-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20140331

Pertandingan Fotografi UTC Pahang 2014 (UTC Pahang Photo Contest 2014)

UTC Pahang akan menyambut ulangtahun pertama penubuhannya pada April 2014. Pihak pengurusan UTC Pahang akan mengadakan Pertandingan Fotografi UTC Pahang pada 1-7hb April 2014. Pertandingan ini terbuka kepada semua ahli dan peminat fotografi.

Peserta perlu mengambil gambar dengan cara yang menarik dan dapat nenonjolkan keberkesanan perkhidmatan UTC Pahang kepada masyarakat dengan tema "PENGUNJUNG UTC PAHANG". "Pengunjung UTC Pahang" bermaksud apa juga subjek yang mengambarkan gelagat pengunjung, pelanggan dan orang ramai yang berurusan di UTC Pahang atau memberi perkhidmatan atau melakukan pelbagai aktiviti di UTC Pahang. Peserta boleh juga menggunakan model yang ditanggung sendiri oleh peserta. Dan... yang penting Gambar MESTI dicetak di WTY Foto Sdn. Bhd sahaja. Cetak ditempat lain tidak diterima.

Penyampaian hadiah akan diadakan pada 9 April 2014.

Hadiah pertama:
Wang tunai RM700.00 serta sijil dan 
kupon bagi penggunaan percuma bagi kemudahan berbayar di UTC Pahang.

Hadiah kedua:
RM350.00 serta sijil

Hadiah ketiga
RM200.00 serta sijil

Lima hadiah saguhati:
RM50 serta sijil

Untuk maklumat lanjut
Puan Sharifah bt Muhammad Ali
09-5124999
013-9815429
email: sharifah@mpk.gov.my
Faks: 09-5124089

TARIKH TUTUP
7 APRIL 2014

Download BORANG Pertandingan Fotografi UTC Pahang 2014


1. Tema Pertandingan Fotografi UTC Pahang adalah "Pengunjung UTC Pahang"
2. "Pengunjung UTC Pahang" bermaksud apa juga subjek yang mengambarkan gelagat pengunjung, pelanggan dan orang ramai yang berurusan di UTC Pahang atau memberi perkhidmatan atau melakukan pelbagai aktiviti di UTC Pahang.
3. Terbuka kepada semua warga negara Malaysia kecuali kakitangan
Majlis Perbandaran Kuantan dan WTY Foto Sdn. Bhd.
4. Kamera digital sahaja dibenarkan.
5. Penyertaan perlu disertakan dengan gambar warna saiz (minima) 8"x12" dan disertakan dengan CD.
6. Penggunaan teknik pengambaran dan cetakan boleh dipertimbangkan.
7. Saiz minima gambar 3MB.
8. Dibelakang gambar perlu ada
- Nama penuh
- Alamat / No. Telefon
- No. KP
- Tajuk gambar
- Lokasi gambar
9. Gambar MESTI dicetak di WTY Foto Sdn. Bhd.

Hamdan Salleh Pelukis Malaysia

Saudara Hamdan Salleh mula menjual lukisan ketika bersekolah darjah tiga.Pada ketika itu terdapat seorang pelajar yang suka meminta Saudara Hamdan Salleh untuk melukis pelbagai lukisan. Antara lukisan yang diminati adalah gambar kereta. Pada masa itu Saudara Hamdan Salleh menjual lukisan tersebut dengan harga 20 sen.

Setelah lebih 20 tahun menceburi dunia lukisan dengan mencari makan melalui melukis maka lukisan Saudara Hamdan Salleh kini telah mencecah melebihi 20 ribu sekeping. Jika dibandingkan dengan pencapaian rakan-rakan dan otai-otai pelukis, pencapaian Saudara Hamdan Salleh masih belum mencapai tingkat yang diharapkan.

Saudara Hamdan tahu bahawa untuk mencapai tahap tersebut kita kena banyak memberi dan mengajar orang lain. Barulah ilmu kita berkembang dan kita akan mendapat yang lebih baik. Maka beliau berbesar hati jika ada mereka yang benar-benar ingin belajar melukis.
Saudara Hamdan Salleh sedany menyiapkan lukisan keluarga saiz sebenar.

Saudara Handan Salleh boleh di temui di Galeri Kecil di Hentian Bas Bandar Kerayong Bera. Mini Galeri Hamda Salleh sering menjadi perhatian penumpang bas dan teksi kerana lokasi berhampiran dengan kawasan tyersebut.

Saudara hamdan juga menyimpan pelbagai koleksi tumbuhan herba dan pelbagai kitab-kitab untuk 'mengenal diri' Apabila bercerita pasa ke'lukisan dan ketuhanan, ianya susah untuk ditulis dengan kata-kata. Kerana tulisan itu tidak boleh menjawab jika orang tersalah tafsir niat untuk kata tersebut.

20140330

Burung2 Taman Negara Pahang - Count For Fun

Program: Bird Count 2014 Taman Negara Pahang
Tarikh: 15 - 16 Mac 2014 (Sabtu-Ahad)
Masa: 6.30 pagi
Tempat: Tempat letak kereta Kuala Tahan
Anjuran: Persatuan Pengusaha Pelancongan Taman Negara Pahang

Kesemua peserta telah dipecahkan kepada 8 kumpulan. Peserta akan membuat 'Bird Count' di empat kawasan iaitu:
1. Swamp Loop
2. Tahan Hide
3. Lubok Simpoh
4. Mutiara Resot
1. Kain rentang yang mempromosikan Taman Negara Bird Count 2014
2. Peta Semenanjung Tanah Melayu. Ditengah-tengan adalah Taman Negara Pahang.
3. Kumpulan Mutiara Resot diketuai oleh Encik Ismail Mamat dari Perhilitan Wetland. Kumpulan ini adalah gabungan IKIP, UiTM dan PPAP (Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang)

4. Peserta  IKIP Kuantan
Nur Shahirah Aminena, Nur Atikah Bt Mohd Nazri, Nur Adrina bt Mohd Yassin, Sakila a/p Atan dan
Ahmad Qayyum b Azmi
5.Peserta UiTM
Nur Hidayah Asilah Bt Az'don, Syaza Ulfah Ghazali, Lailatul Maghfiroh bt Ansah, Mohd Nazrin b Abd Malek, Mohammad Khidir Asri b Musta'alim, Huzuin Jan bt Abdul Hamid, Nor Assyikin bt Jasni
Ummie Atiqanajwa bt Samsuri, Amirudin b Razhali dan Rabiatul Nabilah bt Rohaizan
6. "Burung! Mu Tunggu Aku Datang"
7. Kami datang dengan 'Langkan Kanan', Encik Ismail Mama mahukan kumpulan ini mengesan 40 jenis burung.

Moyang Ngah Mat Aseh dan Ngah Mat Arif

Moyang saya bernama Ngah Mat Aseh. Bapa moyang saya Ngah Mat Arif berasal dari Chenor Pahang. Bapa moyang saya buka Kampung Ara Panjang di Kuala Kangsar Perak.

Akmald Deen

---------------------------------------
Mohon sesiapa yang dapat membantu Saudara Akmald Deen sudi menambah sediakit sebanyak cerita yang berkaitan dengan:
- Ngah Mat Aseh
- Ngah Mat Arif
- Kampung Ara Panjang di Kuala Kangsar Perak

20140328

D21: tok buaya putih, tok gajah putih dan tok kijang putih (gunung daik bercabang tiga)

Cerita anak maharaja bukit seguntang@ imbang jaya, tiga beradik(yang digelar selepas warisnya islam sebagai tok buaya putih,tok gajah putih dan tok kijang putih)(gunung daik bercabang tiga)

Satu memerintah kedah tua@langkasuka@durbar
Kedua memerintah jawa
Ketiga memerintah sumatera

Versi cerita@mitos:- maharaja bukit seguntang telah jatuh sakit dan dia telah mengarahkan ketiga anaknya pergi mencari ubat. maka mereka pun berangkatlah dengan setiap seorang menaiki satu kapal setiap seorang. Mengikut mitosnya seorang berlayar menuju ke Negara china, seorang berlayar menuju ke jepun, dan seorang lagi berlayar menuju ke arab/eropah dan mereka bertiga tidak pernah kembali dari semenjak itu.

versi cerita@mitos:- kisah wan malini, wan empok dan demang lebar daun. Bermulanya perjanjiannya apabila orang kampong meminta kedua wan malini dan wan empok menjadi ketua mereka dikawasan yang dipanggil sungai musi,Sumatra. Kedua mereka telah bersetuju dijadikan ketua dengan syarat orang kampong tidak menjijak tanah selama tujuh hari (tidak boleh keluar rumah).

