-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
MESTI BUAT SEMAKAN DAN PENGESAHAN SEBELUM MENGGUNAKAN MAKLUMAT DISINI.

20191213

Kajian Fidyah Puasa, Fidyah Haji dan Fidyah Sembahyang (RUMAIZI BIN AHMAD)

AMALAN FIDYAH DALAM MASYARAKAT ISLAM DI KANCHONG DARAT, BANTING, SELANGOR : SATU ANALISIS.

RUMAIZI BIN AHMAD

DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI KEPERLUAN BAGI  IJAZAH SARJANA SYARIAH (SECARA DISERTASI)

JABATAN FIQH DAN USUL AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR 2010

ABSTRAK
Amalan fidyah merupakan salah satu tuntutan hukum kepada mereka yang berkenaan.

Inilah asas kajian yang cuba diketengahkan oleh penulis dengan penelitian khusus terhadap amalan yang dilakukan oleh sebahagian penduduk di kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor.

Mereka telah lama mengamalkan pembayaran fidyah dalam bentuk tertentu sehingga menimbulkan persoalan sama ada ianya menepati kehendak syarak atau tidak. Sehubungan dengan itu kajian ini dibuat bertujuan untuk mendapatkan kepastian hukum tentang amalan fidyah yang dilakukan khususnya terhadap amalan fidyah sembahyang dan cara-cara membayarnya.

Selain menggunakan metodologi pengumpulan data melalui kajian kepustakaan dan temubual, penulis juga turut serta dalam upacara membayar fidyah yang diadakan. Kesemua dapatan maklumat tersebut telah dianalisis secara induktif, deduktif dan komparatif.

Berdasarkan kepada analisis tersebut dengan meneliti nas, dalil-dalil serta kaedah-kaedah fikah dan usul selain hujah pelbagai pihak, penulis mendapati amalan yang dilakukan oleh mereka sebahagiannya tidak menepati kehendak hukum syarak, khususnya pengamalan fidyah sembahyang dan kaedah pembayaran yang dilakukan oleh sebahagian daripada mereka.

Ini disebabkan hujah yang digunakan untuk mengharuskan fidyah sembahyang tidak kuat manakala bentuk pembayaran yang dilakukan oleh sebahagian daripada mereka tersasar daripada kehendak hukum yang sebenarnya.

1. PENGENALAN

Masyarakat melakukan amalan membayar fidyah samada fidyah puasa atau fidyah sembahyang tanpa pemahaman yang jelas berdasarkan hukum fikah yang sebenar. Mereka melakukannya sebagai ikut-ikutan atau taklid kepada amalan leluhur mereka sebelum ini dan juga hanya bersandarkan kepada amalan atau anjuran yang dilakukan oleh sebilangan ahli agama. Kuatnya pegangan dan kepercayaan mereka terhadap ahli-ahli agama ini dan juga tradisi turun-temurun menyebabkan mereka susah menerima pandangan yang dianggap baru yang dibawa oleh golongan muda walaupun ternyata ilmu mereka lebih mantap.

1.7. Kajian Literatur
TIGA KAJIAN DI PERINGKAT IJAZAH PERTAMA TENTANG FIDYH

Norsazali Abdullah pada tahun 1993 “ Amalan Fidyah : Cara dan Pelaksanaannya Di Dalam Masyarakat Islam Kini. Tumpuan kajian di Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan.”

- Secara umumnya, beliau menyimpulkan bahawa pengetahuan tentang amalan fidyah tidak menyeluruh di samping beberapa praktik fidyah yang menurut pandangan beliau tidak menepati kehendak syarak yang sebenarnya.
- beliau hanya menyatakan sandaran hujah yang digunakan oleh sebahagian ulama mazhab Hanafi berdasarkan hadis, "Hutang Allah lebih utama untuk dibayar"

Hissamuddin Iberahim pada tahun 2002
“Pengamalan Fidyah Solat : Satu Kajian Hukum di Negeri Kedah”

- Sebagai kesimpulannya, pokok perselisihan yang berlaku tentang pengamalan fidyah solat ini ialah kerana tidak kedapatan nas langsung daripada al-Quran dan al-Sunnah. Oleh yang demikian beliau mengambil sikap berkecuali tanpa menyokong mana-mana pihak justeru baginya masing-masing mempunyai hujah tersendiri di samping menyarankan semua pihak bersikap tasamuh dalam menanggapi masalah ini.
- hanya menyatakan pandangan ulama semata-mata tanpa sandaran dalil pengambilan hukumnya.

Norazlinda binti Mansur
Ahkam al-Fidyah fi al-Fiqh al-Islami mengandungi 4 bab termasuk mukaddimah. Kajian ini hanya membahaskan mengenai fidyah puasa dan haji23 sahaja tanpa menyentuh fidyah yang lain termasuk fidyah sembahyang.
- keseluruhannya kajian beliau hanya menyentuh tentang fidyah yang disepakati oleh ulama tanpa menyentuh hukum fidyah yang diperselisihkan kedudukannya oleh para ulama.

Fidyah ialah segala sesuatu yang dipergunakan untuk menebus dirinya, baik merupakan harta atau lainnya yang dilakukan kerana terjadinya kekurangan dalam salah satu amal ibadahnya.46 Walaupun dalam beberapa hal ia sama dengan kafarah47 al-Hulaymi membezakan fidyah dengan kafarah justeru kafarah tidak diwajibkan melainkan pada dosa yang telah dilakukan48 sedangkan fidyah merupakan bayaran denda untuk sesuatu amal ibadat yang tertinggal atau dilaksanakan secara tersalah.

Surah Al-Baqarah (2) : 184.
(Iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barang siapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Keringanan diberikan kepada orang sakit, musafir dan juga orang yang tidak berupaya. Bagi orang yang tidak berupaya dikehendaki membayar fidyah kepada orang miskin.

2.2.1.Fidyah Puasa.

Surah al-Baqarah (2) : 185
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil). Kerana itu, barang siapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.

Ibn ‘Abbās pula menyatakan ayat tersebut (al-Baqarah : 184) turun sebagai rukhsah kepada orang-orang tua dan lemah untuk berbuka lantaran tidak mampu untuk berpuasa, kemudian dinasakhkan dengan ayat selanjutnya (al-Baqarah : 185). Maka terhapuslah rukhsah tersebut melainkan untuk yang lemah daripada mereka.60 Demikian juga riwayat daripada Ibn ‘Umar yang menyatakan pemansuhan tersebut.

Dalil Hadis

Qutaybah telah menceritakan kepada kami, ‘Abthar bin al-Qasim telah menceritakan kepada kami, daripada Ash‘ath, daripada Muhammad daripada Nafi‘, daripada ibn ‘Umār r.a. , bahawasanya nabi SAW sabdanya;

”Barangsiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan , hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan bagi pihaknya.”

Muhammad bin Kathir telah menceritakan kepada kami, Sufyan telah memberitahu kami daripada Abi Husayn, daripada Sa‘id bin Jubayr, daripada ibn ‘Abbāsr.a. katanya;

Apabila seseorang itu sakit pada bulan Ramadan kemudian mati dan dia tidak berpuasa, hendaklah diberi makan bagi pihaknya.

2.2.2.Fidyah Haji.

Surah al-Baqarah (2) : 196.
Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah karena Allah. Jika kamu terkepung (terhalang oleh musuh atau karena sakit), maka (sembelihlah) korban yang mudah didapat, dan jangan kamu mencukur kepalamu, sebelum korban sampai di tempat penyembelihannya. Jika ada di antaramu yang sakit atau ada gangguan di kepalanya (lalu ia bercukur), maka wajiblah atasnya berfidyah, yaitu: berpuasa atau bersedekah atau berkorban. Apabila kamu telah (merasa) aman, maka bagi siapa yang ingin mengerjakan umrah sebelum haji (di dalam bulan haji), wajiblah ia menyembelih) korban yang mudah didapat. Tetapi jika ia tidak menemukan binatang korban atau tidak mampu), maka wajib berpuasa tiga hari dalam masa haji dan tujuh hari (lagi) apabila kamu telah pulang kembali. Itulah sepuluh (hari) yang sempurna. Demikian itu (kewajiban membayar fidyah) bagi orang-orang yang keluarganya tidak berada (di sekitar) Masjidilharam (orang-orang yang bukan penduduk kota Mekah). Dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah sangat keras siksaan-Nya.

2.2.3. Fidyah Sembahyang

Tidak kedapatan dalil yang qat‘i (jelas) daripada al-Quran tentang hukum membayar fidyah bagi mereka yang meninggalkan sembahyang justeru ia merupakan ibadat yang tidak ada keringanan.

Manakala daripada al-hadis pula,
‘Abd al-Rahman bin al-Shaykh Muhammad bin Sulayman dalam kitab syarahnya ketika menerangkan tentang dibayarkan fidyah simati yang meninggalkan sembahyang telah memetik satu hadis yang dijadikan sandaran tentang fidyah sembahyang dengan mengatakan,

sabda Nabi SAW,
Tidak berpuasa seseorang untuk seorang yang lain dan tidak bersembahyang seseorang untuk orang lain melainkan diberi makan (bagi pihaknya).

2.3. JENIS-JENIS DAN SEBAB-SEBAB FIDYAH.

a. Fidyah Puasa.
Terdapat  beberapa  sebab  puasa  wajib  yang  ditinggalkan  oleh  seseorang  yang  dikenakan  fidyah.
i.Meninggalkan puasa kerana tua.
ii.Meninggalkan puasa kerana sakit kronik.
iii.Meninggalkan puasa kerana mengandung dan menyusukan anak.
iv.Menangguhkan qada puasa.

b. Fidyah Haji.
Ia  adalah  denda  tebusan yang dilakukan dengan sebab melakukan perkara-perkara berikut

i.Mengerjakan  haji  secara  tamattu‘  dan  qirān  bagi  mereka  yang  bukan  warga   Masjidil-Haram
ii.Tidak mengerjakan wajib haji.
iii.Melanggar larangan semasa ihram
iv.Terhalang perjalanan hajinya.

2.3.2.Jenis-jenis dan Sebab-sebab Fidyah yang tidak disepakati.

