-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20120104

Senarai Mufti-Mufti Pahang

Sejarah Mufti-mufti Pahang yang awal hanya dapat dikumpul melalui lisan dan pelbagai sumber bertulis. Tiada laporan lengkap mengenai senarai mufti-mufti Pahang bermulanya kesultanan Pahang. Apabila Melaka menawan Pahang pada tahun 1945M maka Pahang telah secara resmi menjadi negara Islam. Pemerintahan Melaka membawa bersama mereka segala adat kebesaran raja, adat istidat kerajaan dan Hukum Kanun Melaka. Maka pada masa itulah muncul peranan mufti dan kadi bagi menjalankan upacara-upacara keagamaan seperti Majlis Berkhatan Anak-anak Raja, Majlis perkahwinan, Majlis Pengkebumian dan sebagainya.

Raja-raja Pahang minat dan cinta kepada agama sejak dari Raja Jamil yang memasuki aliran tarekat dan bersuluk, di ikuti beberapa raja yang sanggup pergi berperang di atas nama jihad, kemudian ada pula raja yang membuat Kanun Pahang.

Sebenarnya terdapat peranan mereka yang mahir dan pakar di dalam bidang agama yang menjadi penasihat Sultan Pahang tetapi tidak dicatatkan dalam mana-mana dokumen rasmi. Terdapat juga percangahan antara cerita lisan dan cerita akademik mengenai Mufti Pahang Pertama. Pihak saya hanya menyenaraikan apa-apa maklumat yang ditemui bagi dikongsi atau diperbetulkan.

Antara mereka yang dapat dianggap sebagai Mufti Pahang adalah:

1) TUK MENGKASSAR
Peneroka yang membuka kampung Makassar di Bandar Diraja Pekan Pahang, beliau sekitar tahun 1690 semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil 1.

2) TUK MENGKARAK 1 (Imam Dzu Bayan) (1730)
Membuka Kampung Mengkarak, di Daerah Bera. Beliau dikenali juga dengan nama Hashim. Ibunya adik perempuan Tuk Suji Bilang. Beliau membawa cara baru di dalam bidang pertanian dan perlombongan.

3) TUK MENGKARAK   2 (Imam Nur Qadim )(1750)
Syair “Ghafilah” oleh Tuk Shahibudin (1720) ada menyebutkan nama beliau, yang merupakan seorang ulamak yang alim dan banyak membantu ayahndanya di dalam urusan pentadbiran agama di negeri Pahang ketika itu. Dipercayai mendalami ilmu Mertabat Tujuh ke Acheh Darul Salam yang ketika itu sangat kuat dipengaruhi oleh aliran Hamzah ini.

4) MUTIF MUKHSIN BIN HABIB ABDUL RAHMAN (1800)
Ketika itu  telah timbul polimik yang hebat di Pahang mengenai

ilmu Mertabat Tujuh yang di perkenalkan oleh Hamzah Fansuri. Oleh kerana timbul perbahasan di dalam “Ilmu Hakikat” maka, Tuan Mufti Haji Mahusin meminta jasa baik Sheikh Abdullah di Riau menulis satu risalah mengenai masalah tersebut untuk panduan penduduk negeri Pahang.

5. MUFTI HAJI ABD SHUKUR BIN HI ABD KADIR  (1830an)
Dilahirkan pada sekitar tahun 1770. Ulamak  berketurunan Jawa ini menetap di Cenor setelah bapanya datang berdagang ke Pahang dan menetap di Kampung Sekara. Oleh kerana kealiman beliau, maka beliau dilantik menjadi mufti pada tahun 1930 bersama dengan Kadi Abu Bakar Sanggang sebagai Kadi Besar Pahang.

6. MUFTI H MOKHSIN BIN HAJI ABD SHUKUR (1850an)
Beliau menjadi mufti mengantikan ayahnda beliau iaitu Haji Abdul Shukur bin Haji Abd Kadir. Adik beliau adalah Kadi Abdul Rahman. Tokoh ini disebut sebagai mufti oleh Kadi Besar Pahang oleh Kadi Haji Ibrahim bin Hurairah (1920m.). Jawatan beliau sebagai mufti terlucut apabila Sultan Ahmad Shah 1 menduduki takhta Negeri Pahang. Beliau digantikan oleh Habib Mohd Amin.

7. MUFTI HABIB MOHAMAD AMIN (1865)
Dianggap juga sebagai Mufti Pertama Pahang yang bermula zaman Sultan Ahmad Shah 1. Habib Mohammad Amin berasal dari Mekah dan menetap di Singapura.

