-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20120225

Cerita 1: Cerita Lubuk Pelam

Satu hari sipanglima telah membawa isterinya kelubuk pelam untuk dijadikan korban puaka dilubuk itu. Mereka mudik dari tempat mereka menuju ke lubuk, sesampainya mereka disana sipanglima telah naik kedarat untuk mencari rotan/akar bagi menambat isterinya yang sedang menunggu nya didalam perahu. Cerita untuk dijadikan korban itu tidak diketahui oleh sang isteri.

Dari untuk dijadikan korban itu bermulanya diistana kerajaan Pahang pada masa itu (zaman nya yang tersebut kisah ini). Dimasa itu Pahang berada dalam jajahan takluk raja daik dan pada masa itu daik mempunyai hulubalang-hulubalang yang ramai dan handal-handal.

Bermulalah mesyuarah dikalangan raja dan orang besar Pahang untuk mancari jalan,cara malepaskan Pahang dari cekaman daik kerana bilang tahun Pahang menghantar ufti sebagai tarohan kedaik. Selepas ditilik, dibincang, dihalusi dan dapatlah kata sepakat dikalangan mereka selepas dipertuakan daik pawang raja, supaya pergi mengambil azimat milik puaka lubuk pelam tetapi untuk mendapatkan azimat itu, puaka tersebut mestilah dibunuh terlebih dahulu.

Dalam pengundian yang dibuat, maka sipanglima yang tersebut telah dipilih bagi membunuh dan mangambil azimat yang tersebut didalam lubuk yang ditunggu oleh puaka lubuk pelam.

Maka dengan arahan raja Pahang masa itu(zaman tersebut),bagi menyelamatkan Pahang dari daik diturut akan perintah dengan hati yang gundahgulana karana tidak terpikir oleh nya cara untuk melawan inikan pula membunuh puaka yang kebal lagi ganas.

Dalam perjalanan balik kerumahnya, sipanglima memikirkan berbagai cara untuk mengalahkan puaka itu. Dalam banyak-banyak perancangannya itu. Maka datanglah ilham untuk menjadikan isterinya umpan kepada puaka lubuk pelam itu.

Sesampainya dirumah, dia pun berkata kepada siisteri yang dia nak kesebelah sana lubuk pelam untuk mencari buah-buah hutan dan bercadang membawa siisteri menemaninya. Mendengarkan pelawaan sipanglima itu maka siisteri dengan segera menyetujui pelawaan itu.

Pagi-pagi lagi keesokan harinya, mereka keduanya berkayuh akan perahu menuju kelubuk pelam. Sesampainya mereka dilubuk, mereka hinggap ketebing sungai. Disuruh tunggu akan siisteri oleh sipanglima tadi. Katanya akan membuat akan pundung tempat berteduh didarat.

Tanpa memikirkan apa-apa , siisteri pun menunggulah akan sipanglima dan dimasa menunggu itulah,maka timbul dan munculnya  puaka lubuk pelam itu untuk memakan siisteri yang berada seorang diri dalam perahu. Dari terperanjatnya siisteri itu bersertakan latahnya maka dicapainya pengayuh lalu dipepahnya akan puaka yang memeranjat akan dirinya itu, pepahan-pepahan nya itu mengakibatkan puaka tersebut mati.

Sipanglima yang baru keluar dari hutan dengan rotan bersamanya merasa sungguh terperanjat apabila dilihatnya puaka yang hendak dibunuhnya itu telah mati dibunuh oleh siisteri. Maka diceritakan lah oleh sipanglima kepada siisteri akan kisah yang sebenar-benarnya , maksud dibawa siisteri bersama-samanya kelubuk itu………………….

20120220

ANTARA MITOS DAN SEJARAH PAHANG

Neguai telah menyiapkan beberapa siri cerita yang diberi tajuk ANTARA MITOS DAN SEJARAH. Antara cerita yang akan disiarkan adalah:
1. Cerita Lubuk Pelam
2. Pelayaran ke Negara Daik
3. Menyabung nyawa menebus Pahang
4. Cerita nakhoda dan kapal dagangnya
5. Mengelak retak menjadi belah
6. Dibawah Satu Payung
7. Bersemadi Di Bumi Pahang

Sebelum diterbitkan secara bersiri dalam Laman Pahang, Neguai membayangkan tujuan penceritaan beliau melalui kenyataan berikut:

Pertama----------------------------------------------------------
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,(a)
Mereka yang bersabung menggadai nyawa menebus tanah Pahang ini tidak pernah meminta untuk menjadi orang besar, panglima  atau orang kaya dipahang tetapi cukuplah  mereka dapat duduk dengan aman dipahang tanpa diganggu dan diporakperandakan kehidupan mereka dan keluarga dan mati mereka juga seperti orang biasa sahaja, dia dan warisnya tidak minta disangjung. Salam waris……………………….

AL-RABI’ BIN SULAIMAN MENGATAKAN: DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI PENYAYANG. ABU ABDILLAH MUHAMMAD BIN IDRIS BIN AL –ABBAS BIN USMAN BIN SYFII BIN AL-SAIB BIN UBAID BIN ABDI YAZID BIN HASYIM BIN AL-MUTHALIB BIN ABDI MANAF AL-MUTHALIBI, putera pakcik Rasulullah S.A.W. mengatakan:

ERTINYA:
Segala puji bagi Allah, yang menciptakan langit dan bumi, menjadikan gelap dan terang. Namun orang yang inkar kepadanya akan selalu cenderung menolak kebenaran. Segala puji bagi Allah di mana sikap mengyukuri nikmat adalah juga kenikmatan tersendiri daripadanya, yang- seperti dijanjikan- akan melahirkan kenikmatan yang lain pula. Tidak ada seseorang yang dapat melukiskan hakikat kebesarannya. Dia adalah seperti yang dilukiskannya sendiri dalam kitabnya. Ia mengatasi segala gambaran yang dapat diberikan oleh makhluknya. Aku memujinya dengan segala pujian yang layak bagi keagungan dan kebesarannya. Aku memohon kepadanya pertolongan sebagaimana lazimnya orang yang tidak memiliki daya dan kekuatan apa pun kecuali atas pertolongan dan inayahnya. Aku menantikan darinya petunjuk yang dapat mengantarkan langkah ini menuju redanya. Aku memohon kepadanya ampunan atas segala dosa dan kesalahan sebagaimana layaknya seorang hamba yang mengaku menyembah hanya kepadanya dan yakin bahawa tak seorang berhak memberi ampunan kecuali Dia. Dan aku bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah Yang Esa, yang tidak ada sekutu baginya, dan Muhammad adalah hamba dan utusannya.

Kedua---------------------------------------------------------
Waktu yang lepas dijadikan tauladan dan sempadan diri(b)
Tejemahan(erti) dari firman     * (At-Taubah, 38-39)
Mengapa kamu ini?. Bila dikatakan kepadamu, “Pergilah dijalan Allah!”. Kamu merasa berat meninggalkan tempat. Apakah kamu lebih suka kehidupan dunia dari akhirat?. Tapi kesenangan hidup duniawi tiada bererti dibandingkan dengan kehidupan akhirat. Jika kamu tiada pergi, akan mengazab kamu dengan azab yang pedih menyakitkan, dan menempatkan orang lain menggantikan kamu. Dan kamu tiada dapat merugikannya sedikitpun juga. Allah berkuasa atas segala sesuatu.

Terjemahan(erti)firman  *(At-Taubah 41)
Pergilah kamu dengan ringan ataupun berat, dan berjihatlah dengan hartamu dan jiwamu dijalan Allah. Itu lebih baik bagimu jika kamu tahu.

Ketiga----------------------------------------------------------
Bencana lisan;(IMAM AL-GHAZALI,BIMBINGAN MU’MININ)(c)

Bahaya lisan; ketahuilah bahwa bahaya lisan(lidah) itu besar sekali, dan manusia tidak akan selamat dari bahaya ini,melainkan dengan bertuturkata yang baik saja.

Nabi saw bersabda:
 “Tiada akan lurus keimanan seorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tiada akan lurus hatinya, sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan memasuki syurga, selagi tetangganya belum aman dari kejahatannya.”

Pembahagian bencana-bencana lisan.

Ketahuilah bahwa modal seseorang itu ialah waktunya.
Selagi ia menghabiskan waktunya pada perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah atau menguntungkan pahala diakhirat, maka orang itu telah mensia-siakan modalnya.

Bencana (1):  berkata yang tidak perlu
Sabda nabi saw; :antara kebagusan islam seseorang, ialah meninggalkan apa yang tiada sangkut-paut dengan dirinya.”

Bencana(2):mengambil tahu tepi kain orang
Firman Allah(an-Nisa:114);”tidak ada gunanya pada kebanyakan dari bisikan-bisikan mereka. Melainkan sesiapa yang menyuruh memberi sedekah atau berbuat baik ataupun mengadakan perdamaian antara bangsa manusia.”
Sabda nabi saw: berbahagialah sesiapa yang menahan FUDHUL(berlebih-lebihan) dari lidahnya, dan membelanjakan kelebihan dari hartanya.”

Bencana(3):melibatkan diri dalam kebatilan
Sabda nabi saw;”sebesar-besar dosa seseorang dihari kiamat, ialah orang yang banyak melibatkan diri dalam perkara-perkara kebatilan.”
Firman Allah(al-muddatstsir:45);”dan kami bercakap-cakap kosong bersama orang-orang yang bercakap kosong.”
Sabda nabi saw:”seseorang itu akan bercakap-cakap dengan kata-kata yang diredhai oleh Allah, dia tiada menyangka bahwa kata-kata itu akan menyampaikannya kesuatu tingkat yang tertentu, maka dicatitkan oleh Allah kata-kata itu mendapat keredhaannya hingga hari kiamat. Dan seorang lain akan bercakap-cakap dengan kata-kata yang dimurkai oleh Allah, dia tiada menyangka bahwa kata-kata itu akan menyampaikannya ke suatu tingkat yang tertentu, maka dicatit oleh Allah dengan kata-kata itu kemurkaannya keatas orang itu hingga ke hari kiamat.”

Bencana(4):berbantah-bantah dan bertengkaran
Sabda nabi saw;”tiada akan sesat sesuatu golongan manusia sesudah diberi Allah petunjuk kepadanya, melainkan bila mereka selalu saja berbantah-bantahan.”
Sabda nabi saw;”tiada akan sempurna hakikat keimanan seseorang, sehingga ia meninggalkan berbantah-bantahan, sekalipun apa yang diperbantahkan itu ialah kebenaran.”

Bencana(5):pertelingkahan
Sabda nabi saw;”sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah Ta’ala, ialah orang yang paling degil dan suka bertelingkah.”

Bencana(6):meniru percakapan yang indah-indah
Bencana(7):berkata kotor,memaki dan lidah yag cabul
Bencana(8):melaknat
Bencana(9):bernyanyi dan bersyair
Bencana(10):bersenda-gurau
Bencana(11):menghina dan mengejek
Bencana(12):membocor rasia
Bencana(13):janji bohong
Bencana(14):berdusta dalam tuturkata dan sumpah

MAKLUMAN
Cerita ini tidak diolah/disusun semula oleh Laman Pahang. Cerita ini dianggap sebagai pengkisahan cerita lisan oleh penulis(Neguai). Terserah pada mereka yang berminat dalam siasatan dan pengesahan. Laman Pahang hanyalah sebagai pengumpul dan penulis cerita lisan tentang Orang Pahang dan Negeri Pahang. Kalau ada salah dan silap tolong betulkan.

20120215

Keturunan Tun Teja Mencari Waris

Tun Teja puteri Seri Amar Diraja, Bendahara Pahang abad ke-15. Tun Teja telah diculik dari Pahang untuk dijadikan permaisuri kepada Sultan Mahmud Shah, sultan yang memerintah Melaka semasa Empayar Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Melalui perlongsian hidup Tun Teja dengan Sultan Mahmud, pasangan ini dikurniakan seorang anak bernama Amra Dewi.

Selepas 500 tahun, dua adik-beradik dari Masai, Johor, telah muncul. Mereka mengumumkan kepada Akhbar Kosmo bertarikh 3hb November 2007 bahawa mereka adalah keturunan Tun Teja puteri dari Pahang.

Bitah Matlip, 68, dan abangnya, Mahmud Matlip, 60, mengaku mereka adalah waris keturunan Tun Teja.

Kedua-dua mereka menyimpan cerita keturunan mereka ini dari datuk mereka iaitu Abdul Mahmud. Datuk mereka ini telah meninggal dunia pada tahun 1986 dalam usia 111.

Abdul Mahmud mempunyai dua isteri. Isteri muda yang dikenali sebagai Tok Esah dikatakan masih hidup dan tinggal di suatu tempat di Batu Pahat.

Bitah Matlip dan Mahmud Matlip menceritakan bahawa datuk mereka, ketika hidupnys, selalu membuat lawatan makam Tun Teja setiap kali mereka berkunjung ke Melaka. Datuk mereka akan membaca surah Yassin dan menangis di atas kubur, yang terletak di kampung Serkam.

(Selain makam Tun Teja di di Kampung Pengkalan Samak, Merlimau, Melaka, ada juga penduduk mendakwa makam Tun Teja ada di Kesang Laut, Muar, Johor)

Mereka tidak pasti apakah kaitan keluarga mereka dengan makam Tun Teja Tersebut. Tetapi ayah mereka ada memberitahu bahawa itulah kubur moyang mereka.

Bitah berkata mereka berani membuat pengumuman ini kini kerana mahu penuhi hasrat datuk mereka supaya mencari keturunan moyang mereka iaitu Tun Teja.

Sebelum ini mereka tidak berani untuk berkata apa-apa tentang siapa mereka. Mereka bimbang timbul macam-macam tuduhan.

"Tetapi kita hanya ingin mencari keturunan yang lain."

Sebenarnya mereka telah secara senyap-senyap memulakan usaha mencari waris Tun Teja bermula pada tahun 1997. Setelah selama 10 tahun mencari secara senyap-senyap kini mereka meminta bantuan akhbar bagi mengesan lain-lain waris keturunan Tun Teja.

Datuk mereka Abdul Mahmud mempunyai tiga lagi adik beradik iaitu Tok Ismail, Tok Limbing dan Tok Majid..

20120210

Pak Ngah Majid - 5

Pada satu petang anak sedara Pak Ngah, Atan (Roslizan Ahmad Mahidin), telefon minta Pak Ngah datang ke sebuah hotel di Sungai Rabit. Katanya Kelab Tun Teja ada membuat sedikit acara di Temerloh. Majlis akan diadakan di Hotel Isis atas Restoran Pallani. Kedatangan Pak Ngah amat bermakna katanya. Pak Ngah pun datang atas ajakan anak sedara. Setelah sampai Pak Ngah di sambut oleh Tuan Seri Ning Buah. Rupanya di Hotel Isis ini ada dewan kecil. Baru ini Pak Ngah tau.


Masuk dalam dewan tersebut, Pak Ngah dipersilakan duduk. Baris depan hujung sekali. Orang yang dalam dewan tersebut semuanya Pak Ngah tak kenal. Mereka sedang menunggu VIP mereka iaitu Pengerusi Kelab Tun Teja. Setelah VIP masuk mereka masih lagi bercakap sesama sendiri. Kelihatannya acara tidak akan bermula lagi kerana masih menunggu sesuatu.

Pada skrin terpapar gambar Pejuang Mat Kilau. Darah Pak Ngah berderau. bula roma dah mula tegak. Hati dah mula rasa tak sedap hati. Rasa menyesal datang pun mula timbul. Tapi walau apa-apa pun Pak Ngah kena terus tunggu nak tau apa sebenarnya semua ini.

Tidak lama kemudian Atan anak sedara Pak Ngah masuk. Rupanya beliau adalah juruacara majlis pada hari ini.

Dalam ucapannya dia mengeluarkan ucapan yang amat memeranjatkan Pak Ngah, ucap dia, " ... kita sungguh bertuah pada hari ini kerana Keturunan Ketujuh Mat Kilau dan Keturunan Kelapan Mat Kilau ada bersama-sama kita pada hari ini."

Tersirap darah Pak Ngah , merah padam muka Pak Ngah , memang jelas orang boleh nampak yang Pak Ngah sedang marah. Dalam hati Pak Ngah berkata, "Sampai hati Atan awok buat kat pok sedara macam ni." Hati Pak Ngah terus meraung dalam diam, "Berani sungguh Atan awok cakap macam tu, perkara ini boleh melibatkan hidup dan mati kita." Pak Ngah terus bermonolog sendirian, "Ngapa la awok tak bincang dulu dengan koi sebelum umumkan rahsia keluarga kita." Atan tau Pak Ngah marah sepanjang majlis tersebut.
-----------------------------------------------------------------------------
Inilah cerita yang diceritakan pada Laman Pahang pada 28 November 2011 hari Isnin bertempat di R&R Bukit Angin Temerloh. Pertemuan Laman Pahang dengan Pak Ngah pada hari ini telah diatur oleh Neguai.

Majid bin Akob bin Idrus bin Aripin bin Ahmad Buruk bin Muhammad
-----------------------------------------------------------------------------
Mohammad bin Ibrahim telah memilih 26hb bagi membuat pengakuan bahawa beliau adalah Mat Kilau. Pada tarikh 27hb. Disember 1969 barulah negara kita gempar dengan pengumuman bahawa Mat Kilau masih hidup. Sultan Pahang yang bertaktha di Istana Pekan pada masa, Sultan Abu Bakar Riayatuddin (1932-1975) turut memberi perhatian terhadap pendedahan ini. Seterusnya baginda mengarahkan penubuhan Jawatankuasa Menyiasat kemunculan Mat Kilau pada 8hb Januari 1970. Maka pada 6hb Ogos 1970 Menteri Besar (Tan Sri Haji Yahya Muhammad Seh) telah mengesahkan bahawa Mohammad bin Ibrahim adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah bin Tengku Ali (Tok Sharom). Namu ketentuan Allah SWT adalah Mat Kilau yang lahir pada tahun 1847 telah meninggal dunia pada 16hb Ogos 1970 iaitu 10 hari setelah dibuat pengesahan.

20120205

Pak Ngah Majid - 4

Ayah Pak Ngah pernah berpesan pada koi. Masa tu umur Pak Ngah 13 tahun. Kata arwah ayah, "Kita adalah keturunan pejuang, engkau pergi kemana-mana pun orang akan tau. Tapi berhati-hatilah".

Nama ayah Pak Ngah adalah Akob bin Idros. Adakah nama Akob bin Idros adalah nama besar dalam perjuangan orang Melayu atau nama yang sensitif dalam perjuangan orang Melayu?. Adakah nama Akob bin Idros adalah nama yang mempunyai kaitan dengan perjuangan Tok Bahaman atau Tok Gajah atau Mat Kilau. Pak Ngah tak pasti.

Dalam usia 13 tahun mungkin Pak Ngah tak mampu atau tak perlu untuk menghuraikan kaitan yang sedemikian. Semenjak mendengar pesanan ayahnda Akob bin Idros, Pak Ngah 'rasa lain'. Mungkin 'rasa lain' tersebut akan semakin jelas bila Pak Ngah dan tua. Mungkinkah 'rasa lain' tersebut adalah rasa yang sedang Pak Ngah rasa sekarang.

Bukan rasa nak berperang atau rasa nak marah. Tetapi rasa nak luahkan sesuatu. Rasa nak betulkan sesuatu.

Ditakdirkan oleh Allah SWT, Pak Ngah ni dilahirkan untuk sesuatu yang Pak Ngah tak tau nak bagi tau macam mana. Malah Pak Ngah tak tau nak bagi tau apa, kenapa, siapa, berapa, bila dan bagaimana. Dengan izin Allah SWT Pak Ngah harap Pak Ngah akan jumpa anak kuncinya dan ibu kuncinya.

Nak sangat Pak Ngah tau apakah yang terkunci selama ini.


>Cerita ini telah diolah/disusun semula mengikut kreativiti Laman Pahang. Cerita ini tidak disiasat dan tidak disahkan. Terserah pada mereka yang berminat dalam siasatan dan pengesahan. Laman Pahang hanyalah sebagai pengumpul dan penulis cerita lisan tentang Orang Pahang dan Negeri Pahang. Kalau ada salah dan silap tolong betulkan.<