KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah:
PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.
2 comments:
salam;
makanya; sebutan allah[dalam jawi],ada empat huruf;disana ada empat kitab huraiannya [satu hurufnya satu kitab]. [yang tebal kitabnya setiap satu lebih tebal dari kitab al quraan;satu atau dua kali ganda].
makanya; kalu tak ditunjukkan bagaimana untuk dibunyikan sebutan itu,tak dapat manusia nak bayangkan bagaimana untuk menyebut bunyinya.
makanya; kena le kenal hurufnya;kenal susunan serta cantuman gabungan huruf-hurufnya;dan tahu duduk perkara urusannya serta maksudnya.
makanya; wajib le ada ilmu tahu serta ilmu fahamnya dalam diri;baru le boleh disebut akan sebutan perkataan tu dengan yakin;dan bukan setakat sebagai sandaran menyebut.[itu pak turut namanya atau meniru apa yang orang lain sebut].
inshaallah.
salam;
alim bermaksud melakukan sesuatu perkara atau urusan atau pekerjaan dengan tekun lagi tertip serta mahir dalam bidangnya urusan.[mengetahui selok belok urusannya]atau ahli dalam bidangnya@mahir]
makanya; sebab itu disebut dik orang;[mualim] atau orang melayu zaman dulu panggil[malim][dan bukannya maling,yang bermaksud pencuri].
inshaallah.
Post a Comment