PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.
Showing posts with label Menegur Diri. Show all posts
Showing posts with label Menegur Diri. Show all posts

20250303

131 010 amanah pada haknya hawa.

 AMANAH (hawa) KEPADA URUSAN MUTLAK, PUSAKA DAN WAKAF.


mengikut harikinya adalah pada kedudukan keempat selepas dari wakaf; [mutlak / pusaka / wakaf / dan amanah].

mutlak pada hak allah.

pusaka pada hak rasulullah.

wakaf pada hak adam,

amanah pada haknya hawa.

maka; hawa adalah pemegang kepada [wakil bagi ketiga urusan diatas.

dia induk kepada seluruh umat manusia yang dengannyalah manusia dizahirkan diatas muka bumi.

pemegang amanah kepada;

wakil kepada urusan mutlak

wakil kepada urusan pusaka

wakil kepada urusan wakaf

maka; orang yang melalaikan urusan hawa, mereka juga telah melalaikan tiga urusan lain itu,

kerana meninggalkan amanah kepada tiga urusan [meremehkan tiga urusan dengan sengaja atau tidak sengaja adalah sama hukumnya @ mengabaikan amanah.

bila mengabaikan amanah; itu menyebabkan ada kalangan manusia selepas dari hawa; tidak redho; tidak bersyukur; tidak ikhlas; dan yang terpentingnya, tidak berada dalam kedudukan islam yang sebenar-benarnya patut mereka tempatkan diri mereka.

urusan amanah adalah tertakluk kepada persejarahan diri hawa itu sendiri;

kejadiannya

kehidupannya

salahlakunya

taubatnya.

HAWA MOYANG SEGALA MANUSIA

dalam catatan al quraan hanya disebutkan; hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri adam [kiasnya].

[apa kisah sebenar kejadian hawa ni; nenek kepada seluruh umat manusia;

dia tidak dilahirkan, sebaliknya dia yang mengandungkan dan melahirkan [menzahirkan umat manusia dari perut rahimnya sebanyak duapuluh kali].

kisahnya diketepikan dan diabaikan, sebaliknya kisah anak cucu cicitnya yang di kitar berulangkali oleh orang [tuan/puan dan mereka]

apa ke fungsi hawa dalam kalangan manusia tidak penting;

[perlu ingat, yang adam lelaki dan tidak boleh mengandung dan tidak boleh beranak, maka hawa bagi pihak adam mengzahirkan berketurunan manusia diatas muka bumi]

bagi kesinabungan kejadian manusia sebagai khalifah diatas muka bumi.

maka; sebagai manusia diakhir zaman, jangan sesekali membangkitkan benang basah atau kekeliruan dalam urusan hawa.

baca dan selidiklah dengan betul akan urusan berkaitan hawa itu. jangan sampai; yang di kejar tak dapat yang dikendong keciciran.

disebabkan mengejar martabat; syriat / tarikat / hakikat / makrifat; urusan amanah di abaikan.

salah satu yang dipertanyakan oleh allah nanti adalah berkenaan amanah [dan bab hawa termasuk dalam persoalan itu]

[soalahnya lebih kuranglah; apa yang tuan/puan tahu berkenaan hawa, nenek segala manusia?]

kalau setakat jawapan tuan/puan; hawa adalah nenek manusia / bini kepada adam / dia dijadikan dari tulang rusuk kiri adam / bla bla salahlakunya / bla bla / bla bla.

[70 kali ke dalam tanah dipepah oleh malaikat dalam kubur tu nanti; 

jawapan bukan salah, sebaliknya tak betul atau tak mengikut jawapan yang di kehendaki dalam silibus mata pelajaran wajib [orang zaman ini kata]

inshaallah.

18:02 

20250302

131 009 ibarat irama dan lagu yang tak boleh dipisahkan.

adam dan hawa adalah sepasang; tak boleh di pecah-pecahkan babnya mereka.

[serupa p ramlee ungkapkan; irama dan lagu tak boleh dipisahkan, kalau dipisahkan pincanglah ....... [lebih kuranglah].

bila bercakap bab adam, wajib juga di bincangkan bab hawa;

[mereka adalah nenek lelaki dan nenek perempuan bagi umat manusia yang dizahirkan atas muka bumi]

dan yang memulakan asas sifat 20 keatas manusia, anak cucu cicitnya.

[yang mana ada kalangan anak cucu cicitnya telah mengabaikannya dan menyalahgunakannya akan sifat 20 atas mereka]

macam mana amanah nak di teguhkan sedangkan sifat 20 yang di amanahkan oleh hawa kepada anak cucu cicitnya, pun terabai.

[inikan pulok nak berpegang kepada martabat macam para sahabat dan nabi].

amanah dalam bahasa melayu, disebut apa pada kiasnya [ianya dalam bentuk wajah apa nyatanya]

[bentang dan huraikan]

kalau di mesir; mereka sebutkan sebagai piramid; sedangkan di tanah melayu disebut apa?

[bentang dan huraikan]

orang yang tahu tidak akan merubahnya tanpa menyimpan maksud sebenarnya.

[ini yang disebut kias khilaf kepada adat / adab / fekahnya kepada ilmu; ilmu al quraan serta al sunnah; yang diringkaskan oleh ulama zaman silam sebagai rukun islam serta rukun iman]

dan di pertaruhkan dalam mantik serta bayan ber ilmu.

[melayu lah tu namanya] [dan diperkukuhkan oleh jawi]

ilmu tu ada kena kipnap ke oleh orang lain ke; tak adapun; sebab orang melayu sendiripun tak dapat selongkar ilmu mereka sendiri; macam mana orang lain @ orang luar nak kipnap ilmu melayu.

[banyak lah punya helah nya untuk melepaskan diri dari rasa bersalah]

[maka dibuatkan lah cerita dongeng, yang orang luar melarikan dan mencuri manuskrip] [apa lah punya pedooh nya tuan/puan dan mereka itu menegakkan benang basah]

apa yang orang melayu pandangkan adalah harta yang dibawa, dan bukan ilmu nya; betul ke salah] ??????

inshaallah.

20:29 

131 008 tak kenal maka tak cinta tetapi cinta itu buta (tak kenal)

macam mana aku manusia zaman ini terutamanya aku orang melayu sebelah sini, boleh terlepas pandang dengan sejarah yang dibentangkan oleh al quraan serta al sunnah

Sejarah itu juga di bentangkan oleh para ulama zaman silam, didalam kitab-kitab karangan mereka [ulama tanah arab, juga ulama melayu nusantara]

sejarah yang di tulis dalam bahasa arab dan jawi lama dan dalam bahasa inggeris juga, telah di terjemahkan dalam bahasa rumi, dan telah ada tersiar dalam blog intenet sekian lama dah.

apa yang tidak difahami itu ada tersirat dalam penulisan blog mereka-mereka yang membentangkan [mereka menyalin dari buku atau kitab dan di terjemahkan pembentangan blog mereka, tanpa mereka menyedari apa yang mereka bentangkan itu adalah sejarah, atau adalah jawapan yang mereka sendiri tidak menyedarinya yang mereka cari-cari selama ini]

hanyalah pembentangan mereka bercampur aduk dengan terlalu banyak selingan-selingan yang berbentuk karya dan teori.

dan orang yang membacanya tidak perasan pun, ada jawapan didalam pernulisan yang mereka baca.

mereka membaca hanya sebagai sekadar membaca satu karya seni penulisan novel.

kami kerap kali berjumpa dengan persoalan yang terjawab dengan jawapan [dalam sejarah melayu dan islam] yang orang katakan hilang dalam kitab terjemahan ulama, karya buku dan blog intenet, termasuklah dalam rancangan dan cerita yang ditayangkan dalam tv.

Adakalanya percakapan atau [berboroknya beberapa orang dikedai kopi pun, kami berjumpa percakapan yang berbentuk sejarah melayu dan islam, yang mereka tak bersangka apa yang mereka percakapkan itu adalah ilmu yang hilang.

dan adakalanya ceramah para ustaz di masjid, mahupun dalam intenet, mengambar akan jawapan kepada ilmu dan sejarah yang hilang, sehinggakan ustaz itu sendiri tak perasan pun, apatah lagi pendengar kepadanya.

maka; sebab itu kami katakan ilmu dan jawapan ada didepan mata; yang hanya disebutkan sebagai; tak kenal maka tak cinta, sebaliknya apa yang kita dan mereka pakai; cinta itu buta.

maka; macam mana nak kembali kepada allah, dan cintakan rasulullah; kalau dah pakai cinta itu buta.

[orang buta mana kenal gajah, walaupun di hadapkan gajah kepada mereka, apa yang mereka tahu, hanya dengan apa yang diberitakan kepada mereka dan dengan apa yang mereka dapat raba dan pegang dari bahagian gajah dengan tangan mereka.

[gajah sebenar tetap tidak dapat di ketahui oleh orang buta macam mana bentuk sebenarnya]

inshaallah.

23:17 

131 007 antara malas atau tak minat atau sekadar nak tahu

kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.


makanya
kalau tak dipecahkan kajian
[mengkaji al quraan serta al sunnah]
manakan dapat jawapannya.

sama ke, tak sama. maksud nya kedua ayat diatas tu

sama lah juga malas dengan tak berminat dan sekadar nak tahu
sama ke tidak maksudnya

ini lah penyakit aku orang bangsa melayu akhir zaman masa ini.

[bawang tak pernah ditanam di tanah melayu macam mana pulak boleh ada tentera bawang kat malaysia ni]

inshaallah.

23:36 

131 006 wali dalam diri sendiri.

nak bentangkan apa; [bab apa/urusan apa] ??? [habaq sikit]

bab berjumpa wali atau mimpi jumpa rasulullah ???


apa yang peliknya ??? [cerita sikit]

aku tak ada masalah pun, bila berjumpa dengan apa-apa yang aku sebutkan itu [.........]

yang pertamanya dan wajib jumpa, adalah wali dalam diri aku.

[wali dalam diri sendiri tak dapat jumpa, sibuk pulak dapat berjumpa dengan wali orang lain]

mereka tu ada je dekat diri aku

[berani ke aku berjumpa dengan wali diri sendiri dan berani ke berjumpa dengan syaitan atau iblis diri sendiri ?????]

kalau aku berani aku kena cuba lah

jangan aku dok bercerita, kalau jin datang bacakanlah ayat sekian sekian, jin akan lari lentang pukang.

[itu namanya aku takut pada bayang-bayang sendiri]

aku cubalah berbicara dengan syirik diri sendiri atau yang aku sebut saka tu [berborok dengan dia, apa cerita sebenarnya sebab mereka itu dituduh saka]

jangan aku pakai bersangka-sangka dengar cerita orang jumpa sendiri baru tahu cerita sebenar mereka tu.

kalau aku nak tahu, cerita sebenar nabi nuh; aku pergi jumpa dia.

kalau aku nak tahu berita sebenar rasulullah, pergi mengadap rasulullah sendiri; jangan pakai orang tengah.

orang kata nabi dah mati, ????? 1400 tahun lebih dah, mana dapat jumpa; atau wali sekian-sekian dah lama matinya.

bagi aku; urusan berjumpa dengan mereka itu benar, tak kiralah dalam bentuk mimpi atau sedar.

apa yang nak dipertikaikan adalah mereka yang dapat berjumpa mereka itu [wali mahupun nabi] aku bukannya nak berusul urusan fekah/adat/adab mahupun ilmu; sebaliknya minta benda pelik-pelik.

aku kadangkala; disebabkan terlalu pelik atau terlalu seronok, sampai tak minta apa-apa [lidah kelu tak bercakap sepatah apapun]

contoh kepadanya;


dulu ada seorang hamba allah, berkata; dia pergi berjumpa tok peramu [masa orang tua tu hidup]

hamba allah tu sampai tak tahu apa hajat yang dia nak sebutkan kepada orang tua tu.

sampaikan orang tua tu berkata; nak apa, jangan minta yang bukan-bukan; minta lah ilmu yang baik-baik yang dia boleh ajarkan.

hamba allah tu sendiri tak tahu yang dia adalah cicit kepada tok peramu.

[sesal tak sudah dalam dirinya; orang tua tu berikannya cincin dan berkata; kalau nak jumpa tok, serulah dia [bermunajatlah memohon untuk berjumpa dan cincin tu sebagai tanda kasihnya moyangnya kepada cicit.

[hamba allah tu telah hilangkan cincin pemberian moyangnya, maka, tak adalah harapan nak jumpa orang tua tu, sebab hamba allah itu lalai dan tak yakin dalam dirinya sendiri].

berbalik kepada aku:


kalau aku berjumpa dengan wali allah atau nabi, walaupun dalam mimpi [tak payahlah hebohkan ke orang ramai. 

aku buat pakai sendiri sudah lah, orang zaman ni bukannya nak yakin dengan perkara sebegitu. mereka akan fitnahkan aku aje.

[tak pasai-pasai aje aku bersubahat dengan fitnah]

kalau aku nak bercerita juga, aku cari orang yang berilmu berkenaan dengan urusan dan bab tersebut.

aku jangan main cincai-cincai bercerita dengan sebarangan orang, walaupun dianggap cerdik atau bijak pandai dalam hal ........... [fikir sendirilah]

nanti lain yang aku bercerita lain pulok yang mereka terjemahkan. porak peranda ilmu dan iman aku nanti.

inshaallah.

22:59 

20250301

131 005 Monolog menipu diri sendiri.

Wahai diri.

kalau diri nak menipu diri sendiri, silakan. sebaliknya, jangan lah menipu orang lain.

perkara yang diri sendiri tak faham, jangan berceritakan kepada diri lain dan lepas tu berselindung di belakang kuku.

[nampak sangat lah keaibnya sendiwara diri tu]

diri yang berilmu sepatutnya tak bercakap tak serupa bikin. dan tak bertekak sesama diri yang berilmu.

bertikam lidah; itu lebih jahil dari diri jahiliah zaman lampau.

pada asasnya adalah sama, menegakkan kepentingan diri sendiri sebagai benang basahnya.

perhatikan diri arab mekkah jahiliah sebelum nabi, dengan diri arab mekkah selepas islamnya kota mekkah.

ada contoh tauladan, yang diri zaman ini telah ketepikan dan buang dalam tong sampah.

[juga perbandingan arab madinah dengan arab mekkah pada zaman nabi dan sebelum zaman nabi]

jengok lah sejarah lama tu, kut-kut akal diri boleh lembut dan berfungsi macam diri islam sejati para sahabat dulu.

inshaallah.

19:10