Selain daripada hukum mengenai fidyah yang disepakati oleh ulama tentang kewujudannya dalam fikah, terdapat beberapa jenis fidyah yang menjadi pertikaian di kalangan para ulama iaitu fidyah sembahyang fardu, sembahyang witir dan iktikaf.

Imam Nawawi juga ada menaqalkan daripada al-Baghawi mengenai pembayaran fidyah sembahyang berasaskan kepada pendapat al-Shafi‘i tentang fidyah iktikaf.

Ada pandangan yang cuba menyandarkan amalan fidyah ini kepada pendapat Imam al-Subki. Ia dikatakan terdapat dalam I‘anah al-Talibin yang merupakan syarah kepada Fath al-Mu‘in. Sebenarnya Imam al-Subki mengqadakan sembahyang sebahagian ahli keluarganya dan bukannya membayar fidyah.

Imam Ahmad bin Hanbalketika ditanya tentang seorang yang sakit meninggalkan sembahyang lalu mati menyatakan, tidak diqadakan untuknya bahkan tidak wajib ke atasnya sesuatu92 iaitu tidak diqada atau dibayarkan fidyah baginya.

Dalam Mazhab Hanafi, terdapat beberapa buah kitab yang menyebutkan tentang fidyah sembahyang antaranya dalam Hashyiah Ibn ‘Abidin.

2.3.3. Pandangan Ulama Kontemporari Tentang Fidyah Solat.

Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis berpendapat tiada fidyah dalam kes meninggalkan sembahyang.

Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang menyatakan pendapat yang muktamad ialah pendapat yang mengatakan sembahyang itu tidak dibayar fidyah.

Majlis Ugama Islam Singapura: ”Fidyah adalah hanya untuk membayar semula kewajipan puasa yang ditinggalkan ketika bulan Ramadan. Oleh itu, tidak terdapat fidyah bagi solat kerana apabila seorang itu meninggal dunia, tidak diwajibkan keatas ahli warisnya bersolat untuknya.

Jabatan Mufti Kedah yang membolehkan fidyah solat dan tidak menganggapnya ia suatu bid‘ah dengan syarat-syarat tertentu.

Kiyai Haji Muammal Hamidy (ulama dan penulis Indonesia) ketika diajukan soalan mengenai fidyah sembahyang menyatakan tidak ada contoh daripada Nabi Muhammad SAW.

Para ulama semasa Arab Saudi (Shaykh ‘Abd al-‘Aziz, Shaykh ‘Abd al-Raziq ‘Afifi, haykh ‘Abd Allah) mereka  berpegang kepada pendapat orang yang meninggalkan sembahyang secara sengaja tanpa uzur sebagai kafir. Bahkan  mereka  berpendapat tidak  ada  qada`  bagi  sembahyang  yang  ditinggalkan  kerana  sengaja  kecuali  sembahyang  yang  ditinggalkan  kerana  keuzuran  seperti  tertidur  atau  terlupa.  Mereka  yang  meninggalkannya  secara  sengaja  hendaklah  bertaubat  nasuha  kepada Allah serta membanyakkan amalan saleh , berdoa dan bersedekah.

Shaykh Ahmad bin Hamad al-Khalili (Mufti Kesultanan Oman)menyatakan, sembahyang tidak  boleh diganti dengan kafarah dan yang lain.

Al-Shaykh Muhammad Abu Zahrah berpendapat amalan membayar fidyah sembahyang tidak mempunyai asal-usulnya secara mutlak dan sahih pada  hukum syarak. Sembahyang   adalah   ibadat   badaniyyah yang tidak gugur kewajipannya melainkan ditunaikan oleh para mukallaf.

2.4.  KAEDAH PELAKSANAAN FIDYAH MENURUT HUKUM FIKAH.
Para  ulama  sepakat  tentang  fidyah  puasa,  iaitu  memberi  makan  kepada  fakir  miskin dengan kadar secupak makanan asasi sesebuah negeri bagi setiap hari yang ditinggalkan.

Surah al-Baqarah (2) : 184
(Membayar) fidyah kepada orang miskin

Adalah jelas dalam ayat tersebut menyatakan fidyah puasa itu adalah untuk orang miskin.

2.4.2. Fidyah Haji.
Terdapat  berbagai  cara  bayaran  denda  yang  juga  disebut  sebagai  dam  mengikut  kesalahan  yang  dilakukan.

2.4.3. Cara Membayar Fidyah sembahyang dan iktikaf.
Jika  simati  meninggalkan  sembahyang  sebanyak  200  waktu,  maka  fidyah  yang  dikeluarkan  ialah  200  mud  makanan  asasi  negara  berkenaan.  Dalam  konteks  Malaysia  ialah beras.

2.5. FAKIR DAN MISKIN MENURUT HUKUM FIKAH.
Berdasarkan dalil al-Quran, terdapat dua keadaan manusia dari segi sosio-ekonomi yang dianggap  tidak  berkemampuan  iaitu  fakir  dan  miskin.

SurahAl-Taubah (9) : 60.
Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu`allaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) hamba, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Surah Al-Baqarah (2) : 273
(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya karena memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Beberapa  riwayat  daripada  Rasulallah  S.A.W  ada  menyatakan  tentang  golongan  fakir dan miskin ini

Dari ‘Ubayd Allah bin ‘Adi r.a.; Bahawasanya dua orang lelaki mengkhabarkan kepadanya bahawa mereka berdua telah datang kepada Rasulallah SAW semasa haji wida‘ untuk meminta bahagian daripada zakat, maka baginda melihat mereka berulang-ulang dan ternyata bahawa mereka itu adalah orang-orang gagah, maka baginda SAW bersabda : Kalau kamu mahu, aku akan memberinya, tetapi orang yang mampu, dan yang kuat yang dapat berusaha tidak ada hak menerima zakat.

Dari Abi Hurayrah r.a., Bahawasanya Nabi SAW bersabda : Bukanlah dinamakan miskin orang-orang yang berkeliling mengemis kepada manusia, yang diberinya sesuap dua makanan ; sebiji atau dua biji tamar, tetapi dinamakan miskin ialah orang-orang yang tidak mendapat kecukupan dan tidak diketahui orang pula tentang kemiskinannya itu, lalu orang memberinya sedekah dan dia tidak keluar mengemis.

Dari Qabisah bin Mukhariq Al-Hilali r.a., beliau berkata ; Rasulullah SAW bersabda ; Sesungguhnya meminta-minta itu tidak halal kecuali bagi salah satu dari tiga orang ini; orang yang menanggung hutang orang lain, maka hal baginya mengemis, sehingga dia dapat membayar hutang itu. Kemudian dia hendaklah berhenti dari mengemis. Dan orang yang kena bencana sehingga habis semua hartanya, maka halal baginya mengemis sehingga dia mendapat penghidupan yang tetap. Dan orang yang tertimpa kesengsaraan sehingga tiga orang yang berakal dari kaumnya berkata ; Sungguh si fulan telah ditimpa kesengsaraan, maka halal baginya meminta-minta sehingga dia mendapatkan sandaran hidup yang tetap. Adapun selain daripada itu hai Qabisah, adalah haram dan orang yang makan harta itu bererti makan yang haram.

2.5.1. Fakir dan miskin menurut pandangan fuqaha`.

Imam Abu Hanifah fakir ialah yang mempunyai sebahagian keperluannya tetapi tidak mempunyai sebahagian yang lain manakala orang miskin tidak punya apa-apa. Imam Malik fakir ialah mereka yang memiliki harta sedikit daripada kecukupan umum manakala miskin ialah orang yang lebih terdesak keperluannya daripada faqir.

Imam Ahmad bin Hanbal fakir ialah mereka yang tidak memiliki apa-apa ataupun tidak memiliki setengah daripada keperluannya dan miskin ialah mereka yang memiliki setengah daripada keperluannya ataupun lebih.

Imam Shafi`i fakir ialah orang yang tiada berharta dan tiada pekerjaan yang berhasil baginya pada suatu masa atau bukan pada suatu masa samada dia mengemis atau tidak suka mengemis. Orang miskin pula ialah orang yang mempunyai harta atau pekerjaan yang berhasil baginya dan tidak mencukupi samada ia mengemis atau tidak mengemis.

2.5.2. Fakir dan miskin menurut pandangan mazhab Shafi‘i

Al-Jaziri menukilkan pendapat al-Shafi‘i fakir ialah mereka yang tidak memiliki harta dan tiada kerjaya yang halal atau mempunyai harta dan pekerjaan yang halal tetapi tidak mencukupi kerana ianya sedikit daripada setengah keperluan dan tidak ada orang yang memberinya nafkah yang kecukupan.

Miskin pula ialah mereka yang mempunyai harta atau kerjaya halal yang hanya memenuhi setengah keperluan hidup atau lebih daripada sebahagian setengah ( tetapi masih belum memenuhi keperluan penuh ).

Status kefakiran dan kemiskinannya tidak terhapus dengan adanya rumah yang selayaknya bagi mereka, atau mempunyai pakaian yang seumpamanya.

Imam Nawawi fakir ialah mereka yang tidak kuasa bekerja untuk perbelanjaannya sehari-hari, tidak dengan harta dan tidak pula dengan usaha.126 Manakala miskin pula ialah mereka yang berupaya untuk bekerja mencari keperluan hidup sehari-hari namun tidak cukup untuk memenuhi keperluannya.

Dalam Kifayah al-Akhyar fakir itu ialah mereka yang tidak punya harta dan pekerjaan atau mempunyai harta atau pekerjaan tetapi tidak dapat menampung keperluannya.

Dalam Fath al-Qarib fakir ‘araya (عراي) ialah orang yang sama sekali tidak mempunyai wang.
Manakala miskin pula ialah orang yang mempunyai harta atau penghasilan yang tidak cukup untuk memenuhi keperluannya.

Berdasarkan kepada beberapa huraian dalam kitab-kitab mazhab Shafi‘i di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa:

Bagi seorang yang dikatakan fakir ialah;
1.Tidak mempunyai apa-apa harta yang dalam Fath al-Qarib dikatakan fakir ‘araya( عراي ). 2.Tidak mampu berkerjaya.
3.Jika ada harta atau hasil kerjayanya tidak cukup setengah dari keperluan hidup

Manakala ciri-ciri miskin pula ialah;
1.Ada harta dan kerjaya
2.Harta dan kerjayanya tidak memenuhi keperluan hidup
3.Harta atau kerjayanya hanya memenuhi setengah atau lebih dari  keperluan hidup.

