-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20190708

Setelah 1400 tahun oleh Neguai

al sunnah: nabi muhammad saw menyabutkan:
aku di utuskan bagi menyempurnakan akhlak.

makanya;
setelah 1400 tahun hijrah,
akhlak yang telah disempurnakan
oleh rasulullah saw itu
telah di palitkan dengan fitnah.
dan akhlak manusia telah merosak
dari egonya hati manusia itu sendiri.

mereka bukannya mengikut akhlak
yang di tunjukkan oleh rasulullah saw,
sebaliknya meniru semata,
dari itu mereka hanya mengambik
apa yang mereka suka semata,
dan membuang akhlak yang tidak mereka sukai.
[mereka ambik setengah,
dan buang setengah dari akhlak itu]

[ makanya,
ramai dari mereka bercakap pedooh
pada orang yang ramai
dan kepada diri mereka sendiri,
kerana untuk menjaga perut mereka]

dengan itu,
peraturan,
adat,
adab kepada ilmu akhlak
yang disempurnakn
oleh rasulullah dahulu,
telah di bolak balikkan oleh manusia
zaman selepas dari ketiadaan rasulullah saw
dan para sahabatnya.

sebagai contohnya:
dalam bab khawin ramai atau poligami;

betul dibolehkan khawin ramai,
dipegang 4 orang isteri serentak,
tetapi peraturan pertama
yang manusia zaman ini langgar adalah;

rasulullah tidak berkhawin ramai
semasa isterinya siti khatijah hidup[bini pertama],
rasulullah berkhawin semula
dan ramai dan berpologami,
setelah isteri pertamanya mati,
beberapa tahun kemudian.

bacakan keseluruhan sunnah rasulullah saw itu,
barulah tahu duduknya
cerita yang sebenar.
jangan dok dengar al sunnah atau al hadis
yang tak habis dibacakan orang,
itu disebutkan sebagai;
tak senonoh namanya.
dalam bahasa kasarnya
disebutkan sebagai: pemalas.

SUMBER
http://lamanpahang.blogspot.com/2019/04/penulis-pahang-sempena-bengkel-puisi.html

20190701

Buat apa melapah gajah oleh Neguai

seorang sahabat bertanyakan
hal mimpinya:

dia melapah gajah.

dan kami berikan kiasnya mimpi itu:
[sebagai kias jawapannya]

buat apa dia melapah gajah tu,
kan ke gajah tak boleh dimakan.
apa tujuannya dia melapah gajah?

[ianya dikejutkan oleh suara
kepada sahabat yang sedang tidur]

makanya dibacakan kepada
Ayat 105 dan 106 dari Surah ke 6
dalam Al Quraan.

[tegurannya kepada sahabat yang dibacakan
oleh suara ghaib sebelum subuh].

lalu disebutkan oleh suara ghaib itu:
mandilah sebelum subuh,
dan jangan mandi selepas azan subuh,
barulah sihat tubuh badan].

jawapannya kias itu,
telah jelas dalam ayat yang tersebut.
makanya renungkan dengan akal
yang telah disempurnakan
oleh Allah kepada manusia.

SUMBER
http://lamanpahang.blogspot.com/2019/04/penulis-pahang-sempena-bengkel-puisi.html