-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20121027

Cari kubur lama Pahang 5

.
 Kubur 5.1
 Kubur 5.2
 Kubur 5.3
 Kubur 5.4
 Kubur 5.5
 Kubur 5.6
 Kubur 5.7
Kubur 5.8

20121026

B07 Senarai 14 mitos


Berikut adalah 14 cerita mitos yang sedang disiapkan oleh neguai. Kesemua 14 cerita mitos ini akan saya terbitkan secara berperingkat setelah neguai membuat pengesahan. Para pembaca boleh menambah fakta kepada cerita tersebut.

1] ASAL ORANG SEMBAWAH.
2] ASAL DARI BUKIT SEGUNTANG
3] GUNUNG DAIK BERCABANG TIGA.
4] ANAK DAIK TUJUH BERADIK.
5] ASAL PAGAR RUYUNG.
6] RAJA DARAH PUTIH .
7] ORANG TIGA BERADIK PAHANG.
8] ORANG PAPAN SEKEPING/ ORANG EMPAT BERADIK.
9] PUPU EMPAT PULUH SERI MENANTI/PUPU EMPAT PULUH PAGAR RUYUNG.
10] ASAL PALEMBANG
11] ORANG TIGA BERADIK NEGERI SEMBILAN
12] PULAU PANDAN JAUH KETENGAH
13] PANJI SEMERANG SELENDANG MERAH
14] ANAK JAMBI DUABELAS BERADIK, DUABELAS KAPAL.

20121023

Cari kubur lama di Pahang 4

 01
 02
03

Nak simpan susah, nak lupa lagi susah?

Masih ramai saudara-mara kita yang terpisah semasa  Perang Pahang. Ada yang lari keluar Pahang. Ada yang  menyorok dalam Pahang. Ada yang dedahkan diri tak risau apa nak jadi kerana yakin pada ketentuan Allah SWT. Ada yang masih menyorok takut diburu/dibunuh oleh puak yang satu lagi (tidak yakin dengan ketentuan Allah SWT). Ada juga yang dan tau susur keturunan tiba-tiba terus bercakap dengan bangga diri (inilah yang tok moyang bimbangkan - anak cucu lupa diri).

Sekarang masa dan berubah. Sekarang masa kita lupakan apa yang telah pecah-belahkan kita semua (Orang Melayu Orang Pahang). MESTI lupakan segala dendam, segala yang terkilan, segala perjanjian-perjanjian lama tok moyang.

Sekarang masa kita rapatkan silaturahim dan terus berpegang pada tali Allah. Berpegang pada tali keturunan kita, semua kita ada pertalian. Bezanya pada tali sahaja, ada talinya panjang ada talinya pendek.

Jangan simpan lagi dalam hati kisah perperangan adik-beradik sampai satu negeri berperang.
Jangan simpan lagi dalam hati kisah adik beradik bertembak, bertikam dan berbunuh sesama sendiri.
Jangan simpan lagi dalam hati kisah satu keluarga, satu kampung, satu puak kena bunuh atau kena racun.
Jangan simpan lagi dalam hati ketentuan Allah yang sudah terjadi untuk mereka zaman dahulu kala.
(Nak simpan susah, nak lupa lagi susah)

Jadikan hati kita Rumah Allah.

Links:
1. pak-ngah-majid-1
2. pak-ngah-majid-2
3. pak-ngah-majid-3
4. sebab-apa-kita-kena-tau-susun-keturunan
5. tali-perpecahan-dan-permusuhan6. keturunan-ketuhanan-dan-keilmuan
7. amanat-moyang-rawa

20121021

Cari kubur lama di Pahang 3

 01
 02
 03
 04
 05
 06
 07
 08
09

20121020

Cari kubur lama di Pahang 2

 01
 02
 03
 04
 05
06

20121019

B09 Tahun Masehi


SANAD WALI SUSUR KETURUNAN WARIS-WARIS DAN SEMENDA PAHANG.

TAHUN MASEHI:500,700,900, II00,I300,1500,1700,1900…PERLU DIBACA SERENTAK DALAM TAHUN HIJRAH[Islam].

Desia raja paduka seri maharaja *TAHUN MASIHI 1100@1300*

B06 Tertipu oleh tipu muslihat diri sendiri


06
Maksud dari fatir:5;”janganlah kepercayaan kamu kepada Allah tertipu oleh tipu muslihat diri sendiri.”

Maksud darial infitar:6;”wahai manusia,,, apakah yang memperdayakan engkau dengan tuhanmu yang pemurah.”

Yang mengajaibkan,,, kiranya kita inginkan harta kekayaan didunia, kita akan bersunguh-sungguh bercucuk tanam,kita bersungguh-sungguh membuat perniagaan, disamping sanggup mengharungi  lautan dan menjelajah dan menjelajah daratan. Kita sanggup menghadapi segala rintangan yang menghalang serta berusaha untuk mengadakan rezeki. Kemudian jika kita mengalihkan padangan kepada kerajaan yang kekal abadi, kita hanya mampu mengucapkan dengan lidah saja:
Ya Allah,,, ya tuhanku,,, ampunilah kami dan rahmatilah kami,,, kepada mu lah kami berharap,,,maha besar engkau,,,.

Ini  suatu bala bencana yang dahsyat telah menimpa diri kita, kiranya Allah swt tidak ingin bermurah hati untuk menguniakan diri kita taubat yang nashuha.
Sayugialah kita bermohon kepada allah taala, agar dia menguniakan kita pengampunan, berkat rahmat dan belaskasihannya,,, amin.

20121018

Senarai Silat di Pahang

Senarai Silat-silat di Pahang ini masih dalam kerja mengesan dan mengumpul. Mungkin ada yang telah menukar nama atau menukar bangsal. Usaha ini tidak mengambil kira semua perkara ini. Tidak juga diambil kira adakah mereka berdaftar atau tidak. Yang penting silat silat ini diajar di Pahang atau diajar oleh orang yang pernah menetap di Pahang. Tetapi dirasakan elok juga jika senarai yang tidak siap ini diterbitkan supaya dapat sama-sama dibaiki dan ditambah.

-------------------------------------------------
Sumber: pahang-delights.com (self-defence-silat)
--------------------------------------------------
Silat Gerak Lapan - Daerah Lipis
Dibawa ke Lipis oleh seorang pendekar yang merantau semasa mudanya ke Endau disekitar tahun 1900 dan telah menuntut dari seorang guru silat disitu bernama Awang Tareh dan Guru Awang Tareh adalah Awang Mat Zain.

Silat Seni Melayu Pahang - (Silat Pulut)
Asalnya dipanggil Silat Chaon mengikut nama guru yang mula-mula mengajarnya iaitu Pendekar Tok Chaon. Agaknya Tok Pendekar ini mengajar silat sekitar tahun 1800an iaitu semasa mukim Tg Besar ditadbir oleh Orang Kaya Tok Setia Ismail.

Silat Seni Gayong - diwarisi oleh generasi demi generasi sehinggalah sampai ke tangan Tuan Syed Zainal Al-Attas (hulubalang Pahang yang hidup sezaman dengan Dato' Bahaman dan Mat Kilau).

Silat Seni Gayong - Paklong Zali merupakan seorang peneroka di Felda Kumai, Bera yang mana telah berpindah ke sana pada 11.08.1986. Beliau menubuhkan gelanggang silat seni Gayong di Felda Kumai.

Silat Gayung Fatani -

Silat Gayung Malaysia -

Silat Cekak Hanafi -

Silat Lian- Kuantan, Pekan Rompin dan Bera

Silat Lincah -

Silat Sendeng -

Silat Cekak Harimau - Kerdau,

Silat Lintau -

Silat Melayu Keris Lok 9 (Senaman Tua)-
Azlan Ghanie

Silat Rajawali Tunggal -

Silat Setiabakti -
-------------------------------------------------
Sumber: Seni Silat Sendeng 2 Beradik (Temerloh)
[ sendengduaberadik.blogspot.my ]
 -------------------------------------------------
Dibawa masuk ke Malaysia oleh dua beradik (Amat dan Che Soh) dari Paya Kumbuh, Minangkabau, Sumatra, Indonesia.
-Guru Amat
-Guru Che Soh
-Guru Wan Chik
-Kampung Paya Luas (Mohd. Nazri Salleh)
-Cikgu Jantan (Anak Bahaman).
-Bangsal Kampung Paya Luas Temerloh
-Bangsal Kampung Paya Jejawi,Bukit Pinang,Kerdau

Silat ini telah ditukar nama kepada Silat Sendeng Gunung Sakti oleh guru naem nazri.
-------------------------------------------------
Sumber: FB Seni Silat Sending Gunung Sakti 
--------------------------------------------------
Seni Silat Sendeng Asli Pahang Pendekar Long Sanggang (Cikgu Wahab-Tuan Rumah)

Seni Silat Chekak Minangkabau Pendekar Mat Dahan Kg. Lebak Seberang (Pakwe Isa)

Seni Silat Cekap Pahang Pendekar Awang Ibnu Hajar Kg.
Lipat Kajang (Tok Empat Rosli)

Seni Silat Sekarong Kain, Chenor (Cikgu Hisyam)

Seni Silat Sengkelat Pendekar Endol Jln. Triang (Cikgu Megat Hj. Ujang)

Seni Silat Chekak Terlak Muridun Pendekar Pin (Cikgu Ridzuan Talib) Kuantan.

Chekak Ismail Encik, Pekan (En. Arop Ismail)

Seni Pencak Silat Sangkar Rewana Pendekar Ahmad, Pekan (Cikgu Mazlan Hashim)

Seni Silat Warisan Purba dari Awang Kilau Kg Serengkam, Maran (Cikgu Yahya)

Silat Paninjauan Stan Muakkat (Cikgu Md. Zar Nurin)

Seni Silat Sendeng Gunung Sakti warisan Cikgu Jantan b Datok Bahaman (Cikgu Nazri Salleh) .
-------------------------------------------------
Sumber: Senarai Maklumat Kebudayaan Negeri Pahang 2008
[documents.tips]

--------------------------------------------------
Seni Silat Seri Menanti
Keahlian:100 orang
Alamat:Lot 46, Kampong Cenderawasih 25200 Kuantan, Pahang
Pengerusi:Zainab binti Medan (013-9362907)

Seni Silat Sendeng Malaysia Cawangan Pahang
Keahlian:  50 orang
Alamat:  Tingkat 11, Kompleks Tun Razak Indra Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
Pengerusi:  Rumlan Ismail (019-9676677)

Seni Silat Gayong Seni Bunga Pahang
Keahlian:  100 orang
Alamat:  181, Felda Bukit Goh, 26050 Bukit Goh, Pahang
Pengerusi:  Mohamad bin Salleh (013-9256576)
Setiausaha:  En. Kamal Ariffin

Seni Silat Gayong Zahir Sembilan, Pahang
Keahlian:  100 orang
Alamat:  5, Lorong 13, Permatang Badak  Baru 2, 25200 Kuantan Pahang
Pengerusi:  Anuar Sulaiman 013-9061760

Seni Silat Cekak Harimau Pahang
Keahlian:  100 orang
Alamat    :  261, Lorong Semantan 11,  Taman Sri Semantan 28000 Temerloh Pahang
Pengerusi:  Osman Nok 019-9606126 Osmannok@yahoo.com Fax   : 09-2770779

Seni Silat Gerak Lian Malaysia
Keahlian:  50 orang
Alamat:  23, PRM Semambu Baru, 25200  Kuantan Pahang
Pengerusi:  Nazri Hussin 09-5665092

Seni Silat Cekak Malaysia Pahang
Keahlian:  50 orang
Alamat:  72, Lorong Lingkok Kiri 7, Taman Tanah Putih Baru, 25200 Kuantan Pahang
Pengerusi:  Yusop Hussin 013-9319731
Setiausaha:  Sharil Kamal 012-9464014 psscmpahang@gmail.com

Seni Silat Cimandee Putih Pahang
Keahlian:  50 orang
Alamat:  BP 9, Kg Bangau Parit, Seberang 28000 
Temerloh Pahang
Pengerusi:  Aziz Nordin