2.6. PEMBAYARAN FIDYAH DALAM BENTUK NILAI MAKANAN.
Dalam ayat berkenaan fidyah, perkataan (مسكينطعام) jelas menunjukkan bahawa fidyah itu hendaklah dikeluarkan dalam bentuk memberi makan kepada orang-orang miskin.

Dalam mazhab Shafi‘i yang menjadi amalan penduduk Nusantara tidak membenarkan zakat atau fidyah dibayar dengan nilaian wang, namun sesetengah pihak berkuasa agama membenarkan kita untuk bertaqlid kepada mazhab Hanafi dengan mengharuskan pembayaran melalui mata wang sebagai nilai bagi zakat atau fidyah.


SUMBER RUJUKAN
studentsrepo.um.edu.my

KALKUTOR FIDYAH PUASA
maiwp

PENGIRAAN KADAR FIDYAH PUASA
zakat

HUKUM MENGGANTIKAN PUASA BAGI YANG TELAH MENINGGAL DUNIA
muftiwp

20191205

Salasilah Awang Pandak mengikut Encik Zulkarnain Sulaiman

Berikut adalah salasilah Awang Pandak mengikut Encik Zulkarnain Sulaiman yang ditulis pada 10hb Ogos 2015 dalam Geni.com.

AWANG PANDAK
Birthdate: estimated between 1895 and 1955
Death:

Immediate Family:    
Son of: IBRAHIM and SIBAH
Father of: Child 1, Child 2 and Child 3
Brother of: LIJAH; ITAM; MANDAK; ABD RAHMAN and JENAB

Managed by:     Zulkarnain Sulaiman
Last Updated:     August 10, 2015

---
JALUR AYAH: IBRAHIM BIN DAUD
---
IBRAHIM BIN DAUD
Birthdate:     estimated between 1860 and 1920
Death:    
Immediate Family:    

Son of DAUD and Udoh binti Majid
Husband of SIBAH
Father of LIJAH; ITAM; MANDAK; ABD RAHMAN; AWANG PANDAK and 1 other
Brother of KESAH

Managed by:     Private User
Last Updated:     August 10, 2015

---
DAUD BIN LAUT
Birthdate:     estimated before 1920
Death:    
Immediate Family:    

Son of LAUT
Husband of Udoh binti Majid
Father of IBRAHIM and KESAH

Managed by:     Private User
Last Updated:     August 10, 2015
---
LAUT BIN
Birthdate:     estimated before 1920
Death:    
Immediate Family:    

Father of DAUD

Managed by:     Private User
Last Updated:     August 10, 2015
---

sumber
geni.com

Jejak Sejarah Si Awang Pandak

Assalamualaikum wbt,
Mohon Maaf tuan empunya laman...
kawan hendak bertanya....

Banyak sekali riwayat sejarah kerajaan Pahang ini.

Katanya begitu dan begini...
Sultan Ahmad Muazam Shah ditembak,
tiada mati jatuh ke sungai.

Penembaknya dikatakan ayah nya mat kilau...

Perjanjian pangkuan kerajaan sementara
sultan berangkat ke riau-sumatera.
Kembalinya tiada di pulang tahta...
Maka siapa gerangan si Awang pandak?

Tiada niat mencari sengketa
Cuma mahu mencerah yang gelita.

Oleh: Penjejak Awang Pandak
Tajuk: Mengkudum Sialum @ Tok Mengkarak 2
Tarikh: 12/4/19

20191107

Mengkudum Sialum @ Tok Mengkarak 2

Assalamualaikum

salam ukhwah
sy ingin mengetahui
sejarah imam Nur Al-bayan
kerana salasilah keluarga
dari kg tanjong ipoh seri menanti n9

Mengkudum Sialum @ Tok Mengkarak 2

iaitu imam Nur Al-qadim
anak kepada imam Nur Al-bayan..

on Rawa di Pahang
by tak ada nama

Tok Kasim, datuk kepada Che Lah Penghulu Temai

As,salam.seronok baca post nie.

sy budak baru belajar.

nak tanya mengenai sebuah artikel yg terbit tahun 1920 dari H.S Sircom.

Penempatan awal pahang bermula apabila Tok Bentara Kanan dtg dari Johor ke kuala bera.

di bera,beliau membuat penempatan dan mendpt 3 org ank lelaki.

yg sulung menetap di bukit segumpal,
ank ke dua ditemerloh dan bongsu ke jelai..
dari anak2 ini bercambah penempatan melayu di Pahang..
selepas Tok Bentara ke Pedah dan mengarahkan spy pokok gergasi mahang ditebang.

pokok ini tumbang menghadang sepanjang2 dan membuat satu garis pembahagi..

daripada sini keturunan tok bentara bergerak melawan arus sungai dan mereka dikatakan keturunan tok raja jelai..

sebahagian lg bergerak mengikut arus sungai dan membuat penempatan lain..

tuan punya kuasa sejarah ini ditulis ialah Tok Kasim,
datuk kpd Che Lah Penghulu Temai..

kelihatan legenda ini wujud berkait dgn penempatan minagkabau di pahang,

sebhagian mungkin memulakan satu bahagian di Negri Sembilan..

wujudnya pengaruh melayu seawal abad ke 15..

klu tak keberatan mohon laman pahang dpt berkongsi cerita ini klu ada yg berkaitan..

terima kasih

on Rawa di Pahang
by Tak Ada Nama

20191104

Tokoh Pengarang dan Penyalin Manuskrip Negeri Pahang.

Berikut adalah petikan dari Manuskrip Negeri Pahang yang membicarakan tokoh pengarah dan penyalin manuskrip lama Pahang yang diambil dari sumber upsi.edu.my.

KANDUNGAN
BAHAGIAN A: Pendahuluan
BAHAGIAN B: Kajian Lepas
BAHAGIAN C: Karya hasil tulisan pengarang negeri Pahang
BAHAGIAN D: Salinan karya yang telah ditemui di Pahang

BAHAGIAN A – pendahuluan

Manuskrip Negeri Pahang: Membicarakan Tokoh Pengarang & Penyalin
Oleh: Dr. Jelani Harun
27-28 Oktober 2001
Tempat: Auditorium Taman Budaya, Kuantan

Manuskrip negeri Pahang yang dimaksudkan dalam tulisan ini adalah manuskrip yang ditulis dinegeri Pahang, menceritakan hal-ehwal yang berlaku di Pahang, dan sebaik-baiknya oleh pengarang yang berasal dari negeri Pahang.

Justeru sebuah manuskrip yang ditemui diPahang tetapi diketahui telah ditulis diIuar dari negeri Pahang  dan oleh pengarang yang bukan kelahiran Pahang, maka dengan sendirinya tidak dapat dianggap sebagai khazanah manuskrip negeri Pahang.

Sebaliknya, sebuah manuskrip yang ditemui diIuar dari negeri Pahang, tetapi diketahui telah ditulis diPahang oleh pengarang yang berasal dari negeri Pahang, maka manuskrip berkenaan adalah tergolong dalam khazanah manuskrip negeri Pahang.

BAHAGIAN B - kajian lepas

Kajian penulis mendapati usaha mengesan dan membuat senarai manuskrip yang terdapat dinegeri Pahang telah pun dilakukan oleh beberapa pihak seperti berikut:

(A) Josselin De Jong (1980:24-25)
Berjaya mengesan sebanyak 30 buah manuskrip yang menjadi koleksi beberapa orang penyimpan di Kelantan, Terangganu, Kedah dan Pahang. Empat buah dikesan pada seorang keluarga diraja di Pekan, Pahang.

(B) Arifin Said (1987:40-44)
Manuskrip-manuskrip berkenaan ialah 4 buah hikayat panji, 2 buah kitab tentang hukum Islam, 1 buah kitab perubatan, 1 buah kitab kebajikan dan 1 buah kitab nasihat.

(C) Siti Hawa Haji Salleh(1997:334-336)
Didalam kajian tersebut, ada dicatatkan bahawa dalam tahun 1987, Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang, telah menyerahkan 8 buah manuskrip kepada pihak Perpustakaan Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

(D) Laporan pengesanan manuskrip diPahang oleh Puan Munazzah Zakaria
ada dinyatakan senarai 7 buah manuskrip yang kini tersimpan diMuzium Sultan Abu Bakar,Pekan,Pahang.

Gundah hati bukan kepalang, 
Jarang merasa hati yang senang, 
Dagang nan duduk dinegeri Pahang,
Adik dan kakak bertemu pun jarang.

(E) Mohd.Yusof Abdullah (2001:8-10)
Telah menyenaraikan 40 buah manuskrip yang dikatakan telah diserahkan oleh Tengku Mariam * kepada pihak Muzium Negeri Terengganu.

*Tengku Mariam Binti Almarhum Sultan Ahmad, sultan Pahang antara tahun 1882-1914.Pada 21 Julai 1913, Tengku Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah, yakni sultan Terengganu yang ke-13(1920-1942).

Perkahwinan tersebut telah membawa Tengku Mariam berpindah ke istana Terengganu dan kemudiannya menjadi Tengku Ampuan Terengganu.

(F) Shafie Abu Bakar(1987)dan Abu Hassan Sham(1998)
Tuk Shihabuddin Bin Zainal Abidin (lahir 1728) dikatakan berasal dari Kampung Berhala Gantang, Temerloh, telah mengarang beberapa buah syair tasawuf.

Tuk Shihabuddin ada meninggalkan beberapa orang anak yang juga telah menjadi ulama dan pengarang dinegeri Pahang masa lalu, antaranya ialah
- Tuan Teh,
- Nung Qadi,
- Haji Ibrahim,
- Qadi Ahamad dan
- Qadi Haji Ismail

Pameran manuskrip diMuzium Tokoh Kuantan mendapati sebuah manuskrip yang dikatakan hasil tulisan Tuan Muhammad Bin Shihabuddin Bin Zainal Abidin dari Kampung Berhala Gantang.

