidak terpesong jauh kerana IBLIS sentiasa mahu menyesatkan manusia itu.
----------
salam tuan... tuan perlu memberi lapuran [bagi tugas tuan] pada ayah long dimempaga... tiada laporan yang sampai dari tuan, setakat hari ini.
panglima mamat @pendekar mamat apit limpang maharaja perba jelai
assalamualaikum pak tengku arian kirana
panglima mamat @pendekar mamat apit limpang maharaja perba jelai
Salam takzim buat tuan-tuan dan pemegang amanah: dari waris Panglima Mamat@Pendekar Mamat...Assalamualaikum
Post a Comment