-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20191014

Tiap-tiap kita mempunyai batas waktu.

Pada 26 September 2019 Sel Perhubungan Raya Tentera Darat telah mengeluarkan Siaran Akhbar (Bil 09/19-(73) bertajuk Keputusan Lembaga Siasatan Insiden Melibatkan Allahyarham Mejar Mohd Zahir bin Armaya. Telah dimuktamatkan bahawa insiden ini dikelasifikasikan sebagai kejadian terpencil dan merupakan kemalangan dalam latihan.

Mejar Mohd Zahir, 36, meninggal dunia akibat tertembak ketika melaksanakan latihan keupayaan dalam acara Pelancaran Divisyen Kelima Infantri dan Briged Ke-13 Infantri di Kem Lok Kawi, Sabah pada 4 September 2019.

Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera ke 578 yang bersidang pada 17 September 2019 pula telah menyokong kenaikan pangkat Mejar Mohd Zahir bin Armaya kepada Leftenan Kolenel. Tetapi tertakluk kepada kelulusan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Berita pada 26 September 2019, pelakon veteran, AR Badul mahu inkues dijalankan bagi mencari punca kematian anaknya.

Beliau dan keluarga rasa tidak puas hati dan kecewa dengan keputusan yang dikeluarkan TDM dan mahukan penjelasan yang jelas mengenai punca kematiannya. Pihaknya tidak mahu menuduh sesiapa apatah lagi kerajaan ataupun tentera bagaimanapun sebagai keluarga, mereka berhak mengetahui punca sebenar. Inkues penting untuk menjawab kemuskilan ini yang bukan sahaja dalam kalangan keluarga tetapi juga orang awam yang turut mempersoalkan insiden berkenaan.

AR Badul mahu tahu kronologi kematian anaknya. Dipersoalkan bagaimana peluru boleh tersasar? Adakah posisi (cara dia berdiri) salah dan sebagainya.

Masyarakat tertanya-tanya kerana ini berlaku dikalangan anggota tentera yang dianggap paling mahir dan pakar serta dianggap mustahil boleh melakukan kesilapan seumpama itu.

Apa itu inkues?

Prosiding inkues sebenarnya bukan sesuatu yang luar biasa. Ia sebenarnya sudah termaktub dalam undang-undang jenayah negara, dalam Kanun Acara Jenayah, Bahagian VIII.

Prosiding inkues berlangsung di mahkamah, tetapi ia berlainan dengan prosedur mahkamah yang biasa.

Pertama.
Dalam prosiding inkues tiada ‘tertuduh’. Jika ada orang yang disyaki tetapi tidak dibenarkan menjawab. Yang ada adalah saksi-saksi yang akan membantu inkues, yang disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya dan juga peguam-peguam yang mewakili ‘pihak-pihak berkepentingan’.

Siapa ‘pihak berkepentingan’? Antaranya, keluarga si mati, dan juga pihak berkuasa (seperti tentera). Juga termasuk pihak-pihak lain, yang ditentukan oleh koroner.


Kedua.
Dalam inkues, hanya timbalan pendakwa raya dan peguam pihak berkepentingan boleh mengajukan soalan-soalan kepada saksi-saksi yang hadir. Inkues bukan suatu prosiding di mana ada pihak bertentangan atau berlawan cakap.

Tujuan inkues adalah untuk mendapat tahu apa yang berlaku melalui saksi-saksi.

 Prosiding inkues adalah terbuka kepada awam. Sesiapa sahaja boleh hadir untuk melihat prosiding yang sedang berlangsung. Ianya membolehkan orang ramai melihat dan mendengar sendiri keterangan saksi-saksi.

Semasa inkues, koroner mesti setakat mampu membuat dapatan mengenai perkara-perkara seperti
-siapa si mati,
-bagaimana si mati meninggal dunia,
-bila si mati meninggal dunia,
-di mana si mati meninggal dunia,
-siapa yang menyebabkannya meninggal dunia dan
-sekiranya ada sesiapa yang membuat apa-apa tindakan yang menyebabkan kematian si mati. Semuanya tanpa membuat dapatan tentang liabiliti jenayah.

Di akhir prosiding, koroner mesti membuat keputusan di antara tiga;
- keputusan terbuka (open verdict),
- kemalangan (misadventure) atau
- kematian disebabkan oleh orang, atau orang yang tidak diketahui.

Adalah hampir mustahil untuk menyembunyikan kebenaran melalui prosiding terbuka seperti ini, apatah lagi apabila terdapatnya pihak-pihak berkepentingan dan ia terbuka kepada awam.

Maka, prosiding inkues adalah cara yang paling terbuka dan telus untuk menentukan apa sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian yang telah menyebabkan kematian Mejar Mohd Zahir Armaya.

Mungkin perlu ada keadilan buat arwah Mejar Mohd Zahir Armaya dan keluarganya. Seterusnya menentukan siapa yang perlu bertanggungjawab ke atas kematian arwah. Inkues adalah cara yang terbaik untuk memastikan keadilan buat arwah Mejar Mohd Zahir Armaya dan keluarganya.

Berita pada 3 Oktober 2019, Badul (Armaya Aman Ramlie) 70, menarik balik desakan supaya inkues diadakan bagi mencari punca kematian anaknya. Beliau berubah fikiran selepas memahami kronologi kejadian itu seperti yang dijelaskan selama 2 jam oleh pengurusan kanan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Nour Shafinar Harun, 31, (Isteri arwah) yang juga bekas anggota tentera dalam Kor Polis Tentera, memahami prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan dalam memastikan keselamatan anggota tentera dalam setiap operasi.

Pelakon dan pengarah veteran, AR Badul tegaskan keputusan beliau menarik balik gesaan inkues adalah di atas kerelaan sendiri, bukan disebabkan tekanan mana-mana pihak. Beliau berbuat demikian selepas mempertimbangkan kepentingan tiga anak Allahyarham selain seorang lagi yang bakal lahir serta nasib individu yang tertembak Allahyarham Mohd Zahir.

Beliau tidak mahu, jika di pihak anak saya gagal dalam inkues itu maka segala kebajikan dan pembelaan buat cucunya akan hilang. Sebaliknya jika kejadian berkenaan didapati berpunca daripada kecuaian individu yang tertembak arwah anak saya itu, nasibnya juga akan terjejas.

Melalui perkahwinan kedua bersama Nour Shafinar Harun, 31, mereka ada seorang cahaya mata iaitu Izzul Zakly bin Mohd Zahir yang kini berusia enam bulan dan bakal melahirkan seorang lagi cahaya mata.

Menerusi perkahwinan pertama, Allahyarham dan bekas isteri, Jamilah Ismail, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Ebal Zulkarnain bin Mohd Zahir, 9; dan Remy Iskandar bin Mohd Zahir, 8. Kini mereka tinggal dengan ibu mereka di Pekan, Pahang. Ada pihak telah menyalurkan sedika bantuan kepada mereka. Diharap ada lagi orang Pahang yang mahu bersedekah.

Tiap-tiap kita mempunyai batas waktu masing-masing.

SUMBER
https://www.sinarharian.com.my/article/13494/KOLUMNIS/inkues-kematian

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/611347/badul-mahu-inkues-siasat-kematian-anak

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/613684/tidak-perlu-inkues-saya-faham-sekarang-ar-badul

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/614202/tarik-balik-gesaan-inkues-atas-kerelaan-sendiri-ar-badul

https://www.hmetro.com.my/utama/2019/10/503265/dapat-jaminan-nasib-cucu-batal-inkues-badul

https://ms.wikipedia.org/wiki/Inkues

No comments: