-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20191001

Orang Kaya Bendahara Megat Abu Kassim waris keturunan Megat Terawis.

Assallamualaikum...

saya berketurunan Megat Terawis
dari Perak Darul Ridzwan.

Di percayai bahawa
Megat Terawis adalah anak kepada
Daulat Yang Di Pertuan Pagaruyung
yang dititah oleh
Sultan Pagaruyung untuk mengiringi

Raja Muzaffar Shah Ibni Sultan Mahmud
Sultan Melaka yang terakhir
yang berundur ke Kampar Sumatera
setelah Melaka tewas kepada Portugis.

Raja Muzaffar dihantar ke Perak
untuk ditabalkan sebagai Sultan Perak
yang Pertama dengan diringi oleh
Megat Terawis.

Secara ringkasnya...
Megat Terawis ibni
Yang Di Pertuan Daulat Pagaruyung
telah dilantik menjadi
Orang Kaya Bendahara Paduka Raja
dan jawatan Bendahara telah disandang
oleh keturunan Megat Terawis
di Perak selama 200 tahun
dan Bendahara terakhir
keturunan Megat Terawis
adalah Orang Kaya Bendahara Megat Abu Kassim
dizaman pemerintahan
Sultan Iskandar Zulkarnain
di penghujung abad ke 16.

Sehingga kini
keturunan Megat Terawis
masih ujud...

Yang lelaki digelar Megat
dan perempuan digelar Putri.

Saya difahamkan
ada sebuah tempat di Pagaruyung
yang di panggil
PADANG MAGEK.

Boleh saudara saudaraku
di Pagaruyung mengesahkan..
terimakasih.

On Salasilah Keturunan Raja Alam Pagaruyung
By Unknown (TAK ADA NAMA)
On 9/26/19

3 comments:

Anonymous said...

salam;

sila rujuk pentara dan pawang diraja negeri perak.

Anonymous said...

salam;

megat terawis;itu gelarannya.dan nama sebenarnya siapa dan mana?

Anonymous said...

salam;

kalau dia menjadi bendahara perak,kenapalah yang dia merejuk dan lari keluar dari negeri perak dahulu tu?