PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.
Showing posts with label Antara Mitos dan Sejarah Yang Hilang (E). Show all posts
Showing posts with label Antara Mitos dan Sejarah Yang Hilang (E). Show all posts

20121230

E8 Ingat seribu kali ingat


Jangan sesekali anda menzalimi rakyat jelata.
Sebab yang demikian itu akan menarik kepada kecelakaan dunia mu dan akhirat mu.
Sebagaimana dilarang anda menzalimi rakyat anda sendiri,
maka samalah dilarang juga anda membiarkan setengah menzalimi setengah yang lain.
Begitu juga anda mengabaikan segala urusan mereka,
tiada memandang dan meneliti keadaan hidup mereka.(imam habib haddad*1044-1132)

[taha.82];” dan sesungguhnya aku maha pengampun”….”bagi sesiapa yang bertaubat, yang beriman, yang membuat amalan saleh, kemudian ia mengikut petunjuk.”

[al-a’raf,56];”sesungguhnya rahmat Allah itu amat dekat dengan orang yang membuat baik.”

[al-a’raf,44];”ingatlah, bahawasanya laknat Allah itu ditimpa ke atas orang-orang yang zalim.”

[ash-shaf,3];” besar sekali dosanya disisi Allah, iaitu kalau kamu mengatakan sesuatu sedang kamu tiada melakukannya.”

[an-najm,29];” maka tinggalkanlah siapa-siapa yang telah menyeleweng dari mengingatkan kami, dan mereka tiada menginginkan melainkan kehidupan dunia.”

[al-hujurat,11];” dan barang siapa tiada bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

20121223

E6 susunan dan mitos yang dilupakan


 (versi ini perlu disahkan degan hati-hati)
*Batin saridun[ditemerloh],siapa sebenarnya dia?{hanya akan dibongkar status dirinya,bila kuburnya dijumpai dan disahkan oleh pemegang amanah…maaf).

*Lim tau kim atau lim tau kiam(nama lainnya?) berkhawin dengan raja cik cahaya kerabat raja pattani.
{dilantik menjadi bendahara/ menteri kerajaan kesultanan siantan}

*Sumbawa pulau dekat lombok. Kerajaan awan kuning. Rajanya dewa majaruwa nama sebelum islam.

*To tondek

*Sultan hasanudin

*Sy ahmad salim< sy sultan arifin< sy ismail(keturunan SAQA Jailani) gelar dat paduka berhalo pu selaras pinang masak <4 anak.="anak." bongsu="bongsu" hitam="hitam" kayo="kayo" khawin="khawin" mengurai.="mengurai." orang="orang" p="p" pm="pm">

*Achmad barus 2=DPBerhalo=su saidina zainal abidin(turhh) keturunan 7 nabi muhammad saw(husain). Anak pingai kedataran.hitam gemuk.

*Sultan;1790 masud badarudin. 1812 muhedin, 1833 fakhrudhn, 1841 ab rahman, 1855 taha, 1858 ahmad naza, 1881 muhiden, 1885 zainal, 1900-1904 thaha saifudin, (1855,belanda masuk).

*Orang kaya hitam = panglima hitam = panglima daik.

*Bila sebut jambi terkait deli,terkait puteri hijau, terkait hang tuah, terkait pulau besar, terkait yang lain-lain legenda dan mitos.

*Legenda dan sejarah lamuri, barobudor,barubhasa, terkait kuala muda dan gunung jerai.

*Semua waris terkait diutara akan berkumpul.

*Timbul sejarah wali 9 dengan syeh siti jenar.

*Timbul bala tentera dari timur, dari barat,dari utara, dari selatan dalam legenda ramayana.

*Dato paduka berhala adalah syeikh ahmad kamil atau panglima daik anak syeikh ismail pulau besar.

{selepas waris  pagar ruyung berpecah dua, satu menubuhkan minang kabau dan satu lagi menegakkan jambi, pendirinya adalah tok mengkarak dua@ nur kodim yang mempunyai kerabat yang mendirikan negeri-negeri kecil diserata sumatera dan tanah melayu kemudian darinya}

{Puteri hijau binti panglima dewa shadan(panglima kerajaan pagar ruyung sebelum pepecahan)@ imam shadan@ batin sunkai (pangilan dipahang ,bukit segumpal chenor)}

E5 Erti surah Al-kautsar


Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu ni’mat yang banyak.[a.1]

Maka dirikanlah shalat kerana tuhanmu, dan berkorbanlah.[a.2]

Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.[a.3]

20121216

E4 erti surah Al-maa’uun


Dengan menyebut nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Tahukah kamu yang mendustakan agama?.[a.1]

Itulah orang yang mengherdik anak yatim.[a.2]

Dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.[a.3]

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat.[a.4]

Orang-orang yang lalai dari shalatnya.[a.5]

Orang-orang yang berbuat riya.[a.6]

Dan enggan barang berguna.[a.7]

20121209

E3 erti surah Al-ashr








sumber gambar: http://kehidupan-insan.blogspot.com/2010/12/jangan-suka-bertangguh-masa.html

Dengan menyebut nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Demi masa asar.[a.1]

Sesungguh manusia itu benar-benar berada dalam kerugian.[a.2]

Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.[a.3]

20121202

E2 Hilangnya Sejarah


Pada memulakan al-kisah ini, kita perlu berbalik kepada insaf, sedar dan ilmu yang berpandukan akal yang waras, yang diberi akan hidayah oleh Allah{akidah dan tauhid@fikah dan tasawwuh},(dengan izin Allah). 

 sumber gambar: norzibar-enterprise

Kerana susunan kisah ini menggabungkan kesemua bentuk ilmu dan pembelajaran yang perlu dalam menterjemahkan akan cerita disebalik al-kisah yang tersedia ada pada kita sekarang ini.(rujuk kitab-kitab lama dan tuan guru@ulamak pondok yang bersanad).