20140321

D20: sheikh abdullah al-qumairi, maharaja derbar, muzaffar shah dan solehuddin al-ayubi


Cerita dikedah tua (bangsa melayu)(semendanya ahli bait)

Bermulanya  utusan dari sultan auliya sayyid sheikh muhyiddin abdul qadir al-jilani yang bernama sayyad sheikh Abdullah al-qumairi dibenar mengadap raja kalaha iaitu maharaja derbar dan mengislamkannya lalu menukar namanya kepada raja muzaffar shah dan membentuk kerajaan islam yang pertama disebelah nusatara dan memberi nama baru kepada orang sebelah sini dengan gelaran bangsa melayu, dari hari itu bermulalah alam melayu dan kesultanan melayu dan semenangjung di panggil semenangjung tanah melayu dan kepulauan melayu.

Pada masa itu lah seramai sepuluh ribu syahid melayu(tentera melayu) telah pergi ke palastin bergabung dengan sultan solehuddin al-ayubi berperang menawan baitul maqdis dari tentera salib seluruh dunia (perang salib ketiga).

Atas dasar kekalahan itulah padri kristian mencuba dan memburu umat islam dimana sahaja diseluruh dunia bagi memusnahkan dan menghancurkan islam.dan pada tahun empat puluhan pihak kristian telah Berjaya merampas baitul maqdis dari pegangan orang islam selepas perang dunia kedua dan diserahkan kepada orang yahudi. Dendam mereka itulah yang membawa kepada hancurnya tamadun melayu(berpecah-belah dan kucar-kacir).

20140320

Dua Kelompok Moyang 16

Hanya didua tempat sahaja dalam Pahang yang mempunyai Moyang 16,,,

1. Moyang 16 Bukit Segumpal, Chenor..
Xxxx  Bin AWANG SIN bin Xxxx.

2. Moyang 16 Baduk, Semantan
Xxxx Bin Tok Sikal atau Muhammad Sikal

20140314

D24: Anak daik tujuh beradik


Raja-raja asal yang menubuhkan kerajaan tua disemenangjung sebelum melaka.
(pattani, Kelantan, Terengganu, Johor, Pahang, Perak, Rembau/Jelebu atau pun kerajaan antah).

Mereka diarah oleh ayah (maharaja rumbak) meninggalkan tanah pagar ruyung dan menyeberang laut selat ketanah semenanjung, bermukim dan berkerajaan.

Anak daik 1;
Anak daik 2
Anak daik 3
Anak daik4
Anak daik 5
Anak daik 6
Anak daik 7

Akan diceritakan kemudian. 

D19: merong mahawangsa, buaya putih, muzafar shah, raja bersiong, puteri saadon dan awang selamat

Cerita diistana lama maharaja bukit seguntang @ imbang jaya(langkasuka/derbar) (pulau pandan jauh ketengah/pagar ruyung).

Merong mahawangsa  yang dikatakan pengasas kepada kerajaan kedah tua itu adalah dari keturunan maharaja bukit seguntang dan menjadikan, istana asalnya berada dikedudukan dikedah dan istana di pulau pandan atau pagar ruyung (nama terkemudian baginya) adalah istana akhir dibukit seguntang dalam pulau Sumatra(yang dipusakai oleh kijang putih atau anak bongsunya).

Istana ini disuruk dari diketahui oleh musuhnya terutama dari maharaja  suran diindia selatan kerana mereka adalah musuh ketat.

Setelah terdirinya kerajaan dikedah oleh merong mahawangsa dan (merongmahawangsa@buaya putih))telah memelok islam dan menukar namanya kepada  muzafar shah dan mengguna atau mamakai gelaran sultan bagi menggantikan sebutan maharaja yang digunakan sebelum ini. (sultan muzaffar shah) dan orang yang bernaung dibawahnya telah membuat akujanji, dimasa selepas itulah bangsa melayu telah diistiharkan atau dalam lain kata sebagai (-----) yang diistiharkan oleh syeh  (bangsa melayu ini banyak semendanya dari suku-suku keturunannya).

Raja bersiong adalah raja ketiga memerintah dan waris kepada buaya putih. Dia ini telah berlaku zalim dan di halau oleh rakyatnya dan dia telah membuka satu negeri pula di kawasan  (sekarang ini dipanggil Kelantan/pattani. Puteri saadon itu adalah anaknya dan awang selamat itu adalah pengasuh nya.

Yang dikatakan raja sakti itulah sebenarnya raja bersiong.

20140310

Budu dan rahsia pembunuhan 200 orang

SUMBER: http://matkilaumtb.blogspot.com/p/blog-page.html

Budu adalah nama sebuah mukim yang penting dalam sejarah negeri Pahang. Banyak peristiwa yang ada dalam lipatan sejarahnya. Mukim Budu terletak di dalam Daerah Lipis dan tergolong kampung yang besar (mempunyai Ketua Kampung) yang menjadikannya sebuah Mukim iaitu
Kg Budu,
Kg Benta,
Kg Chat,
Kg Tualang Padang,
Kg Peruang dan
Kg Terap.

Disini juga tempat kelahiran Khatib Rasu Abdul Salam atau Tok Gajah atau Imam Perang dan berkahwin dengan Cik Jebah dari Batu Naga di dalam perkampungan Tualang Padang.

Disini juga tempat membesarnya Pahlawan Melayu Mat Kilau. Mengalirnya Sg Teka yang mempunyai Kuala di Batu 15 Benta dan Ulunya di Kg Batu Naga Tualang Padang. Sungai ini menjadi jalan utama pada masa dahulu yang menhubungkan kampung-kampung sekitarnya sepanjang hampir 16 batu. Sungai ini juga menjadi tanda kepada peperangan Tok gajah, Mat Kilau dan pihak Inggeris. Selain itu, sungai ini telah menjadi rebutan panglima-panglima dan pemimpin dahulu kala kerana di dalamnya terdapat anugerah Allah SWT iaitu permata emas.

Kg Budu secara spesifik merupakan kawasan yang amat strategik dari aspek peperangan kerana ianya merupakan kawasan lembah dan dikelilingi oleh 3 buah bukit yang menjadi benteng pertahanan iaitu
Bukit Raya (Bukit Tacing),
Bukit Gong (Bukit Perangin) dan
Bukit Engku.

Telah melahirkan ramai pemimpin-pemimpin besar negeri dan negara seperti contohnya, hampir kesemua 7 orang ADUN Benta berasal dari kampung Budu bermula dengan
-YB Hj Abdullah bin Hj Akil,
-Tan Sri Hj Abdul Razak bin Hj Hussein,
-Hj Abdul Samah bin Hj Idris ,
-Hj Zakaria bin Hj Taha ,
-Tan Sri Hj Zuki bin Lebai Kamaluddin ,
-Dato’ Suhaimi bin Ibrahim dan
-Dato’ Hj Ir. Mohd Soffi bin Tan Sri Hj Abdul Razak.

Mukim Budu telah dianugerahkan oleh Sultan Ahmad kepada Tok Gajah atas kejayaan beliau memimpin pasukan Pahang mengalahkan Raja Mahadi dalam Perang Kelang. Pada usia yang muda serta ketokohannya memimpin, Tok Gajah telah digelar Imam Perang Rasu dalam perang Saudara Pahang.

Sultan Ahmad juga menganugerahkan gelaran Orang Kaya Indera Gajah yang merupakan Orang Besar Raja, Negeri Pahang. Di kalangan Pembesar-Pembesar Pahang, Tok Gajah disifatkan sebagai seorang yang sangat alim, setia dan lurus. Semasa kepimpinan beliau, Mukim Budu merupakan antara mukim yang sangat maju. Tok gajah telah membangunkan sebuah peradaban Melayu di Budu pada masa itu.

Perbalahan sesama sendiri antara pembesar-pembesar bagi merebut Budu telah mengakibatkan Budu jatuh dengan mudah ke tangan British. Pihak British telah menyerang Budu dengan menggunakan senjata yang canggih dan terkini pada masa itu.


sumber: http://lamanpahang.blogspot.com/2012/10/kubur-lama-tanjung-besar-lipis.html

Banyak nyawa orang Melayu telah menjadi korban iaitu dianggarkan seramai 200 orang, ramai juga telah cedera teruk, rumah-rumah dibakar, ternakan dan sawah padi dimusnahkan dan hasil padi dibawa lari.

Peristiwa kekejaman ini langsung tidak dilapor dan direkodkan oleh pihak British pimpinan Kolonel Walker dan Clifford. Akibat dari peristiwa itu, Tok Gajah yang mempertahankan diri di Terengganu, hidup dalam buruan dan Budu telah diserahkan oleh British kepada Orang Kaya Lipis.

Antara pembesar-pembesar yang terlibat di dalam perbalahan ini ialah
-Engku Muda Mansur (adik kepada Sultan Ahmad) beliau dilihat sebagai anak kunci bagi kemasukkan British ke negeri Pahang,
-Orang Kaya Lipis(Tok Teh),
-Wan Lingga dan
-Tengku Samad dari Raub.

Antara bukti berssejarah yang terdapat di Mukim Budu adsalah::
• Perigi Sejarah Mat Kilau
• Kubu Parit Dalam
• Kubu Tualang Padang
• Perkampungan Lama Permatang ataupun Bukit Raya
• Sungai Teka yang digunakan oleh pahlawan sebagai jalan pengangkutan utama
• Perkuburan lama Kg Empau (tempat pengikut2 Tok Gajah dan Mat Kilau disemadikan.
• Perkuburan lama Kg Tualang di Kg Terap
• Bekas penerih emas di Bukit Raya
• Tapak peperangan di Bukit Perangin

Dari manakah asal nama BUDU?

MESTI BUAT SEMAKAN DAN PENGESAHAN SEBELUM DIGUNAKAN.  

Sajak: Aku Ingin Mendengar Lagi

Sajak: Aku Ingin Mendengar Lagi
(oleh humairaadawiyah)

Aku cuba untuk bangun,
tapi badan aku kaku.

Anjing itu
langsung tidak menoleh kepada aku,
ia hanya duduk disebelah aku,
dan amat dekat,cara duduknya
seperti anjing yang sedang berehat .

Matanya terus memandang kehadapan
dengan mulutnya yang sedikit terbuka
menampakkan lidahnya yang merah.

Dia langsung tidak mempedulikan aku,
tapi aku mesti bangun
dan jauhkan diri
dari anjing hitam itu...
seolah-olah anjing hitam itu
tidak membenarkan aku untuk bangun.

Beberapa kali aku mencuba...
aku dimana...
waktu fajar..
binaan rumah di sini seperti di luar negara... 
terus aku tersentak dari mimpi itu...

Tidak pernah
aku mendapat ketenangan
yang sebegitu,
tapi ia hanya di alam mimpi...
aku ingin mendengar lagi
suara ketenangan si lelumba...

RAJA AHMAD ANAK DATUK BENDAHARA PUTIH TUAN TITAH KE-10: NENEK MOYANG KETURUNAN RAO PERSEMENDAAN DI RAUB ABAD KE-17.

Kajian ini cuba menggunakan metode Pengisahan Sejarah yang tidak komparatif, tidak analisis kritis terhadap  kebenaran sejarah tokoh itu sendiri, kerana banyak masukan cerita lisan dari mulut ke mulut di samping merujuk kepada buku-buku dan Internet.

Hasil pengisahan sejarah ini diharapkan akan memberikan gambaran tentang bagaimana peranan Raja Ahmad anak kepada Yamtuan Raja Pangkat 1 @ Datuk Bendahara Putih Tuan Titah Ke-10 @ Datuk Panglima Perak @ Tok Prak sebagai antara Tokoh Berketurunan Raja Pagarruyung yang penting dalam pembinaan tamadun bangsa Melayu abad ke-17 dalam menampilkan beliau sebagai antara pemula warisan orang-orang Rao Persemendaan (Rawa/Rawi) di Lembah Semantan Hulu, Raub dan Lembah Temau, Raub, Pahang di samping menyentuh mengenai kependekaran di dalam persilatan, kealiman dalam Agama Islam dan pakar dalam bertani, tabib, menangkap ikan sungai, makanan, kesenian dan adat berkampung di zamannya.

