INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20120121

Pak Ngah Majid - 1



Cikgu Mail Songsang atau Cikgu Mail Mata Merah adalah guru Silat Sendeng di Kampung Raja Songsang. Pada suatu malam, Cikgu Mail telefon Pak Ngah dan minta Pak Ngah datang segera ke rumah. Pak Ngah ingatkan Cikgu Mail sakit tenat.

Dengan berkain pelaikat dan berbaju T, Pak Ngah terus start kereta dan menuju kerumah Cikgu Mail. Masuk kat kawasan rumah Cikgu Mail koi nampak Cikgu Mail dah ada depan pagar rumah.

Belum sempat kereta berhenti Cikgu Mail menunjukkan arah diluar pagar supaya parking kereta disitu. Berhenti aja kereta Cikgu Mail terus masuk dalam kereta. Kata Cikgu Mail, "Kita borok dalam kereta, senang tak ada orang dengar".

Selepas diam seketika, Cikgu Mail terus kata, "Ayah nak tanya awak betul-betul. Dah berapa lama awok jadi anak angkat ayah.?" Mata Cikgu Mail dah mula merah, nampak macam nak menangis dan nak marah.

Hairan juga Pak Ngah dengan pertanyaan tu, koi jawab , "Dah 30 tahun ayah"

Cikgu Mail terus bertegas, "Dah 30 tahun, kenapa awak tak bagi tau ayah."

"Bagi tau apa ayah ?" tanya Pak Ngah semula.

Cikgu Mail terus marah, "Tak yah la nak buat-buat tak tau"

"Majid, awak ingat betul-betul. Kalau ada orang jemput awak ... jangan ikut. Kalau orang tu datang dengan kapalterbang sekalipun, jangan naik. Kalau nak naik juga kita naik sama-sama. Kalau perlu dukung ayah, dukunglah. Biar kita mati sama-sama"

>Cerita ini telah diolah/disusun semula mengikut kreativiti Laman Pahang. Cerita ini tidak disiasat dan tidak disahkan. Terserah pada mereka yang berminat dalam siasatan dan pengesahan. Laman Pahang hanyalah sebagai pengumpul dan penulis cerita lisan tentang Orang Pahang dan Negeri Pahang. Kalau ada salah dan silap tolong betulkan<

No comments: