KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20211025

Pendekatan 46: seorang kaya dan sebuah rumah.

Kalau satu orang kaya lengkapkan sebuah rumahnya dengan pelbagai perabut dan kelengkapan yang serba lengkap dan serba mewah. Tetapi kita kita tetap panggil dia tinggal seorang sahaja. 
Kelengkapan tersebut tidak menjadikan adanya orang lain selain dia.

Demikian orang ahli hakikat tidak melihat adanya sesuatu yang dapat disebut di samping Allah. 

Pendekatan 45: hakikat kepada melihat

Ahli hakikat 

hanya melihat 

kepada Allah 

dan tidak 

melihat apapun 

di sampingNYA.

20211018

Pendekatan 44: alim dan nafsu

ALIM YANG BANYAK NAFSU.

Alim apakah yang disebut 

kepada orang alim yang selalu

menurutkan hawa nafsunya.

BODOH YANG KURANG NAFSU

Bodoh apakah yang disebut

kepada orang bodoh

yang sudah dapat menahan

hawa nafsunya

20211011

Pendekatan 43: Pokok segala pokok

Pokok semua maksiat

Pokok semua kelalaian

Pokok semua syahwat

adalah karena ingin 

memuaskan hawa nafsu. 



Pokok segala ketaatan

Pokok segala kesadaran 

Pokok segala kesopanan

adalah karena ada kawalan

terhadap hawa nafsu.

20211004

Pendekatan 42: sifat kemanusiaan dan sifat kehambaan

Keluar dari sifat kemanusiaan iaitu semua sifat yang menyalahi sifat kehambaan, supaya faham agama:

Menjaga agama terbagi dua : 

(1) Lahir yaitu yang dilakukan dengan anggota FIZIKAL (jasmani), dan 

(2) Batin yaitu yang berlaku dalam HATI (rohani). 

Menjaga anggota badan terbagi dua : 

(1) Yang sesuai dengan perintah bernama TAAT dan 

(2) Yang menyalahi perintah bernama MAKSIAT.


Menjaga hati terbagi dua : 

(1) Yang sesuai dengan hakikat (kebenaran) bernama IMAN dan ilmu, dan 

(2) yang berlawanan dengan hakikat kebenaran bernama nifaq dan BODOH.