Semoga tulisan awal ini akan menumbuhkan maklumat baru dan seterusnya dapat melengkapkan khazanah warisan Orang-orang Rao Persemendaan di Raub, Pahang.

Dibentangkan di Seminar Tokoh-Tokoh Rao Raub, Pahang pada 25 November 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Gali, Raub Pahang

LINK UNTUK MEMBACA:
http://orangrawa.blogspot.com/2012/11/raja-ahmad-anak-datuk-bendahara-putih.html

OLEH
SUBARI AHMAD JAAFAR AR-RAWI (arisel ba) (Ismail @ Subari ar-Rawi)

20140307

D18: champa, yunnan, ketemasek, singapura)


TANAH MELAYU(dari champa/Yunnan hingga lah ketemasek@singapura), pergolakan diantara waris menjadi amat menyedihkan. Siam islam dan pattani telah dikuasai oleh  kaum thai .champa dan kepayat Negara telah dikuasai oleh kaum Buddha. Yunnan pula dikuasai oleh china komunis dan yang tinggal hanyalah semenanjung tanah melayu, yang dikatakan asalnya istana maharaja bukit seguntang.

Semasa itu cermen jedah, langkasuka(kedah tua), johor tua, Terengganu tua,Pahang tua dan negeri Sembilan tua dan beberapa lagi negeri tua lama yang tidak dapat dikesan lagi. Keadaan mereka sentiasa bergolak dan berperang dengan kaum thai dan berkrisis sesama waris kerabat.

Apabila muncul Melaka, semuanya digabungkan dibawah naongan sultan malaka semasa kemuncak pemerintahan nya. Asal nya Melaka ini, telah ditubuhkan oleh perameswara (dikatakan raja  akhir dari Palembang dari keturunan kijang putih) dan dikatakan telah memeluk islam dan menggunakan nama muhammad shah. 

Raja kedua atau sultan Melaka kedua telah disandang oleh cucunya (menantu kepada perameswara menjadi wakil sementara, beliau adalah syeh yang mengislamkan parameswara)kerana parameswara tiada anak laki-laki.

Waris ini memerintah sehingga sultan mansor shah dan selepas itu telah digantikan dengan anak tirinya (raja Husain atau sultan alauddin riwayat shah@raja darah putih).

Pemilihan ini dibuat oleh tun perak (bendahara Melaka pada masa itu)diatas sebab krisis kematian anaknya tun besar, yang menyebabkan waris sultan mansor shah, raja Muhammad dan raja ahmad tercampak kepahang (anak dengan puteri sri wanang*wazir siam Pahang).waris mansor shah yang lain juga diketepikan dan tidak membantah kerana , tun perak itu adalah bapa saudara mereka.

Sultan alauddin shah inilah yang dipanggil raja darah putih dan keturunan raja darah putihlah yang menyambung memerintah Melaka dan disambung oleh sultan Mahmud yang berkhawin dengan tun teja anak raja Muhammad  (bapa saudaranya,mengikut sebelah ibu) sehingga lah kepada sultan Mahmud mangkat dijulang yang ditikam oleh laksamana bentan atau nama lainnya tun abd samad , waris keturunan dari tun perak.

Perlu diingatkan yang isteri sultan muhammad shah(parameswara) dan isteri  tun gajah mada ,tun pepatih putih( datuk atau ayah tun perak) adalah adik-beradik dari anak raja dipattani.

Jadinya sultan dan bendahara Melaka adalah beripar-duai.

20140303

Kawasan Jelai dan Kawasan Ulu Pahang

Saya berpendapat rantau ulu pahang tu telah di beli pada zaman Sultan Abdul Ghafur Mohaidein Shah iaitu Sultan Pahang terakhir dari keturunan Melaka (1567-1614) dengan harga “ segantang ulang aling emas.

Satu dasar beli isi emas dan sesuku tangan baju isi emas” iaitu adat yg di guna zaman dahulukala oleh maharaja perba jelai yang pertama membuka jelai.

Adakah kawsan jelai benar itu kawasan yang sama dengan kawasan ulu pahang yang di beli lebih awal dari sultan abd ghafur tadi?
   