(G) Dato' Haji Mohd. Taib Haji Hassan (1992)
ada mencatatkan tentang tokoh ulamak dan pengarang istana bernama Haji Uthman Bin Senik(lahir 1838), yakni Mufti Pahang pada zaman Sultan Ahmad.

Dikatakan mendalami ilmu hikmah (firasat) dan ilmu perubatan serta kepandaian membuat pelbagai jenis makjun. Beliau juga dikatakan pernah mengarang sebuah kitab tentang ilmu-ilmu tersebut yang masih belum ditemui hingga sekarang.

(H) Kalthum Jeran (1986)
Hikayat Pahang merupakan salah sebuah karya sastera bercorak sejarah negeri Pahang yang sangat penting. lsi karya tersebut berkisar kepada peristiwa-peristi wayang berlakudi Pahang antara tahun 1800 hingga 1930an, yakni dalam masa pemerintahan Bendahara Ali,Tun Mutahir dan Bendahara Tun Ahmad, termasuklah kisah perang saudara yang akhimya membawa Tun Ahmad ketakhta kerajaan Pahang dan juga campurtangan kuasa Inggeris di Pahang.

Diakhir manuskrip tersebut terdapat catatan pengarang seperti berikut: "telah selesai fakir mengarangkan hikayat ini iaitu Peranakan Pahang".

Didalam kajian Muhammad Yusoff Hashim ada mencatatkan tentang satu sumber lisan yang diperolehinya daripada Dato'Zakaria Hitam pada tahun 1986 tentang nama pengarang Hikayat Pahang sebagai Haji Muhammad Noor.

Hakikat tentang keturunan Haji Muhammad Noor yang masih berada di Pahang hingga kini turut merupakan sumber penyelidikan yang cukup berharga.

    (H)(i) ANAK-ANAK TUK MERAH
Datuk Merah Ali + Tuk Piah
Anak:
(1). Tuk Sa'iya
(2). Tuk Imam
(3). Tuk Hamira (Mira)

    (H)(ii) KETURUNAN HAJI MUHAMMAD NOOR

Datuk Merah Ali + Tuk Piah
|
Tuk Sa'iya + Tambi Bulla Sayyid Abdul Rahman
|
Tuk Haji Abdul Karim + Tuk Maghubah
|
Haji Abdul Mubin
|
Haji Abdul Hamid
|
Haji Muhammad Noor
|
Haji Abdul Rahman
|
Haji Abdul Majid
|
Encik Aziz

(I) Mohamad Mokhtar Abu Bakar(1997:1)
Di Muzium Sultan Abu Bakar terdapat sebuah lagi manuskrip Hukum Kanun Pahang (Naskhah D)
yang "di perolehi daripada seorang penjual barang-barang antik yang mendapatinya daripada Patani".

Manuskripyang ditemui diPatani tidak semestinya ditulis/disalin di Patani. Ada kemungkinan manuskrip penting tentang perundangan negeri Pahang tersebut merupakan tulisan atau salinan oleh penyalin yang berasal dari negeri Pahang sendiri.

BAHAGIAN C - Karya hasil tulisan pengarang negeri Pahang

GENRE SEJARAH

Hikayat Pahang, Muzium Sultan Abu Bakar(belum dikatalog).Pengarang tidak diketahui.

Hikayat Perang PahangI Syair Pahang (Muzium Negeri Terengganu).Pengarang tidak diketahui.

Syair Tanah Melayu iaitu Cerita Perang Pahang dan Johor Baharu karangan Peranakan Lingga yang tinggal dinegeri Pahang(cap batu Singapura,1900).

Geneologi Raja-Raja Pahang (MS Or.833, University Cambridge)karangan Peranakan Pahang.

Sejarah Pahang milik Tengku Besar Pahang (MS tidak diketahui).

Syair Perang Pahang Dengan Johor milik Tengku Besar Pahang (MS tidakdi ketahui).

GENRE UNDANG-UNDANG
Hukum Kanun Pahang. Muzium Sultan Abu Bakar(belum dikatalog).Pengarang tidak diketahui.

GENRE KITAB
Kitab Majliatul Musalli karangan Tuan Haji Uthman Senik

Sebuah kitab fekah, tauhid dan tasawuf' karangan Tuan Muhammad Bin Shihabuddin Bin Zainal Abidin, Kampung Berhala Gantang(manuskrip di Muzium Tokoh Kuantan).

Dua buah kitab tentang hukum Islam (Perpustakaan Negara Malaysia).Pengarang tidak diketahui.

Kitab sembahyang, Muzium Sultan Abu Bakar(belum dikatalog).Pengarang tidak diketahui.

Kitab Tauhid, Muzium Sultan Abu Bakar(belum dikatalog).Pengarang tidak diketahui.

GENRE TASAWUF
Syair Asyiqin, karangan Tuk Shihabuddin

Syair Usul, karangan Tuk Shihabuddin

Syair Ghafilah, karangan Tuk Shihabuddin

Syair Sifat Dua Puluh karangan Tuk Shihabuddin

Syair Tumbuhan karangan Tuk Shihabuddin

Dua buah Nazam Nabi Muhammad, Muzium Sultan Abu Bakar (belum dikatalog).Pengarang tidak diketahui.

UMUM
Ilmu hikmah (firasat) dan llmu perubatan karangan Haji Uthman Senik(MS tidak diketahui)

Syair-Syair Tengku Ampuan Mariam dan Joget Pahang & Gamelan kemungkinan tulisan Tengku Ampuan Maria (manuskrip diMuzium Negeri Terengganu),

Kitab Bahasa Nusantara, Muzium Sultan Abu Bakar(belum dikatalog).Pengarang tidak diketahui.

Sebuah karya nasihat dan pedoman (Perpustakaan Negara Malaysia).Pengarang tidak diketahui.

BAHAGIAN D - Salinan karya yang telah ditemui di Pahang

Hikayat Temenggong Jaga Seteru,  (Perpustakaan Negara Malaysia). Penyalin tidak di ketahui.

Hikayat Petrok Mungga RatuI (Hikayat Bambang Arjuna), (Perpustakaan Negara Malaysia). Penyalin tidak di ketahui.

Hikayat Pendawa Al-Bur (Perpustakaan Negara Malaysia). Penyalin tidakdi ketahui.

Hikayat Hang Tuah milik Tengku Besar Pahang

Hikayat Sultan Ibrahim ibn Adham, Muzium Sultan Abu Bakar belum dikatalog).Penyalin tidak diketahui

Bustanal-Salatin milik Tengku Besar Pahang

Bustanal-Salatin (Bah Vll) milik Tuan Haji Yaakub Isa, Kuantan, Pahang

RUJUKAN
http://ir.upsi.edu.my/1540/1/Manuskrip%20Negeri%20Pahang-%20membicarakan%20tokoh%20pengarang%20dan%20penyalin.pdf

Daun Pokok Sambang Darah. Atasnya hijau dan bawahnya merah darah.

Kebiasaannya pokok mempunyai daun berwarna hijau dibahagian atas dan bawah. Warna hijau ini diperlukan oleh daun untuk menghasilkan makanan untuk pokok dengan bantuan cahaya matahari.

Tetapi ada pokok yang ditakdirkan oleh Allah mempunyai daun yang warna hijau dan merah.

Itulah Pokok Sambang Darah, sejenis pokok herba beracun. Nama Sambang Darah ini digunakan di Indonesia. Daun pokok ini ada dua warna. Bahagian atas daun berwarna hijau dan bahagian bawah daun berwarna merah darah. Merah yang seakan-akan warna merah daging lembu/kerbau.

Seolah-olah daun ini mempunyai dua watak atau dua tanggungjawab.

Jika terus difikir-fikirkan, kita juga mempunyai dua tugas atau tanggungjawab. Satu tanggungjawab untuk kehidupan dunia dan satu lagi tanggungjawab untuk kehidupan akhirat. tugas yang jelas dan nyata adalah tugas keduniaan yang perlukan kita mencari sumber pendapatan untuk menyara diri dan keluarga.

Ketika kita bertugas untuk mencari pendapatan dunia, serentak dengan bermulanya tugas itu, bermulalah juga tugas untuk mencari pendapatan akhirat. Ibarat daun Sambang Darah warna hijau tetap diatas dan warna merah darah tetap dibawah. Tidak boleh lebihkan urusan dunia dan kurangkan urusan akhirat. Atau lebihkan urusan akhirat dan kurangkan urusan dunia.

Bagi sehelai daun Sambang Darah, perbezaan tugas tersebut mudah diasingkan kerana telah ada sempadan yang nyata antara hijau dan merah darah. Bagi seorang manusia, perbezaan tugas tersebut sukar dilakukan kerana tiada sempadan nyata antara urusan dunia dan akhirat. Tidak seperti persimpangan lampu isyarat, lampu hijau jalan dan lampu merah kena tunggu lampu hijau menyala. Tetapi masing-masing tetap dilaluan masing-masing.

Kita tidak mampu untuk bahagikan sama rata masa yang Allah berikan 24 jam sehari. Kononnya 12 jam untuk dunia dan 12 jam lagi untuk akhirat. Sebenarnya dalam 24 jam tersebut tergabungnya urusan duni dan urusan akhirat.

Mungkinkah kehidupan seorang manusia Umat Nabi Muhammad SAW berbeza dengan sehelai daun Sambang Darah. Allah SWT tugaskan syaitan untuk mnghalang kesempurnaan agihan tugas manusia tetapi daun tidak?

Kalau manusia Umat Nabi Muhammad SAW boleh mati begitu juga daun Sambang Darah juga boleh mati. Seorang manusia boleh larikan diri dari syaitan untuk menyelamatkan diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Tetapi sehelai daun Sambang Darah tidak boleh untuk larikan diri dari angin, hujan, ribut, petir dan taufan. Bila ianya melanda bukan setakat sehelai daun boleh gugur tetapi sebatang pokoknya boleh tercabut.

Untuk membantu kita, Allah SWT telah untuskan sesorang yang amat disayangiNYA.

Apabila seorang menyalakan api maka, banyak seranga yang tertarik kepada api dan berlumpa-lumba jatuh kedalam api tersebut. Begitu juga manusia, apabila seorang menyalakan urusan dunia, ramai manusia yang tertarik kepada urusan dunia dan berlumba-lumba untuk terjunam dalam urusan tersebut. Tetapi apabila ada seseorang menyalakan urusan akhirat, ramai manusia yang tertarik kepada urusan akhirat tersebut dan juga berlumba-lumba untuk terjunam dalam urusan tersebut.

