KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20210528

Pendekatan 27: dua potong roti setiap hari

Jangan anda meminta kepada Allah

supaya dipindahkan

dari suatu hal

kepada hal yang lain

Sekiranya Allah mengkehendakinya 

tentu telah dipindahkan

tanpa memindah keadaan halmu yang lama.


Ada seorang salih

bekerja dan beribadat

tetapi dia meminta kepada Allah

untuk mendapat

dua potong roti setiap hari

supaya tidak susah bekerja

dan tidak melulu beribadat.


Tiba-tiba dia tertuduh

kerana itu dia masuk penjara.


Maka setiap hari

dia mendapat dua potong roti.

20210521

Pendekatan 26: Jangan menunda amal perbuatan baik

Jangan menunda amal perbuatan baik

kerana menantikan kesempatan yang lebih baik.

Janganlah menunda sampai esok

apa yang dapat engkau kerjakan hari ini.


Waktu sangan berharga

maka jangan engkau habiskan

kecuali untuk sesuatu yang berharga.


Pertama.

Jangan bertangguh kerana ayat

"Tetapi kamu mengutamakan kehidupan dunia, 

padahal akhirat itu lebih baik 

dan kekal selamanya".


Kedua.

Jangan bertangguh kerana

tidak tahu apakah akan dapat kesempatan

atau dilanda ajal yang sudah menanti masanya.


Ketiga.

Jangan bertangguh kerana

azam, niat dan hasrat

boleh menjadi lemah dan berubah.

Pendekatan 29: menuduh Allah tidak memberi

Permintaanmu kepada Allah 

terkandung pengertian 

menuduh Allah tidak memberi kepadamu.


Mintamu kepada Allah 

supaya mendekatkan dirimu kepadaNYA, 

bermaksud engkau masih merasa jauh daripadaNYA.


Mintamu kepada Allah 

untuk mencapai kedudukan dunia akhirat

membukitkan tiada malumu kepadaNYA.


Permintaan seorang hamba

terbahagi dalam beberapa macam.


Percaya bahawa Allah akan memberi 

tanpa kita minta

maka kita tidak perlu meminta

kerana bimbang tidak diberi apa yang diperlukannya

kerana sangka Allah melupakannya

kerana merasa dia ada hak tetapi Allah belum beri.


Permintaanmu yang berkait 

kepentingan duniawi 

menunjukkan tiada malu kepadaNYA.


Sekiranya engkau ada rasa malu 

tentu tiada permintaan 

selain permintaan untuk 

menurut perintahnya. 


Hanya inilah yang tepat dan benar.

20210514

Pendekatan 25: Tiap hari tiap saat DIA menentukan urusan


Tiada satu saat 

yang berjalan 

melainkan disitu pasti ada 

takdir Allah yang dilaksanakan.


Tiap hari tiap saat

DIA menentukan urusan.


Mencipta, Menghidupkan, mematikan. memuliakan atau menghina.


Sebaik hamba

menyerah dengan rela hati

kepada hukum ketentuan Allah

pada tiap waktu

sebab ia harus percaya kepada

Rahmat dan Kebijaksanaan kekuasaan Allah.

20210507

Pendekatan 16-24: Bagaimana mungkin oleh sesuatu segala sesuatu


Bagaimana dapat dibayangkan

bahawa Allah dapat dihijab

oleh sesuatu

padahal Allah

yang menampakkan

segala sesuatu.


Bagaimana mungkin akan dihijab

oleh sesuatu

padahal DIA yang nampak zahir

pada segala sesuatu.


Bagaimana akan mungkin dihijab 

oleh sesuatu

padahal DIA yang terlibat 

dalam tiap sesuatu


Bagaimana akan dapat ditutup 

oleh sesuatu

padahal DIA yang nampak 

pada tiap sesuatu.


Bagaimana akan mungkin dihijab 

oleh sesuatu

padahal DIA Yang Esa 

yang tidak ada disampingnya 

sesuatu apapun.


Bagaimana akan dihijap 

oleh sesuatu

padahal DIA lebih dekat kepadamu dari 

segala sesuatu.


Bagaimana akan dihijab 

oleh sesuatu

padahal andaikan tidak ada Allah

nescaya tidak akan ada 

segala sesuatu


Tiap-tiap sesuatu di alam ini

yang semua isi alam ini sebagai bukti

Kebesaran 

Kekuasaan

Keindahan

Kebijaksanaan

Kesempurnaan zat Allah.


Yang tidak menyerupai 

sesuatu apapun 

dari makhluknya.


Sesuatu yang hakikatnya tidak ada

bagaimana boleh ada wujudnya?