Cerita anak maharaja bukit seguntang@ imbang jaya, tiga beradik(yang digelar selepas warisnya islam sebagai tok buaya putih,tok gajah putih dan tok kijang putih)(gunung daik bercabang tiga)
Satu memerintah kedah tua@langkasuka@durbar
Kedua memerintah jawa
Ketiga memerintah sumatera
Versi cerita@mitos:- maharaja bukit seguntang telah jatuh sakit dan dia telah mengarahkan ketiga anaknya pergi mencari ubat. maka mereka pun berangkatlah dengan setiap seorang menaiki satu kapal setiap seorang. Mengikut mitosnya seorang berlayar menuju ke Negara china, seorang berlayar menuju ke jepun, dan seorang lagi berlayar menuju ke arab/eropah dan mereka bertiga tidak pernah kembali dari semenjak itu.
versi cerita@mitos:- kisah wan malini, wan empok dan demang lebar daun. Bermulanya perjanjiannya apabila orang kampong meminta kedua wan malini dan wan empok menjadi ketua mereka dikawasan yang dipanggil sungai musi,Sumatra. Kedua mereka telah bersetuju dijadikan ketua dengan syarat orang kampong tidak menjijak tanah selama tujuh hari (tidak boleh keluar rumah).
Semoga Allah SWT menjauhkan kita daripada fitnah istidraj dan memelihara iman kita daripada sebarang bentuk syirik, sama ada yang nyata mahupun yang tersembunyi. Amin ya Rabb."
PERINGATAN
Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.
Showing posts with label PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH. Show all posts
Showing posts with label PULAU PANDAN JAUH KE TENGAH. Show all posts
20140328
20140221
D16: Perpecahan Pagar Ruyung kerana perang antara Rawa (agama) dan Minang (adat)
TANAH PAGAR RUYUNG pada asalnya tempat bersemayamnya waris
bungsu maharaja bukit seguntang, yang kemudiannya dijagai oleh seorang raja
yang bernama RAO atau nama lainnya {
? } (keturunannya digelar kaum
rawa).
Kaum rawa (kaum agama)ini telah dikalahkan oleh kerabat mereka dari
kaum adat dalam perlawanan lawan kerbau (laga), menurut perjanjian mereka,
sesiapa yang kalah, mesti meninggalkan istana dan yang menang akan
memerintah (sebagai pemegang amanah) bagi seluruh jajahan takluk. (cerita laga
kerbau itu tidak akan diceritakan kerana, kita semua pernah mendengar kisah
yang tersebut).
Kaum adat itulah yang menggelar diri mereka sebagai kaum
minangkabau. Dan tanah pagar ruyung telah ditukar nama kepada tanah
minangkabau. Yang tinggal hanya lah istana pagar ruyung atau istana tujuh
lapis.
Ini adalah kali pertama pagar ruyung berpecah dan kali
kedua pepecahan berlaku pada masa (yang disebut perang adat), diantara kaum
ulamak dengan kaum adat (minangkabau terpecah dua). Dengan bantuan belanda,
kaum adat telah mengalahkan kaum ulamak dan menghalau mereka keluar dari tanah
minangkabau.
Kaum ulamak ini manggelar diri mereka sebagai kaum rao, mereka ini
membuang diri dari kaum minangkabau.
Pada masa perang adat ini lah istana tujuh lapis dapat di
tembusi dan dibolosi, kerana penkianatan dalaman.
Kaum rawa setelah kekalahan dalam pertaruhan laga kerbau
itu telah meninggalkan istana pagar ruyung (keseluruhan waris pemerintah dan
bala tentera yang setia)dan berpindah ke semenanjung tanah melayu . Mereka
bermukim di merata tempat dan membuang gelaran-gelaran mereka termasuklah dari
kalangan waris berketurunan ahli bait.
Mereka inilah yang dicari kerana ilmunya.
Kaum rao atau kaum ulamak yang dihalau itu pula telah
menyusul kerabat mereka , dengan berpindah ketanah melayu dan bergabung dengan kaum rawa. Mereka
bermukim dimerata tempat. Diantara kedua kaum ini tiada perbezaannya dan hanya
cerita mitos dan susunan keturunan kerabat (sanad wali) yang dapat membezakan
diantara keduanya.
Disini lah, ke pentingnya cerita mitos, sumpah, sejarah,
hikayat dan sanad wali diambil tahu dan disusun semula dengan sejelas-jelasnya.
20140214
D15: Tertipu dengan aliran
Bermula dari aliran samawi(ugama nabi-nabi dahulukala
dari iskandar zulkalnai)telah meresap aliran hindu, buddaha dan adat semata-
mata (-----), kemudiannya bertukar
kepada (islam)aliran ahli bait dan meresap pula aliran wahdatu ujud
oleh(dikatakan dari ahli sufi) dan selepas dari itu diperbetulkan oleh aliran
ahli sunnah waljamaah sehinggalah sekarang.
Sebab itu lah aliran samawi ,
aliran ahli bait dan aliran wahdatu ujud tidak berapa kedengaran buat masa
sekarang, walaupun aliran-aliran ini masih ada, tetapi tidak berapa kerat
dikalangan mereka yang beramal dengan nya kerana mereka yang betul-betul ahli
sahaja yang memegangnya dan tidak tersebar atau tidak diumumkan, kerana
dibimbangi, mereka yang ingin berlajar aliran yang tersebut, tersalah
pembawaannya dan boleh menyebabkan
mereka terkeluar dari landasan agama islam atau murtad.
Orang yang mengambil aliran (ilmu) yang tersebut dengan
cara segera (jalan pintas dan belajar separuh jalan ,tidak habis) dan
sewenang-wenangnya lah (untuk kegunaan dunia semata-mata) yang selalunya menjadi
kan diri mereka termasuk kedalam ajaran salah atau ajaran songsang sekarang ini(bukan
ilmu atau ajaran yang salah tetapi tuan diri yang atau pengamal yang menyalah gunakan ilmu yang
tersebut) untuk tujuan dunia semata-mata.
Tuan dan puan ahli waris sekalian, dalam islam tidak kira
aliran apa sekalipun asas pokoknya tetap sama tetapi ke taasuban dan kegilaan
orang untuk mendapatkan ilmu dan mertabat tinggi dengan cara segera yang
menyebabkan mereka melanggar tatacara
pembelajaran agama islam dan menjadi terpesong akidah mereka. Yang
sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri dan diperalatkan oleh iblis yang
dilaknat oleh ALLAH (mereka lebih kepada dunia semata-mata).
20140207
D14: tiga kumpulan kemasukan ke nusantara
Ada tiga tahap kedatangan
waris ahli bait kenusatara ini
1. Kumpulan yang berdakwah dan menyelamatkan diri
dan
berhijrah kesebelah Negara china dan yunnan dan dari sana mereka berundur ke kawasan Indochina (champa atau kepayat
Negara). Dari situ mereka, ahli waris ini bertebaran ke kawasan dimerata
tempat.
2. Kumpulan yang berdakwah dan menyelamatkan diri
dan
berhijrah kesebelah Negara india dan dari sana mereka berdagang dan berdakwah
di champa dan kawasan kepulauan nusatara.
3. Kumpulan yang didatangankan khas dari tanah arab,
apabila raja dipasai telah
memohon daripada khalifah Islam pada masa itu (-----) supaya dihantar ulamak kesebelah
nusatara dan permohonan dari kerajaan acheh bagi tujuan membendung dan
memperbetulkan aliran wahdatu ujud (martabat
tujuh) yang diguna pakai oleh orang dinusatara kerana ramai yang telah menyimpang
dari ajaran sebenar. Ini adalah permulaan nya kedatangan dan berkembangnya
aliran ahli sunnah waljamaah di nusatara.
20140131
D13: krisis yang ditanah arab dan parsi
Kemasukan Islam kedalam tatanegara
yang tersebut bermula
dari krisis
yang ditanah arab dan parsi,
yang mana semasa itu
(fitnah telah
meresap dalam takbir kerajaan Islam khalifah).
Mereka ini telah meninggalkan
tanah air mereka
dan berhijrah
atau kata lain melarikan diri
bagi menyelamatkan
warisan mereka
dari dihapuskan.
Mereka bersembunyi
dimerata tempat
diseluruh
dunia.
20140124
D12: Kawasan tiga beradik
1@sulung,
Dipelopori oleh kerajaan siam kuno (bukan thai)atau disebut (-----) dan disebelah utara pula bangsa Burma dan thai. Disebelah bawah atau semenanjung pula langkasuka atau kedah tua. Mereka semua dibawah yang 1 ,istana pemerintahannya adalah dikawasan tiga segi emas atau dilangkasuka dan apabila Negara sebelah utara memberontak pepecahan bermula. Sehingga membawa kepada perang antara puak.
2@tengah,
Dipelopori oleh kerajaan majapahit ditanah
jawa(pulau) sebagai penaungnya,dibawah nya , brunai,makasar, filipina,sulawesi
hingga sempadan australia.
3@bongsu,
Dipelopori oleh kerajaan pelembang atau yang
disebut ( ).dan dibawahnya ada negeri
kecil yang telah hilang idintitinya
Kesemua nya adalah negeri
yang sebelum kehadiran Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)