Berbalik kepada daun Sambang Darah, bahagian hijau tetap hijau dan bahagian merah tetap merah.

20191101

Makam Hassan Aceh dan Ratu Kecembak Aceh

KOMPLEKS MAKAM KUALA BERA

Daerah: Bera
Mukim: Bera 2
Kampung: Kuala Bera

Latitude: 03 23 31 U
Longitud: 102 32 08 T

Kedua-dua makam terletak didalam satu ruang yang berpagar di tengah sebuah hutan kecil berhampiran sekolah Kampung Kuala Bera. Dari BERA 1 tinggal sebah batu nisan sahaja, manakala kedua-dua batu nisan tersebut masih kelihatan . BERA 1 terletak disebelah barat BERA 2.

Tapak ini telah dijumpai oleh Zakaria Hitam pada tahun 1958, namun kali pertama ia dilaporkan, ialah oleh Wilder 20 tahun kemudian.

Menurut Zakaria Hitam, salah satu daripada makam ini disebut makam Panglima Ratu Kecembak yang berasal dari Aceh (Wilder. 1978hlm 39).

Menurut suatu cerita lisan lain yang dikumpulkan oleh Sircom, Kuala Bera dianggap sebagai tempat duduk pertama orang Melayu di Pahang.

To' Bentara Kanan Johor bersama seorang puteri yang telah ditemukan oleh seorang asli di dalam sebuah pokok buluh betung, dipercayai pembuka Kampung Kuala Bera ini (Sircom 1920b, hlm 150).

Namun belum ada maklumat yang dapat membuktikan satu kaitan di antara kedua-dua makam dan cerita di atas.

Sebagai perbandingan keadaan tapak sekarang dan dahulu, lihat foto Othman (1988, hlm 195) dan ilustrasi Wilder (1978).

SUMBER
Buku Tapak-tapak Makam, mukasurat 23.

20191029

Kami Anak-Anak Penghulu Abdul Hamid Mahu Dibetulkan Sejarah Penghulu Di Sanggang.

Assalamualaikum Tuan,
saya ingin memperbetulkan berkaitan
Penghulu Sanggang Ketiga,
kisahnye begini:-

Mukim Sanggang mempunyai dua orang penghulu
kerana mukim yang luas iaitu
- Penghulu 1 dan
- Penghulu 2,

Semasa Penghulu Mat sebagai Penghulu 1,
Abdul Hamid Bin Awang Noh
(anak kepada Penghulu yang di sebut Noah,
nama sebenar beliau adalah
Awang Noh bin Imam Perang Teh
)
menjadi Penghulu 2 Sanggang,

Setelah Penghulu Mat bersara,
Abdul Hamid telah menjadi Penghulu Sanggang
barulah di ikut Hamdan Yusuf dan seterusnya.

Kami anak-anak Penghulu Abdul Hamid
sangat-sangat berharap dapat kiranya
tuan memperbetulkan maklumat sejarah tersebut.

Sekian Terima kasih.

Daripada
Yang benar
Nor Hamiah Abdul Hamid
11:59

on 10/29/19
by Nor Hamiah Abdul Hamid
on Sejarah Islam Pahang 1750 hingga 2000

Cerita: Si Kebenaran, Si Penipuan dan Si Keduniaan dari lukisan Jean-Léon Gérôme, 1896

Terdapat tiga watak
iaitu Si Kebenaran, Si Penipuan dan Si Keduniaan.

Mengikut legenda abad ke-19,
Si Kebenaran dan Si Penipuan
telah bertemu pada satu hari.

Si Penipuan mengatakan kepada Si Kebenaran:
"Ini hari yang indah"!

Kebenaran melihat ke langit dan mengeluh,
kerana hari itu benar-benar indah.
(bukan penipuan)

Mereka menghabiskan banyak masa bersama-sama,
akhirnya tiba di tepi sebuah kolam.

Si Penipuan menyatakan kepada Si Kebenaran:
"Air ini sangat bagus, mari kita mandi bersama!

"Si Kebenaran, sekali lagi merasa curiga,
dia merasa air dan mendapati ia memang sangat bagus.
(bukan juga penipuan)

Mereka menanggalkan baju dan mula mandi.
Tiba-tiba, Si Penipuan keluar dari air,
memakai pakaian Si Kebenaran dan lari.

Si Kebenaran yang marah (kerana memilih untuk percaya kepada Si Penipuan)
terus keluar dari kolam (sambil telanjang)
dan berjalan ke hulu ke hilir untuk mencari Si Penipuan
(yang telah mengambil pakaiannya)
untuk mendapatkan pakaiannya kembali.

Si Keduniaan (The World),
melihat Si Kebenaran telah telanjang (The Truth Naked)
lalu memalingkan pandangannya,
dengan perasaan hina dan marah.

Si Kebenaran yang telanjang (The Truth Naked)
merasa malang dan kembali ke kolam,
dia terus hilang buat selama-lamanya,
bersembunyi di dalamnya,
kerana dia sangat malu.

Sejak itu,
Si Penipuan mengembara dengan Si keduniaan,
berpakaian sebagai Si Kebenaran,
memenuhi segala keperluan,

kerana,

Si Dunia, dalam apa jua keadaan,
tidak ada keinginan sama sekali,
untuk mengatahui
apakah perkara sebenar (The Naked Truth).

(Maka kita biarkan kita terus ditipu selama-lamanya.)

Tafsiran dari sebuah lukisan yang tertajuk "The Truth coming out of the well" oleh Jean-Léon Gérôme, 1896.

SUMBER
facebook Archaeology/History Jokes & Puns (Or GTFO!)

20191024

Cerita: Kembalilah Kepada Islam Yang Kita Ucapkan. "Deeply Saddening"

SANGAT MENYEDIHKAN.

Kembalilah Kepada Islam Yang Kita Ucapkan.
sumber cerita asal bertajuk "Deeply Saddening" dari : FB Islamic Stories

Semasa di London, saya pergi melawat, salah satu pameran yang bertajuk "Pengenalan kepada Islam" [ "Introduction to Islam" ].

Pameran ini telah dihadiri oleh seorang pendakwah yang sudah lama tinggal di sana. Beliau memberitahu cerita berikut:-

"Seorang lelaki Scotland datang dan mundar-mandir di sekitar pameran itu.
Dia menyambut saya dan kami bercakap sejenak."


Saya kemudian bertanya kepadanya:
"Apakah ada apa yang dia ingin tahu tentang Islam."

Dia berkata: 
'Tidak, tidak, terima kasih.
Saya tidak suka teori yang kami selalu dengar.

"Begini, saya telah tinggal di kalangan Orang Islam
di beberapa negara Arab
selama bertahun-tahun,
dan saya banyak membaca tentang Islam.
Saya tahu banyak tentang Islam."

Jadi saya bertanya kepadanya:
"Apa yang anda ketahui tentang Islam?"

Beliau berkata:
"Islam adalah agama yang indah dan menarik
yang menganjurkan hubungan dengan orang lain,
Islam atau bukan Islam adalah sama."

"Agama Islam adalah agama yang mengajar kamu
-bagaimana menyembah Tuhan kamu secara beradap,
-bagaimana menjaga:
-- ibu bapa kamu,
-- isteri kamu,
-- anak-anak kamu,
-- jiran-jiran kamu,
dan cara bermasyarakat secara umumnya,
serta lain-lain lagi."

"MALANGNYA. Tindakan yang kamu lakukan
bertentangan dengan apa yang kamu katakan,
kerana:"

@ kamu menipu;
@ kamu bersumpah palsu;
@ kamu mencuri;
@ kamu tidak menghormati masa;
@ kamu fitnah antara satu sama lain;
@ kamu huru hara, anda tidak suka terurus;
@ kamu merendahkan satu sama lain;
@ kamu bersifat perkauman;
@ kamu merampas kekayaan orang lain;
@ kamu tidak pedulikan kebersihan;
@ kamu hormati orang kaya dan malukan orang miskin;
@ kamu iri hati antara satu sama lain;
@ kamu buat undang-undang ikut kehendak sendiri dengan memperalatkan agama;
@ kamu suka reka cerita untuk fitnah orang yang dibenci;

@ tunjukkan kepada saya salah seorang dari kamu di sini yang tidak gembira atas kesengsaraan orang lain;

@ kebanyakan kamu tidak memahami agama yang kamu dakwa sebagai milik kamu;

@ kebanyakan kamu secara melulu ikut mazhab kamu, kamu rasa hampir dengan tuhan dan orang yang berlainan aliran dianggap lebih teruk dari syaitan;

@ peraturan di tempat kamu terpakai kepada sesetengan orang tetapi tidak kepada orang lain;

Kemudian dia berkata:
"Oh maaf, kamu kelihatan terganggu?"

Saya berkata kepadanya:
"Ambil apa yang terdapat di dalam kitab,
lupakan kelakuan individu."

Dia menggeleng kepala dan berkata:
"Kamu membazirkan masa dan wang kamu mengadakan pameran ini,
mungkin kami lebih tahu tentang kamu
daripada apa yang kamu tahu tentang diri kamu diri."

"Bila kebanyakan kamu
tidak merujuk kepada kitab-kitab kamu,
jadi apakah gunanya kitab-kitab tersebut kepada saya."

"Kembalilah kepada kitab kamu yang sangat luar biasa.
Laksanakan prinsip dan adab
yang terkandung di dalamnya.

Apabila kamu sudah sempurna perlaksanaannya,
kamu akan dapati bangsa-bangsa lain
berpusu-pusu masuk agama kamu,
tanpa perlukan pameran seperti ini."

"Kami adalah orang yang lebih berminat
dengan hasil yang dapat dilihat,
secara nyatanya
ia bertentangan dengan apa yang dibaca
dalam sebuah kitab."

Saya menjadi tercangang.
Seorang yang bukan Islam
telah menyatakan semuanya
alam beberapa patah perkataan.

Kongsikan kepada semua.
Semoga kita jadi Islam yang kita ucapkan
dan ianya ada dalam Al-Quraan dan Hadith.


sumber:
FB Islamic Stories

Pemenang Hadiah Nobel mengikut negara


1 Afrika Selatan - 11
2 Amerika Syarikat - 349
3 Argentina - 5
4 Australia - 13
5 Austria - 22
6 Azerbaijan - 1
7 Bangladesh - 1 Muhammad Yunus, Keamanan 2006
8 Belanda - 19
9 Belarus - 4
10 Belgium - 11
11 Bosnia dan Herzegovina - 2
12 Bulgaria - 1
13 Chile - 2
14 China - 8
15 Colombia - 1
16 Costa Rica - 1
17 Croatia - 1
18 Cyprus - 1
19 Denmark - 13
20 Finland - 4
21 Ghana - 1
22 Greece - 2
23 Guatemala - 2
24 Hong Kong - 1
25 Hungary - 12
26 Iceland - 1
27 India - 7
28 Iran - 1
29 Ireland - 9
30 Israel - 12
31 Itali - 20
32 Jepun - 19
33 Jerman - 101
34 Kanada - 23
35 Kenya - 1
36 Kepulauan Faroe - 1
37 Korea, Selatan - 1
38 Macedonia - 1
39 Latvia - 1
40 Liberia - 1
41 Lithuania - 3
42 Luxembourg - 2
43 Mesir - 5 Keamanan 2005, Kimia 1999, Keamanan 1994, Kesusasteraan 1988, Keamanan 1978.
44 Mexico - 3
45 Myanmar (Burma) - 1
46 New Zealand - 3
47 Nigeria - 1
48 Norway - 11
49 Palestin - 1
50 Pakistan - 1 Fizik 1979
51 Perancis - 66
52 Peru - 1
53 Poland - 16
54 Portugal - 4
55 Republik Czech - 5
56 Romania - 3
57 Rusia - 27
58 Saint Lucia - 2
59 Slovenia - 1
60 Sepanyol - 8
61 Sweden - 30
62 Switzerland - 26
63 Taiwan - 1
64 Timor Leste - 2
65 Trinidad dan Tobago - 1
66 Turki - 1
67 Ukraine - 5
68 United Kingdom - 116
69 Venezuela - 1
70 Vietnam - 1
71 Yaman - 1
72 Yugoslavia - 1

Sumber:
1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Hadiah_Nobel
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Hadiah_Nobel_dalam_Fizik#Senarai_penerima

20191022

Kenangan

Kenangan

Dahulu
dahulu kita pernah
bercanda disini
mengisi buku indah
dalam riwayat cinta kita
biarpun dibakar terik mentari
hingga
jiwa hampir menyerah
mengalah
tetapi kita terus maju
tanpa jemu
dan akhirnya
kita sendiri membancuh warna
menghiasi jendela senja kita
puas bukan

dahulu
dahulu kita sering
berbaring dijalanan
kau lenturkan tubuhmu
didadaku tika lesu tubuhmu
sampai kemuncak
tika segala riwayat sedih hidupmu
telinga ini mendengar satu persatu
umpama melodi nan indah
tanpa jemu

dahulu
dahulu kita begitu rapat
ada aja cerita untuk didendangkan
ada aja lukisan untuk dilukiskan
ada aja lirik untuk dilagukan

Kini
kini kusendiri
terasing.....

Penaluka Kersani
September 27 at 7:04 PM ·

20191021

Tanjak: Tapak dan Bengkung - Simpul - Karang atau Solek

Apakah Destar?
Destar Tengkolok
Destar Tengkolok Tanjak
Destar Getam
Destar Semutar

Apakah Tanjak?
Tapak dan Bengkung: Ada
Simpul: Ada
Karang atau Solek: Ada

Apakah Tengkolok?
Tapak dan Bengkung: Bebas
Simpul: Bebas
Karang atau Solek: Bebas

Apakah Getam dan Songkok?
Tapak dan Bengkung: Ada
Simpul: Tiada
Karang atau Solek: Bebas

Apakah Semutar?
Tapak dan Bengkung: Ada
Simpul: Bebas
Karang atau Solek: Bebas

SUMBER
Buku Destar Alam Melayu. Asal-usul Sejarah dan Penggunaan.
Oleh Dr. Johan Iskandar Bin Haji Abdul Karim.
Taiping, Perak.

Tanjak: Titisan Teremba

Apakah Titisan Teremba Ibu Tanjak?

Tanjak Takur Tukang Besi - Tanjak Nakhoda Trong (rujuk Conrad's Eastern World) - Tanjak Mahkota Alam - Tanjak Ajutan Bingas - Tanjak Adiguru Selebu

Tanjak Takur Tukang Besi - Tanjak Nakhoda Trong (rujuk Conrad's Eastern World) - Tanjak Lang Melayang (Pelakun Nordin Ahmad) - Tanjak Tebing Tinggi - Tanjak Tebing Runtuh (Sultan Iskandar Shah 1918-1938 Perak) (Sultan Basyaruddin Syaiful Alamsyah, Sultan Serdang 5)

Tanjak Takur Tukang Besi - Tanjak Nakhoda Trong (rujuk Conrad's Eastern World) - Tanjak Passapu

Tanjak Takur Tukang Besi - Tanjak Nakhoda Trong (rujuk Conrad's Eastern World) - Tanjak Mahkota Alam - Tanjak Bugis Tak Balik (Syyid Mashhur atau Sharif Masahor pahlawan terbilang) - Tanjak Cogan Daun Kopi - Tanjak Raja Naik Bersiram

Tanjak Takur Tukang Besi - Tanjak Nakhoda Trong (rujuk Conrad's Eastern World) - Tanjak Mahkota Alam - Tanjak Bugis Tak Balik (Syyid Mashhur atau Sharif Masahor pahlawan terbilang) - Tanjak Cogan Daun Kopi - Tanjak Lang Menyongsang Angin (Sultan Abdullah 1917-1932 Pahang) - Tanjak Sunda Mengamit

SUMBER
Buku Destar Alam Melayu. Asal-usul Sejarah dan Penggunaan.
Oleh Dr. Johan Iskandar Bin Haji Abdul Karim.
Taiping, Perak.

20191017

Tanjak: Istilah dan nama

Istilah yang ada dalam Pembuatan Tanjak.

Destar
Dastar Tengkolok Perempuan
Dastar Tanjak
Dastar Tengkolok Lelaki
Dastar Songkok
Dastar Semutar
Dastar Getam

Fungsi
Fungsi Keturunan
Fungsi Taraf
Fungsi Kuasa
Fungsi Hiasan Kepala
Fungsi Kemasan Rambut
Fungsi Adat
Fungsi Amalan
Fungsi Penghalang Peluh
Fungsi Pelengkap Pakaian
Fungsi Identiti Diri

Sifat
Sifat Sombong
Sifat Garang
Sifat Tegas
Sifat Duka
Sifat Sedih
Sifat Sabar
Sifat Megah
Sifat Mewah
Sifat Pemurah
Sifat Cinta

Tapak
Tanjak Siti Zubaidah
Tapak Tanjak
Tapak Bengkung
Tapak Anak
Tapak Nasib

Bengkung
Bengkung Bertingkat
Bengkung Jenjang
Bengkung Dalam
Bengkung Luar
Bengkung Nasib

Pucuk
Pucuk Periku Kera
Pucuk Pisang Patah
Pucuk Ekor Pari
Pucuk Anak Gajah Menyusu
Pucuk Rebung
Pucuk Tunas Kasih
Pucuk Sorok

Simpulan
Simpulan Ketupat
Simpulan Seberang
Simpulan Bawang
Simpulan Ketupat Palas
Simpulan Ketupat Burasak Laksamana
Simpulan Ketupat Burasak Temenggung
Simpulan Garam Sebuku
Simpulan Kasih
Karangan

Titisan
Titisan Teremba Ibu Tanjak
Titisan Teremba Bonda Tanjak

Larangan
Larangan Tanjak Huruf Yaa
Larangan Tanjak Warna Kuning
Larangan Langkah Kain Tanjak
Larangan Pijak Kain Tanjak
Larangan Pakai Tanjak Sultan Mati Dibunuh

Pakai Adat
Pakai Adat Bertandang
Pakai Adat Penglipur
Pakai Adat Perang
Pakai Adat Tngkolok Alang Tinggi
Pakai Adat Tngkolok Alang Rendah
Pakai Adat Dastar Harian

Destar Tanjak
Destar Tanjak Takur Tukang Besi (Titisan Teremba Ibu Tanjak)
Destar Tanjak Nakhoda Trong (Destar Tanjak Orang Trong)
Destar Tanjak Orang Trong (Destar Tanjak Nakhoda Trong)
Destar Tanjak Mahkota Alam
Destar Tanjak Bugis Tak Balik
Destar Tanjak Cogan Daun Kopi
Destar Tanjak Menyosong Angin
Destar Tanjak Ajutan Bingas
Destar Tanjak Anderiguru Selebu
Destar Tanjak Bugis Peranakan
Destar Tanjak Laksamana Muda
Destar Tanjak Semangat Bugis
Destar Tanjak Sumangek Ugik
Destar Tanjak Pancung Tak Bertanya
Destar Tanjak Gajah Gemulong
Destar Tanjak Tok Beruas
Destar Tanjak Bulang Bidang
Destar Tanjak Bulang Bidang Kecil
Destar Tanjak Bulang Bidang Besar
Destar Tanjak Balong Ayam
Destar Tanjak Solok Timbo
Destar Tanjak Lang Menyosong Angin Negeri Sembilan
Destar Tanjak Kacang Dua Helai Daun
Destar Tanjak Putera Kayangan
Destar Tanjak Lang Menyusur Angin
Destar Tanjak Alang Iskandar
Destar Tanjak Menyusur Angin Alang Iskandar
Destar Tanjak Ayam Patah Kepak
Destar Tanjak Pucuk Pisang Patah
Destar Tanjak Laksamana Raja Mahkota
Destar Tanjak Lang Menyosong Angin Perak
Destar Tanjak Pucuk Rebung
Destar Tanjak Tebing Runtuh
Destar Tanjak Tebing Laksamana
Destar Tanjak Tebing Tinggi
Destar Tanjak Helang Maurak Halar
Destar Tanjak Belalai Gajah
Destar Tanjak Helang Terbang Rendah Selangor
Destar Tanjak Helang Menyusur Angin Selangor
Destar Tanjak Anak Helang Kembang Sayap Selangor
Destar Tanjak Passapu
Destar Tanjak Lang Melayang
Destar Tanjak Lang Melayang

Sumber Rujukan
Buku Destar Alam Melayu. Asal-usul Sejarah dan Penggunaan.
Oleh Dr. Johan Iskandar Bin Haji Abdul Karim.
Pengasas Akademi Seni Tradisional Warisan Melayu Selangor.

20191015

Atril Raja Aceh PAGAR RUYONG

Assalamualaikum..salam persaudaraan
JABATAN SEJARAH DAN DOKUMENTASI
ISTANA SILINDUANG BULAN
PAGAR RUYONG DARUL QORROR
Himbauan dan Hebahan
...kami..mewakili keluarga besar Waris dan Kerabat Istana SiLinduang Bulan Kerajaan Pagar Ruyong Darul Qorror dan Pejabat Perhubungan Kerabat DiRaja Pagar Ruyong di Malaysia@Nusantara...sejarah telah ditulis adanya begitu...khusus bagi Waris - Kerabat dan Waris Datuk Datuk kita yang berasal dari Pagar Ruyong yang berada di seluruh pelosok Negeri Neger di Malaysia dalam lingkup sejarah masa lalu yang cemarlang gemilang dan terbilang keseantero Nusantara...
Bawha telah tiba dan cukup masa dan bilangan tahun nya yang kuriek itu kundi yang merah itu saga. Setinggi tinggi terbang nye bangau hinggap nya di kubangan juo....WARIS DAN KERABAT PAGAR RUYONG MARI KITA JALIN KEMBALI HUBUNGAN TALI SILATURRAHIM..pesan dan Amanat dari pada Moyang kita sentiasa tergiang giang di telingga kita...penceritaan semasa kecil oleh Atuk dan Nenek kita sebelum tidor tentang kisah sedih dan gumbira yang masih terberkas di hati dan kerinduan yang membawa ke tirisan air mata sebak dan kesal..kenapa dan mengapa..perkara ini terjadi...ada hikmah di sebalik nya...di tinggalkan kampung halaman yang dicintai .di tinggalkan tahta dan pangkat dan gelar bangsawanya demi kelangsungan ketrunanan nya...lautan sakti rantau bertuah..lain lubuk lain belalang nya...tapi yang pasti.. Taj Waris Pagar Ruyong merantau jiklau
Indak barisi..baik ilmu ugama mahupun elmu kebathinan dan Elmu kependekaran...yang tak lapuak dek hujan dan tidak lekang dek paneh...Adat Raja Turun Temurun Adat Putisunduik basunduik ..Beriek Biriek turun ka Sasak dari Sasak turun ka laman..dari Niniek turun ka mamak ..dari Mamak tutun ka Kamanakan..Sako jo Pusako di jago Elok dalam Nagari...Kampuang Jo Tearatak berserta Dusun di jago- i.. Umah Gadang jo Umah dan Dangau di paliharo...urang Kampuang di patengangang-kan...baru sanang Denai bajalan..

Denai yang menjalan kan perentah

ttd

YM Atril Raja Aceh - Pagar Ruyong
----------------------------------
YM Menteri Bendahara Paduka Raja

Menjunjung Titah
KDYMM Tuanku Sultan DAULAT YANG DIPERTUAN RAJA ALAM PAGARUYUNG DARUL QORROR dan Persemakmuran
67 Kerajaan-Kerajaan bersama Pagar Ruyong di selruh Alam Nusantara
Yang Termajtub dalam pembilangan Adat
SAPIEH BALAHAN KUDUANG KARATAN
KAPAK RADAI TIMBANG PACAHAN

Wassalam.
http//ATRIL RAJA ACEH on Facebook.com

20191014

Tiap-tiap kita mempunyai batas waktu.

Pada 26 September 2019 Sel Perhubungan Raya Tentera Darat telah mengeluarkan Siaran Akhbar (Bil 09/19-(73) bertajuk Keputusan Lembaga Siasatan Insiden Melibatkan Allahyarham Mejar Mohd Zahir bin Armaya. Telah dimuktamatkan bahawa insiden ini dikelasifikasikan sebagai kejadian terpencil dan merupakan kemalangan dalam latihan.

Mejar Mohd Zahir, 36, meninggal dunia akibat tertembak ketika melaksanakan latihan keupayaan dalam acara Pelancaran Divisyen Kelima Infantri dan Briged Ke-13 Infantri di Kem Lok Kawi, Sabah pada 4 September 2019.

Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke 578 yang bersidang pada 17 September 2019 pula telah menyokong kenaikan pangkat Mejar Mohd Zahir bin Armaya kepada Leftenan Kolenel. Tetapi tertakluk kepada kelulusan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Berita pada 26 September 2019, pelakon veteran, AR Badul mahu inkues dijalankan bagi mencari punca kematian anaknya.

Beliau dan keluarga rasa tidak puas hati dan kecewa dengan keputusan yang dikeluarkan TDM dan mahukan penjelasan yang jelas mengenai punca kematiannya. Pihaknya tidak mahu menuduh sesiapa apatah lagi kerajaan ataupun tentera bagaimanapun sebagai keluarga, mereka berhak mengetahui punca sebenar. Inkues penting untuk menjawab kemuskilan ini yang bukan sahaja dalam kalangan keluarga tetapi juga orang awam yang turut mempersoalkan insiden berkenaan.

AR Badul mahu tahu kronologi kematian anaknya. Dipersoalkan bagaimana peluru boleh tersasar? Adakah posisi (cara dia berdiri) salah dan sebagainya.

Masyarakat tertanya-tanya kerana ini berlaku dikalangan anggota tentera yang dianggap paling mahir dan pakar serta dianggap mustahil boleh melakukan kesilapan seumpama itu.

Apa itu inkues?

Prosiding inkues sebenarnya bukan sesuatu yang luar biasa. Ia sebenarnya sudah termaktub dalam undang-undang jenayah negara, dalam Kanun Acara Jenayah, Bahagian VIII.

Prosiding inkues berlangsung di mahkamah, tetapi ia berlainan dengan prosedur mahkamah yang biasa.

Pertama.
Dalam prosiding inkues tiada ‘tertuduh’. Jika ada orang yang disyaki tetapi tidak dibenarkan menjawab. Yang ada adalah saksi-saksi yang akan membantu inkues, yang disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya dan juga peguam-peguam yang mewakili ‘pihak-pihak berkepentingan’.

Siapa ‘pihak berkepentingan’? Antaranya, keluarga si mati, dan juga pihak berkuasa (seperti tentera). Juga termasuk pihak-pihak lain, yang ditentukan oleh koroner.


Kedua.
Dalam inkues, hanya timbalan pendakwa raya dan peguam pihak berkepentingan boleh mengajukan soalan-soalan kepada saksi-saksi yang hadir. Inkues bukan suatu prosiding di mana ada pihak bertentangan atau berlawan cakap.

Tujuan inkues adalah untuk mendapat tahu apa yang berlaku melalui saksi-saksi.

 Prosiding inkues adalah terbuka kepada awam. Sesiapa sahaja boleh hadir untuk melihat prosiding yang sedang berlangsung. Ianya membolehkan orang ramai melihat dan mendengar sendiri keterangan saksi-saksi.

Semasa inkues, koroner mesti setakat mampu membuat dapatan mengenai perkara-perkara seperti
-siapa si mati,
-bagaimana si mati meninggal dunia,
-bila si mati meninggal dunia,
-di mana si mati meninggal dunia,
-siapa yang menyebabkannya meninggal dunia dan
-sekiranya ada sesiapa yang membuat apa-apa tindakan yang menyebabkan kematian si mati. Semuanya tanpa membuat dapatan tentang liabiliti jenayah.

Di akhir prosiding, koroner mesti membuat keputusan di antara tiga;
- keputusan terbuka (open verdict),
- kemalangan (misadventure) atau
- kematian disebabkan oleh orang, atau orang yang tidak diketahui.

Adalah hampir mustahil untuk menyembunyikan kebenaran melalui prosiding terbuka seperti ini, apatah lagi apabila terdapatnya pihak-pihak berkepentingan dan ia terbuka kepada awam.

Maka, prosiding inkues adalah cara yang paling terbuka dan telus untuk menentukan apa sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian yang telah menyebabkan kematian Mejar Mohd Zahir Armaya.

Mungkin perlu ada keadilan buat arwah Mejar Mohd Zahir Armaya dan keluarganya. Seterusnya menentukan siapa yang perlu bertanggungjawab ke atas kematian arwah. Inkues adalah cara yang terbaik untuk memastikan keadilan buat arwah Mejar Mohd Zahir Armaya dan keluarganya.

Berita pada 3 Oktober 2019, Badul (Armaya Aman Ramlie) 70, menarik balik desakan supaya inkues diadakan bagi mencari punca kematian anaknya. Beliau berubah fikiran selepas memahami kronologi kejadian itu seperti yang dijelaskan selama 2 jam oleh pengurusan kanan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Nour Shafinar Harun, 31, (Isteri arwah) yang juga bekas anggota tentera dalam Kor Polis Tentera, memahami prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan dalam memastikan keselamatan anggota tentera dalam setiap operasi.

Pelakon dan pengarah veteran, AR Badul tegaskan keputusan beliau menarik balik gesaan inkues adalah di atas kerelaan sendiri, bukan disebabkan tekanan mana-mana pihak. Beliau berbuat demikian selepas mempertimbangkan kepentingan tiga anak Allahyarham selain seorang lagi yang bakal lahir serta nasib individu yang tertembak Allahyarham Mohd Zahir.

Beliau tidak mahu, jika di pihak anak saya gagal dalam inkues itu maka segala kebajikan dan pembelaan buat cucunya akan hilang. Sebaliknya jika kejadian berkenaan didapati berpunca daripada kecuaian individu yang tertembak arwah anak saya itu, nasibnya juga akan terjejas.