Seni Silat  Tangkas Suci
Keahlian:  100 orang
Alamat:  5, Lorong 7, Peramu Jaya, 25200 Kuantan Pahang
Pengerusi:  A. Aziz Ghazali
-------------------------------------------------
Silat Engku Yahya - Pekan
Silat Lian Yunan - Pekan
-------------------------------------------------
Seni Silat Warisan Endol - Bangsal Bukit Betong, Lipis - Guru Yunus B Ali

Seni SilatDampung 12 - Taman Seri Tempoyang Lipis - Guru Khairul Zaman Jaafar

Seni Silat Pedang Pahang - Kuala Atok Raub - Guru Yusof Mohamed

Seni Silat Tongkat - Kg. Dusun Lipis - Guru Tuan Rapian b Tuan Kub

Seni Silat Cekak 7 Hari - Sk Lubuk Kulit - SMK Clifford Lipis - Guru Noraminnasrun b Jamirun

Seni Silat Gayung Pancasila - Kg Ria Semantan Raub - Guru Kamaruzaman Alias
13.3.2015
------------------------------------------------

Seni Silat Sendeng Gunung Sakti, Kampung Paya Luas

Silat Sendeng Terlak, Kampung Paya Luas

Silat Sendeng Asli Pahang Pendekar Long, Kampung Kuala Sanggang

Silat Lincah Terlak, Kampung Rantau Panjang, Lanchang

Seni Silat Melayu Pahang (Silat Cekak Pawang Nong), Kampung Ulu Cheka, Jerantut

Silat & Gendang Tetawak Seri Endol Perba Jelai, Kampung Bukit Kota, Bukit Betong, Kuala Lipis

Silat Damping 12, Kuala Lipis

Seni Silat Warisan Purba Kampung Serengkam, Maran

Silat Cekak Terlak Muridun, Temerloh

13.3.2015
--------------------------------------------------
Silat Kapan kemudian ditukar kepada Seni Silat Cekak Pahang -Kg Lipat Kajang Temerloh - Guru Pendekar Awang - Pak Ngah Jalil

Silat Melayu Pahang Tok Khatib Mohd Noh - ianya adalah gabungan aliran silat yang diwarisi daripada Pendekar Endol, Pendekar Stan Maakat, Pendekar Ghafar dan Pendekar Sulaiman. - Guru Anjang Hassan bin Awang Nong.

Seni Silat Sembah Pahang - Muadzam Shah

Seni Silat Gayung Pancasila Malaysia -

Seni Silat Gayung Zahir Sembilan Pahang-Mohd Anuar Sulaiman

Silat Tualang 3 - Jengka 6 Maran -

24.3.2016
--------------------------------------------------

Tetawak dan gendang lama Tanjung Besar

01 Tetawak adalah semacam gong tapi tak sama saiz. Biasanya dimainkan secara berpasangan, iaitu tetawak ibu dan tetawak anak dengan menggunakan pemalu. Tetawak yang istimewa biasanya poteknya dibuat dari tembaga.
02 Ada juga tetawak ini digunakan untuk berhubung dengan anak-anak cucu yang ada bertaburan di seluruh negeri Pahang. Anak cucu yang tertentu akan dapat merasa jika alat ini dipalu oleh tok.
03 Ada juga orang tua yang dan malas nak palu tetawak dan gendang ini kerana anak cucu langsung tak dapat rasa dan tak datang. Mungkin disebabkan ada antara anak cucu yang tidak pegang amanah. benda yang patut diserahkan kepada pelapis tidak diserahkan. Bila dipalu tak ada kesan kerana tak 'sampai'.
04 Gendang ini pula bukan di buat dari batang nangka tetapi di buat dari batang kelapa.. Bila dimainkan gendang dan tetawak ini boleh menaikkan semangat orang yang mudah naik semangat.
05 Orang dulu-dulu pegang amanah, pegang sungguh. sampai tak diberinya kepada anak cucu yang tidak 'dipilih'.. Kadang-kadang diserahkan amanah tersebut kepada orang lain sebagai pemegang amanah. Minta diserahkan kepada anak cucunya bila sampa masanya. Tetiba pemegang amanah nak serahkan kepada anak cucu dia pulak. Dah jadi kes langgar amanah. Pas tu kena kifarah. Bila dah kena terus je tanggung. Tak nak bayar dam. Anak cucu yang patut menerima tak terima-terima. Jadilah kacau bilau kita semua.

