-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20190228

Menjejak Denai Senyummu

Alam
aku tak pernah lupakan senyummu dulu
berpuluh tahun lampau
dari anak kecil yang selalu memegang jemari arwah nenek
merisik denai
hingga kini masih bermimpi
manisnya senyummu

Alam
dan hari ini aku kemari
cuba menjejak denai
bauan rimba
yang sudah lama tidak kulawati
cuba melihat lagi senyummu
usahlah berduka
aku tidak pernah lupa
asal usulku
cuma masa menjeratku

Alam
dan hari ini aku datang lagi
datang bersama senyuman dia

senyuman dia
yang menguatkan kembali
langkah-langkahku
menguatkan jiwaku
yang satu tika longlai
seolah aku telah hilang dia

Alam
kubawa senyuman dia
melekat dijiwaku
penguat semangatku
untuk datang bertamu
denganmu

senyumanmu
senyuman dia
pengikat kukuh
jiwaku disini.....

16 September 18
Puncak Bukit Buluh
Red Forest

Penaluka Kersani is at Red Forest.

20190211

Dato Undang Abdullah bin Panglima Muda Luk, Undang Luak Jelebu ke-12

Assalamualaikum...
Saya merupakan cicit kepada
Dato Undang Abdullah bin Panglima Muda Luk,
Undang Luak Jelebu ke-12...

Saya juga mahu mencari dan mengetahui asal usul moyang sy...

Sama seperti saudara,
saya juga bukan mahu menuntut hak..

Hanya sekadar ingin mengetahui asal usul moyang saya sahaja...

Itu pon kerana saya baru dapat tahu
dari sepupu kepada nenek saudara saya
bahawa Panglima Muda Luk berasal dari Pahang
dan merupakan sepupu kepada Datok Bahaman...

Untuk makluman,
nenek saudara saya adalah merupakan
satu2nya anak
Dato Undang Abdullah bin Panglima Muda Luk
yang tinggal sekarang..

Beliau kini sudah berusia 81 tahun dan
tinggal d Jelebu...

Arwah nenek saya juga merupakan anak kepada
Dato Undang Abdullah bin Panglima Muda Luk...

on J30 Keturunan Panglima Muda Kenaboi Undang Abdullah
by puteri batin bercangai besi
on 1/23/19

Asal usul Batu Imam Sulong, Aur Duri dan Chenor.

As Salam.. Admin..
Nk tanya kt dlm LP ni..
ada yg tau dok crite pasei asal usul nama ;
1.Kg. Batu Imam Sulong (Kg.Bukit Imam Sulong)
2.Kg. Aur Duri (Kg.Kuala Triang)
3.Kg. Chenor (Pahang),
4.Kg. Chenor(N.Sembilan)

on Rawa di Pahang
by Rohizam Mahasan
on 1/29/19

Majid bin Endut/Gendut asal jerantut

Asalamualaikum
saya inginkankan kepastian
mengenai asal usul keluarga sebelah wan bapa
 wan bernama majid bin endut/Gendut
berasal dari jerantut
kalau tak salah kuburnya di pulau tawar,
kampung sokti atau kelola
saya pun tak pasti.

majid adalah anak kepada pendekar gendut@endut.
katanya mat kilau adalah bapa saudara pupunya.
tapi bila saya lihat di salasilah keluarga mat kilau
tiada pun orabg yg bernama endut/gendut ni.

kalau ada sesiapa disini tau
atau ada maklumat
mengenai orang bernama gendut/endut ni
tlg inform.

untuk pengetahuan keluarga
kami masih ada menyimpan
sebilah keris milik endut/gendut
yg dikatakan
pernah membunuh panglima garang,

by mama misteri.
on 2/2/19

20190208

Kerajaan Bilah Paning di Sumatera

Salam semua,
ada sesiapa yang tahu
lokasi Kerajaan Bilah Paning
di Sumatera di mana?
Adakah ia terletak
di Lansek Kadok, Rao Selatan
atau Pagar Ruyung?

on Nama yang ada kaitan dengan Mat Kilau
on 2/7/19
by annuar

20190205

Kembara Sejarah Gua Charas (4)

Tujuan kembara sejarah hari ini adalah untuk melihat Batu Sauh dekat Gua Charas ini. Dinamakan batu sauh kerana dikatakan Gua Charas ini asalnya adalah sebuah kapal (salah satu dari kapal yang ada disini). Setiap kapal mempunyai sauh maka Kapal Gua Charas ini juga mempunyai sauh. Sauhnya berbentuk sebongkah batu. Batu sauh ini tidak tidak sama dengan batu yang ada disekelilingnya.
 30
 31
 32
 33
 34
 35
 36
 37
 38
39

20190201

Makam Pawang Nong Ulu Cheka Jerantut

Makam Pawang Nong Pawang Ulu Cheka berada didalam kawasan masjid disini. Bangunan kayu Masjid Kayu Pawang Nong telah siap dirobohkan untuk memberi peluang bagi pembinaan bangunan baru Masjid Ulu Cheka. Kini penduduk Ulu Cheka telah mendapat bangunan batu bagi menggantikan masjid kayu.
 01
 02
 03
 04
 05
 06
 07
 08
 09
 10
11 Gambar ini dirakamkan pada 20.1.2019

Celaru Menghilang Awan

lesu

Akhir ini
aku seakan lesu
tak berdaya
fikiranku celaru
berterbangan menghilang
celahan awan
aku seperti hilang
hilang sesuatu
yang telah
membuat jiwa ini rapuh
seperti debu

bau-bauan wangi
dari tubuhmu
lama tak kujejak
wajah manismu
ramah suaramu
manja sambutanmu
aku rindu

walau keringat
betaburan membasah jiwa
kau buat diriku
tidak pernah lesu
semangatmu membawaku
memacumu dengan cintamu
menguatkan tiap urat sendiku
membuat aku tidak pernah
gagal
dalam impianku
walau ada tika
aku tangis dalam diam

sungguh akhir ini
aku rindu
aku lesu
kau yang selalu
bersamaku....

Penaluka Kersani is feeling tired at Gunung Senyum.