Hak-hak, kisah-kisah, sejarah-sejarah ini ada tersimpan dalam dan dikalangan kita, cumanya keperluan untuk mengumpul dan mengutip akan cebihan-cebihan cerita yang ada dari semua penyimpan dan pemegang amanah yang sedia ada sekarang, kurang dan tidak berjalan lancar seperti  yang dijadualkan, kerana ada diantara cerita, kisah dan sejarah ini yang tidak bertulis, hanya diingat dalam kepala sahaja dan disampaikan dari mulut ke telinga sebagai pengkisahan orang tua-tua kepada cucu-cicit dan dongengan purba kala sahaja.

Dan ada dikalangan kita yang beraggapan dan bersangka-sangka yang cerita dan kisah ini adalah hak milik keturunan dan keluarganya  semata-mata dan tidak boleh diberitahu kepada umum sebagai satu sumpah keturunan yang abadi.(takut langgar sumpah)

Sebilangan dari kita pula, ada diantara mereka yang tidak memahami yang mereka adalah pemegang amanah kepada cerita dan kisah yang tersebut dan tidak menyampaikannya ,dan menjadikan nya sebagai satu rahsia peribadi milik mereka sendiri. Tugas mereka, menyampaikan cerita dan kisah yang tersebut kepada pemegang amanah yang seterusnya supaya cerita dan kisah yang tersebut tidak hilang, kerana dengan hilangnya cerita dan kisah yang tersebut maka hilanglah juga  identiti bersama sejarah bangsa dan umat yang tersebut.

Pertuduhan atas orang  barat yang membawa balik manuskrip dan catatan dari nusatara itu ada benarnya, tetapi persangkaan itu hanya sebahagian sahaja dan sebahagiannya tidak.

Seperti juga terjadi kepada al-quran dan al-hadis, seramai mana sekalipun orang mencuba untuk memutar belit akan ayat dan isinya, tetap sentiasa ada manusia yang menghafal dari dahulu hingga sekarang {dengan izin hidayah allah}. 

Mereka ini adalah pemegang-pemegang amanah yang ditugaskan menjaga dan melindungi akan hak allah dan rasulullah saw{al-quran dan as-sunnah}.

Apa yang orang barat bawa balik dan surukkan,adalah hanya sebahagian sahaja dan sebahagia lagi masih tersimpan rapi dikalangan kita diseluruh nusatara ini, dikalangan pengamanah-pengamanah yang silih berganti bertugas dikalangan kita dari dahulu hingga sekarang. Teknologi inilah yang tidak dapat ditiru dan yang memeningkan kepala orang barat dan atas sebab itulah mereka sehingga sekarang masih lagi mencuba untuk memesong kan dan memadamkan sejarah dan mitos kita dan cuba mencukilnya secara tidak disedari. Orang barat beranggapan mereka adalah pembawa teknologi yang canggih, sedangkan teknologi itu telah lama berada dikalangan kita dengan izin hidayah dan perlindungan allah dan sebagai contoh  bukti, sebagaimana cacatan dan ganbar pada dinding-dinding piramit di Mesir.

Tetapi perlu diingatkan, jangan menjadikan ianya satu perkara yang dibanggakan sehingga membawa kepada takabur dan riak, kerana ianya adalah hak bersama dikalangan umat islam {teknologi islam}, hanya ianya diubah versinya dalam bentuk dan kata-kata melayu. Maka perlulah kita membaca dan mempelajarinya dari kedua-dua jalur dan sudut ,melayunya dan agama islam {al-quran dan as-sunnah}, mesti seiring dan lengkap-melengkapi diantara satu dengan satu lagi.

Ilmu Al-quran dan as-sunnah(al-hadis),tasawwuf,mantik, bayan dan bahasa(terjemahan) adalah amat diperlukan dalam menyelami dan memahami liku-liku cerita dan kisah. Begitu juga bahasa dan adat lama nusatara.

Keingkaran dan salah penafsirannya akan membawa padah yang bergitu ketara pada kita sebagai umat Islam dan Melayu. Untuk itu ,haruslah berhati-hati dan tidak hanya bersangka-sangka dalam mengambil dan bercerita akan hal-hal yang tersebut  supaya tidak terkeluar dari akidah islam.

Dimaksud akan,” orang barat”, bukan dituju pada orang putih (ini sebahagian kata mantik melayu), sebaliknya ditujukan kepada fanatik kristian dan fanatik yahudi dan juga kepada mereka yang tidak berkepecayaan(tidak berugama) yang berada sebagai tunggangan iblis yang dilaknat oleh allah. Yang berusaha untuk menghancurkan islam(akidah dan iman) dan umat islam itu sendiri.

Diatas sebab ini jugalah kita harus memohon hidayah dan perlindungan dari allah dan mempelajari serta memahami dengan mendalam  akan selok-belok islam agar tidak tertipu dan tersingkir dari jalur ajaran islam yang sebenar…  Waallahuallam.