Dari OrgUluPahang
7/3/14

Pertemuan Waris Pagar Ruyung Raub dengan Raja Alam Pagar Ruyung Sumetara. (4)

Pertemuan bersejarah yang menghimpunkan waris keturunan Raja Alam Pagar Ruyung, Sumatera Barat yang berada di Malaysia dan Indonesia diadakan di Kampung Pintu Padang, Raub, Pahang, Malaysia pada Pada  16 hb. Julai 2003 bersamaan 16 hb Jamadil Awal 1424 Hijrah.

Berikut adalah kata-kata Yang Amat Mulia, Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagar Ruyung, Dato’ Haji Sultan Muhammad Taufiq Thaib SH., DPTJ ( NS ) Tuanku Muda Mahkota Alam.

Bersyukur kepada Allah SWT atas izin Kudrat dan IradatNya pada hari ini kita hadir bersama-sama di majlis yang berbahagia ini dalam rangka satu pertemuan yang bernuansa “Historys” dan pertemuan yang bernuansa ” Zilaturrahmi” antara keluarga besar Pagaruyung yang masih berada di kampung halaman baik di Pagaruyung, Padang Unang di Luak Lima Puluh dengan zuriatnya yang berada di Raub Pahang ini.

Oleh karena itu, sepatutnya kita tidak henti-hentinya memanjatkan puji syukur yang tidak terbatas ke hadrat Allah SWT, karena “Benang Sutra” yang terputus beratus-ratus tahun lamanya, kini sudah tersambung kembali. Karena Allah SWT, menyayangi orang yang menyambung kembali zilaturrahmi apalagi menyambung zuriat dan Allah sangat memurkai orang yang memutuskan zilaturrahmi apalagi memutuskan sesama zuriatnya.Alhamdulillah kita tidak termasuk golongan yang kedua, tetapi insyaAllah golongan yang pertama.

Berbagai upaya yang dilakukan oleh kakanda Tengku Mustapha telah disampaikan tadi, mulai tahun 1992 sudah datang ke Minangkabau, bahkan sudah sampai ke Padang Unang, tapi dari pihak keturunan nenek datuk kita Tengku Khairul Alam Syah tidak dijumpai keterangan pada waktu itu, dan dari pihak ibu beliau sudah dijumpai keterangannya yaitu di Tanjung Alai.
Tanjung Alai adalah Tengku Muda dalam kedudukannya di Kerajaan Padang Unang, Raja Muda dari Padang Unang adalah mereka bersaudara, satu keturunan, tetapi tidak mungkin di dalam satu kerajaan ada dua raja, adiknya diangkat menjadi Raja Muda di Tanjung Alai. Antara Tanjung Alai dengan Padang Unang itu ibarat dua sisi, dua muka mata wang, tetapi satu.

Sedangkan hubungannya dengan Pagaruyung bilamana pada zaman awal dari berdirinya Kerajaan Pagaruyung pada tahun 1343 Masehi, SRI PADUKA ADITHA WARMAN balik dari Majapahit ke tanah asal Ibundanya di Minangkabau, beliau di sambut oleh Datuk Temenggung BUNGA SETANGKAI SUNGAI TARAB, kemudian di kahwinkan dengan keponakan Datuk Temenggung ini dan di sefakati oleh Aditha Warman di angkat menjadi Daulat Yang Dipertuan Rajo Alam Pagaruyung.

Dahulu Pagaruyung belum bernama Pagaruyung, tetapi masih bernama NAGARI ULAK TANJUNG BUNGO . Hanya empat persukuan pada waktu itu iaitu:
Suku Padang Datar
Suku Mandailing
Suku Nan Sambilan dan
Suku Nan Ampek.

Oleh niniak- mamak yang berempat ini di berikanlah tapak untuk membangun istana di Pagaruyung yang tersebut di dalam “suku” iaitu di Kampung Dalam. Kampung Dalam itu bukan bererti satu lokasi kecil, tetapi Kampung Dalam itu meliputi Tiga Balai, Kampung Dalam artinya “KRATON” atau Istana. Dibangunlah istana pertama di kaki Bukit Batu Patah. Kemudian dipindahkan ke Balairung Serinya atau tempat dia bermusyawarah dan memerintah di Balai Gudam.

