PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.
Showing posts with label Kenal diri dengan nyata. Show all posts
Showing posts with label Kenal diri dengan nyata. Show all posts

20120906

5 jenis harta

Penyelewengan 5 jenis harta ini boleh menyebabkan kemudaratan kepada keturunan, ketuhanan dan keilmuan kita:
1. Harta anak yatim yang diseleweng
2. Harta pusaka yang tidak dibahagikan mengikut hukum sebenar
3. Harta yang diwakafkan yang digunakan untuk kepentingan individu
4. Harta yang diamanahkan tetapi tidak ditunaikan
5. Harta yang disimpan yang sepatutnya diserahkan kepada pemilik sebenar

20120904

5 jenis ilmu

1. Ilmu yang boleh diajar
2. Ilmu yang boleh ditunjuk
3. Ilmu untuk keluarga sahaja
4. Ilmu untuk diri sendiri sahaja
5. Ilmu untuk disimpan sahaja.

Ilmu yang boleh diajar
Untuk memiliki ilmu ini kita perlu ada izin dari guru kita. Guru memutuskan kita telah sempurna ilmu dan boleh mengajar. Boleh ada anak murid. Tetapi mengajar bidang atau perkara yang dibenarkan oleh guru sahaja. Kalau guru kata 'yang ini awak boleh ajar orang', maka yang ini sahaja. Perkara lain jangan diajar tetapi boleh ditunjuk atau dicerita sahaja.

Ilmu yang boleh ditunjuk
Pemilik ilmu ini mungkin sama tarafnya dengan pemilik 'Ilmu yang boleh diajar'. Bezanya dia tidak mendapat izin dari gurunya untuk mengajar. Bermaksud tidak boleh ada anak murid. Tidak boleh menjadi guru. Tetapi boleh menceritakan atau menunjukkan ilmu tersebut kepada orang ramai dengan tujuan untuk berkongsi. Pendengar tidak boleh menggunakan atau mengamalkannya. Untuk mengamalkannya perlu mendapatkan dari sesiapa yang mendapat ijazah sebagai guru ilmu tersebut.

Ilmu untuk keluarga sahaja
Pemilik ilmu tidak boleh mengajar kepada orang ramai kerana tidak mendapat ijazah untuk mengajar dari gurunya. Tetapi sebagai pemimpin keluarga beliau perlu mem,bimbing keluarganya dengan ilmu yang ada.

Ilmu untuk diri sendiri sahaja
Pemilik ilmu ini tidak boleh mengajar atau tunjukkan atau ceritakan kepada orang lain selain dari orang yang bertaraf guru. Apa yang difahaminya mungkin tersilap dengar atau tersilap faham. Boleh menyebabkan orang lain sesat kerana dia sendiri sedang belajar.

Ilmu untuk disimpan sahaja.
Kadang-kadang kita rasakan ilmu yang kita ada adalah pelik, rumit atau istimewa. Kita perlu mendapatkan hidayah dari Allah SWT bagi memahami ilmu atau rahsia tersebut.

Hairan juga saya, kenapa ada ilmu yang boleh ditunjuk tetapi tidak boleh diamalkan. Kalau elok tentu boleh diamalkan. Jawapannya saya dapat dari Encik Fauzi Batu Papan. Kita boleh bagi tahu orang bahawa itu adalah wayer letrik. Kita boleh ceritakan mecam-macam perkara tentang pendawaian lertik. Kita tunjukkan tentang jenis-jenis arus letrik. Akhir sekali kita kena kata 'boleh tengok sahaja jangan usik'. Kalau silap usik nanti terkena karan, buruk padahnya.Orang yang mengajar dan menunjukkan perihal letrik tidak boleh dipersalahkan. Pasal dah diingatkan 'boleh tengok dan boleh belajar tetapi jangan pegang'.

20120902

Keturunan, Ketuhanan dan Keilmuan

Dalam mengesan siapa diri kita, kita boleh melihat berdasarkan tiga perkara iaitu Keturunan,  Ketuhanan dan Keilmuan.

Keturunan bermaksud jalur keturunan kita. Siapa keturunan kita belah ayah dan belah mak. Siapakan tok moyang kita yang paling atas yang kita dapat kesan. Jangan susun belah ayah ke ayah sahaja. Kena susun juga belah mak ke mak. Kadang-kadang kita tak sangka siapakan sebenarnya keturunan kita.

Ketuhanan pula bermaksuh jalur ketuhanan kita. Apakah yang mak ayah tok moyang kita pegang dan apakah yang diajarkan kepada kita. Kadang-kadang kita pergi belajar dengan orang lain yang bukan keturunan kita. Tetapi akhirnya kita akan condong kepada pendekatan yang dipegang oleh keturunan kita. Kadang-kadang kita tak sangka bahawa tuhan dan Allah amat berbeza. Tuhan ada banyak, tetapi Allah bukan satu tapi Esa.

Keilmuan pula bermaksud jalur keilmuan kita. Apakah ilmu atau kepandaian yang mak ayah tok moyang kita pandai buat. Kebiasaannya kepandaian tersebut akan mengalir kepada kita. Kadang-kadang kita belajar pelbagai ilmu dengan orang lain tetapi akhirnya kita menjadi condong kepada ilmu atau kepandaian yang ada dalam keluarga kita. Kadang-kadang kita tak sangka abang kakak adik cucu kita ada kemahiran yang tak perlu susah payah nak belajar. Tengok orang buat atau dengar orang bercerita atau buat main-main tiba-tiba dah terus pandai.

Kesimpulan. Apa yang saya nak katakan adalah ... adakalanya kita menyusun keturunan kita sahaja tampa mengaitkan dengan ketuhanan dan keilmuan. Adakalanya kita menunpukan kepada ketuhanan sahaja tampa terlintas adanya kaitan dengan keturunan dan keilmuan. Ada kala juga kita mendalami keilmuan kita tampa menghububgkaitkan dengan keturunan dan ketuhanan.

Dengan perkataan lain, ada orang menganggap tiga perkara ini, iaitu Keturunan dan Ketuhanan dan Keilmuan bergerak seiring tetapi dalam laluan yang berasingan.

Pada pemikiran saya, mencari keturunan mempunyai kaitan dengan mencari ketuhanan. Mencari keturunan mempunyai kaitan dengan mencari keilmuan. Mencari keilmuan mempunyai kaitan dengan mencari keturunan. Tiga jalur ini akhirnya perlu bergerak sebagai satu jalur.

Tetapi saudara saudari jangan pula keliru. Kerana pencariannya perlu dibuat secara berasingan. Kenali dahulu jalur keturunan kita. Kenali juga jalur ketuhahan kita dan kenali juga jalur keilmuan kita. Baru cantumkan jadi satu.

Satu kepada tiga dan tiga kepada satu.

Kadang-kadang kita susah nak faham apa yang kita tak faham. Tapi kena teruskan mencari Jalan Pulang dan Jalan Selamat. Ada orang kata nak belajar kena ada guru. Tetap banyak guru yang telah menyesatkan banyak orang.