KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20140321

D20: sheikh abdullah al-qumairi, maharaja derbar, muzaffar shah dan solehuddin al-ayubi


Cerita dikedah tua (bangsa melayu)(semendanya ahli bait)

Bermulanya  utusan dari sultan auliya sayyid sheikh muhyiddin abdul qadir al-jilani yang bernama sayyad sheikh Abdullah al-qumairi dibenar mengadap raja kalaha iaitu maharaja derbar dan mengislamkannya lalu menukar namanya kepada raja muzaffar shah dan membentuk kerajaan islam yang pertama disebelah nusatara dan memberi nama baru kepada orang sebelah sini dengan gelaran bangsa melayu, dari hari itu bermulalah alam melayu dan kesultanan melayu dan semenangjung di panggil semenangjung tanah melayu dan kepulauan melayu.

Pada masa itu lah seramai sepuluh ribu syahid melayu(tentera melayu) telah pergi ke palastin bergabung dengan sultan solehuddin al-ayubi berperang menawan baitul maqdis dari tentera salib seluruh dunia (perang salib ketiga).

Atas dasar kekalahan itulah padri kristian mencuba dan memburu umat islam dimana sahaja diseluruh dunia bagi memusnahkan dan menghancurkan islam.dan pada tahun empat puluhan pihak kristian telah Berjaya merampas baitul maqdis dari pegangan orang islam selepas perang dunia kedua dan diserahkan kepada orang yahudi. Dendam mereka itulah yang membawa kepada hancurnya tamadun melayu(berpecah-belah dan kucar-kacir).

No comments: