-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20140221

D16: Perpecahan Pagar Ruyung kerana perang antara Rawa (agama) dan Minang (adat)


TANAH PAGAR RUYUNG pada asalnya tempat bersemayamnya waris bungsu maharaja bukit seguntang, yang kemudiannya dijagai oleh seorang raja yang bernama RAO atau nama lainnya {  ?  } (keturunannya digelar kaum rawa). 

Kaum rawa (kaum agama)ini telah dikalahkan oleh kerabat mereka dari kaum adat dalam perlawanan lawan kerbau (laga), menurut perjanjian mereka, sesiapa yang kalah, mesti meninggalkan istana dan yang menang akan memerintah (sebagai pemegang amanah) bagi seluruh jajahan takluk. (cerita laga kerbau itu tidak akan diceritakan kerana, kita semua pernah mendengar kisah yang tersebut). 

Kaum adat itulah yang menggelar diri mereka sebagai kaum minangkabau. Dan tanah pagar ruyung telah ditukar nama kepada tanah minangkabau. Yang tinggal hanya lah istana pagar ruyung atau istana tujuh lapis.

Ini adalah kali pertama pagar ruyung berpecah dan kali kedua pepecahan berlaku pada masa (yang disebut perang adat), diantara kaum ulamak dengan kaum adat (minangkabau terpecah dua). Dengan bantuan belanda, kaum adat telah mengalahkan kaum ulamak dan menghalau mereka keluar dari tanah minangkabau. 

Kaum ulamak ini manggelar diri mereka sebagai kaum rao, mereka ini membuang diri dari kaum minangkabau.

Pada masa perang adat ini lah istana tujuh lapis dapat di tembusi dan dibolosi, kerana penkianatan dalaman.

Kaum rawa setelah kekalahan dalam pertaruhan laga kerbau itu telah meninggalkan istana pagar ruyung (keseluruhan waris pemerintah dan bala tentera yang setia)dan berpindah ke semenanjung tanah melayu . Mereka bermukim di merata tempat dan membuang gelaran-gelaran mereka termasuklah dari kalangan waris berketurunan ahli bait.

Mereka inilah yang dicari kerana ilmunya.

Kaum rao atau kaum ulamak yang dihalau itu pula telah menyusul kerabat mereka , dengan berpindah ketanah melayu  dan bergabung dengan kaum rawa. Mereka bermukim dimerata tempat. Diantara kedua kaum ini tiada perbezaannya dan hanya cerita mitos dan susunan keturunan kerabat (sanad wali) yang dapat membezakan diantara keduanya.

Disini lah, ke pentingnya cerita mitos, sumpah, sejarah, hikayat dan sanad wali diambil tahu dan disusun semula dengan sejelas-jelasnya.

4 comments:

Anonymous said...

Assalam Tuan Admin,

merujuk kpd artikel harimau nan salapan dulu, artikel ini seperti ada kontra.

sepengetahuan saya, dalam kaum agama sebenarnya bukan semuanya berasal dari kaum rawa seperti tuanku lintau, tuanku tambusai, tuanku imam bonjol dll. Mereka menggelarkan diri mereka kaum agama terpengaruh dari gerakan di tanah Arab.

terdapat satu sub etnik minangkabau di Malaysia yang tidak mengamalkan adat perpatih sehingga kini. Mereka bersusur galur dr imam bonjol & bukannya orang rawa. Mereka seperti tidak setuju dengan adat tersebut.

setelah kemangkatan Tuanku Rao, amanah untuk menjaga org2 rawa diserahkan kepada imam perang Jabarumun yang bermukim di pekan Gopeng, Perak. Beliau seorang mandailing dan dikatakan bekerjasama dgn datuk sagor & maharajalela di Pasir Salak, Perak.

perang antara dua golongan (adat & agama)ini bersinambung di negeri sembilan. Sebahagian tokoh nan selapan memainkan peran di negeri ini, seorang tokoh ini telah mangkat di sana.

selain kaum agama nama lain yang pernah saya tahu ialah kaum padri.

Wallahualam,
nad ikaz.

