PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.
Showing posts with label Antara Mitos dan Sejarah (bab H). Show all posts
Showing posts with label Antara Mitos dan Sejarah (bab H). Show all posts

20130403

H13 Solat, zikir dan membaca al-quran

Solat,
zikir dan
membaca al-quran
serta doa,
mestilah dilakukan seiring.

Tiada yang ditinggalkan dan
tiada yang meninggalkan.

Hanya orang yang malas dan
orang yang tersalah faham
dalam pernafsiran kalimah (ilmu)
sahaja
yang meninggalkan salah satu atau
keempat-empat perkara tersebut.


Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

20130329

H12 meninggalkan solat

Seperti mana al-quran dikuniakan kepada
Rasulullah dan umatnya oleh Allah,
bergitu juga  keadaannya yang sepatutnya terjadi
kepada solat (sembahyang),
kerana solat
telah dikuniakan oleh Allah,
khas kepada Rasulullah dan
umatnya dan
tidak pada umat yang lain.

Maka meninggalkan solat
samalah seperti
memperkecilkan
kuniaan Allah dan
memperkecilkan Rasulullah.


Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

20130323

H11 Sembahyang



“dan apabila kamu telah selesai menunaikan sembahyang, maka berzikirlah kepada allah dalam keadaan berdiri, duduk dan sedang berbaring.” (an-nisa: 103)

“sesungguhnya sembahyang itu merupakan kewajipan yang ditentukan atas kaum mu’minin.” (an-nisa: 103)

 “dan dirikanlah sembahyang itu kerana mengingati ku.” (taha:14)

 baginda pernah ditanya: apakah amalan yang paling utama? Baginda menjawab: “ sembahyang pada waktunya.”

Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

20130315

H10 barang siapa membaca al-quran

Rasulullah saw telah bersabda:

“barang siapa membaca al-quran, kemudian mendapati ada orang lain yang dikuniakan keutamaan selain dari apa yang Allah telah menguniakannya, maka sebenarnya ia telah memperkecilkan sesuatu yang telah dibesarkan oleh Allah ta’ala.”

Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

20130308

H09 Meninggalkan rafats, fusuq dan jidal

Meninggalkan rafats: ialah kata sia-sia yang tidak ada faesahnya atau cakap-cakap kotor, termasuk bergurau senda dengan kaum wanita dan bermain-main dengan mereka, atau berbual-bual mengenai jimak (persetubuhan) atau bercumbu-cumbuan, kerana itu semua akan memberangsangkan kepada melakukan perbuatan itu (mungkar)

Meninggalkan fusuq: ialah segala macam perbuatan yang boleh menarik manusia terkeluar dari mentaati allah.

Meninggalkan jidal: iaitu berlebih-lebih dalam permusuhan atau bertentangan yang membawa kepada hasad dan benci-membenci yang bertentangan dengan budipekerti yang luhur.

Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

20130228

H07 Pak Ngah

Dialog dengan waris panglima hitam 3(pak ngah)

n.g:” asalammualaikum p ngah, awak menyuruk dari koi ya, selama ni?”.(dia ni memang koi dah kenal lama, dia memangku tugas menjaga amanah ni dari ayah nya dan abangnya)

p ngah: w.salam, sambil gelak besar, dia mengajak koi makan durian.” Apa ceritanya?”.

n.g: “koi nakkan cerita dan  amanah yang awak pegang dari panglima hitam”.

P ngah:” koi tak berapa ingat, yang hafal betulnya abang koi yang mati tu”. Dan ceritanya lagi ”panglima hitam tu nama lainnya panglima kiri dan cerita pasal panglima kiri dan susur keturunan dia”.

n.g: “p ngah, tolong ceritakan  amanah apa yang awok ambil alih dan jaga?”.

P ngah: ceritanya, “ ada duabelas orang yang keluar dari jambi masuk ke pahang, dia sebutkan beberapa nama mereka dan tempat bermukimnya mereka dan yang lain dia tak ingat katanya”.( Dan dia minta maaf kerana  dapat bagi sebahagian je).

n.g: tak apa lah, itupun dah kira, alhamdulillah. Dan yang lain koi akan dapatkan dengan orang lain(pemegang amanah yang lain)( diwajahnya memang nampak wajah ceria dan lega, apabila amanah  yang disimpannya telah diserahkan).

Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

20130227

H06 Dialog dengan Pak Anjang

DIALOG DENGAN WARIS PANGLIMA HITAM TIGA SERANGKAI@PENYIMPAN AMANAH PAHANG.

Dialog dengan waris panglima hitam 1(pak anjang@anjang)

n.g.:” aslammualaikum aki, aki ni pak anjang?”. Dia senyum sambil menjawab salam kome.

P anjang: “w.salam”. dari mana?

n.g: “dari temerloh, datang nak jumpa awok aki. Koi disuruh melawat dan ambik amanah dari awak.

P anjang: jauh tu datangnya, sampai-sampai doh, tak ada amanah yang koi simpan.
(dia bercerita bab dan beberapa cerita mat kilau dan juga kisah diri nya sendiri sambil menunjuk akan barang simpanan yang dijaganya)

n.g: (koi menarik nafas panjang dan hampir-hampir mengeloh apabila dia kata dia tak simpan amanah. Sambil dibantu oleh sahabat koi, maka terlerai juga cakap kias p anjang tadi).