Kemudian setelah beberapa waktu memerintah, ada ancaman keamanan dari Utara ( Batak ) maka Yang Dipertuan Aditha Warman ini mengirim salah satu puteranya untuk menjadi Raja di Padang Unang sekarang ini.
Kenapa bernama PADANG UNANG? Pada waktu meneroka tapak istana di Padang Unang sekarang ini, mereka berhenti di suatu hamparan tanah pada malam hari, maka terlihat di cahaya kegelapan banyak binatang Kunang-Kunang yang bersinar, maka oleh karena itu dinamakan “PADANG UNANG”. Maka di situlah putera Aditha Warman, iaitu SRI VIJAYA ANANGGA mendirikan istana dan membuat Kerajaan Padang Unang, untuk menghambat musuh yang datang dari tanah batak.

Kemudian keturunan dari Anangga Warman ini pada akhirnya tidak mempunyai anak yang layak menjadi Raja, mungkin ada anak. Kalau keturunan Raja-Raja dahulu tentu abang Tengku Mustapha dan abang Tengku Kamaruzzaman yang berhak menjadi Raja itu. Walaupun dia anak Raja, tetapi ditenguk dahulu siapa ibunya. Kalau orang dahulu mencari seorang Raja memang ditilik segala hal.

Karena tidak ada yang patut menjadi Raja, kembali di jemput ke Pagaruyung. Maka di kirimlah pada waktu itu seorang Putra Raja yang bergelar Yamtuan Bagindo Soripado, gelar yang sudah di kembalikan kepada abang Tengku Puji.

Kemudian keturunan Yamtuan Bagindo Soripado ini telah beberapa kali keturunan tidak ada pula yang layak menjadi Raja. Yang ketiga kalinya bersama dengan pengiriman Raja Melewar ke Sri Menanti, di kirim lagi seorang Raja ke Padang Unang dari Pagaruyung. Itulah keturunan-keturunan yang ada sekarang ini.

Boleh jadi pada waktu RAJA MELEWAR dikirim ke Sri Menanti, sebelumnya dari Pagaruyung dikirim seorang pembesar Pagaruyung bernama Raja Khatib, untuk mempersiapkan penabalan Raja Melewar menjadi Yang Dipertuan Sri Menanti. Bilamana Raja Khatib sampai di Negeri Sembilan mungkin dia di sambut dan di alu-alukan, sehingga berubah niat di dalam hati yang semula di tugaskan mempersiapkan penabalan Raja Melewar. Kemudian beliau mengaku bahwa beliaulah yang diutus menjadi Yang Dipertuan, sehingga sempat Raja Khatib ini menjadi Raja. Khabar ini di sampaikan ke Pagaruyung, maka segeralah Raja Melewar ke Sri Menanti.

Dan mungkin pada waktu itu diperkirakan kekuatan Raja Melewar tidak cukup, maka di mintalah ke Padang Unang sebagai tambahan pasukan. Sampai pasukan itu di Sri Menanti, berbeda cerita yang saya terima dengan yang di sampaikan Tuanku Padang Unang tadi, TUANKU TENGKU KHAIRUL ALAM itu bukan melarikan diri dari Padang Unang, bahkan dikirim ke Sri Menanti untuk membantu Raja Melewar menghadapi Raja Khatib dengan 40 orang hulubalang. Sesampainya beliau di Sri Menanti, di dapati Raja Khatib terbunuh dan keadaan sudah aman…..

Inilah sedikit sekilas sejarah,……
Kemudian keturunan dari Tengku Khairul Alam ini menetap di Raub. Itu secara garis besarnya, tetapi tentu di dalam sejarah ada pariable-pariablenya yakni bunga rampainya. Kami fikir tidak tahu/ kurang arif maka abang-abang di sinilah yang lebih tahu memahami dan mengetahui sejarah disini.

Jadi artinya hubungan dengan Pagaruyung dengan Raub ini melalui Padang Unang yang datang ke sini adalah cucu-cucu Raja Pagaruyung yang ada di Padang Unang, dari Padang Unang ke Sri Menanti dan dari Sri Menanti ke Raub.

SUMBER:
http://suprizaltanjung.wordpress.com
OLEH
SUPRIZAL TANJUNG