Anonymous said...

salam tuan@puan...
terima kasih diatas teguran@pembetulan yang tersebut,,,

atikel itu adalah VERSI yang perlu dipertimbangkan kisahnya.
memang betul mereka bukan dari kaum rawa (rawa itu pula bukan membawa maksud kepada satu suku bangsa atau puak,,,ia membawa maksud kepada kesemua 54 negeri yang digabungkan dalam nusatara(54 suku keturunan yang kesemuanya bersaudara dibawah pagar ruyung)kalau nak disebut satu satu,,,nama 54 suku itu sendiri ada yang telah dilenyapkan dari disebut.(yang ada tinggal hanya di sebut 12 kapal yang keluar dari tanah seberang,,,diantaranya dari kumpulan 12 kapal itu digelar, kumpulan pelangi tujuh/kumpulan rusa tanduk hitam/kumpulan terkukur kaki merah)
versi tersebut menyebut sebagai rawa bagi memudahkan pengenalan utk mereka...

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

adapun yang disebutkan perang itu diantara agama dan adat,adalah kiasnya kepada mitos,makanya kebanyakan dari perpindahan dari sumatra ke tanah melayu masa itu dari sebab krisis keluarga,yang mana mereka mengelak dari terjadinya pertumpahan darah sesama mereka, dengan itu bahasa yang diguna pakai sebagai bahasa kasarnya,'perang'.

taknak nya mereka itu berbunuh sesama darah daging disebabkan harta dunia yang segegam itu. sebab itu mereka yang beralah atau mengalah,hanya membawa al quraan dan al sunnah[al hadis] sahaja sebagai harta mereka dan itu sahaja pusaka mereka,yang di tinggalkan kepada cucu cicit selepas dari mereka kelak.

makanya cucu cicit berebut harta yang segegam itu sahaja[itupun entah kat mana-mana hartanya pun tak tahu,hanya andaian semata],dan harta yang di bawa dan di tinggalkan oleh mereka hanyalah; itu'al quraan dan al sunnah,, tidak pulak di perebutkan.

mereka-mereka itu duduk pada martabat yang tinggi[ulama-ulama],sebaliknya cucu cicit masih lagi duduk pada tangga orang awam[tak naik tangga pun,satu tanggapun tidak lagi terpanjat oleh cucu cicit]. dan berangan nak duduk sama-sama dengan moyang-moyang mereka dalam surga.apa lah punya cucu cicit.

berangan tu bagus,tapi kalau setakat berangan aje,itu buang masa namanya. tak berusaha kearah .....[jawab sendiri lah].

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Alhamdulillah kerana info di artikel ni. Saya adalah dari salah-satu keturunan Tuanku Rao yang bertebaran di bumi Nusantara ini. Moyang kami yg datang ke Tanah Melayu telah melarang kami daripada pulang menjejak keluarga di seberang dan daripada memperkenalkan diri kepada umum. Apa yang mahu saya kongsikan disini, dewasa ini ada banyak versi cerita tentang Tuanku Rao dan Perang Paderi (atau pidari). Namun, kebanyakannya adalah tidak benar sama sekali. Hanya versi Prof. Hamka yang hampir kepada kebenaran. Ada juga yang menyatakan bahawa pejuang paderi adalah penganut Wahabi. Bukan, ini adalah fitnah pihak kolonial....malahan cucu-cicit para pejuang ini ramai dari kalangan mereka yang bertarikat. Mereka pejuang agama dan bangsa, penentang penjajahan Belanda dan gerakan senyap kristianisasi. Pengkhianat yang membuka pintu Koto Tujuh Lapis itu, secara langsung bertanggungjjawab akan perkembangan Kristianisasi di kalangan pribumi Indonesia, khususnya suku Batak, Minang dan Mandailing.

Kami masih menyimpan beberapa amalan pejuang pidari dan diantaranya adalah amalan serupa seperti amalan selempang merah yang pernah diamalkan oleh Kiyai Salleh pada zaman komunis bermaharajalela dahulu. Dikatakan bahawa pejuang
pidari memakai selempang tali berwarna merah pada tubuh mereka dan membawa quran kecil(quran istanbul) yang digantung pada keher apabila keluar berperang. Adapun kebanyakan amalan para pejuang pidari, seperi hizib2 dan wirid2, jika dilihat sekilas oleh kaum Wahabi akan mereka cap sebagai syirik. Saya harap agar generasi sekarang supaya lebih berhati-hati apabila membuat rujukan tentang keturunan mereka terutama sekali waris keturunan para pejuang pidari yang menengang Belanda yang ramai di Tanah Melayu inj.