Melalui perkahwinan kedua bersama Nour Shafinar Harun, 31, mereka ada seorang cahaya mata iaitu Izzul Zakly bin Mohd Zahir yang kini berusia enam bulan dan bakal melahirkan seorang lagi cahaya mata.

Menerusi perkahwinan pertama, Allahyarham dan bekas isteri, Jamilah Ismail, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Ebal Zulkarnain bin Mohd Zahir, 9; dan Remy Iskandar bin Mohd Zahir, 8. Kini mereka tinggal dengan ibu mereka di Pekan, Pahang. Ada pihak telah menyalurkan sedika bantuan kepada mereka. Diharap ada lagi orang Pahang yang mahu bersedekah.

Tiap-tiap kita mempunyai batas waktu masing-masing.

SUMBER
https://www.sinarharian.com.my/article/13494/KOLUMNIS/inkues-kematian

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/611347/badul-mahu-inkues-siasat-kematian-anak

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/613684/tidak-perlu-inkues-saya-faham-sekarang-ar-badul

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/614202/tarik-balik-gesaan-inkues-atas-kerelaan-sendiri-ar-badul

https://www.hmetro.com.my/utama/2019/10/503265/dapat-jaminan-nasib-cucu-batal-inkues-badul

https://ms.wikipedia.org/wiki/Inkues

Pageviews by Countries 14.10.2019 (2.00 petang)

Malaysia 791,089
United States 92,791
Russia 31,437
Indonesia 26,739
Germany 16,145
Singapore 9,060
India 6,945
France 4,798
Ukraine 3,475
Brunei 1,815

JUMLAH: 984,294

This Month
Malaysia 6346
United States 3411
Brunei 191
Indonesia 175
Netherlands 79
Singapore 76
Australia 63
Germany 62
Russia 51
United Kingdom 36

This Week
Malaysia 1326
United States 664
Indonesia 32
Netherlands 26
Russia 23
Germany 15
Singapore 15
South Korea 11
Ukraine 10
Australia 8

This Day
Malaysia 389
United States 103
Indonesia 12
Singapore 4
Russia 3
Brazil 2
France 2
Ukraine 2
United Arab Emirates 1
United Kingdom 1

Now
Malaysia 20
Ukraine 2
United States 2
Indonesia 1
Russia 1

20191008

ADUAN OH ADUAN

ADUAN OH ADUAN

selamat; makanya;

mengapa sebab kerananya fitnah,
telah datang hamba allah
mengadu kepada kami,
dia di fitnah
dari seluruh pelusuk
sekeliling dalam negeri.

kegilaan apa yang ter buku
dalam hati manusia
di malaysia zaman ini?

[terutamanya orang melayu].

siapa?.!!!!!!.
siapa ya?.
yang datang mengadu tu?.

makanya;
tetap akan sampai
kepada pendengaran[pengetahuan] kami.

[aibnya,
benarnya,
sejarahnya,
niatnya,dan seluruh beritanya

tuanpuan dan mereka-mereka itu.
inshaallah].

makanya;

kami akan semak serta siasat
setiap aduan yang sampai kepada kami,

walaupun dari alam yang jauh sekalipun.

bagi mewakili rasulullah
serta allah diatas muka bumi ini.

inshaallah.

makanya;
jangan risau lah.
ibarat orang mesir mengadu
kepada khalifah omar al khattab
berkenaan jin pada sungai Nil
menggangu pemhidupan harian mereka.

[baca lah sejarahnya itu].
bergitu juga akan halnya
urusan yang akan kami lakukan,
sama serta serupa,
tiada beza.

izin kebenaran allah.
inshaallah.
inshaallah

20191003

Pameran Lukisan Menangkap Maya - Kumpulan Seni Matakunsi

Lukisan bukan sesuatu yang mudah dihasilkan tetapi mudah sahaja jika kita diberikan bakat tersebut oleh Allah. Dengan bakat atau tugas tersebut pelukis boleh membawa masyarakat mengenali diri masing-masing.

Bila mentafsir sesuatu likisan ada orang mempunyai teknik atau cara mereka sendiri. Cara tersebut ditentukan oleh siapa diri oran tersebut.

Ada orang nampak orang lain, ada orang nampak diri dia sendiri, ada orang nampak kelompok orang (masyarakat) termasuk dia, ada orang nampak kelompok orang (masyarak) tidak termasuk dia dan ada orang yang nampak peringatan untuk dia.

Selain itu ada juga yang menilai lukisan berdasarkan bakat pelukis dan bakat dia menilai lukisan orang. Ada orang pandai melukis tetapi tidak boleh menerangkan tentang lukisan yang dinilai. Ada orang tidak pandai melukis tetapi boleh menerangkan banyak perkara tentang lukisan yang dinilai.

Keadah lain, mungkin kita boleh menilai lukisan dalam usaha untuk mencari sesuatu yang simbolik tersembunyi dalam diri kita atau untuk kenal diri. Boleh juga dimulakan dengan menjurus kepada aspek Dua Kalimah Shahadah yang menjadi Rukun Islam yang pertama yang boleh disandarkan kepada Al-Quraan pada Surah dan Ayat berkaitan. Mungkin boleh di yang tersurat dan tersurat dan tersurat melalui lukisan. Atau boleh juga menjurus kepada pendekatan yang berlainan tetapi aspek yang sama.

Untuk mengesan keupayaan anda bolehlah ke pameran lukisan.

Pameran Seni Visual Menangkap Maya oleh Kumpulan Seni Mtakunsi. Artisnya adalah: Shamri Azwan, Tune Zikri, Lyna Khairi, Rozmiza Hassan, Mr Loq, Abinaj, Zam Tarmidzi, Awie Mozab, Faza H dan Che Ros.
 01.
 02.
 03.
 04.
 05.
 06.
 07.
 08.
 09.
 10.
 11.
 12.
 13.
 14.
 15.
 16.
 17.
 18.
19.

20191001

NASI LEBIH BAHAYA DARI GULA - Jom Kurus Jom Sihat.

Hasil tulisan dari pemikiran Dr. Isma boleh menyedarkan kita yang selama ini sentiasa diingatkan supaya makan nasi sebesar gengam tangan masing-masing. Dan makan ikan selebar tapak tangan masing-masing. Serta lebihkan sayur.

Sila baca selebihnya.


NASI LEBIH BAHAYA DARI GULA
oleh Isma Nazom Bin Abdul Hamid

1. Beras, jagung dan gandum lebih bahaya dari gula putih kata sesetengah pendapat orang yang membuat kajian tentang hal ini.

2. Tengok Glycemic Index (GI) dan Glycemic Load (GL) beras putih hamipr sama dengan gula putih. Beras = 92 dan gula - 100.

3. Bagi yang tahu ilmu kimia, NASI dan GULA BENDA YANG SAMA.

4. Secawan nasi sama dengan 10 sudu teh gula tak kira beras putih, perang atau beras herba.

5. Secawan nasi perang kaya dengan serat, beberapa vitamin B tetapi tetap sama dari segi kalori dengan 10 sudu teh gula.

6. Beras tidak boleh dihadam jika mentah, separuh masak atau dibuat serbuk.

7. Jika dimasak sepenuhnya ia menjadi gula dan diserap ke dalam badan dalam masa setengah jam - sama macam gula!

8. Beras tiada anti oksida pelangi. Anti oksida ini penting untuk keberkesanan pembakaran gula di dalam badan.

9. Beras putih tiada serat, beras perang banyak serat.

10. Nasi tiada rasa, sebab itu boleh dimakan secara banyak. Gula mana boleh makan 10 sudu teh sekali gus walaupun kandungannya sama. Jika nasi dikunyah betul-betul hancur di dalam mulut rasa manis seperti gula akan muncul kerana molekulnya mula pecah dan menjadi bahan kimia sama seperti gula.

11. Oleh kerana nasi rasanya tawar, kita mula tambah kicap, soso atau kuah yakni menambah garam lalu meningkatkan potensi darah tinggi.

12. Dengan memakan nasi yang banyak, ia menghalang penyerapan beberapa vitamin dan mineral seperti zink, besi dan vitamin B.

13. Sebenarnya kita bukan semulajadi makan nasi. ia hanya bermula 8,000 tahun dahulu.

14. Moyang purba kita makan makanan mentah sebelum api ditemui. Mereka makan buah, sayur, ikan mentah, kekacang dan daging mentah. Jika sesat di hutan kita boleh makan daging mentah kerana perut kita ada enzim semulajadi untuk mencernanya.

15. Orang purba tak makan nasi. Kod genetik kita sama, jadi tanpa nasi pun kita mampu hidup. Peliknya 85% orang Asia makan nasi!

16. Nasi sebenarnya tiada vitamin, tiada mineral, tiada warna, tiada serat (kecuali beras perang) dan tiada tujuan pun!

17. Kenapa bergantung kepada beras untuk kekal sihat? Makanlah makanan beraneka warna dan beraneka diet.

18. Kita ketagih nasi. Kurangkannya! Ambil lebih sayur, buah, daging putih, ikan, telur dan kekacang. Ini lebih sihat.

19. FAKTA PENTING:

  a. Nasi bukan sebahagian dari nutrisi manusia selama 3.8 juta tahun dahulu.

  b. Moyang kita hanya mengadaptasi beras 8000 tahun dahulu.

  c. 1920 an pemprosesan beras menjadi murah lalu menyebabkan Orang Asia makan dengan banyak.

  d. Secawan nasi putih sama dengan 10 sudu teh gula.

  e. Gula dalam darah meningkat dengan cepat jika makan nasi. Tidak bagus untuk pesakit diabetik.

  f. Nasi mula dihadamkan sebaik sahaja masuk ke dalam mulut.

  g. Beras tiada rasa sebab itu kita makan terlebih dan terus lakukannya.

20. Oleh kerana kita masih bergantung kepada beras import bagi keperluan tempatan, mengapa kita tidak kurangkan jumlah nasi yang diambil secara ramai-ramai dan akhirnya kita tidak perlu menimport beras lagi. Bagi peringkat mikro duit beli beras digunakan untuk membeli makanan yang sihat, bagi makro pula duit negara dapat dijimatkan dengan kurangnya import.

Isma Nazom bin Abdul Hamid
September 29 at 5:38 PM ·

sumber
FB Isma Nazom bin Abdul Hamid