Kadang-kadang pemegang amanah turunkan cerita sahaja kepada yang berhak. Barang tak diberi. Kadang-kadang diberinya barang dan disuruh pemegangnya cari sendiri apa tanggungjawab pemegang barang tersebut.

Nama yang ada kaitan dengan Mat Kilau

Ada banyak nama-nama yang mempunyai kaitan dengan nama Mat Kilau. Senarai ini masil belum sempurna dan banyak yang akan diperbetulkan setelah ada maklumat baru. Senarai ini akan disusun mengikut abjad huruf dan tajuk perkara setelah hampir siap.

Maklumat disini adalah dari pelbagai sumber, ada yang betul pada sesetengah orang dan ada yang tidak betul. Sama-samalah kita betulkan setakat termampu.
SENARAI NAMA ORANG YANG ADA KAITAN DENGAN MAT KILAU:

Imam Perang Rasu (Tok Gajah) - ayah Mat Kilau

Khatib Rasu Abdul Salam (Tok Gajah) - ayah Mat Kilau

Bahaman (Tok) - rakan seperjuangan

Mat Dahan - nama samaran

Mat Dadu - nama samaran

Mat Siam - nama samaran

Mohamed bin Ibrahim - nama dalam kad pengenalan (K/P 2044778)

Abu Bakar Awang, 80, - anak angkat yang juga menantu kerana berkahwin dengan Zaleha. Beliau juga Ketua Kampung Batu 5. Pernah tinggal bersama Mat Kilau sejak berusia 18 tahun. [bernama.com-Mat Kilau Turut Laung Merdeka Pada 31 Ogos 1957]

Aminah binti Mohamed, 80 - anak Mat Kilau dengan Ajrah Bakar, isteri Kampung Batu 5 Kuantan.

Sabariah - anak Mat Kilau dengan Ajrah Bakar, isteri Kampung Batu 5 Kuantan.

Abdul Rahman - anak Mat Kilau dengan Ajrah Bakar, isteri Kampung Batu 5 Kuantan.

Salamah - anak Mat Kilau dengan Ajrah Bakar, isteri Kampung Batu 5 Kuantan.

Razali - anak Mat Kilau dengan Ajrah Bakar, isteri Kampung Batu 5 Kuantan.

Zaleha - anak Mat Kilau dengan Ajrah Bakar, isteri Kampung Batu 5 Kuantan. Adalah anak bongsu Mat Kilau yang berkahwin dengan anak angkat Mat Kilau iaitu Abu Bakar Awang. Zaleha meninggal pada tahun 1978.

Ajrah Bakar - Isteri Mat Kilau di Kampung Batu 5 Kuantan. Bersama isteri ini Mat Kilau mendapat anak bernama Sabariah, Abdul Rahman, Salamah, Razali dan Zaleha.

Alhamadi bin Abu Bakar, 40 - cucu Mat Kilau. Anak Abu Bakar Awang yang juga anak angkat yang juga menantu kerana berkahwin dengan Zaleha. [bernama.com.my- cucu Mat Kilau, Alhamadi Abu Bakar, 40]

Yang Chik binti Imam Daud - Isteri Mat Kilau di Kampung Kedondong Pulau Tawar Jerantut. Mat Kilau berkahwin dengan Yang Chik ketika Mat Kilau berumur 20 tahun. Mendapat 3 orang anak.

Botok bin Osman (AL-Allamah Haji Botok bin Osman) - guru agama Mat Kilau. Merupakan Pawang Di Raja Kelantan setelah berselisih faham dengan Raja Kelantan beliau berpindah ke Pulai Tawar, Pahang. Pernah menjadi Mufti Negeri Pahang. Beliau mempunyai dua lagi saudara di kampung Berangan Tumpat, Mat Diah bin Osman (Tok Chik Mat Diah) dan Merah bin Osman (Tok Chik Haji Merah). Pernah belajar Pencak Silat Gagungman 9 Purba Sakti dengan ulama Patani yang mashur iaitu Tok Bendang Daya Tua. Nama sebenar Tok Botok ialah Botok bin Raja Osman B Raja Ali Legeh Patani. Merupakan kerabat di Raja Legeh Patani yang terpaksa berhijrah ke Kelantan kerana perang Siam-Melayu Patani. (Rujuk Tok Botak) [puterakeris.multiply.com] [pdtjerantut.pahang.gov.my] [muhibmahbub.blogspot.com] [pekan.my]

Tok Botok (Al-Allamah Hj.Usman Bin Senik) - Pernah menjadi pawang diraja Kelantan dan Mufti Pahang pertama di zaman Sultan Wan Ahmad, Tok Botok membuka pondok di Pulau Tawar Pahang. Di samping mengajarkan kitab dan ilmu agama beliau mengajarkan ilmu hikmat, persilatan, juga ilmu perubatan Islam kepada Mat Kilau. Tok botak adalah anak murid kepada Tok Bendang Daya I, Panglima Perang Patani. (Rujuk Botok bin Osman) [berandamadina.wordpress.com]


Mat Wahid (Haji) - rakan seperjuangan yang juga anak Datuk Bahaman.

Mat Lela - rakan seperjuangan  yang juga anak Datuk Bahaman.

Awang Nong - Pengikut yang sanggup sehidup semati dengan Mat Kila yang juga adik Mat Kilau

Teh Ibrahim - Pengikut yang sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau yang juga adik Mat Kilau

Mat Kelubi - Pengikut yang sanggup sehidup semati dengan Mat Mati ditembak oleh orang Panglima Yu.Ga yang kononnya menerima upah dari Inggeris. Mat kelubi ditembak ketika berperahu bersama tiga sahabatnya. Kepala mat kelubi telah dibawa ke Lipis untuk ditunjukkan kepada Inggeris sebagai bukti telah dibunuh. Badan tanpa kepala yang dipercayai Mat Kelubi telah dijumpai di Pulau Dedari berhampiran Jerantut Feri. Badan Mat Kelubi dikatakan ditanam di Masjid Kampung Pedah. Beberapa orang cucu Mat Kelubi dan berpuluh cicitnya masih hidup pada masa ini. Kelihatannya waris ini tiada dendam terhadap waris yang diupah kerana masing-masing tahu itulah ketentuanNYA. Senjata dan alatan Mat Kelubi disimpan oleh waris lain di Benta.

Mat Ali (Khatib) - Pengikut yang sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

Awang (Imam) - Pengikut yang sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

Mat Tahir - Pengikut yang sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau) - sahabat yang tahu kebenaran berita kematian Mat Kilau yang disiarkan dalam akhbar The Free Press (Singapore) pada 22 Oktober 1895.

Tok Demali (Pendekar) - sahabat yang tahu kebenaran berita kematian Mat Kilau yang disiarkan dalam akhbar The Free Press (Singapore) pada 22 Oktober 1895.

Raja Ibrahim (Pak Him) - sahabat yang tahu kebenaran berita kematian Mat Kilau yang disiarkan dalam akhbar The Free Press (Singapore) pada 22 Oktober 1895.

Mat Kelantan - sahabat yang tahu kebenaran berita kematian Mat Kilau yang disiarkan dalam akhbar The Free Press (Singapore) pada 22 Oktober 1895.

Omar bin Mat Kilau - Anak Mat Kilau dengan Yang Chik di Kampung Kedondong Pulau Tawar Jerantut. Beliau telah berusaha membawa balik Mat Kilau ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar bagi membuat perisytiharan bersejarah pada hari Jumaat 26 Disember 1969.

Yang Chik binti Imam Daud - Isteri mat kilau di Kampung Kedondong Pulau Tawar. Ketika usia 20 tahun Mat Kilau telah berkahwin Yang Chik. Dari hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan empat orang anak iaitu Mohd Ali, Omar, Khalid dan Khadijah.