P anjang: (dia pun menceritakan hal sebenar, apa yang dipertanggungjawab(amanah) yang di simpan dan dijaga).

Disebabkan ada tetamu lain yang datang nak berurusan dengan nya, maka kome memohon diri berundur. dimatanya ternampak kesan jernih air.

 Yang menunjukkan tanggungjawabnya telah dia selesaikan dan serahkan.

Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

20130226

H05.3 Panglima hitam 3

Tugasnya adalah
menyambung tugas
menjaga dan menyimpan hak
amanah bagi pihak
susur keturunan
kerajaan jJmbi di Tanah Melayu

Amanah yang dipertanggungjawab kepada
dua belas orang ketua,
waris kepada
pendiri kerajaan Jambi di Tanah Melayu.

Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

H05.2 Panglima hitam 2

Tugasnya adalah
menyambung tugas
menjaga dan menyimpan
hak amanah
bagi pihak Tokku Paloh
(amanah yang dipertanggungjawab pada Tokku Paloh)

Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

20130224

H05.1 Panglima Hitam 1


Tugasnya adalah
menyambung tugas
menjaga dan menyimpan
hak amanah
bagi pihak
Mat Kilau
(amanah yang dipertanggungjawab pada Mat Kilau)

Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

20130223

H05 PANGLIMA HITAM TIGA SERANGKAI


Tiga orang panglima yang bergelar Panglima Hitam,
penyimpan amanah Pahang.

Tiga amanah Pahang
yang dijaga oleh Panglima Hitam Bertiga
yang tersekian lama bersimpan itu
telah disatukan
dan telah disahkan
oleh pemegang amanah.

Penulis: Neguai.
Penerbit: Lamanpahang

20130216

H04 Berbahayanya menyendiri


Hadis dituturkan oleh ahmad dari ibnu umar bahawanya nabi saw melarang menyendiri:

“tidur sendiri dan bermusafir sendirian pula”.
(musnad,ll, halaman 91/kitab al-jihad/shahih al-bukhari,lv,halaman 80)

Dituturkan oleh al-bukhari dari ibnu umar, katanya berkata rasulullah saw:

”Kalau seandainya manusia ini tahu bagaimana berbahayanya menyendiri seperti apa yang aku ketahui, nescaya ia tidak akan mahu berjalan malam hari sendiri untuk selamanya”.(musnad,ll,halaman23,24,60,120/kitab al-adaboleh ibnu majah/sunan ibnu majah,11,halaman1239/sunan at-tarmidzi,111,halaman111)

Dituturkan oleh ahmad, dari abu hurairah, katanya:

“rasulullah saw, mengutuk kaum lelaki yang meniru wanita dan wanita yang meniru lelaki, serta lelaki yang hidup membujang yang berkata bahawa ia tidak akan  kahwin dan wanita yang melacur yang menyatakan tidak mahu kahwin pula. Juga baginda melaknat penunggang kenderaan jauh secara sendirian dan yang tidur di rumah sendirian pula”.
(musnad,ll,halaman 186/al-muwatbtba,ll halaman978/kitab al-isti”dzan)

Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

20130209

H03.13 Anak Daik Tujuh Beradik - Megat terawih, nama atau gelaran?

Megat terawih adalah
nama gelarannya di Perak,

di Pahang menggunakan nama,
Panglima Bagus
anak Dato Matang,
nama sebenarnya
syed abdullah bin (……).

Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

20130208

H03.12 Anak Daik Tujuh Beradik - Tun Saban Megat Terawih

Tun Saban
dan ayah Megat Terawih
adalah adik beradik
(bendahara di Perak),

ayah Megat Terawih
meninggalkan perak
menuju ke kedah.

20130207

H03.11 Anak Daik Tujuh Beradik - Bendahara zul fakar

Bendahara kepada
Kerajaan Antah Berantah, bernama
Muhammad Zul Fakar @
Tun Saban
(mati dalam perjalanan ke Perak, bendahara dalam pelarian)

20130206

H03.10 Anak Daik Tujuh Beradik - Pahang

Di Pahang… mereka

diketuai oleh Panglima Bagus

yang berkhawin dengan adik Tok Shahbudin Berhala Gantang

(anak Zainal Abidin Kepayat Negara

dengan bini keempat anak Suji Dibilang).

Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

20130205

H03.9 Anak Daik Tujuh Beradik - Kedah

Di Kedah… mereka dikenali;
puak Bukit Batu Guling/
puak Bukit Guling Batu @
puak Anak Bukit

Waris nya berkhawin dengan
waris susur keturunan Merongmahawangsa.

Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

20130204

H03.8 Anak Daik Tujuh Beradik - Perak

Diperak… mereka dibawah;
dato matang/
raja matang @
tanah abang

Warisnya bergabung dengan waris dari:
Raub,
Kelantan,
Tanjung Besar

20130203

H03.7 Anak Daik Tujuh Beradik - orang tiga selonggok

Di Negeri Sembilan…
mereka digelar;
orang tiga selonggok
(warisnya bergabung dengan orang tempatan dan minang).

Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang

20130202

H03.6 Anak Daik Tujuh Beradik - berpecah 4

Mereka berpecah kepada,,,

satu kumpulan,
tinggal menetap di perak..

Satu kumpulan,
kembali ke negeri sembilan..

Satu kumpulan,
meninggalkan Perak menuju ke Kedah..

Satu kumpulan, memasuki Pahang.

Penulis Neguai.
Penerbit: Laman Pahang