8. MUFTI HAJI OSMAN BIN HAJI SENIK(UTHMAN BIN SENIK)
Mufti Pertama Pahang (1905M-1918M)
Nama penuh beliau adalah Haji Utsman bin Haji Senik bin Haji Ibrahim bin Haji Salim. Pernah bertugas sebagai pawang Sultan Kelantan. Setelah berlaku perselisihan beliau berpindah ke Pulau Tawar. Beliau adalah guru agama Mat Kilau. Dikenali juga sebagai Tuan Haji Montok. Di lantik menjadi Mufti Pahang mengantikan Tuan Habib Muahmmad Amin.

9. MUFTI HAJI ABBAS BIN TAHA 
Mufti Pertama Pahang (1939M -1950M)
Sejak dari kematian Tuan Haji Montok, jawatan mufti tidak di pangku oleh Tuan Haji Daud sahaja sebagai Kadi Besar. Beliau tinggal di Singapura beberapa lama, banyak menulis di dalam majalah dan akhbar seperti Al Imam di Singapura.

10. MUFTI TUAN SHIEKH ABDUL RAHIM BIN IBRAHIM AL-SAMANUDI
Mufti Ketiga Pahang (1950M-1951M)
Beliau berasal dari Mesir, datang ke Singapura dan mengajar sekolah dan masjid. Pada tahun 1941 setelah Kulliah didirikan maka Baginda Sultan telah menjemput Shiekh Abdu Rahim menjadi pengetua Kulliah yang pertama. Setelah Tuan Haji  Abbas Taha meninggal dunia, maka Kebawah Duli Sultan berkenan melantik Tuan Shiekh Abdul Rahim sebagai mufti Pahang.Akan tetapi jawatan itu dipegang tidak lama kerana sudah berumur dan u uzur, maka beliau meminta kebenaran dari Tuauku Sultan untuk balik ke Mesir.

11. MUFTI HAJI ABU BAKAR BIN MOHD YASSIN
Mufti Keempat Pahang (1951M-1976M)

12. MUFTI DATO' HAJI SIDEK BIN HAJI ARIFFIN
Mufti Kelima (1976M-1982M)
Beliau lahir di Kampung Tanjung Besar, Kuala Lipis, Pahang pada 9 November 1922.

13. MUFTI DATO HAJI MUHAMMAD TAIB BIN HAJI HASSAN
Mufti Keenam Pahang (1982M-1997M)
Beliau lahir di Kampung Benta, Pekan, Pahang pada tarikh 27 Mei 1929.

14. MUFTI DATO HAJI SULAIMAN BIN AHMAD
Mufti Ketujuh Pahang (1998M-2007M)
Beliau lahir di Kamping Telok Sentang, Temerloh  pada 8hb. Jun, 1950.

15. MUFTI DATO HAJI ABD RAHMAN BIN OSMAN, DSAP., DIMP., SMP., AMP., PKC.

Mufti Kelapan Pahang (2007M-Kini)
Links berkaitan Haji Abd Rahman
1. e-fatwa.gov.my (mufti-dan-jawatankuasa-fatwa-negeri-negeri)
2. muip.gov.my (Senarai Ahli Mesyuarat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang)
3. muftipahang.gov.my (Ahli Jawatankuasa Khutbah Negeri Pahang 2008-2010)
4. muftipahang.gov.my (Senarai Ahli Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia)
5. ismashahalam.net (Hubungan sejenis bawa murtad: Mufti Pahang)
6. abu-syafiq.blogspot.com (Perjuangan Syeikh Abdullah Al-Harari Al-Habasyi)
7. pancapersada.blogspot.com (Tugas Pembesar Istana Semasa Istiadat di Balairong Seri Istana Abu Bakar)


-----------------------------------------------------------------
Rujukan Senarai Mufti-Mufti Pahang:
1. sejarahislampahang.blogspot.com (sejarah-mufti2-pahang)
2. ddms.usim.edu.my (Biografi Mufti-Mufti Malaysia) PDF
3. thereadinggroupmalaysia.blogspot.com (ringkasan buku biografi mufti-mufti malaysia)

3 comments:

Anonymous said...

As salam. sy Faizal dari maran.
Sy ingin bertanya,Kepada laman Pahang.
Panglima Hj Mat Akik,Dikebumikan di Mana?.
Satu lagi,Anak bendahara Megat Koming yaitu Mangku Kasim.Dikbumikan?

TERIMA KASIH.

Anonymous said...

salamun...tuan@ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

tuan boleh tanya kepada warisnya di kampung berlimbing,chini.(kubur panglima mat akil)atau tanya kepada waris orang kaya indera pahlawan di chenor atau kepada dato wan wahid yang pemangku@timbalan yang dipertuan majlis agama islam pahang.itu moyang sedara dia.

tuan boleh tanya kepada orang perba jelai di bukit betong ,kuala lipis (kubur mangku kasim anak komeng...dia tu cucu bendahara megat komeng, ayahnya nama samaran komeng menantu kepada bendahara megat momeng) atau tanya kepada dato pentara dalam istana pahang.

Anonymous said...

Siapakah dia panglima hitam @ raja hitam ya...