Ibrahim bin Umar - Omar Bin Mat Kilau iaitu anak kepada Mat Kilau bersama isterinya Yang Chik. Satu-satunya "Cucu Asal" Pahlawan Melayu Pahang itu yang masih tinggal di kamoung asal pahlawan tersebut. Dengan kematian "Cucu Mat Kilau" pada 12 hb. Disember 2011, maka berakhirlah sudah riwayat salasilah keluarga asal Mat Kilau di Pulau Tawar. Tetapi masih ada keturunan Mat Kilau diluar Pulau Tawar yang kini bertebaran di seluruh negara.

Teh Mahda - anak Tok Kaut Burau adalah ibu Mat Kilau yang berkahwin dengan ayahnya Tok Gajah. = Teh Mahda; susurnya adalah campuran darah Kesultanan Melaka, Seri Menanti dan Kelantan [sama dengan Tok Dina juga,,,mereka berdua  waris anak beranak, pangkat lain-lain. seorang pangkat nenek sedara, seorang pangkat cucu sedara.. = ,Teh Mahada adalah adik kepada Panglima Perang Pahang Khatib Baharain orang Tembeling. mereka adalah anak Tok Kaut Burau yang berkahwin dengan anak perempuan Tok Muda Bujal.Tok Muda Bujal berkahwin dengan Tun Noriah anak kepada Tun Pedah Yusuf @ Tun Da adik kepada Tun Koris datuk kepada Sultan Ahmad Pahang Yang Pertama. Jadinya Mat Kilau adalah warislah juga kepada Bendahara Habib Abdul Majid Padang Saujana bendahara semasa pemerintahan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. KEMASKINI 2.3.2016.

mereka adalah anak tok kaut burau yang berkahwin dengan anak perempuan tok muda bujal.tok muda bujal berkahwin dengan tun noriah anak kepada tun pedah yusuf@tun da adik kepada tun koris datuk kepada sultan ahmad pahang yang pertama.

jadi mat kilau adalah warislah juga kepada bendahara habib abdul majid padang saujana bendahara semasa pemerintahan sultan mahmud mangkat dijulang.

waris mereka ada diseluruh nusatara.
yang kerasnya ,tuan dan puan cari lah diraub, lipis,jerantut dan dichenor serta pekan pun ada juga.

Ahmad Al-Muadzam Shah (Sultan) - pada masa pemerintahaan  baginda penjajah telah melancarkan propaganda secara psikologi kononnya Mat Kilau adalah pengkhianat, pemberontak dan menderhakai Sultan.

Mak Besar Rompin - isteri Mat Kilau semasa beliau menetap di Rompin.

Abdul Aziz Ahmad - ketua jawatankuasa penyiasat kemunculan mat kilau.

Yahya Mohd Seth (Tan Sri Haji ) - Menteri Besar Pahang yang membuat peristiharan yang mengesahkan Mat Kilau.

Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah bin Tengku Ali (Tok Sharom) - nama penuh Mat Kilau.

Tengku Ali (Tok Sharom) - Toki Mat Kilau ini adalah pemerintah Kerajaan Bilah Paning, Sumatera. Menyerahkan tahta Bilah Paning kepada adindanya dan membuang gelaran raja. Tengku Ali berkahwin dengan Wan Siti Hajar juga dikenali Tok Dina. Tengku Ali dikurniakan lima anak iaitu Ranting Mas, Maimunah, Khatib Rasu (Tok Gajah), Min dan Khatib Mohd Arif.

Osman (Haji) / Muntuk (Haji) - Tempat mat kilau nelajar agama. Haji Osman /Haji Muntuk kemudiannya berpindah ke Pekan dan menjadi Mufti Pertama Negeri Pahang. Nama penuh beliau adalah Hj.Uthman bin Senik.

Tekah - adik perempuan mat kilau paling bongsu.

Ibrahim Omar - cucu mat kilau yang menetap di Pulau Tawar hingga akhir hayatnya. [dupahang.wordpress.com -cucu-mat-kilau-meninggal-dunia]

LINK
kemaskini: 3.1.2012